
Lepas aku keluar penjara, aku tanya isteri samada dia ada lelaki lain tak, isteri tak mengaku. Tapi anak – anak aku pernah nampak isteri bawa balik lelaki lain, siap masuk bilik. Aku diam. Aku guna aplikasi untuk tengok lokasi telefon dia. Rupanya bila aku tidur, dia akan keluar…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum min dan w4rga FB. Sebelum apa – apa, aku nak ucap terima kasih kalau luahan aku ini terpilih untuk disiarkan. Lama aku pendam benda ini seorang diri. Dulu aku tak berani langsung nak buka cerita tentang rumah tangga aku, lagi – lagi dengan status aku sebagai bekas pen4gih dan bekas banduan.
Aku tahu orang mudah nilai dan hukvm bila dengar latar belakang macam aku. Sebab itu aku diam. Aku telan. Aku simpan. Ini kali pertama aku cuba beranikan diri meluahkan di sini. Aku harap sangat jangan kecam aku. Aku cuma nak pandangan yang jujur dan positif. Kalau salah, tegur baik – baik. Aku pun manusia yang sedang cuba berubah.
Aku seorang suami. Ya, aku pernah jadi pen4gih. Aku juga pernah dipenjarakan. Aku tak bangga dengan sejarah hidup aku. Tapi itu kisah lama yang aku tak boleh padam. Alhamdulillah sekarang aku dalam proses pemulihan dan benar – benar cuba bertaubat.
Aku pergi program pemulihan, aku jaga solat, aku cuba jadi ayah dan suami yang lebih baik. Waktu aku dipenjarakan, isteri aku ada minta fasakh. Masa itu memang aku terduduk. Aku tahu salah aku sebelum ini banyak. Hukvman yang aku jalani tidak sampai tiga bulan.
Disebabkan tempoh itu singkat, aku tolak permintaan fasakh tersebut. Selepas aku dibebaskan, aku dan isteri pergi ke mahkamah syariah untuk tarik balik permohonan fasakh yang dia buat. Dipendekkan cerita, kami tak jadi bercerai. Aku anggap itu peluang kedua daripada Allah untuk aku perbaiki rumah tangga. Tapi sejak aku keluar, hati aku tak pernah benar – benar tenang.
Aku pernah tanya dia baik – baik. Sepanjang aku dalam penjara, ada tak lelaki lain yang mengusik atau menyentuh dia. Ada tak lelaki lain dalam hati dia. Dia jawab tak ada. Dia kata tak pernah ada lelaki lain sentuh dia. Dia bersumpah dan pandang mata aku.
Tapi sebagai suami, aku dapat rasa perubahan yang sangat drastik dalam rumah tangga kami. Cara dia bercakap berubah. Cara dia pandang aku pun berbeza. Dulu walaupun aku bermasalah, dia masih lembut. Sekarang macam ada jarak.
Bila aku cuba dekati, dia cepat melenting. Bila aku tanya sesuatu, dia cepat naik suara. Maaf aku cakap, aku mula curiga. Sampai satu tahap, aku sanggup melayari laman video Melayu untuk cari bukti. Ya, itu tindakan bodoh. Tapi masa itu fikiran aku kusut.
Aku jumpa satu klip video yang buat jantung aku berhenti sekejap. Wajah memang tidak jelas, tapi aku nampak tahi lalat dan kedudukannya sama seperti pada tubuh isteri aku. Aku tunjuk pada dia. Dia terus marah. Dia kata itu bukan dia.
Dengan bangganya dia cakap, kalau aku kata perempuan dalam video itu dia yang berz1na, aku kena bawakan empat orang saksi dan bukti sekali. Kalau tak ada, jangan tuduh dia berz1na. Aku terdiam. Memang dari segi hukvm aku tahu tuduhan z1na bukan benda kecil. Tapi hati aku masa itu memang h4ncur.
Lebih h4ncur bila aku pernah tanya anak – anak aku. Aku tahu mungkin tak patut aku libatkan mereka, tapi aku terlalu tertekan. Aku tanya, pernah tak nampak ibu tidur dengan lelaki lain, bawa lelaki lain masuk bilik. Mereka kata pernah.
Aku tanya lagi, di mana dan berapa kali. Mereka kata tak ingat, tapi lebih daripada dua kali. Luruh jantung aku. Aku rasa macam dunia gelap. Aku cuba tahan air mata depan anak – anak. Bila aku tanya isteri aku tentang perkara itu, sekali lagi dia nafikan. Dia kata aku fitnah dia dan ajar anak – anak untuk menipu.
Anak – anak aku kena r0tan dan dimarah teruk. Lepas itu bila aku tanya semula, mereka hanya diam. Mereka tunduk dan tak mahu jawab apa apa lagi. Dari situ aku jadi lebih keliru. Adakah mereka takut. Atau aku yang terlalu memaksa sampai mereka keliru. Ternyata Allah lebih mengetahui.
Aku sedar aku jenis tidur m4ti. Jadi satu malam aku cuba perhatikan pergerakan dia. Aku guna aplikasi peta untuk tengok lokasi telefon dia. Aku dapati tiga atau empat hari dalam sebulan dia keluar malam, sekitar pukuI sebelas atau dua belas. Bila aku tanya, dia kata aplikasi itu rosak dan tak betul.
Pernah satu malam aku pura – pura tidur. Dalam pukuI satu pagi aku dengar pintu perlahan – lahan dibuka. Aku cuba bangun perlahan, tapi bila aku keluar bilik, dia sudah tiada. Bila dia balik hampir pukuI tiga pagi, dia bagi alasan pergi beli ubat untuk anak yang demam. Sedangkan anak aku elok saja tidur.
Bila aku tanya jiran – jiran atau orang sekeliling, semuanya macam tahu sesuatu tapi tak mahu cakap. Ada yang tersasul sebut nama seorang lelaki. Bila aku tanya balik, mereka kata aku salah dengar. Pernah juga aku nampak mesej masuk lewat malam di telefon dia.
Bila aku tanya, dia kata itu kawan perempuan. Tapi bila aku minta tengok, dia cepat – cepat padam. Aku jadi lelaki yang serba salah. Aku tak ada bukti kukuh. Aku tak ada saksi. Aku hanya ada rasa dan serpihan petunjuk yang tak lengkap.
Sekarang aku hanya berdiam dan bersabar. Aku fokus pada pemulihan diri. Aku takut kalau aku terlalu ikut emosi, aku yang akan tersasar semula. Aku tak mahu kembali pada d4dah. Aku tak mahu anak anak lihat aku gagal lagi. Tapi dalam diam, hati aku makan diri.
Aku tahu aku ini bekas pen4gih dan bekas banduan. Tapi sepanjang aku jadi suami, aku tak pernah curang dan tak pernah berz1na. Kenapa aku diperlakukan begini. Adakah d0sa silam aku jadi kifarah sekarang. Perlu ke aku lepaskan dia walaupun aku tiada bukti.
Atau aku terus bertahan demi anak – anak. Dan satu lagi soalan yang betul – betul bermain di fikiran aku. Adakah bilangan tahi lalat dan kedudukannya boleh sama pada manusia lain. Atau kebetulan itu terlalu must4hil. Aku harap para pembaca dapat beri pandangan yang matang.
Jangan terus hukvm aku sebab sejarah lama aku. Aku sedang cuba jadi lelaki yang lebih baik. Tapi dalam masa yang sama, aku rasa dikhi4nati dan dipermainkan. Aku cuma mahu kebenaran. Kalau betul dia tak bersalah, aku sanggup minta maaf dan rawat hati aku sendiri Tapi kalau betul dia curang, aku tak tahu sama ada aku cukup kuat untuk terus bertahan. Dari seorang suami yang sedang cuba berubah, tapi hidup dalam tanda tanya yang tak pernah habis.
Ulasan Pembaca :
Anis Mas : Tuan minta petunjuk daripada Allah S.W.T. Dengan cara setiap malam buat solat sunat hajat dan lain lain. Allah akan beri petunjuk satu masa nanti, cuma lambat atau cepat sahaja. Banyakkan mengaji Al Quran. Perkara baik atau sebaliknya, satu hari nanti Allah akan beri petunjuk juga akhirnya. Moga dipermudahkan urusan tuan. Aamiin.
Seri Rumini : Ambil masa dan tempuh dengan bertenang. Lakukan solat sunat hajat dan jaga solat wajib. Dalam tempoh itu serahkan semua kepada Allah. Yakin dengan Allah, setiap kecurangan pasti Allah akan tunjukkan. Sekurang – kurangnya bila bukti itu ada, awak dah boleh bersabar. Bertabahlah dan kuatkan hati agar awak terus istiqamah dalam fasa taubat dan pemulihan. Ingat anak – anak dan Allah sayang awak.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.