
Suami aku berduit, lebih dari mampu tapi sangat kedekut dengan isteri. Aku minta belanja baju sehelai untuk sebulan pun tak pernah. Dia buat tak tahu je kalau aku ajak makan sedap. Aku dah tak mampu nak layan nafkah batin dia, sebab aku macam pengemis. Dia tuduh aku nusyuz..
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum semua. Sengaja aku coretkan luahan perasaan sebab aku semakin takut untuk meluahkan perkara yang terpendam pada sesiapa. Tiada tempat untuk aku meluahkan. Mungkin aku selesa begini.
Aku berumur lewat 20-an, masih bergelar student di IPTA di utara dan sedang melanjutkan master. Aku sudah berkahwin dan usia perkahwinan kami tiga tahun, tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Suami aku bekerja sebagai penjawat awam dalam badan beruniform.
Aku hanya sekadar nak meluahkan rasa hati. Aku dalam dilema yang teramat sangat. Aku banyak kali minta suami aku lepaskan aku kerana kami tak lagi sefahaman dan tak lagi bercakap seperti sebelumnya. Untuk pengetahuan semua, kami merupakan pasangan PJJ. Seorang di utara dan seorang di pantai timur.
Selama aku berkahwin, kami hanya berjumpa sekali atau dua kali dalam sebulan. Pada mula perkahwinan, semuanya indah. Setiap kali pertemuan merupakan perkara terindah, rindu katakan. Tapi tak lagi sekarang. Sejak setahun yang lalu, kami mula dingin. Aku rasa seakan terlalu sunyi.
Aku rasa suami aku tak hargai aku lagi. Makan minum aku di sini tiada siapa peduli. Nafkah juga terabai. Disebabkan aku duduk menyewa bilik, jadi duit yang suami bagi melalui p0tongan wajib daripada gaji hanya mampu untuk menampung sewa aku sahaja. Tak termasuk makan, minum dan keperluan harian aku.
Bayangkan seorang student meneruskan hidup mengharapkan sisa baki simpanan sendiri. Mujur aku ada wang PTPTN kerana aku sedar mungkin perkara ni akan berlaku sejak dari awal. Walaupun aku terp4ksa membayar hutang PTPTN kelak bila aku bekerja. Aku makan pun berjimat – jimat.
Bajet untuk makan hanya RM6 sahaja sehari. Jika aku terlebih guna RM6, aku akan makan mi segera sahaja keesokan harinya. Begitulah seterusnya. Bukannya suami aku tak tahu harga sewa berapa. Dia memang sengaja tak nak fikir atau buat – buat tak tahu pasal duit makan dan keperluan aku.
Aku ada bekerja sambilan masa cuti semester, dapatlah tampung duit poket untuk beli pad, pakaian dalam, barangan mandian atau sesekali makan di kedai sedap. Aku sedih dan cemburu tengok suami isteri pegang tangan sana sini. Jalan – jalan dekat pusat beli – belah dan luangkan masa sama – sama.
Tapi bila aku dan suami, kalau dia balik sini, kami hanya akan duduk terperap di rumah mertua aku. Dahlah jarang – jarang jumpa. Bila balik, hanya duduk di rumah dan dia lagi suka duduk depan televisyen sambil main telefon. Kalau aku nak mengadu atau nak buat sesi luahan perasaan dekat suami, mesti dia buat muka dan cakap, “Haaa, dia buat dah.”
Lama – kelamaan aku hanya memendam rasa dan tak nak lagi bercerita. Aku tak lagi bercakap dan riang seperti dulu. Aku banyak berdiam diri. Bila suami aku nampak yang aku semakin diam, dia juga turut berdiam, mungkin kerana ego tinggi melangit.
Sebelum ni banyak kali aku ajak dia cari waktu terluang untuk kami pergi bercuti dekat – dekat, jalan – jalan dan luangkan masa bersama. Tapi angan – angan aku hanya tinggal angan – angan. Tambahan pula, aku tak pernah berbulan madu sehingga ke hari ni.
Jangan kata suami aku tak berduit. Aku tahu tahap kewangannya, dia lebih daripada mampu. Tapi sikapnya yang teramat berjimat dan berkira dengan isteri buat aku rasa semakin s4kit. Dia boleh konsisten simpan duit untuk masa depannya, tapi sangat berkira untuk berbelanja pada isteri.
Aku nak minta belanja baju sehelai untuk sebulan pun tak pernah. Suami aku akan buat – buat tak tahu sahaja kalau aku macam nak beli sesuatu. Aku ni muda lagi. Kadang – kadang aku teringin nak makan dekat kedai sedap. Aku ajak dia, tapi dia macam tak nak sahaja.
Disebabkan dia teman, aku rasa serba salah dan aku yang akan bayar bil makanan sebab takut dia rasa terbeban. Teringin juga aku nak dengar dia cakap terima kasih, tapi takde pula. Mungkin dia ego. Aku semakin tr4uma dengan perkahwinan. Inikah erti sebuah perkahwinan?
Jika ni yang perlu dirasai oleh semua orang berkahwin, aku akan pasang pembesar suara kuat – kuat dan jerit satu dunia supaya jangan berkahwin. Setiap hari aku tidur dalam keadaan berendam air mata. Biasalah student, banyak habiskan masa depan komputer riba. Jadi komputer riba sahaja kawan aku.
Baru – baru ni aku tanya dia, “kenapa abang tak tanya saya makan cukup atau tak, sihat atau tak dan duit ada atau tak. Kenapa abang tak bagi duit nafkah makan minum saya? Abang tahu kan duit p0tongan wajib daripada gaji tu hanya dapat tampung sewa bilik sahaja. Makan minum saya, keperluan saya dan kehendak saya macam mana? Abang sengaja ke tak nak bagi? Selamba dia balas, “Eh, pandai pula fikir pasal nafkah?”
Menangis aku menggigil, terlalu sedih dan geram. Aku minta dia lepaskan aku. Buat apa abang simpan saya lagi sedangkan abang dah tak nak saya? Kami dah tak bercakap lagi dan tak berhubung. Senang aku simpulkan yang aku jalani kehidupan aku seorang diri di sini seperti orang bujang dan tiada perhatian daripada suami aku. Aku faham faktor jarak.
Tapi ramai orang lain yang PJJ dalam perkahwinan. Mereka pandai buat pasangan mereka rasa yang mereka tu sangat dihargai dan rasa diambil berat walaupun melalui corong telefon. Itu sudah cukup memadai. Pernah aku terlepas cakap pada mak aku yang aku takde duit. Mak aku menangis.
Mak aku cakap kenapa tak minta daripada mak ayah sebab mak ayah aku memang masih bekerja dan mempunyai pendapatan yang sangat selesa. Tapi aku cakap aku tak nak minta. Aku malu sebab aku dah kahwin. Aku tak nak susahkan mereka lagi. Mak aku hulur RM100, malu aku nak ambil.
Sepatutnya aku yang hulurkan duit untuk mereka, tapi sebaliknya berlaku. Bila aku dan suami depan mak ayah aku, kami sembang macam biasa seolah – olah tiada apa yang berlaku. Begitu juga depan mak ayah suami aku. Kami akan bersembang macam biasa.
Tapi bila kami duduk berdua di dalam bilik, kami akan membisu sehinggalah masing – masing tidur. Kadang – kadang aku tidur dalam air mata. Aku cakap dekat suami aku, kenapa abang tak nak lepaskan saya? Abang terlalu pentingkan diri dan menjaga status diri. Abang buat saya macam ikan dalam akuarium.
Abang beli saya, abang letak saya dalam akuarium. Cukup masa abang bagi makan dan lepas tu abang tinggal saya seorang diri dalam akuarium. Aku lapar, sunyi, sedih atau s4kit, abang tak hairan dan tak kisah. Lama – lama ikan tu semakin s4kit dan member0ntak untuk keluar daripada akuarium.
Bila abang tengok ikan tu member0ntak, abang marah dia dan abang bagi amaran pada dia. Abang guna kuasa veto dan abang kata ikan tu dah berani Iawan tuan, tak sedar dek untung. Bila ada orang nak beli ikan tu, abang berm4ti – m4tian tak nak jual.
Bagi abang, biarlah abang yang bela ikan tu sampailah ikan tu m4ti di tangan abang sendiri. Saya rasa saya berada di tempat ikan tu sekarang ni. Jiwa raga aku sangat tersiksa. Tatkala melihat rakan – rakan sebaya bahagia, aku hanya mampu senyum menutup Iuka di jiwa. Tiada siapa yang tahu.
Aku terlalu takut untuk luahkan semuanya kerana terlalu takut rosak imej suami aku. Aku teringin nak buat “pillow talk” dan “heart to heart” dengan suami aku. Tapi tak boleh. Setiap kali aku nak bercerita masalah, berkongsi rahsia atau mengemukakan pandangan, aku akan kena bash.
Aku jadi takut nak bercerita. Sebab tu aku hanya diamkan diri sehingga sekarang. Jika dulu aku selalu suap makanan kalau dia tengah memandu atau saja – saja aku suap bila kami makan. Aku buat macam tu berharap dia pun akan suap aku juga, tapi tak. Hanya pihak aku sahaja yang memberi, tapi aku tak menerima.
Aku akui aku seorang isteri yang sangat clingy dan manja dengan suami. Aku dapat rasa suami aku sangat sayang pada aku kerana dia dapat rasa cinta aku sampai pada dia. Tapi aku pula tak dapat rasa cinta dia pada aku. Dalam erti kata lain, dia rasa bahagialah agaknya dapat aku dan aku layan dia baik, tapi aku?
Siapa yang nak layan dan manjakan aku? Sebab tu aku cakap dia pentingkan diri. Dia hanya fikir kebahagiaan dia sahaja. Lebih teruk bila aku hanya diperlukan jika dia rasa dia “nak”. Aku rasa aku hanya teman tidur sahaja. Nafkah dan kasih sayang, aku tak dapat rasa benda tu. Aku hanya menjalankan tanggungjawab melayan suami dalam keadaan terp4ksa.
Bayangkan macam mana aku nak bermanja dalam keadaan sekarang macam ni. Nafkah zahir dan batin aku pun terabai, kasih sayang pun aku menagih, tiba – tiba nak aku layan dia pada waktu malam. Mana mungkin aku boleh buat. Jika dulu aku layan dalam keadaan terp4ksa, tapi semenjak bulan lepas aku memang tak boleh untuk disentuh lagi. Aku sedar aku semakin garang dan kasar pada suami. Suami aku sekarang sangat marah dengan per4ngai aku.
Dia selalu cakap aku isteri nusyuz. Aku takut. Aku takut m4ti dalam keadaan nusyuz. Aku memang tak boleh nak mencintai dia lagi. Banyak kali aku merayu supaya dia lepaskan aku. Supaya aku boleh rasa bahagia macam orang lain rasa. Dia cuma cakap, pergiIah buat urusan sendiri dekat pejabat agama.
Aku takut nak hadapi seorang diri. Walaupun aku minta cerai, tapi jauh dalam hati aku sangat takut dengan gelaran janda kerana aku masih muda. Aku selalu rasa jika aku sudah bercerai, pasti masa depan aku gelap. Pasti aku akan dicemuh masyarakat. Pasti keluarga menyalahkan aku. Aku cuma nak rasa bahagia macam pasangan lain rasa.
Aku tak minta pun dibelikan emas permata. Cukuplah buat aku rasa diri aku dihargai, disayangi tanpa syarat dan dia menjadi kawan baik aku. Cukuplah. Tapi sekarang aku hanya sekadar isteri yang sunyi, pendiam dan tak nak berjumpa dengan kawan lagi.
Aku malu dengan diri aku. Tambahan pula, aku semakin gemuk dan tak cantik. Macam mana aku nak jaga makan? Makanan aku pun tak sihat. Aku akan makan benda yang murah dan kenyang. Nak bergaya pun mana ada duit. Pakailah baju berulang kali.
Kalau ada duit lebih, bolehlah aku beli baju baru. Tu pun takkan lebih daripada RM50 kerana RM50 sangat berharga bagi aku. Baru – baru ni aku memang cakap dekat suami aku yang aku dah tekad untuk tak nak teruskan lagi. Dia cuma diam sahaja. Aku nampak dia runsing dan kadang – kadang aku kasihan pada dia.
Entah apa nasibnya kalau aku dah berpisah dengan dia. Tapi entahlah, aku dah taw4r hati. Apa sahaja dia buat untuk sekarang ni, aku dah tak boleh terima lagi. Kalau dulu dia diam selama seminggu atau dua minggu tanpa bertanya khabar, sekarang sehari adalah satu mesej daripada dia.
Memang nampak dia pun dah putus harapan dan dia cuma cuba nasib. Bukannya aku tak bagi peluang. Dah beratus peluang aku bagi untuk hati aku terima dia semula, tapi memang tak boleh. Rasa lega dapat bercerita. Sedang seisi dunia ni fikir kami masih “berkahwin”, hakikatnya hanya kami berdua sahaja yang tahu kami sudah “berpisah”.
Apa akan jadi pada nasib aku pada masa akan datang? Aku hampir putus asa dengan master aku sekarang. Aku rasa nak lari daripada semua orang. Aku nak pergi sebuah tempat baru yang takde sesiapa kenal aku. Jika dulu aku seorang pelajar cemerlang, kini aku hanya berkurung dalam bilik.
Aku tak nak jumpa sesiapa kerana terlalu malu dan kecewa dengan masalah aku. Akhir kata, aku inginkan sebuah kehidupan rumah tangga yang dipenuhi kasih sayang dan perhatian yang tiada tolok bandingnya. Susah sangatkah memahami hati kami sebagai seorang wanita? Sekian. Daripada, Isteri yang kecewa
Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.