Sepanjang aku hidup, aku tahu bapak ada 10 isteri. Bila isteri dia mengandung dia terus tinggalkan. Sampailah mak aku meninggaI

Bapak ada ilmu, sepanjang aku hidup, yang aku tahu dia ada 10 orang isteri. Bila bapak tahu isteri dia mengandung, dia akan hilangkan diri. Sampailah mak meninggaI, bapak tinggalkan aku dengan mak tiri. Tiba – tiba bapak muncul ambil aku, dan aku dapat tahu mak tiri aku meninggaI dunia masa dalam pantang..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama aku Intan Mastura (bukan nama sebenar). Kisah aku ni panjang sangat, sebolehnya aku cuba pendek – pendekkan eh. Aku ada 3 orang adik beradik, sorang akak, sorang abang (seibu sebapa aku anak bongsu) tapi aku jugak ada ramai adik beradik yang lain mak.

Bapak aku ni suka kahwin cerai, kalau kira bekas bini dia, jumlah semua ada 10 orang, itu yang aku tau, yang aku tak tau entah lebih. Namun aku bersyukur mak tiri aku semua baik – baik!! Aku pernah duduk dengan dorang, memang sebaik – baik manusia.

Tapi bapak aku la yang tak baik, bermasalah sangat!! Hobi dia suka atur bini, amal ilmu pelik – pelik, pukuI bini, menipu, bila tau bini dia mengandung dia terus tinggalkan. Tengok la berapa bulan lepas tu baru dia balik, ikut suka hati dia.

Masa umur aku 4 tahun, mak aku dah meninggaI sebab tibi, mak aku antara orang kaya kat 1 negeri ni. Separuh dari negeri ni pernah jadi harta keturunan mak aku nenek moyang aku. Tapi bila mak aku meninggaI dulu, aku tak dapat pun harta.

Dah ada si tamak dah kaut dulu. Bila aku rindu aku balik la tengok rumah pusaka nenek moyang aku tak pun aku pi muzium kat situ ada barang tinggalan moyang aku dan pergi kubvr mak kubvr nenek aku kat dalam masjid kat sebuah negeri ni.

Kesiankan aku tapi aku selalu pujuk hati, itulah yang buat aku kuat dan tabah. Lepas mak aku meninggaI aku dicampak ke negeri lain, bapak aku kahwin dengan orang negeri ni. Bila dia tau mak tiri aku mengandung, dia tinggalkan aku dengan mak tiri aku.

Kan aku cakap, mak tiri aku baik. Dia sanggup jaga aku walaupun bapak aku hilang entah ke mana. Dah berbulan baru bapak aku muncul kemudian dia ambik aku, dia bawak aku balik rumah nenek aku, (mak dia). Aku dibela pulak oleh nenek aku sampai aku besar.

Aku nak sekolah, aku kena kerja untuk cari duit tak pun hasil sedekah dari sed4ra mara. Sejak aku tinggalkan mak tiri aku tu, aku tak penah jumpa dia. Yang aku tau mak tiri aku dah meninggaI dalam pantang sebab ‘makan hati’ dan aku dapat adik perempuan.

Sumpah aku m4kin benci dengan bapak aku tu. Kan aku kata, aku ada abang, kakak (seibu sebapa) tapi akak aku meninggaI masa baby, abang aku pulak bapak aku ‘jual’ kat orang sebab nak duit. GiIer kan!! Arw4h mak aku tak boleh buat apa sebab takut kena pukuI dek jantan tak guna tu.

Aku jumpa balik abang aku tu umur aku 16 tahun, dia pun tak tau dia ada adik, ada nenek. Sumpah janggal giIer masa ‘jejak kasih’ tu rasa yang pelik sangat, tapi Alhamdulilah kami jadi rapat. Bila kenangkan keperitan hidup arw4h mak, aku berharap kisah perit mak tak berulang lagi.

Dan aku dapat tunaikan hajat aku nak bawak abang aku ke kubvr mak, tengok rumah pusaka nenek moyang aku tak lama lepas kami berjumpa semula dulu, Alhamdulilah. Adik beradik yang lain mak ada ramai, campur semua 8 orang, semuanya aku kenal kecuali adik perempuan anak arw4h mak tiri aku.

Aku dan adik beradik aku berterabur sebab bapak yang hanya ikut kepala dia, tak pernah bagi nafkah, tak peduli s4kit pening kami. Akhirnya adik perempuan aku tu mencari aku ikut sumber – sumber yang ada dan akhirnya kami berjumpa.

Memang sedih kami menangis berpeIukan mengenangkan nasib maIang yang menimpa. (Nasib ada yang tak kahwin adik beradik tau). Alhamdulilah, aku dan adik beradik dah bertemu semua, cuma kadang – kadang terfikir entah ada lagi ke d4rah daging yang aku tak tau kewujudannya? Waallahhu.

Bapak aku baru sekarang terhegeh – hegeh nak cari anak, umur pun dah lebih 70 tahun. Dia cuba nak dekat sorang demi sorang. Dulu tinggalkan kami terkontang kanting tak ada ambik peduli, jengah pun tak. Memang tak la aku nak berbaik dengan dia, aku pernah bagi peluang kat dia untuk berubah bertaubat tapi kejap je, dia ambik balik ilmu Siam, ilmu pelik – pelik.

Untuk pengetahuan korang aku dan adik beradik yang lain semua dah berkeluarga. Alhamdulilah aku pun ada 6 orang anak, 2 orang sedang melanjutkan pelajaran di IPTA, sorang baru sambung belajar di luar negara dan yang sulong baru habis degree.

Anak aku ada yang Allah bukak hijap dia boleh nampak. Bila balik rumah nenek aku dulu, anak aku nampak ada ‘lembaga berbulu hitam’ dekat rumah atas masa bapak aku ada kat situ, ada jugak benda – benda lain yang aku jumpa.

Terbaru adik aku kena rasuk sebab dia masukkan ‘benda’ kat nenek aku. Nenek aku jadi macam orang nazak. Bila baca yasin tak bukak mata, sebab dia buat macam tu supaya dia dapat tengok semua anak – anak dia balik. Dia tau anak – anak tak nak jumpa dan ambik tau pasal dia.

Aku ni bole ‘rasa’ sikit – sikit, masa aku balik, aku tengok mata nenek aku, aku terus terpacul, ‘siaI ko masukkan benda’ kat nenek aku supaya aku dan yang lain balik. Aku cucu paling rapat dia dan bapak aku ni kalau boleh nak duduk dengan aku.

Selama ni aku bole lagi tolak ansur, aku ni jenis cepat lembut, cepat kesian. Entahlah.. Aku ni tak pernah tunjuk aku ni garang sebenarnya walau pun pada nenek, sepupu, makcik pakcik aku pun. Semua tengok aku ni sengih je, senyum cakap pun tak pernah marah – marah.

Anak – anak dengan suami aku je yang tau aku macam mana, lembut tapi sesekali boleh jugak jadi singa. Nak dijadikan cerita pertama kali adik aku dirasuk sebab perbuatan bapak aku masa nenek aku s4kit aritu. Abang aku rasa something aku pun sama.

Suara adik aku tiba – tiba berubah jadi lain. Aku apa lagi ni bukan adik aku ni, terus berkomunikasi lah dengan ‘benda’ tu sambil dibantu oleh abang ipar aku dari jauh. Terk3jut dorang tengok aku berIawan (aku tiba – tiba jadi kuat dan jadi berani).

Aku cerita luahkan semua dari A sampai Z aku luahkan semua apa yang aku pendam aku tahan dalam hati aku dari kecik semua aku cerita apa yang adik beradik aku rasa sambil marah bercampur nangis. Memang aku sound bapak aku kaw – kaw!

Baru dia tau aku ni boleh jadi lebih (keras) dari dia. Eh berIawan dia tapi akhirnya benda tu terdiam (mungkin sedar salah dia). Aku pujuk dia suruh keluar, sian adik aku ni ada anak kecik, jadi jangan buat macam – macam.

Makcik, pakcik aku akak ipar aku ada yang menangis terk3jut apa yang dorang tengok. Yang paling best tengok aku yang tak pernah meng4muk marah. Sejak insiden tu bapak aku setahun tak balik rumah nenek. Baru – baru ni dia ada balik, aku ingatkan dah berubah bertaubat.

Rupanya tak, masih kahwin cerai lagi, m4kin upgrade ilmu dia. Ada jugak sepupu aku yang baik dengan dia, palau aku kata aku tak pedulikan bapak aku. Aku tak marah, aku cuma ralat sebab dorang tak tak tahu sejarah aku, adik beradik aku, mak – mak tiri aku yang banyak mend3rita.

Kami berpisah dengan adik beradik tak pernah merasa hidup membesar hidup sebumbung seperti orang lain. Aku dan adik beradik aku sekarang menjauhkan diri dari bapak. Sebab cukup la apa yang terjadi. Menjauh lebih baik.

Aku tak benci dia, kami tak benci dia. Aku cuma mampu berharap dia berubah bertaubat sebelum m4ti. Buang semua ilmu sesat yang dia bangga tu. Aku kesiankan nenek aku tu tua sangat dah, sedih dengan semua tu.

Itu sebab aku selalu pesan kat anak – anak atau pun sesiapa. Ada keluarga yang sempurna mak bapak baik – baik hormatlah dan jagalah elok – elok. Aku tak merasa semua tu, hidup aku hanya menumpang kasih sayang orang, ehsan orang.

Nak jadi baik aku pandang pengalaman manusia sekeliling, aku syukur Allah temukan aku dengan ramai manusia baik di sebalik sejarah pahit itu. Pandai – pandai bawak diri, kuatkan hati doa dan niat yang baik – baik.

Maaflah kalau cerita hidup aku bosan sikit, aku cuma nak berkongsi kisah. Penting tahu tanggungjawab, lagi – lagi sebagai ketua keluarga. Jangan kufur nikmat, tak berkat hidup. Aku tau rasa macam mana anak – anak yang terpinggir, perit tau kadang – kadang rasa nak bvnvh diri pun ada, tapi kuatkan la semangat. Allah tu ada, dia sayang kita. Pahit ada manisnya, sabar ye.

Jangan lupa Tuhan tu dengar bila kita mengadu. Jangan abaikan tanggung jawab ramai terIuka bila kita tamak dan leka. Sampai akhir nyawa kita tetap ada tanggungjawap yang perlu kita pikul sebelum nyawa terpisah dari jasad.┬áTerima kasih. Semoga baik – baik – Intan Mastura (bukan nama sebenar)

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.