Saya kat rumah dari pukuI 4 pagi sampai ke malam jaga anak asuhan, mak bapak boleh pergi dating

Saya penat jadi pengasuh tetapi saya tak ada pilihan nak cari duit. Ada yang bayar gaji 2 bulan sekali dan tak nak bayar duit OT. Ada sekali saya dah cakap tak mampu nak jaga anak dia sebab sikap mak bapak yang tak bertanggungjawab. Tapi tahu tak, mak budak tu letak je anak dia luar pagar lepas tu terus pecut dengan kereta..

#Foto sekadar hiasan. Saya seorang pengasuh. Saya jaga anak – anak kecik di rumah dan bekerja hampir dari pukuI 4 pagi hingga 9 malam. Jadi sekiranya anda yang kerja di luar sana yang kata kerja waktu pejabat itu memenatkan, bayangkan kerja saya dengan menguruskan anak – anak sendiri dan anak – anak orang ni macam mana penatnya.

Terima kasih Min sebab siarkan. Saya sudah pun berkahwin dan anak 3 orang anak lelaki yang semuanya sekolah. Cuma nak keIuh sebab penat layan kerenah mak bapa yang hantar anak mereka ni. Saya tak kisah sekiranya bayaran di bayar pada masa sebab tujuan saya bekerja pun memang perlu duit tapi kebanyakan mereka ini, dah la bayar 2 bulan sekali, tu pun buat – buat lupa yang bulan lepas tak bayar.

Memekik macam saya berkira duit. Tapi pukuI 4 pagi dah k3tuk pagar rumah macam nak bagi runtvh alasan kena masuk ofis awal dan takut ters4ngkut jem. Tapi ambik anak boleh terlupa sampai pukuI 9 malam baru nak amik.

Setiap hari pula tu, ingat saya tak ada suami ke? Tak ada anak ke? Pastu buat – buat muka bod0h bila minta duit OT. Bila tegur, kata tunggu akhir bulan. Tapi bila minta pun tak nak bayar juga. Bila kata saya da tak nak jaga anak dia, boleh pulak pukuI 7 pagi tinggal je anak dia di masa saya tengah sibuk layan budak – budak makan pagi, di depan pagar rumah saya dan memecut kereta lari.

Saya pun bukan zaIim nak suruh budak tu duduk luar. Tu belum lagi yang langsung tak ada bekal susu dan pampers anak. Dalam beg anak ada baju salinan je. Bila call, selamba je suruh saya amik susu anak orang dan pampers anak orang.

Saya sampai pakai pampers anak dan susu anak saya kot. Tak kan saya nak amik hak orang lain. Bukan sekali dua buat, kadang – kadang sampai tiap – tiap hari lupa nak bekal susu dan pampers anak. Ni apa nama mak bapak macam ni?

Ni da bukan nama terlupa. Ni da nama ambik kesempatan macam rumah saya rumah kebajikan. Belum lagi kes yang ambik anak pukuI 9 – 10 malam. Saya siap suap makan malam kami anak – beranak kat anak dia sebab mak bapak dia selamba dating makan malam berdua lepas balik kerja siap – siap, baru datang buat muka bod0h ambik anak yang menunggu berjam – jam yang dah tidur.

Pastu hantar anak pagi buta pukuI 4 pagi dengan baju yang sama saya pakaikan malam semalam dengan pampers boc0r. Tahu tak tekanan para pengasuh ni macam mana? Ni baru kat rumah sendiri. Kalau di taska, lebih teruk rasanya.

Saya nak kena jaga 11 budak yang per4ngai macam – macam dengan per4ngai mak bapak macam ni. Dengan anak – anak saya pun da jadi macam pengasuh dah sebab ada juga mak bapak drop anak pagi buta hari Sabtu Ahad sedangkan saya dah bagitau awal – awal saya cuti Sabtu Ahad minggu ke dua dan ke empat.

Saya tak kisah jika berbayar, tapi meIeleh airmata bila nak minta duit. Itu pun dah rasa diri macam pengemis. Jangan kata awak yang kerja ofis penat jaga anak yang 2 – 3 org, sedangkan awak keje office kot. Sempat ada masa nak bersendiri. Dalam kereta. Dalam pejabat. Waktu lunch dengan kawan ofis.

Saya yang setiap saat setiap minit dengan budak sampai nak masuk bilik air, berak tak habis sebab takut ada budak ced3ra kat luar tu macam mana rasanya? Kalau awak boleh kemurungan, jangan kata para pengasuh tak boleh murung.

Kami manusia kot. Ada masa kami terp4ksa naik suara juga. Berpada – pada la. Fikir penat sendiri je tapi buat kami macam robot yang nak anak awak sentiasa dibuai dan dibeIai. Anak saya pun saya tak sempat nak beIai.

Saya bukan minta banyak. Saya minta dilayan seperti manusia. Bukan sebab saya tak da pilihan sampai jadi pengasuh. Semuanya bermula sebab nak bantu rakan. Tapi pengasuh ni manusia. Nak ada kehidupan sendiri. Jika awak yang hanya ada 48 jam bersama dengan anak awak pun awak boleh jadi singa, apatah lagi kami.

Cuma tak pernah nak naik tangan sebab anak sendiri pun kami tak pukuI. Dan tahu rasanya jika orang pukuI anak kita tanpa sebab. Jangan kata “siapa suruh jadi pengasuh hanya kerana saya kata saya penat”. Apa pula perasaan jika orang kata kat awak “lain kali berhenti jadi mak budak” hanya kerana awak ngadu kata penat jaga anak? Sama je kan?

Saya cuma minta difahami yang saya nak sedikit ruang untuk suami dan anak sendiri. Sebab saya tak boleh suka – suka nak minta MC atau buat – buat s4kit atau apply emerg3ncy leave macam ibu kerjaya boleh buat di luar sana hanya nak waktu rehat.

Kalau cuti rehat bekerja pun memang tak dapat, apatah lagi kata nak berhenti. Memang jauh pangg4ng dari api la. Jadi, tolong la. TOLONG. Masalah rumahtangga saya adalah saya tiada waktu dah untuk diri sendiri, layan suami dan layan anak kerana mak bapak budak kat luar sana tak reti nak faham yang pengasuh yang bekerja 18 jam sehari ni pun manusia.

Komen Warganet :

Nur Hazlina : Parents dia letak dekat luar rumah sis angkat letak dekat balai polis cakap je ada orang tinggalkan anak dekat luar rumah. Biar parents dia ada rasa tanggungjawab. Kalau tak nak peduli pampers susu anak tu report dengan badan kebajikan masyarakat. Sekurang – kurang terjamin makan pakai anak dia tu. So mak bapak dia bole bersuka ria bercinta. Pastikan pastu jangan beranak lagi.. Geram btol!

Aidil Noan Alie : BeIajar untuk jadi tegas, kalau awak ada sijil mengasuh dari JKM, awak boleh buat aduan tentang ibubapa yang mengabaikan anak dan mengambil kesempatan. Berhentikan je mana – mana yang menyusahkan dan tak faham bahasa tu.

Kalau dia hantar jugak, telefon je mak bapak tu cakap kalau dorang tak ambik anak dorang sekarang, saya akan buat laporan polis, yang awak tinggalkan anak awak tanpa jagaan. Bagitahu dia, saya minta maaf sebab suami saya tak benarkan saya jaga anak awak.

Then kalau lepas ni awak nak ambik budak yang untuk mengasuh, tetapkan syarat awal – awal. Mengasuh ni perlukan kesabaran tinggi tapi kalau mak bapak jenis macam ni, kita yang mengasuh pun boleh jadi naik hantu. Takut anak – anak asuhan tu pulak yang jadi m4ngsa.

Miza Sanusi : Ambil budak tu, bawa ke balai, bagitau polis mak ayah tinggal depan rumah, tunjuk bukti whatsapp cakap dah tak nak jaga, tapi parents tetap hantar, semua benda kena hitam putih sekarang ni, jangan la baik sangat.

Ni kadang – kadang tengok ada pengasuh letak harga seikhlas hati, memang kena ambil kesempatan la, buat hitam putih semua kena bayar on time. Kalau OT kena bayar, jangan ganggu Sabtu Ahad, suruh la suami yang cakap dengan parents tu, biar diorang takut sikit, sebab tu orang cakap baik berpada – pada, berbaloi ke nak bertahan sampai rumah tangga tunggang – langgang..

Bintang Hati : Penatnya puan ni, jenis mak bapak tak faham bahasa ni. Sesekali minta suami bercakap bagi pihak puan. Hantar anak sekian – sekian waktu, ambil sekian – sekian masa. Bayar tiap bulan, jangan buat 2 bulan sekali sebab ade je alasan tu nanti.

Buat – buat lupalah apalah. Sebelum hantar anak balik, pesan siap – siap pampers susu anak sekali. Teruknya per4ngai, sampaikan susu anak pun harapkan orang. Elok tak payah jaga lah budak – budak gini sis, buat penat fizikaI mentaI je, jenis pecut tinggal anak tu, call balik suruh ambil. Kadang – kadang kena jadi zaIim kat mak bapak bagi diorang faham

Normala Shaari : Patut le sekarang ni banyak kejadian anak asuhan did3ra pengasuh ni salah satu sebab mak bapak yang tak bertanggungjawab serah bulat – bulat ke pengasuh dengan tiada susu, pampers pastu ambil anak pulak lambat kalau dari pukuI 4 subuh dah hantar pastu pukuI 9 baru ambil.

Ingat tak str3ss ke pengasuh tu, bukannya jaga lapan jam dah tu. Jadi ibu bapa yang hantar anak ke pengasuh tu bertimbang rasa le sikit, pengasuh tu bukannya maid kat rumah anda yang kena buat semua kerja, anak tu anugerah dari Allah untuk ibu bapa tu sendiri jadi janganlah abaikan anak demi kepentingan diri sendiri.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.