Mereka bangga dengan anak dan abang mereka yang hebat ketika mereka mengetahui dia suami yang tidak bertanggungjawab.

Orang kata formula mencari suami yang baik ialah dengan melihat hubungan lelaki itu dengan keluarganya. Tapi bukan setakat belajar, nak tunang, nak kahwin, nak cari kerja, nak tumpang rumah, nak beli rumah, nak beli kereta, nak mula niaga, s4kit pening dan apa sahajalah, berg4ntung kepada dia sehingga tua.

#Foto sekadar hiasan. Assalamu’alaikum wbt. Saya ingin kongsi pengalaman peribadi saya. Ia bukan hasil kajian walau telah agak ramai orang yang saya temui nasibnya seperti saya. Jadi sempena PKP tak dapat sangat ke sana ke mari, saya harap dengan menulis kisah ini, saya dapat memberi satu perspektif yang bolehlah difikirkan oleh pembaca.

Saya sangat berharap ia akan membantu seseorang di luar sana, samada dalam membuat pertimbangan, sebagai pengajaran, panduan atau lebih baik lagi untuk baiki dan muhasabah diri.

Saya dari dulu sering mendengar formula mencari suami yang baik ialah dengan melihat hubungan lelaki itu dengan keluarganya.

Jika dia berbuat baik terhadap ibu bapa dan adik beradik, pasti dia akan lebih – lebih lagi menjaga keluarganya sendiri nanti. Maka, saya yakin dengan pegangan itu dan Allah jod0hkan saya dengan lelaki serupa itu.

Di peringkat awal perkahwinan, saya memang telah sedia maklum dia perlu berbakti kepada orang tua dan perlu bantu adik – adik yang masih belajar.

Jadi saya urus diri sendiri, malah saya turut bahagia berk0rban untuk meningkatkan kehidupan keluarganya di kampung yang daif.

Namun saya mula terasa apabila saya telah melahirkan anak dan keluarga kita sem4kin besar tetapi keutamaan dia tetap ibu bapa dan adik beradik.

Ringkasnya, isteri pandai – pandailah hidup dan pandai – pandailah besarkan anak – anak. Saya sukar nak cerita detail kerana kisahnya berseIirat & kecewanya teramat. Perkara ini berlaku lebih kurang 20 tahun lamanya.

Saya cuba ringkaskan… Suami saya adalah seorang yang baik secara amnya. Dia bukan kaki perempuan, jvdi atau his4p dad4h. Dia merupakan tonggak keluarga kerana anak sulung dari keluarga yang susah.

Bila dia dah mula bekerja, bapanya harap dia tanggung adik – adik walaupun bapanya masih muda dan bertenaga untuk bekerja. Bila dah bermenantu, dengan saya pun kena bantu.

Alhamdulillah, saya anggap ia satu peluang berbuat baik kepada mertua dan ipar duai kerana saya sendiri tiada orang tua dan adik beradik saya tak perlukan bantuan kewangan daripada saya.

Namun apa yang saya sangka sementara rupanya menjadi selamanya. Suami saya sentiasa mengutamakan keluarga dia.

Mereka perlu duit, dia sedaya upaya sediakan sedangkan nafkah kepada isteri diabaikan. Mungkin sebab dia benarkan saya bekerja jadi dia rasa saya patut tanggung semua.

Entahlah. Ini juga adalah pemikiran yang ditanam oleh ayahnya yang berpendapat perempuan dah ada gaji tak perlu duit laki.

Rumah, perbelanjaan rumahtangga keperluan anak – anak semuanya dia tak bertanggungjawab. Duit dia untuk diri dia, mak bapak dia dan adik beradik dia, mungkin juga kawan dia. Ok fine, takpelah saya pun mampu.

Bab kasih sayang, perhatian, masa, dan lain – lain, inilah yang lebih mengecewakan.. Saya akan beri beberapa contoh.

Masa anak kami s4kit dan bapak dia suruh balik kampung sebab nak sembeIih lembu, dia balik. Dia tak dapat nilaikan kepentingan hal antara hidup dengan m4ti. Orang lain pulak yang bawak kami pergi ke hospitaI.

Bila saya s4kit, saya drive sendiri ke hospitaI, dia tak lawat pun, bila discaj pun, drive sendiri balik rumah. Tapi bila adik dia s4kit, dia punya gabra, boleh pulak tinggal kerja untuk uruskan walau kena rentas Negeri.

Bila saya ajak ke mana – mana, mesti dia mengelak dengan alasan ada kerja sedangkan urus anak sed4ra pergi balik sekolah boleh pulak adjust masa.

Apa sahaja berkenaan keluarganya semua betul, yang salah sentiasa orang lain. Bila ada yang jenis tak sembahyang, salah Kerajaan. Bila berg4duh, salah jiran dan kawan. Bila malas, ada alasan. Bila tak kerja, tak apa.

Yang paling tak tahan penampilan alim di hadapan orang, pakai kopiah & tudung labuh, parti agama, rajin ke kuliah agama, sekolah agama dan graduan agama tapi mulut & perangai, Ya Astaghfirullahal’adzim, Tuhan sahaja yang tahu.

Saya tak kata semua ye, ini spesifik mengenai mereka sahaja. Secara lisan atau WhatsApp, seIamba membawang, merendahkan orang lain dan menc4rut, memang kalau tengok luaran, takkan sangka langsung.

Semoga Allah kurniakan taufik dan hidayahNya kepada mereka yang berpendidikan Agama agar berakhlak seiring dengan kehendak Agama. Aamiin.

Saya nak ingatkan kepada diri saya dan semua, cuba pikirkan kita ni macam mana. Ada tak kita ani4ya orang apabila kita sangat kuat semangat kekeluargaan?

Baikkah anak kita kalau belikan kita kereta tetapi tak tanggung anak bini. Baikkah abang kita kalau tanggung kita belajar tapi anak sendiri belajar tak keluar duit sesen pun. Baikkah lelaki itu kalau sangat menjaga kebajikan Mak Pak, adik beradik dan anak sed4ra tapi kalau bini s4kit tak peduli langsung.

Baikkah lelaki itu kalau tak reti duduk rumah tapi boleh lepak di kedai mengopi, merok0k berjam – jam dengan kawan – kawan tiap malam.

Baikkah dia kalau dengan kawan dan keluarga rancak berborak tapi dengan isteri, mesej pun tak berjawab.

Mereka bangga dengan anak dan abang mereka yang hebat ketika mereka mengetahui dia suami yang tidak bertanggungjawab. (Saya maklumkan keluarga tetapi kerana ayahnya perangai serupa, susah nak harap mereka menegur dia).

Saya ada anak lelaki dan saya bangga suami berbakti kepada orang tua dan saya harap dia akan mencontohi bapanya tetapi itu pemikiran saya semasa muda belia.

Sekarang ye, saya berdoa anak akan berbuat baik dengan ibunya hingga saya menjadi Penghuni aIam barzakh tetapi saya akan malu dan sedih kalau dia tak pandai jaga anak isterinya. Nau’zubillahi minzalik. Kerana itu juga merupakan tiketnya ke syurga.

Berbalik kepada suami saya dan rumahtangga saya, akhirnya saya putvs asa. Dari kecik sampai anak besar panjang, dia begitulah. Keluarganya didahulukan dalam apa juga keadaan.

Dulu sebelum kawin saya hanya bayangkan suami tolong mertua dengan pastikan mereka cukup makan, ada kenaikan, ada rumah selesa, s4kit dan kebajikan terbeIa, biaya pergi haji serta bantu lah keperluan masa adik – adik belajar.

Rupanya bukan setakat belajar, nak tunang, nak kahwin, nak cari kerja, nak tumpang rumah, nak beli rumah, nak beli kereta, nak mula niaga, s4kit pening dan apa sahajalah, berg4ntung kepada dia sehingga tua.

Bukanlah saya kisah kalau dia boleh adil. Alangkah baiknya jika dia manusia yang boleh rai keluarganya sehingga tahap itu dan pada masa yang sama, cintakan kami jugak sebegitu. MaIangnya, masa, kasih sayang dan duitnya tertumpu di ‘sinun’, yang tertumpah kepada kami sangatlah sedikit.

Sekali lagi saya nak cakap suami saya ni bukannya tak baik tetapi saya telah sampai ke satu kesimpulan dia punya wiring dan programming adalah keluarga,

Kalau keluarga dia susah dan dia mesti bantu dan itulah matlamat kehidupan dia dan dia rasa fulfilled, puas serta berjaya hanya dengan berkhidmat kepada keluarga dia.

Mungkin dah kena brainwashed dari kecik, mungkin itu nilai yang ditanam di kalangan keluarga mereka sejak dahulu. Jadilah dia seorang anak yang taat, abang yang terbaik tetapi suami yang gagal.

Sebagai seorang bapa, saya tak nak menilai. Walaupun ada anak beri komen mengenai bapanya tapi tak sesuai rasanya untuk saya kongsi di sini bagi pihak mereka.

Saya juga simpulkan kasih dia kepada keluarga memang tidak berbeIah bahagi sebab tulah kalau salah pun, tetap akan dimenangkan sedangkan kita tak dapat pembeIaan bila dizaIimi, dis4kiti hati & diabaikan hak nafkah.

Bila mereka dah kukuh kewangan, sikap mereka begitu sombong seolah – olah lupa their humbIe beginnings dan pihak yang membantu mereka ketika susah dulu.

Saya dah lama minta berpisah kerana saya rasa sangat terh1na bila tak layak dapat apa – apa daripada dia. Saya pikir saya mungkin bukan isteri yang cukup bagus sehingga tak dapat raih kasih sayangnya, masanya & duitnya sedangkan dia berbangga dia adalah jutawan.

Tapi dia berm4tian tak nak lepaskan saya dan saya syak sebab dia malu kalau kami bercerai dan nanti orang tahu sebabnya. Almaklum dari luar nampak hebat, jenis setiap waktu di masjid dan surau serta berjaya di mata masyarakat dari segi fizikal dan material.

Tapi akhirnya, saya berlalu pergi juga. Saya tanya anak – anak, sampai bila saya nak settle for less. Sampai bila saya nak biar dipinggirkan.

Doakan kami anak beranak bahagia dan berjaya dunia akhir4t. Saya bukan muda, tak perlu kejar cinta dunia dari suami yang hanya menggunakan kita untuk kepentingan dia dan keluarganya. Lebih baik kejar cinta Pencipta kerana tak lama lagi saya akan pulang ke situ jugak.

Wallahuta’ala hua’lam bissawab. Punyalah nak bagi summary tapi bila sp0ntan rasa nak menulis, panjang pula jadi dan habis 3 jam menaip. Harap sangat ianya satu perkongsian yang bermanfaat. Yang ikhlas dan insaf – Ketumbar (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Cik Nad Hussin : Lelaki, fikir je macam ni. Kalau dalam keadaan bujang pun gaji tak cukup nak sara diri dan parents, buat apa nak heret anak dar4 orang masuk dalam hidup sempit kamu? Kalau orang tanya aku materialistic ke tak, aku jawab ye je. Sebab cinta saja tak boleh bagi kenyang. Mesti dia ingat mak dia je syurga, sedangkan kalau abaikan tanggungjawab terhadapa isteri. Ke ner4ka jugak la kau wahai suami. Aishhh geram pulak kita.

Zia Sophilea : Kesian TT dan langkah TT keluar daripada perkahwinan ini mungkin yang terbaik setelah dibuat istiharah dan sebagainya. Saya pun tak faham kenapa suami jenis ni lebihkan ibu bapa dan adik beradik sendiri. Sedangkan anak isteri di rumah jarang dinafkahi dengan selayaknya kerana alasan isteri bekerja dan bergaji besar daripada suami itu sendiri. Kesian si isteri, nak beli baju kena beli sendiri, untuk mak ayah adik beradik sanggup berhabis.

Sampaikan kalau famili datang melawat restoran mahal tak pernah masuk pon sanggup keluarkan duit tabung haji. Kepada suami di luar sana, jadi anak yang baik sangat dituntut, tapi jadi suami dan ayah yang baik daripada segi akhlak dan nafkah itu lagi keutamaan!!! Kalau tak puas lagi berbakti sehabis gaji utk ibu bapa dan adik beradik, jangan kahwin lagi. Jom bina keluarga bahagia.

Nurul Huda : Ada juga orang terdekat macam ni. Gaji suami habis dekat keluarga mentua saja. Anak bini pandai – pandai la nak hidup. Daripada kakak tu punya la cantik bergaya sampai tahap baju berjalan punya lusuh tak berganti sebab utamakan keperluan anak – anak. Sampai 2 kali juga bercerai (dengan orang yang sama). Pernikahan ke-3 dengan ex suami kekal sampai sekarang sebab mentua dah meninggaI dan tiada siapa yang menyibuk masuk campur lagi dalam urusan rumahtangga mereka. Lelaki tu memang baik la anak yang sangat taat tapi tak bagi nafkah anak isteri berd0sa juga.

Hafiz Aiman : Sebab itu kalau saya ajar perempuan cari jod0h agak compIicated. Contoh suruh lelaki yang meminati diri kamu mendedahkan rekod CCRIS dan CTOS miliknya. Bukan hanya melihat pada sikap baik lelaki kepada keluarganya semata – mata. Ya cara inilah yang digunapakai oleh keluarga saya. Walaupun ramai lelaki mempersoalkannya dan menyatakan tindakan ini bod0h serta tak masuk akal. Tetap ada lelaki yang berani berhadapan dengan semua itu.

Dapatlah seperti abang ipar pertama saya memiliki diploma seni kunilari dan bekerja ketika itu sebagai kitchen assistant. Abang ipar kedua saya memiliki ijazah sarjana kejuruteraan kimia dan ketika itu bekerja sebagai pump attendance. Adik ipar pertama saya memiliki sijil pondok dan ketika itu bekerja sebagai farmer. Adik ipar kedua saya memiliki ijazah sarjana muda quran dan sunnah dan ketika itu bekerja sebagai itu penjual buah tamar dan guru al quran.

Walaupun kami tetapkan kepada semua lelaki yang meminati adik beradik perempuan kami. Dengan menghadapi dua fasa sebelum melangkah ke hari ijab kabul. Iaitu fasa peperiksaan dan fasa kajian. Tetap kami permudahkan hidup mereka dengan hanya melihat akhlak mereka dan kefahaman mereka dalam agama sahaja. Malah kami juga permudahkan urusan perkahwinan mereka dengan meletakkan nilai mahar yang mampu milik dan tanpa hantaran. Jadi keempat – empat adik beradik perempuan saya dapat suami yang baik.

Nota kaki : Kalau rekod hutang sendiri pun red flag. Bagaimana nak bertanggungjawab dalam melunaskan nafkah isteri dan anak selepas berkahwin. Nak cari lelaki ini tak perlu cari yang kaya dan berkerjaya. Cukuplah hanya ada kerja tetap dan tanggungjawab terhadap dirinya sendiri. Kerana dengan ada kerja tetap dan tanggungjawab terhadap diri sendiri akan menjadikan lelaki itu kaya budi pekertinya.

Dorayakiya Qiya : Macam mana nak cakap ye, yang kat sana mak ayah, yang kat sini anak isteri. Kebetulan saya baru baca satu artikel ni yang di “share” di fb saya. Katanya sebagai seorang anak lelaki yang dah berkahwin, antara mak ayah dan anak isteri.. dahulukan anak isteri. Lebih kurang mcm tulah. Pada pendapat saya plak, sebagai ibu bapa simpati dan empati lah dengan anak kita terutamanya anak lelaki yang esok lusa akan ada anak isteri.

Paham, syurga anak lelaki kt ibu dia sampai bila – bila. Tapi sebagai ibu tak kesian ke kat anak lelaki tu? Sampai anak lelaki tu nak berpasangan pun diminta begitu begini? Alasan syurgamu bawah kakiku. Apakah anak – anak kita hak mutlak kita sampai bila – bila yang dikawal segalanya? Bantulah dan bimbinglah anak – anak kita dalam mencorak hidup, bukan “kawal” segalanya.