Kenapa kerja posmen walaupun ada degree? Umur dah 30 tapi masih macam tu kerja posmen

Saya tertekan apabila orang sekeIiling persoalkan, berapa wang simpanan? Kenapa tak simpan wang untuk kec3masan? Kenapa boros? Dah ada family kenapa tak simpan wang? Sedangkan mereka tahu, saya mempunyai 2 orang anak 0KU, 6 bulan dan 4 tahun. Isteri saya Iumpuh dari pinggang ke kaki..

#Foto sekadar hiasan. Hai. Assalamualaikum semua. Terima kasih admin jika confession saya ini disiarkan. Sebenarnya dalam hati tak teringin untuk berkongsi kelemahan saya pada semua orang. Tapi apa yang membuatkan saya menaip sekarang adalah faktor sekeIiling, di mana benda ni membuatkan otak saya kusut dan tak tenteram. Sampaikan asyik tersalah alamat letak surat.

Saya bekerja sebagai posmen. Saya mempunyai 2 orang anak 0KU, 6 bulan dan 4 tahun. Isteri saya Iumpuh dari pinggang ke kaki selepas bersalin anak ke-2. Syukur ya Allah isteri saya masih bernyawa. Apa yang membuatkan saya kusut bila rakan sekerja, jiran dan saud4ra persoalkan, berapa wang simpanan? Kenapa tak simpan wang untuk kec3masan? Kenapa boros? Dah ada family kenapa tak simpan wang? Kenapa kerja posmen walaupun ada degree? Dah umur 30 pun masih macam tu nak hidup sampai bila macam tu kerja posmen?

Di sini saya nak bagitau benda yang saya dah penat sangat saya selalu bagitau. Ya, saya tak menyimpan.. Semua wang saya habis untuk nafkah anak isteri saya. Yang buat mahal adalah kos rawatan mereka. Saya juga nak tekankan, saya menulis ni bukan untuk minta bantuan atau derma sedikit pun. Ini melibatkan maru4h saya sebagai seorang ketua keluarga. Terima kasih kepada Allah, walaupun saya tak menyimpan, tapi gaji saya cukup untuk sara keluarga saya setiap bulan. Lebih 100-200 tu saya akan masuk tabung anak saya. Jadi saya akan tunggu gaji bulan depan masuk.

Ini lah hidup saya, kenapa masyarakat perlu tekankan dan menguji em0si saya dengan memperIekehkan saya tak menyimpan wang kec3masan. Jika saya mampu, dah pasti saya akan menyimpan. Kenapa saya kerja posmen? Ya. Saya ada degree dan kerja government sebelum isteri saya Iumpuh. Tapi saya dapati kerja posmen ini lebih fIeksibel buat saya. Tengahari kalau siap awal hantar surat, saya balik rumah uruskan anak isteri saya. Suap mereka makan. Isteri saya tak boleh masak. Jadi saya yang masak.

Saya kerja gov sebelum ni PJJ dengan isteri, mana mungkin saya tinggalkan mereka. Walaupun isteri boleh menggunakan tongkat untuk bergerak.. Dan mereka (rakan sekerja, saud4ra mara, jiran) tahu keadaan isteri dan anak, tapi tetap membuatkan saya susah hati. Siapa tak sayang anak isteri? PukuI 8 malam saya buat part time dekat kedai burger. Kalau anak isteri s4kit, saya tak buat. Saya jaga mereka dekat rumah.. Tapi walaupun begitu saya tak pernah sekali pinjam wang dari sesiapa pun.

Ya, saya tahu saya tak perlu dengar kata mereka. Tapi saya juga seorang manusia. Saya mempunyai hati dan perasaan. Jika ini berterusan, dah pasti saya Iost control. Saya maafkan yang tidak tahu keadaan saya. Tapi yang dah tahu semua tu. Perlu ke buat saya begini? Hujan panas terik saya redah nak bagi isteri saya nafkah. Apa lagi yang tak cukup? Adakah saya ini yang bersalah dalam hal ini wahai pembaca?

Wang kec3masan. Saya memang tak simpan, tapi bila anak saya s4kit.. Saya terus bawa ke kIinik tak kira swasta atau kerajaan. Ketika itu, duit sentiasa ada. Allah sentiasa cukupkan mengikut keperluan saya dan keluarga. Lagi satu, saya langsung tak ada pengetahuan tentang insurans. Mungkin ada yang boleh komen tentang ni? Saya kena bayar insurans tu setiap bulan ke?

Maafkan saya jika saya menulis confession ini dengan berem0si.. Saya hanya mahu meluahkan dan ingin pembaca semua, mengerti bahawa kerja posmen ni tetaplah kerja yang halal. Janganlah pandang negatif pada kami. Gaji kami tak banyak walaupun berpuluh beratus surat kami hantar sehari. Jadi tolonglah faham, kami juga manusia. Kami juga cuba untuk buat yang terbaik untuk keluarga. Perlukah saya kerja gov sebagai tanda sayang kepada keluarga? Adakah kerja posmen ini tandanya saya tak sayang keluarga sebab gaji sikit?

Sekian, terima kasih wahai pembaca dan admin. Waktu rehat dah habis. Chiaw hantar surat dulu. Assalamualaikum. – Tukang hantar surat

Komen Warganet :

Muhammad Nazim : Ya Allah, kadang – kadang aku rasa masalah dalam hidup dah cukup besar dan membebankan tapi bila baca luahan confessor aku tersent4k. Ada yang lebih berat dugaan hidupnya tapi masih boleh bahagia dengan segala kekurangan. Aku doakan kau dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik dan jadi seorang suami dan ayah yang menjadi contoh yang baik untuk kami para lelaki.

Afyz Yzels : May Allah bless you brother. Guys, please jawab apa yang ditanya sahaja. Abang ni tanya tentang insurans, jangan pula tulis push dia kena ambil insuran la apa semua. berapa pendapatan dia bulan – bulan pun kita tak tahu, entah cukup – cukup makan pun kita tak tahu. Dia tulis, “kalau ada lebih 100-200 dia masuk tabung anak dia”. Maksudnya kat situ nampak dah berapa sahaja dia ada bila tolak nafkah keluarga. Insurans bagus kalau mampu, jangan wajibkan. tertekan orang yang tak mampu nanti

Zeti SA : Minta pengesahan dari kerajaan tentang keadaan kesihatan anak – anak dan isteri. Mana tahu ada rezeki boleh dapat kad Orang Kelainan Upaya. Boleh cuba memohon bantuan bulanan JKM dan Pusat Zakat. Cuba la minta sekurang – kurangnya kos tambang ke hospitaI dari Pusat Zakat. Semoga dimurahkan rezeki ye.

Muhammad Idham : Tak perlu pertikaikan simpanan seseorang, berapa banyak ada, kenapa tak buat simpanan dan lain – lain, sebab kebanyakannya daripada kita guna habis duit untuk tampung keluarga, tugas kita ?? Bagi sokongan dan doa..

Noor Jannah : Saya sebagai isteri sedih baca peng0rbanan abang sebagai suami. Abang insan terpilih yang dipilih oleh Allah untuk menerima ujian. Itu maknanya abang orang yang kuat. Abang ada anak 0KU. Itu adalah tiket abang untuk ke syurga. Abang ada isteri yang Iumpuh. InsyaAllah isteri abang juga akan ke syurga. Abang kena banyakkan bersabar dan redha. Kalau perlukan bantuan, jangan segan untuk meminta. Sebab adanya orang macam abang n isteri abang ini lah Allah bagi extra pahala untuk kami kerana bersedekah. Kami tolong ringankan beban abang, abang tolong kami dengan bagi tiket pahala.

Hadiff Hasiff : Dik.. akak nak kongsi satu petua simpan duit cara arw4h nenek akak.. pada akak petua nenek akak ni sangat – sangat berkesan. Walaupun dia orang tua tapi pemikiran dan disiplin dia mengalahkan kita orang – orang yang terpelajar ni. Akak praktikkan sejak dari anak pertama lagi dik, inshaAllah bila betul – betul terdesak atau bila buka sekolah alhamdulillah duit simpanan tu lah yang akak guna. TAPI DENGAN SYARAT, walau macam mana adik terdesak sekalipun JANGAN SESEKALI ADIK TENGOK TABUNG TU !!!!

Begini yang akak buat. Tapi sebelum tu jangan menidakkan nilai RM1, kecil hari ini tapi bila dah banyak kadang – kadang adik pun tak sangka nilainya jadi berapa. Akak dan suami akan simpan RM1 sehari.. Maknanya akak RM1, suami RM1. Nilainya jadi RM2/day x 30 hari = RM60. RM60 x 12 bulan = RM720 setahun.

Waktu anak akak nak masuk tadika, kita orang guna duit tu je dik.. ya Allah lega sungguh. Bayangkan rm720 setahun x 6 tahun kami tak sangka ada RM4k lebih dik! Daftar sekolah, uniform dan sebagainya takde masalah langsung. Adik bayangkan kalau RM1 pun akak tak ketepikan by the time anak akak sekolah apa pun takde dik. Kalau waktu tu berduit takpe, kalau tak ade macam mana ? Ingat ada ke kawan – kawan nak tolong waktu tu. Semua orang pun nak guna duit anak nak sekolah.

Sehingga ke hari ni akak dan suami masih menabung cara ni dik, walaupun dah ada lebihan tapi RM1 sehari ni masih kami buat. Seronok ya amat bila time nak guna buka sekolah duit dah siap ada dah, lapang dad4 kami. Orang yang bergaji ribu riban bulan – bulan pun belum tentu ada duit simpanan dik.. percayalah dik, silap – silap mereka meminjam dari kita pulak! Duit simpanan untuk anak – anak pun akak dan suami memang dah ketepikan. Memang lah tak banyak, tapi bila mereka nak masuk U nanti atau bila mereka nak mula kerja nanti duit modal dah ada. Saja kami buat gitu untuk hadiah buat anak – anak tercinta. Sebab lepas tu nanti mungkin kami dah tak mampu nak bagi jumlah sebegitu.

Jadi mulai esok pagi, adik ketepikan RM3. RM1 untuk isteri, RM1 untuk anak sulong dan RM1 untuk baby. Janji jangan ambil walau macam mana keadaan sekalipun. InshaAllah bila anak nak sekolah nanti adik adalah antara manusia yang sangat – sangat bersyukur sebab ada duit untuk bayar dan beli segala keperluan sekolah anak, masih belum terlambat dik. Untuk anak umur 4 tahun tu ada lagi 2 tahun sebelum dia sekolah tadika, ketika itu inshaAllah adik ada RM600 lebih dik. Lepas dah untuk beli uniform dan peralatan sekolah dia. Duit part time tu adik cuba simpan RM5 sehari, kalau berat rm5, sekurang – kurangnya RM3 MESTI SIMPAN.

Ok dik, kepada adik dan sesiapa juga yang membaca komen akak yang merapu meraban ni. Mari kita simpan RM1 sehari. InshaAllah rasanya semua pun mampu buat dan kita ajarkan juga kepada orang yang kita sayang. Doa akak semoga adik akan sentiasa istikomah menjaga solat dan senantiasa mengadu dan berdoa kepada Allah. Take care dan jangan pedulikan kata orang dik. Kita susah tak siapa pun ambil tahu tapi bila senang orang yang kita tak kenal pun mengaku sauda4ra kita.