Lepas 6 bulan kahwin, bekas kekasih datang balik dan sanggup terima aku jadi janda

Sebelum ni aku dah 7 tahun bercinta dengan kekasih sejak dari Universiti. Tapi setiap kali aku ajak kahwin dia bagi alasan sehinggalah aku buat keputvsan untuk putvs. Waktu tu aku terima lamaran dari kawan mama dan kahwin dengan suami. Baru ni aku terjumpa balik dengan ex dan dia sanggup terima aku walau janda. Aku buntu..

#Foto sekadar hiasan. Terima kasih admin tolong siarkan kisah aku. Nama aku Seri, berumur 29 tahun, bekerja sebagai saleswoman di bandar Nusajaya.

Aku sudah berkahwin tahun lepas bulan 8, dengan majlis yang sederhana sebab PKP, aku mengahwini seorang suami yang aku tidak cintai, yang aku tidak bermimpi untuk hidup dengannya sampai m4ti.

Aku sebenarnya menerima lamaran suami aku itu atas dasar aku sudah patah hati setelah aku minta putvs dengan bekas kekasih aku. Suami aku juga berumur 29 tahun, anak kenalan mama aku, berpendidikan tinggi, seorang engineer tetapi sekarang bekerja sebagai seorang pensyarah di pusat pengajian swasta, berpendapatan angka 4 digit la juga.

Suami aku ni aku boleh katakan seorang yang baik pekerti, lembut bicara sampai aku kadang – kadang malu dengannya. Suami aku ni jenis peramah dengan semua orang, senang berbicara dan petah terutama kalau bercakap dengan warga emas.

Memang dah jadi menantu kesayangan mama aku. Dia memang tak berkira dengan keluarga aku, memang seorang yang ringan tuIang dan sangat baik dengan orang tua. Keluarga mertua aku pulak sebuah keluarga yang harmoni, memang aku malu dengan keluarga suami aku, memang tertib dan penuh adab.

Mak mertua aku, aku panggil ummi memang lembut tutur bicaranya, mungkin dari sini la suami aku dapat per4ngai dia. Ipar aku ada 3 orang, semua lelaki, suami aku yang sulung tetapi per4ngai rajin mengalahkan perempuan.

Sampai aku kalau singgah rumah ummi m4ti kutu tak tahu nak buat apa, dari kemas rumah sampai lah memasak mereka saja buat, tambah – tambah bila PKP ni semua anak – anak ada dekat rumah.

Beralih kisah aku sebelum kahwin, sebenarnya aku dah ada boyfriend, kami bercinta dah masuk 7 tahun. Dia kerja sebagai seorang guru, kami bertemu di universiti. Ha mesti korang ingat aku tak ade degree, aku ada la ijazah sarjana muda kimia, aku pun bukan calang – calang tau.

Aku bertemu masa belajar dekat universiti di nun utara malaysia. Dia cinta pertama aku, memang dia seorang yang aku kira baik juga, memang kami dah bercinta lama. Segala onak dan duri kami lalui bersama.

Sampailah aku suakan pertanyaan, bila mahu melamar aku menjadi isterinya Pelik kan? aku lagi pelik, selalunya lelaki yang beria – ia nak kahwin cepat,

Tetapi bekas kekasih aku ni jenis yang suka berdalih dan suka berahsia, sepanjang 7 tahun kami bercinta, dia tak pernah sebut pasal kahwin dan tak pernah sekali bawa aku berjumpa dengan family dia.

Tapi, aku pulak yang beria, siap bawa dia jumpa family aku, kenalkan dekat semua orang, sampai tempat kerja aku semua kenal dia. Semua itu berlarutan selama setahun, dan dia masih berdalih dan beribu alasan diberi.

Aku juga ada misi aku sendiri, buat apa bercinta lama – lama, aku pun ada keinginan berkeluarga. Lama kelamaan kami berdua sering berbaIah, benda yang sama, pasal perkahwinan sampai aku dah nekad.

Aku kata dekat dia kalau perhubungan ini tak bawa kita ke mana baik kita berpisah saja. Kami pun berpisah, aku memang kecewa giIa sampai tahap nak bvnvh diri, giIa kan.

Yela cinta bagai nak rak, tujuh tahun akhirnya musn4h macam tu je. Aku pun meneruskan hidup aku seperti biasa walau hati ni memang sangat terIuka. Memang sepanjang aku berpisah ni, aku rindu sangat – sangat wehhhh, aku tunggu mesej bekas kekasih aku tapi aku cekalkan hati aku tak baIas.

Hati ni aku telah tutup serapat – rapatnya. Setelah berbulan – bulan lamanya, satu hari mama aku call kata ada orang nak masuk meminang, aku kata tak nak, yelah hati aku ni dah caIar dan r0bek. Aku suruh mama aku tolak.

Dan yes mama aku tolak. Mama aku pon faham keadaan aku. Bekas kekasih aku tu mama anggap macam menantu dah, dah memang kenal. Mama pun kecewa dengan bekas kekasih aku tu, dan mama pun dah tak bagi balik semula dengan dia.

Selepas beberapa bulan, mama call aku, dia kata dia terima pinangan anak rakannya ni, iaitu orang yang sama! Iaitu suami aku sekarang. Suami aku ni sebenarnya rakan sekolah menengah, dia memang suka dekat aku dari dulu lagi tapi sebab aku tak berapa suka dia, bukan taste aku la walaupun orang baik.

Entah kenapa hati aku masa itu cakap ya saja dekat mama aku, entah macam mana boleh setuju. Dipendekkan cerita aku dah kahwin dengan suami aku ni dah 8 bulan.

Keseluruhannya dia memang seorang yang rajin dan pandai memasak, nasib baik, aku bukan reti pun memasak, jangan nak kutuk aku ya, sibuk belajar mana ada masa nak belajar masak.

Bab dapur aku bagi laki aku, dia tak marah pun kalau aku tak masak, jangan korang pulak m4ki aku eh. Alkisahnya, aku jumpa balik bekas kekasih aku dekat tempat kerja aku petang tu.

Maka bermula la kenangan lama cinta cintun kisah aku dengan dia. Aku tak nafikan yang aku masih sayang dekat dia weyhhhh. Dia ajak aku bersama semula, dia janji nak bawa aku jumpa mak dan ayah dia.

Dia tak kisah aku dah kahwin dan dia sanggup ambik janda sebagai isteri dia. Dan, aku nampak keikhlasan dan kesungguhan yang aku tak pernah nampak di mata dia.

Pada saat ni dia masih mesej aku, ajak berbaik semua tu, dan aku pulak asyik teringat dekat dia, mana taknya 7 tahun kot, mana boleh lupa semudah tu je.

Sampai satu saat aku rasa menyesal kahwin, dan aku rasa bersalah dekat bekas kekasih aku sebab desak dia suruh kahwin dengan aku sebelum ni. Dia pernah call aku menangis – nangis masa pagi aku nak akad nikah, tapi aku tak layan sebab masa tu masih geram dan kecewa.

Sekarang aku rindu dia weyh, tapi aku sedar aku dah kahwin, aku juga rasa bersalah kepada suami aku. Tetapi hati ni tak pernah sayang dan cinta kepada suami aku.

Dan aku masih lagi tidak membenarkan suami aku sentuh aku kerana aku rasa belum bersedia untuk memberikan suamiku sepenuhnya jiwa dan raga.

Walaupun suami aku tak pernah p4ksa aku dan dia kata bila – bila masa aku bersedia, tetapi aku rasa aku tak akan bagi sampai bila – bila sebab jauh di sudut hati aku aku masih sangat – sangat mencintai bekas kekasih aku. Tolong aku. – Seri (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Aisyah Ayob : Assalamualaikum cik confessor. Pendapat saya, jangan pernah bukak dah kisah lama. Move forward dengan suami sekarang. Dugaan perkahwinan je tu. Sy4itan mana suka perkahwinan yang aman damai.

Ianya pahit sebab 7 tahun tapi saya percaya cik confessor kuat. Tolong jangan contact balik. Dan berdoa kat Allah. Mesti ade sebab cik confessor tak jadi kahwin dgn ex walaupun dah 7 tahun kenal hati budi. Allah tu Maha Penyayang.

Dia nak bagi yang terbaik untuk cik confessor. Saya harap cik confessor bersyukur dengan perkahwinan sekarang dan tolong jangan pergi dah kat bekas kekasih tu.

Mudarrisah AmatulLah : Dik, suami adik dan familinya adalah stok yang hampir pupus atas dunia ni. Kalau tak mahu, bagi lah kat mana – mana perempuan yang akan menghargainya sebagai seorang suami.

Adik pergiIah kat ex boyfriend yang tak tahu mana hala lagi per4ngai dan famili yang entah macamana penerimaan terhadap diri adik tu. Maaf ye dik. Akak kesian dengan adik yang lebih menggiIai angan – angan buaian rindu dari berpijak di bumi yang nyata. Maaf jika meIukakan.

Hani Junaidi : Semasa akad ijab kabul dilafaz, itulah j0doh. Itulah tanggungjawab jadi bini dik non. Apa guna ada ijazah kimia tapi gagal fikir halal h4ram hubungan. Kesian laki awak. Awak ced3rakan hati seorang lelaki yang sah jadi suami sebab perasaan awak yang aja? Jahat tau.

Mozainast Ismail : Sis, entah kenapa baca pengakuan you ni, I rasa you ni seorang yang tak m4tang walaupun dah berumur 29 tahun dan I sangat tak setuju dgn perbuatan you sekarang yang melayan em0si dengan bekas kekasih tetapi abaikan suami you sendiri.

Belajar tinggi kan, tak kan tak tau beza kan d0sa dan pahala. Jangan pentingkan diri sendiri saja dan terus h4nyut. You dah letak maru4h you kat kaki, tapi sekurang – kurangnya jaga maru4h suami you dan keluarga di kedua – dua beIah pihak.

Seterusnya, pikir kenapa  Allah izinkan perkahwinan you berlaku. Pikir jugak kenapa Allah izinkan hubungan 7 tahun you dengan bekas kekasih putvs. Pikir lama – lama dan jangan macam budak – budak.

Dah dapat suami baik, family mertua pun baik, lagi tak bersyukur. Ikutkan hati nanti bin4sa diri. Semoga jadi isteri solehah.

Eiba Danish : Ada suami dan keluarga mentua baik pun tak sedar lagi. Bekas kekasih awak tu, keluarga dia pun awak tak kenal lagi, silap – silap nanti dapat keluarga mertua dari ner4ka. Masa tu baru awak tersedar.

Allah swt dah beri j0doh terbaik untuk awak saat akad nikah. Ada sebab la kenapa Allah swt j0dohkan awak dengan suami. Saya berdoa semoga awak sedar hal ni. Terimalah j0doh baik awak ni dengan hati yang lapang.

Semoga j0doh awak berkekalan dengan suami sekarang. Cinta boleh dipupuk, awak sendiri tak beri peluang dengan hati awak bercinta dengan suami. Bercinta dengan suami adalah masa yang sangat terindah. Setiap saat dapat pahala.

Awak tak nak ke dapat pahala setiap saat? Syurga da depan mata. Saya harap awak berubah, cerai bukan jalan cerita untuk awak. Belom cuba. Terus nak mengalah pegi ke bekas kekasih balik.

Anggap la bekas kekasih awak tu sebagai ujian dalam perkahwinan awak. Sy4itan paling suka meruntvhkan rumahtangga.