Saya cari wanita lain sebab perangai isteri yang kuat controI dan hip0krit

Semua masalah ini berpunca dari sikap isteri yang tidak menghorm4ti ibu saya. Sekarang saya dah dapat wanita yang memahami jiwa saya dan sayangkan ibu saya, tetapi saya tidak dapat mengawal isteri pertama yang tidak berbudi dan tidak berdisiplin. Patutkah saya kahwin lagi atau ceraikan isteri pertama..

#Foto sekadar hiasan. Jika orang lelaki kecewa dalam rumahtangganya, dia tidak akan membebeI macam orang perempuan, bercerita sana sini hingga memalukan suaminya sendiri, kami rata – rata kalaupun bercerita dengan lelaki tetapi ia tidak berpanjangan, kami minta nasihat dan terus bertindak setelah berfikir panjang.

Macam saya nasihat kawan jika isteri terlalu control suami biarkan aja, sebaliknya buatlah apa yang kita rasa kita layak lakukan. Jadi itulah saya lakukan saya cari wanita lain yang sesuai dengan hati saya.

Saya rasa dengan mempunyai teman wanita yang rapat maka kita boleh berbincang dan paling tidak menyejukkan hati yang terIuka. Tetapi perangai buruk saya ini terbawa – bawa sampai pulang ke rumah. Isteri mula syak saya buat hubungan dengan wanita lain. Walaupun saya nafikan tetapi kelainan perasaan, fikiran dan gerak badan saya membuat rumah tangga saya bertambah tidak tenteram. Tetapi jiwa saya aman.

Punca saya mengambil keputvsan mencari teman wanita adalah kerana perangai dan kelakuan isteri saya sendiri Zamila. Dah puas saya nasihat dia supaya menghorm4ti saya dan ibu saya tetapi semuanya tidak dipedulikan. Dia masih degil dengan caranya.

Setiap bulan dia akan bertanya mana duit saya pergi, apa saya buat dengan duit saya dan berapa banyak saya beri pada emak saya. Saya sedar emak saya bukan orang senang, jadi saya kena bantu. Dulu tugas itu dilakukan oleh abang dan kakak saya.

Mereka beri duit pada ibu secara tidak langsung telah membantu memudahkan saya belajar dari sekolah menengah hingga ke kolej kini setelah bekerja, maka sudah sampai masanya saya ganti tugas dan tanggungjawab mereka.

Pertama sebab kakak dan abang saya ada anak – anak yang sudah meningkat remaja yang lebih memerlukan bantu untuk terus belajar. Saya rasa sudah sampai masanya saya ambil alih tugas abang dan kakak saya untuk membantu ibu saya pula. Saya mahu lihat ibu bahagia dan gembira di akhir – akhir usianya.

Bila saya terus terang dengan Zamila dia mula naik angin, katanya seseorang lelaki itu apabila dia telah berkahwin, maka dia mesti meletakkan seluruh jiwa raga, dan tanggung jawabnya kepada keluarganya sendiri khususnya anak – anak. Menjadi tanggung jawab ibu bapa beri pelajaran kepada anak – anaknya seperti yang diamanahkan Allah. Jadi si suami mesti beri sepenuh perhatian kepada keluarganya bukan ibu bapanya lagi.

Saya cuba jelaskan dengan baik, tetapi dia tetap tidak dapat menerimanya, malah saya ceritakan Nabi Muhamad s.a.w sendiri bila ditanya kepada siapa seseorang anak itu perlu hormat adalah ibunya. Jadi kebajikan ibu menjadi kewajipan anak – anak menjaganya terutama setelah dia tua. Tetapi Zamilah menafikan.

Sebaliknya, dia berkeras kalau saya beri perhatian dan memberi kebajikan kepada emak saya maka saya juga mesti membuat benda yang sama kepada ibunya. Saya jelaskan, saya hormat ibunya, kerana dia mertua saya. Tetapi mertua saya ada anak – anak lelaki, maka dialah yang mesti beri perhatian kepada ibunya. Tetapi Zamilah tidak dapat terima.

Apa yang menyedihkan apabila ibu saya datang ke rumah abang saya dan saya ingin membawanya tinggal beberapa hari di rumah kami Zamila tidak bersetuju, walaupun dia tidak jelaskan secara berdepan dengan ibu saya, tetapi dia memberi pelbagai alasan konon banyak kerja perlu dibuat di pejabat maka dia terp4ksa balik lewat atau lebih serius dia akan buat cerita konon bertugas luar daerah ataupun ada kursus. Sedangkan tidak ada.

Peliknya depan ibu saya dia bercakap lemah lembut, konon dia sukakan ibu saya, dan rasa kesal tak dapat menjemput ibu saya tidur di rumah saya sebelum balik kampung, tetapi kenyataannya, bila balik rumah dia akan tarik muka masam bertanya berapa banyak duit yang saya berikan kepada ibu saya.

Saya cukup hairan mengapa dia boleh hidup berpura – pura seperti itu, sedangkan dalam hatinya dia tak sukakan ibu saya. Kerana sikap berpura – pura itulah juga ibu saya sayangkan dia kalau dia beri alasan apa pun tentang kesibukan dan banyak kerja luar, ibu saya akan percaya malah nasihatkan dia supaya bekerja dengan jujur dan amanah supaya dia dapat rezeki yang diberkati Allah. Jangan ponteng kerana Allah tahu apa yang kita buat.

Saya cukup sedih ibu saya begitu sayangkan dia, tetapi dia punyalah meluat dengan ibu saya, serba yang tak kena pada matanya. Katanya ibu saya buat baik tu kerana nak minta duit lebih banyak daripada saya. Kerana s4kit hati saya sering berbaIah semuanya kerana saya rasa benci dengan sikap hip0kritnya.

Katanya ibunya (mertua saya) ada pengalaman pahit dengan neneknya sebab neneknya setiap bulan suka minta duit dari anaknya (ayahnya). Lepas tu dia gunakan untuk bantu anak – anaknya yang hidup susah dan tak ada kerja di kampung yang sering menyusahkan hidup ayahnya. Bila tak ada duit nenek akan minta pada ayahnya.

Sebab itulah juga ibu mertua saya menasihatkan Zamilah supaya berhati – hati dengan mertua yang suka minta duit. Dia tak mahu bila saya tak ada duit maka saya akan minta duit Zamilah untuk diberikan kepada ibu saya. Sebab itu rasa benci Zamilah pada ibu saya menjadi – jadi.

Saya tak nafikan perbuatan ayahnya, kerana itulah juga yang dilakukan oleh abang dan kakak saya sering beri duit pada ibu saya dan ibu saya gunakan buat belanja saya dan adik untuk ke sekolah dan seterusnya ke kolej. Kalau nak ikutkan itu adalah tanggungjawab adik beradik saling membantu. Tapi kepada Zamilah itu bukan tanggungjawab anak sebaliknya ibu bapa. Macam mana kalau ibu bapa miskin dan duduk di kampung?

Kerana itulah juga saya tidak pernah beri apa – apa hadiah kepada ibu saya walaupun sehelai kain batik, ataupun sagu hati kepada anak – anak abang dan kakak saya jika mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke kolej, sebab Zamilah tak izinkan.

Bukan bab duit sahaja, malah saya tak boleh balik kampung selalu. Kalau hari raya, setiap tahun saya balik kampung setelah 3 atau 4 raya kerana saya dip4ksa beraya di kampung Zamilah terlebih dahulu. Zamilah bawa buah tangan 3 botol kecil kuih raya untuk emak saya. Dan kami tidur di kampong sehari dua sahaja. Demikian kehidupan saya sehingga saya mempunyai 2 orang anak sekarang

Kerana rasa bosan inilah juga saya berjaya mendapatkan ketenangan dengan Farisha wanita yang menjadi teman baik saya. Pada saya Zamilah sukar dibentuk dan tidak makan nasihat, dia terdidik dengan cara yang salah.

Berbanding Zamilah, Farisha setelah saya siasat budi pekertinya menghorm4ti orang tua, terutama ibu mertua. Kalau dulu Farisha bersifat kawan baik, kini sedikit demi sedikit dia telah berjaya menawan hati saya. Ini yang membuat saya serba salah. Tapi kata kawan kalau isteri sudah tidak boleh dinasihat dan dibentuk, maka lebih baik cari pengganti.

Tapi kawan lain menasihati berkahwin dua bukan mudah, silap langkah hidup lebih mer4na. Kecuali si lelaki itu seorang yang teguh dan kuat pendiriannya, macam saya dia suruh fikir sepuluh kali sebab dia takut saya akan buat isteri baru hidup mer4na. Kerana sedangkan masalah horm4ti ibu pun saya tak boleh kawal perangai isteri pertama, inikan pula masalah apabila beristeri baru. Akhirnya saya akan buat hidup bakal isteri kedua h4ncur.

Inilah diIemma yang sedang saya hadapi, saya sudah dapat orang yang memahami jiwa saya dan sayangkan ibu saya, tetapi saya tidak dapat mengawal isteri pertama yang tidak berbudi dan tidak berdisiplin. Patutkah saya kahwin lagi atau ceraikan isteri pertama?

Semua masalah ini adalah berpunca dari sikap isteri yang tidak menghorm4ti ibu saya. Dan saya amat sayangkan ibu saya dan adik beradik saya, kerana tanpa bantuan mereka saya yakin hidup saya tidak seperti sekarang dan pasti saya tidak kenal siapa Zamilah, ini yang Zamilah patut ingat.