Saya kena bersalin Czer, tapi mak ayah mentua kata pada muka sebab baIasan malas buat kerja

Masa mengandung walaupun tengah sarat, saya dip4ksa buat semua kerja rumah. Sehari kena mop dua kali, tandas kena cuci setiap hari sampailah saya bIeeding masuk hospitaI. Doktor kata saya terIampau banyak bergerak. Dekat hospitaI seronok tengok pasangan lain, suami datang layan dan belikan makanan tapi saya mampu menangis je. Barang dan baju baby pun mentua tak bagi suami beli..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat semua pembaca, saya tak tahu la sesuai ke tak nak kongsikan kisah kat sini. Saya minta maaf kalau ada yang rasa tak berapa selesa masa baca kisah saya ni ya.. Saya tinggal sekali dengan mentua, masa saya mengandung, mereka tak bagi suami beli barang – barang untuk baby.

Masa nak bersalin semua saya beli dengan duit saya kumpul sendiri. Masa nak bersalin pun saya bersalin sendiri suami tak datang teman. Ketika dalam wad seronok tengok suami – suami kakak – kakak katil sebeIah datang buat itu ini untuk isteri.

Belikan makanan semua tapi saya hanya mampu tengok sambil air mata mengalir. Saya kena masuk wad 2 hari sebelum bersalin sebab tumpah dar4h 39 minggu, doktor kata mungkin sebab saya banyak bergerak. Ya, sepanjang mengandung mentua tak saya bagi rehat langsung.

Semua benda saya kena buat dekat rumah tu. Mop satu hari dua kali, cuci tandas kena hari – hari sampai tak larat. Lepas dah bersalin dan keluar wad saya balik berpant4ng rumah mak, suami hanya hantar depan pintu tak masuk salam mak ayah saya pon.

Bersalin pun terp4ksa czer sebab jantung baby laju baby str3ss. S4kit selama 3 hari baru bersalin czer. Lepas bersalin habis kena perli dengan suami dan mak ayah dia cakap itu baIasan Allah kat saya la sebab malas nak buat kerja la sebab tu Allah baIas atas dunia.

Masa dalam pant4ng memang saya str3ss sangat, kad pengenalan anak pon saya kena turun naik tangga pergi buat sendiri habis tempat czer terbuka dan kena pergi hospitaI balik. Masa habis pant4ng baby berusia 2 bulan, saya kena 0perate sekali lagi sebab br3ast abscess bius penuh tak sedar, mamai hampir 2 hari pon suami tak datang tengok.

Dia hanya perIi melalui whatsapp ja yang saya selalu dapat. Sebab patah tawar hati saya balik rumah mak tapi suami ugvt nak naik mahkamah nak sabitkan nusyuz dia nak ambik anak saya. Ini buatkn saya cukup – cukup risau.

Selama ni saya sorang – sorang uruskan anak. Saya pergi kerja taska saya bawak anak saya sekali, saya tak kisah kena pot0ng gaji. Suami sibuk nak berbakti pada mak ayah tapi isteri dan anak diabaikan. Jadi anak apa patut saya buat. Saya tak boleh terima kalau suami nak ambik anak saya. Tolong bagi pandangan dan bantuan dengan kata – kata semangat sikit tq ya semua.

Komen Warganet :

Maria Diniy Eiman : Allahurobbi sis. Tolong pergi dekat pejabat agama dan ceritakan semua yang berlaku. Insyaallah mereka dapat tolong. Anak sis lelaki ke perempuan? Kalau lelaki dapat dekat sis, Iawan habis – habisan sis.

Jangan lemah, tinggalkan “sampah” tu dan bina hidup baru. Lagi satu, sis pujuk la hati untuk belajar terima sebarang kemungkinan sebab dalam hidup kita tak semuanya kita dapat yang manis. Saya plak yang rasa sebak sis. Sabar ye, buatlah yang terbaik untuk hidup sis.

Kita dilahirkan bukan untuk jadi bahan h1naan dan kej1an orang. Tapi apa yang saya nampak dari cerita sis, suami sis dayus, bacuI, tak guna, muka tak malu elok m4ti sekali dengan mertua sis. Allah..maaf sis, hati saya s4kit. Kesian dekat sis. Doa banyak – banyak ye, Allah sentiasa ada dengan kita. Doa orang teran1aya ni Allah makbulkan. Semoga Allah permudahkan segala urusan sis. Insyaallah, aamiin ya robbalalamin.

Rozie Gee : Anak lebih penting puan dari suami durj4na tu. Tahu buat anak tapi tak nak bertanggungjawab dekat isteri family dia pun sama hati bintang dan tak berperikemanusian langsung dekat menantu yang sarat hamil.

Allahuakbar jalan terbaik untuk puan dan anak baik berpisah je demi kebaikan dan keseIamatan diri f1ght cukup – cukup puan kuatkan semangat cekalkan hati ye demi anak tersayang. Hilang suami boleh cari pengganti yang lebih baik hilang anak susah nak dapat kembali.

Sue Qaisara : Mahkamah yang akan tentukan samada awak nusyuz atau tak. Awak kena simpan bukti semua. Dan lagi elok awak pergi mohon fasakh dulu atas sebab – sebab yang awak dah cerita di atas. Ambil lawyer, boleh minta bantuan biro guaman, pergi tanya di mahkamah. Tak guna habiskan masa dengan lelaki macam ni

Puan Yana : Sebelum dia fail nuzyuz awak failkan cerai dulu. Buat apa hidup dengan jantan macam tu? Tahu buat anak tapi nak jaga awak dalam pant4ng pun tak, nak jaga anak pun tak, beli barang anak pun tak. Apa guna dia kahwin kalau semua benda dia masih berg4ntung harap kat mak dia. Sila failkan cerai, tak payah bertahan dengan lelaki yang tak menghargai awak.

Nursyzwana Ibrahim : Kej4mnye. Tak perlu ada suami per4ngai teruk gitu.. tak tahu ape fungsi kahwin tu. Mertua pulak Allahu, semoga Allah membaIas perbuatan mereka. Tolong buat report dan failkan perceraian.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.