Mak aku ‘hasut’ sampai anak-anak benci ayah. Sampai masa ayah n4zak, pakai lampin, aku baru tersedar beratnya d0sa aku

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Ayah suruh aku buat kopi waktu malam. Dengan muka masam terus jalan pergi dapur sambil hentak – hentak kaki. Aku sengaja ketuk sudu dekat cawan dengan kuat, nak bagi dia dengar. Sehinggalah satu hari ayah batuk berd4rah..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum. Pertama sekali aku kenalkan diri aku sebagai Sarah. Aku sudah berkahwin dan ada beberapa orang cahaya mata. Aku cuma nak luahkan rasa rindu yang sangat sarat pada arw4h ayah aku.

Arw4h ayah aku memang baik orangnya, namun kami adik beradik tidak rapat dengan ayah, kami semua anak mak. Mak ibu yang bekerjaya, semua tanggungjawab di rumah daripada segala belanja anak – anak sampaikan belanja barang dapur mak yang keluarkan duit.

Ayah yang juga bekerja makan gaji tapi kedekut sekali nak hulurkan duit pada mak. Walaupun mak wanita bekerjaya, dia tak pernah jejak kaki ke shopping mall, ayah tak pernah nak bawa mak keluar jalan – jalan. Tapi setiap kali gaji ada je baju baru ayah belikan untuk diri sendiri dan bukan untuk mak.

Mak selalu mengadu pada kami adik beradik tentang per4ngai ayah sampaikan aku mula menanam benih kebencian pada ayah. Aku langsung tak nampak apa – apa yang baik tentang dia. Walaupun ayah banyak jugak habiskan duit untuk aku sepanjang pengajian aku dulu, tapi aku tetap nampak dia ayah yang teruk sebab tak pernah bagi nafkah untuk mak.

Ayah aku pulak langsung tak pandai buat kerja rumah dan tak pernah nak menolong mak buat kerja rumah. Satu apa pun ayah tak reti buat. Malahan basuh baju pakai mesin pun dia tak pandai, goreng ikan pun hangit. Hahaha. Tiap malam dia keluar lepak kat kedai makan, mak selalu marah sebab dia asyik keluar je.

Rupanya ayah pernah mengadu dekat abang aku yang duduk di perantauan bahawa dia sunyi, duduk kat rumah pun tiada siapa yang nak layan dia bercakap, mak dengan anak – anak pun buat tak endah je dengan dia. Bila ayah ada dekat rumah je kami terus masuk bilik.

Kadang – kadang waktu makan, kami diam je bila ayah join makan sekali. Tiada gurau senda di meja makan, masing – masing hanya diam. Selalu jugak ayah makan nasi sorang – sorang kat dapur sebab anak – anak tak sudi nak temankan ayah makan.

Tiap malam sebelum tidur dia akan cucuh r0kok dan tengok berita dekat TV1. Kalau aku masih berjaga, dia akan suruh aku buatkan dia secawan kopi panas. Aku dengan muka masam terus jalan pergi dapur sambil hentak – hentak kaki. Masa buat air aku sengaja ketuk – ketuk sudu dekat cawan dengan kuat, saja nak bagi dia dengar, lepastu aku membebel tak henti – henti.

Dia selalu je cakap, “Kalau tak ikhlas tak payah lah buat.” Allah, tersentak kejap aku. Dalam ramai – ramai anak, ayah selalu kata aku yang paling degil, walaupun aku nampak macam lembut. Aku keras kepala, kalau aku kata A, A lah jawapan dia. Aku yang paling kuat meIawan cakap ayah. Suatu hari tiba – tiba ayah batuk berd4rah.

Sepanjang malam dia batuk, tapi aku tak pernah nak jenguk ayah yang tidur dekat bilik dia. Aku layankan sangat perasaan benci aku dekat ayah sampaikan ayah s4kit pun aku tak sudi nak jenguk. Semakin ayah n4zak, semakin dia tak larat nak berjalan.

Kadang – kadang dia terk3ncing dan terber4k atas lantai. Sampailah satu malam tu ayah dah semakin n4zak, abang bawak ayah pergi hospitaI. Doktor sahkan ayah ada peny4kit k4nser dan dah sampai tahap empat. Tiada harapan untuk ayah hidup lagi. Allahuakbar.

Waktu inilah aku baru sedar beratnya d0sa aku pada ayah. Melihat ayah pakai lampin, n4zak, dan sem4kin susah nak bernafas, membuatkan air mata aku gugur juga. Aku selalu minta izin mak nak jaga ayah dekat hospitaI tapi mak tak bagi.

Mak kata ayah taknak aku jaga, ayah nak mak atau anak yang lain yang jaga. Allahu sekali lagi tersentak hati aku. Betapa ayah kecil hati sungguh dengan per4ngai aku selama ini. Hinggalah ayah pergi meninggaIkan kami, tiga minggu ayah bert4rung nyawa aku tak pernah berpeluang nak jaga ayah, nak belai ayah, nak tukar lampin ayah.

Aku juga tak pernah sesekali berjaga malam untuk ayah. Beberapa tahun selepas ayah meninggaI, aku berkahwin dengan suami aku sekarang. Demi nak menebus salah aku pada ayah, aku cuba menjadi sebaik – baik isteri. Setiap hari aku tanya suami aku nak makan apa, nak minum air apa.

Dan setiap kali aku bancuhkan suami aku air kopi aku hanya menahan air mata daripada mengalir kerana teringatkan arw4h ayah. Tiap hari aku menghitung d0sa sendiri kerana tidak pernah menjaga hati ayah. Aku selalu rindukan ayah. Kalau dia muncul dalam mimpi pun jadilah, tapi dia tak pernah sudi nak muncul dalam mimpi aku. Terkilan sangat dia dengan aku agaknya.

Dan tiap hari aku tanya diri sendiri, kenapa aku layan suami aku lebih baik berbanding ayah sendiri? Kenapa aku tidak buat sebaik ini pada ayah semasa hayatnya masih ada? Kenapa aku biarkan rasa benci menutup segala kebaikan ayah di mata aku? Sungguh aku nak sangat ulang semua saat kami bersama dulu. Aku nak jadi sebaik – baik anak untuk ayah.

Aku tak akan meIawan cakap ayah lagi. Kalau lah masa boleh diundurkan balik tapi hanya dalam angan – angan aku. Dan sekarang aku pun dapat nasib yang sama macam mak aku. Dapat suami yang baik tapi tak pernah bagi nafkah untuk isteri, ada juga dia bagi tapi boleh dikira dengan jari.

Selalu keluar malam tinggalkan aku seorang diri dengan anak – anak di rumah. Tapi aku cuba sabar, aku sedaya upaya taknak hasut anak – anak benci ayah dia sebab aku taknak anak – anak lalui perasaan bersalah sama macam apa yang aku selalu rasa.

Sampai sekarang aku harap sangat nak dengar perkataan ‘ayah maafkan kamu’ dari bibir ayah. Suami aku selalu cakap ayah dah lama maafkan aku, tapi kenapa sampai sekarang aku masih rasa terbeban dengan rasa bersalah? Buat semua yang masih ada ibu dan ayah, hargailah mereka. Tolong jangan ulang kesalahan yang sama macam aku. Sekian. – Sarah

Komen netizen :

Leez Mohd Ali : Dear confessor saya pernah dengar satu ceramah yang saya dengar ada anak yang jadi derh4ka sewaktu ibu bapanya hidup tetapi menjadi anak soleh setelah ibu bapanya meninggaI. Ini kerana apabila sesorang tu meninggaI amalan yang tak terputvs adalah doa anak yang soleh, sedekah dan ilmu yang diamalkan.

Jadi tt boleh mendoakan arw4h bapa dan juga bersedekah atas nama arw4h bapa sebagaimana orang yang mempunyai parents bagi elaun bulanan tt pun boleh allocate duit untuk disededahkan ats nama arw4h bapa tt. Semoga urusan tt dipermudahkan. Wallahuallam..

أرفا ألملك : Ibu tu madrasah dalam sesebuah keluarga. Kalau baik ibu, baiklah anak – anak di dalamnya. Tapi nak baiknya ibu, ayah pun kena main peranan juga untuk pastikan ibu tu terbaik untuk anak – anak. Macam kes kau, ayah pun dah takde, hanya doakan lah kesejahteraan ayah di alam sana. Mintak ALLAH ampunkan d0sa ayah.. mintak ALLAH ampunkan d0sa kau pada ayah. Yang lain, serahkan semua kepada ALLAH.

Imma Arif : Peranan mak sungguh besar. Kesan secara tak sedar akan wujud. Semoga confessor terus menjadi isteri yang baik, niat jika ada pahala atas kebaikan itu dihadiahkan buat arw4h ayah. Tentang suami seperti arw4h ayah, jangan putvs doa untuk dia.

Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5124 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.