
Pernah aku baru balik pasar dengan muka berpeluh angkat barang sorang – sorang, dia terus selongkar plastik barang dapur aku nak tengok aku beli apa. Siap tanya, nak masak apa ni?? Lepas tu mula lah dia suruh aku siangkan ikan dia sekali sebab dia geli pegang ikan. Aku tak reti nak tolak..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Tolong hide Facebook aku ya. Aku nak meluah sikit sebab aku dah rasa nak hilang akal hidup berjiran dengan manusia macam ni. Masalah aku mungkin nampak kecil pada orang lain, tapi siapa yang kena baru faham macam mana siksanya bila setiap hari hidup kena ganggu dengan jiran yang langsung tak reti malu dan tak tahu batas.
Aku ni jenis yang tak suka berg4duh. Kalau boleh nak hidup aman aman dengan jiran sekeliling. Aku bukan jenis berkira sangat pun. Kalau orang susah, aku tolong setakat yang mampu. Tapi masalahnya bila terlalu baik, ada pula manusia yang mula ambil kesempatan sampai kita sendiri rasa macam dipergunakan dalam diam.
Jiran aku ni memang kategori manusia yang tak reti segan. Mula – mula pindah dulu aku okay saja dengan dia. Aku fikir biasalah orang baru nak berkenalan. Dia nampak ramah, suka senyum, suka datang sembang dekat pagar rumah. Aku pun layan elok sebab tak sangka langsung per4ngai dia akan jadi macam ni.
Lama – lama aku perasan hidup aku dah macam tak ada privasi langsung. Semua benda dia nak ambil tahu. Aku masak apa, aku beli apa, aku keluar pergi mana, semua dia sibuk nak tahu. Yang paling aku str3ss, bab makanan memang dia tak boleh tengok orang senang sikit.
Setiap hari mesti dia akan mesej tanya aku masak apa. Kalau setakat tanya tu aku masih boleh sabar lagi. Tapi dia siap suruh aku masak lebih sebab dia lapar dan malas nak masak. Bayangkan hampir setiap hari benda sama jadi. Aku ni kadang – kadang baru bangun pagi pun belum sempat gosok gigi dah masuk mesej dia.
Aku sampai rasa serabut nak masuk dapur sendiri. Kadang – kadang bila aku tengah siang ikan atau tumbuk sambal belacan, mesti dia muncul dekat tingkap dapur. Aku tak tahu macam mana telinga dia boleh tajam sangat. Bunyi lesung batu dua kali pun dia boleh tahu aku tengah memasak. Aku rasa macam rumah aku ni dipasang alat pengesan makanan.
Pernah satu hari aku sengaja masak telur dan kicap saja sebab malas nak layan per4ngai dia. Senyap terus rumah dia. Tapi esoknya dia datang lagi buat per4ngai sama. Masa tu aku mula sedar yang dia memang jenis tak faham bahasa halus.
Bukan makanan saja dia suka ambil kesempatan. Semua benda rumah aku dia nak pinjam. Sabun basuh baju, Soflan, pencuci lantai, pewangi rumah, semua dia guna macam barang sendiri. Mula – mula dia pinjam elok. Lama – lama terus jadi macam hak milik dia. Sampai satu tahap aku terp4ksa sorok barang dapur dan barang cuci dalam bilik sebab penat asyik hilang.
Yang buat aku rasa nak meIetup bila dia boleh masuk rumah aku sesuka hati. Kadang – kadang pintu tak sempat buka habis, dia dah melulu masuk. Terus menuju dapur macam rumah tu rumah dia. Pernah aku baru balik pasar dengan muka berpeluh angkat barang sorang – sorang, dia terus selongkar plastik barang dapur aku nak tengok aku beli apa. Masa tu aku rasa macam nak menangis sebab geram sangat.
Lepas tu mula lah dia suruh aku siangkan ikan dia sekali sebab dia geli pegang ikan. Aku ni pula jenis tak pandai menolak depan – depan. Jadi aku pendam saja dalam hati walaupun sebenarnya aku dah rasa menyampah sangat. Ada satu tahap sampai suami aku sendiri naik angin.
Suami aku jenis kalau marah memang terus cakap depan – depan. Aku yang takut nanti jadi g4duh besar. Sebab tu selama ni aku banyak diam dan cuba sabar. Tapi makin aku sabar, makin menjadi jadi per4ngai jiran aku ni. Kadang – kadang aku sengaja senyap dalam rumah bila nampak motor dia berhenti depan rumah.
Aku siap pesan dekat anak jangan bising sebab malas nak dia tahu aku ada dekat rumah. Pernah satu hari aku tengah makan dengan suami dan anak – anak, tiba – tiba dia datang tanpa rasa segan minta lauk sebab terbau masakan aku. Masa tu suami aku terus letak sudu kuat – kuat dekat meja sebab dah tak tahan.
Yang lagi geram, dia suka kirim beli barang tapi duit liat nak bayar. Mula – mula sikit – sikit lama – lama jadi banyak. Aku pula segan nak mintak sebab takut nanti nampak macam berkira. Tapi dalam diam dia makin sedap ambil kesempatan.
Pernah aku kira balik duit barang kiriman dia dekat kedai, dekat seratus ringgit juga dia tak bayar – bayar. Bila jumpa dekat luar bukan main lagi buat muka tak bersalah. Aku pernah cuba jauhkan diri cara baik. Aku kurang buka pintu, kurang melayan sembang dia, kurang masuk dapur waktu siang.
Tapi dia ni jenis tak faham hint. Lagi kita mengelak, lagi dia datang mendekat. Kadang – kadang aku rasa dia ni macam ada radar makanan. Aku baru nak goreng ayam pun dia dah boleh muncul depan rumah. Paling aku malu bila ada jiran lain mula perasan per4ngai dia.
Ada yang sempat usik aku cakap aku ni dah macam tukang masak tetap jiran sebelah. Dalam hati Tuhan saja tahu macam mana aku tahan malu dan geram sekali. Sekarang ni aku dah jadi str3ss sendiri. Nak masuk dapur pun rasa tak tenang.
Nak beli lauk lebih sikit pun fikir dua tiga kali sebab takut dia nampak. Aku sampai pernah menyorok ayam dalam plastik hitam supaya dia tak nampak aku beli banyak dekat pasar. Mak aku cakap ni ujian hidup berjiran. Aku faham kena sabar dan jaga hubungan sesama jiran.
Tapi aku rasa aku dah terlalu banyak mengalah sampai orang pijak kepala. Aku tak nak g4duh sebab nanti muka jugak yang jumpa hari – hari. Tapi dalam masa sama aku dah penat sangat hidup macam ni. Aku cuma nak tahu, kalau korang jadi tempat aku, apa korang akan buat? Macam mana nak tegur jiran jenis muka tak tahu malu macam ni tanpa buat g4duh besar? Sebab jujur aku cakap, aku dah hampir hilang sabar dah ni.
Ulasan Pembaca :
Siti Aiza Abd Rahman : Kalau nak bagi, bubuh saja garam terlebih. Bagi betul – betul masin giIa sampai tak dapat makan. Hak akak dengan family asinglah awal – awal. Satu lagi buat pedas sampai nak jamah pun tak boleh. Biar dia rasa kita pun dah fed up kot. Tak boleh nak tegur cara lembut.
Tak jalan kak oiii jenis macam ni. Bagi makan benda yang tak sedap baru dia tak minta dah confirm. Lepas tu buat – buat pelik cakap “yeke akak rasa okay saja”. Berlakon sajaIah kak. Dari akak tersiksa jiwa raga layan orang macam ni. Lama – lama naik lemak weh jiran tu.
Diana Wijaya : Aik rumah kau, kau tak tahu control ke. Kalau dia tanya kau masak apa, tak tahu jawab ke hari ni tak masak. Nak masak bahan tak cukup. Kalau dia kirim barang nak beli, iyekan saja. Balik nanti cakap lupa nak beli atau duit tak cukup.
Kalau dia datang ketuk rumah jangan jengah tengok pun. Kalau keterlaluan sangat, cakap dekat suami. Mungkin dia boleh bagi idea lebih baik untuk mengelak diri. Jiran ni penting juga. Apa – apa jadi jiran lah yang paling dekat nak minta bantuan. Jadi kita tak naklah g4duh atau bermasam muka. Cakap biar cara diplom4tik tapi berkesan.
Cakna Kita : Aku rasa awak ni mesti jenis orang lembut, senyum banyak, manis mulut, sentiasa sebut “eh tak apa, boleh saja”. Memang naik lemak lah orang macam ni. Makin sengsara lah awak. Awak kena cakap lepas tapi macam bergurau.
Contohnya kalau dia kata nak lauk sikit, awak cakap sajaIah “boleh, semangkuk sepuluh ringgit”. Lepas tu gelak – gelak sikit. Satu lagi awak kena ingat, barang dalam rumah tu mesti suami awak yang belikan kan? Jadi nak bagi orang kena minta izin suami dulu. Kalau tak berd0sa awak. Dan jiran awak makan tu entah halal ke tak sebab asyik ambil hak orang saja.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.