Aku PJJ dengan suami. Masa dia balik aku nak bermanja, baring atas riba. Tiba-tiba suami bukak topik payung emas, dia suruh aku meminang

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Selama aku PJJ dengan suami, aku yang jaga anak – anak dari kecik sampai besar. Suami selalu cakap dia tak puas anak sikit, dia nak tambah anak lagi. Masalahnya aku sorang yang jaga. Sekarang, dia tahu aku dah tak boleh mengandung. Dia mula nak cari wanita lain yang boleh bagi dia anak..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum min, aku tak tahu betul ke tak cara aku ni, tapi aku terasa nak luah perasaan tanpa orang nilai siapa aku. Aku suri rumah sepenuh masa. Suami aku kerap kerja luar kawasan dan dalam setahun hanya beberapa bulan sahaja dia di rumah.

Suami aku baik, bertanggungjawab, sayang anak – anak, tapi dia selalu mainkan isu poligami. Dia tahu dari sebelum kahwin yang aku tak akan benarkan. Pernah dulu, aku tak nak pregnant lagi, dia ugvt kalau aku tak nak, dia boleh cari orang lain untuk kandungkan anak dia.

Anak – anak dia yang dah ada ni aku urus sorang – sorang masa dia takde. Tak pernah dia kesian, dia cuma tahu dia tak puas ada anak kecil. Bukan salah aku, kerja dia yang jadikan dia macam tu. Dia memang akan kerap jauh masa anak – anak dia tengah membesar.

Sekarang aku dah tak boleh pregnant sebab ada masalah kesihatan. Tapi dia masih cakap dia nak anak lagi dan lepas tu dia akan cakap yang dia tahu aku dah tak boleh bagi zuriat lagi. Bagi aku dia tak bersyukur. Dia tahu alahan aku teruk dan dengan keadaan aku sekarang. Aku memang takkan dapat urus diri dan anak – anak yang lain masa dia takde.

Tapi dia tak pernah cakap cukup la sayang, cukup la, terima kasih untuk anak – anak ni, sekarang kita besarkan diorang sama – sama. Baru – baru ni aku selalu s4kit kepala. Aku pergi hospital untuk check up dan doktor beritahu aku ada anxiety.

Doktor cakap aku str3ss sebab banyak fikir. Min, aku hilang dia lebih setengah tahun setiap tahun. Cuba kau bayangkan kalau dia poligami, berapa masa yang aku dan anak – anak aku akan ada dengan dia. Orang selalu cakap aku hebat sebab dapat uruskan anak – anak ramai sendirian. Dan mungkin ni la keburukan perempuan yang berdikari. Suami mudah lepas tangan.

Min, aku rasa perasaan aku macam bola min. Bila dia nak, dia usap, dia sayang. Bila dia bosan, dia sep4k – sep4k perasaan aku. Kelmarin, aku cuba bermanja dengan dia, peIuk dia, duduk atas riba dan tiba – tiba sebelum tidur dia cakap pasal payung emas.

Dia suruh aku meminang untuk dia. Dia ugvt dengan benda yang aku paling takut. Aku tahu aku akan kehilangan dia bila dia poligami. Anak – anak aku akan kehilangan bapa. Dia bukan jenis yang boleh buat banyak benda dalam satu masa. Dia jenis yang fokus satu perkara.

Aku dah tengok bagaimana bini pertama bila disisihkan dan dibanding – bandingkan. Andaikata aku giIa, jangan disalahkan keturunan aku. Aku telah diser4ng secara emosi selama bertahun – tahun. Tapi mungkin lepas tu aku akan lebih bahagia.

Aku dah tak tahu apa tu rasa sunyi hidup tanpa dia, rindu menunggu kepulangan dia, seronok melihat dia di sisi aku setiap hari dan bahagia bila dia tersenyum. Aku tak boleh keluar dari hidup ni min. Anak – anak aku dah biasa senang dan disayangi oleh bapa. Aku tak boleh ganggu perasaan diorang.

Aku tak boleh jadikan suami aku orang jahat di mata anak – anak. Aku tak dapat bayangkan anak lelaki dan perempuan aku membesar tanpa bimbingan bapa. Kenalan aku pernah pesan, bila s4kit tengok la anak. Dan tu la yang aku akan buat sekarang.

Doakan min, jauhkan poligami dan penceraian dari keluarga aku. Aku ingin tua dengan dia dan jaga dia sampai hujung nyawa. Aku nak terima semua kedut, boroi dan peny4kit dia. Salahkah aku min kerana mahukan dia untuk aku? Aku tahu aku tamak. Tapi demi kebahagiaan anak – anak aku min.

Andai kata jodoh kami bertembung dengan orang lain, doakan aku pendek umur. Aku tak sanggup hadapi semua kemusn4han tu dalam hidup ni. Aku tak nak kehilangan papa anak – anak aku. Min, aku harap anak – anak perempuan aku kelak dilambatkan jodoh.

Biar mereka rasa hidup ni puas – puas sebelum letakkan nasib hidup mereka di atas bahu seorang lelaki. Ada lelaki yang hanya melihat nilai perempuan dari atas apa yang perempuan tu boleh bagi dan bukan dari apa yang mereka boleh kongsi.

Inilah yang orang tua – tua cakap, pahit sebuah perkahwinan. Bila si suami meluahkan perkataan yang menghiris hati isteri, kemudian biarkan sahaja seperti ia hanya ungkapan biasa. Hati isteri ni bagai tiada nilai di mata dia. Min, kalau sekarang ni hati aku dilayan seperti ni, macam mana la agaknya nasib aku bila dia dah ada yang lain. Doakan masa tu aku dah tiada ya.

Komen netizen :

Nor Adilah Bakar : Sedih dengar cerita kau dik. Kau banyakkanlah berdoa. Bangun tengah malam buat solat taubat dan solat tahajud. Minta dengan Allah agar dibukakan pintu hati suami tu. Jangan berhenti berdoa. Sesungguhnya doa orang teraniaya ni cepat termakbul. Banyak doa – doa yang boleh dibaca untuk melembutkan hati orang ni. Semoga dipermudahkan segalanya.

Radhiah Hajis : Sedih baca cerita adik ni. Sebab aku pernah lalui betapa payahnya menjaga anak – anak sendirian tanpa suami di sisi kerana suami bekerja di luar negara satu ketika dulu. Lelaki tetap lelaki yang boleh kahwin banyak sama ada kita suka atau tak. Sama ada kita redha atau terp4ksa menerimanya.

Jika adik rasa tak mampu nak menghadapinya, berceritalah dengan Allah Yang Maha Mendengar dan mohonlah jangan diberi ujian yang tak mampu untuk ditanggung. Mohon kebaikan untuk keluarga adik. Selebihnya berserahlah kepada Allah kerana Allah yang menentukan segalanya. AjaI, m4ut, rezeki dan jodoh pertemuan Allah yang tetapkan. Ada yang dah bersedia nak nikah, Allah kata tak jadi, maka tak jadilah nikahnya.

Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5124 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.