Lagi 6 bulan nak kahwin, tunang ugvt batalkan perkahwinan jika tak bagi pinjam duit RM1000

Bila kami berg4duh mesti keluar perkataan yang tak elok. Aku pun tak nak kalah pasti akan meIawan balik. Tapi setiap kali kalau kami g4duh, mesti dia suruh aku bayar ‘denda’ RM1000 dekat dia. Jika tidak dia ugvt untuk batalkan perkahwinan yang hanya tinggal lagi beberapa bulan. 

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.. Thanks admin sebab approved post aku ni.

Apa aku nak cerita tentang pengalaman aku sendiri yang boleh korang ambil sebagai based line untuk hidup korang. Aku namakan lelaki ni Ali lah senang cerita. Aku kenal Ali ni dah lama sejak umur aku 19. Umur aku sekarang pun dah 28. Kami bertunang pada tahun 2014 atas persetujuan bersama dan suka sama suka.

Nak dijadikan cerita perangai dia sebelum bertunang dengan lepas bertunang sangat – sangat lain. Baca kronologi cerita aku dulu. Lepas 4 bulan bertunang, aku ambil keputusan untuk resign dari company yang aku kerja di Penang. Sebab aku nak resign adalah kerana aku nak dekat dengan dia di KL nanti lepas kahwin senang tak payah pikir pasal cari kerja. Aku tumpang rumah family best friend aku masa kerja di KL. Bayangkan lepas sebulan aku kerja di KL, tak ade pernah sekali pun dia nak jumpa aku padahal tempat kerja dia dengan aku sangat dekat. Alasan dia penat dan takde duit. Aku terp4ksa diam untuk elak g4duh.

Ali start g4duh dengan aku style hardc0re punya, means m4ki hamun, aku pun tak nak kalah m4ki balik sebab aku macam berdend4m dengan dia. Nampak aku kasar kan tapi aku dah tahan bila g4duh je panggil aku p*k***k, b***, bod0h, s**d*l dan m4kin seangkatan dengannya. Keadaan m4kin teruk bila kali ni g4duh dia mintak RM1000 dengan aku sebab aku meIawan cakap dia. Ali cakap kalau aku tak bayar denda tu, aku dan mak aku boleh pergi mamp0s sebab dia nak batalkan perkahwian.

Masa tu aku merayu pada dia untuk berbaik sebab tarikh nak kahwin tinggal lagi 6 bulan je. Ali tetap berkeras nak RM1000 tu, aku pun dengan bod0hnya pergi lah bank in kat dia. Tapi benda ni tak berhenti kat sini lagi, kitaorang berg4duh dan dia mintak lagi RM1000 dengan alasan aku menjawab apa dia cakap. Aku pun bod0h lagi walaupun berendam air mata pergi bank in kat dia. Dah 2k beb duit aku lebur macam tu. Aku bagi sebab masa tu aku pikir aku kesian kat mak aku dan mak dia yang dua – dua dah exc1ted pergi ke Bandung beli barang hantaran bagai. Aku tak nak dorang malu.

Lagi satu dia ada join kelas agama makrifat, aku tak sure apa benda. Yang aku tahu kalau nak belajar makrifatullah ni kene totally abadikan diri untuk Allah, dah tak ada duniawi semua ni (not sure) Aku tengok sem4kin dia belajar ilmu makrifat tu, sem4kin dia meninggi diri dengan aku. Katanya aku ni bod0h bahIul sebab tak tahu banyak pasal Islam dan Allah. Aku cakap lah kalau kau tengok aku tak sempurna kau ajar lah aku dengan baik tapi dia cakap buang masa ajar aku. Lepas tu tiap hari g4duh dengan aku sebab alasan dia, aku tak tahu makrifat ni macam mana. Ehhh kau ni belajar syiah ke apa dah kerja nak m4ki aku je tiap hari. Kalau betul – betul belajar agama mesti lah hati tu tenang dan tutur kata pun baik.

Suatu hari, Motor dia tayar pancit tengah highway dia mintak aku RM50, masa tu dia baru je seminggu dapat ‘denda’ yang bayar pada dia. Aku cakap lah guna duit denda tu untuk bayar pomen ganti tiub tayar tu, dia cakap duit tu dia simpan tak nak guna. Aku cakap aku tak ada duit dah nak bagi. Terus dia meng4muk cakap aku tak kesiankan dia dekat tengah highway sorang – sorang tayar pancit. Apa kalau aku bank in tiba – tiba muncul mesin ATM ke kat tengah highway tu. Nampak sangat menipu aku sebab nak duit. Aku malas layan masa tu lantak lah dia m4ti reput kat situ.

Ali pernah bagitahu aku kalau aku kahwin dengan dia, dia akan bagi nafkah RM200 tapi duit api, air, astro dan barang dapur aku yang bayar sebab gaji aku lagi banyak dari dia. Masa tu aku dah nampak aku akan dapat suami yang tak bertanggungjawab soal nafkah isteri. Lagi sekali kitaorang g4duh dia mintak lagi RM1000 sebagai denda untuk berbaik balik. Masa ni aku dah rasa fedup aku cakap aku taknak bayar dan aku nak nekad nak putus tunang. Dia ingat aku main – main sebab dia tahu aku akan merayu pada dia balik. Masa ni hampir sebulan dia tak contact aku langsung. Masa ni pulak aku muhasabah diri dengan dekatkan diri dengan Allah mintak petunjuk sebab aku memang dah takda hati nak teruskan perkahwinan ni.

Masa ni jugak aku berkenalan dengan seorang lelaki lain yang aku namakan Bob. Dalam masa 2 minggu kenal Bob minta aku untuk jadi isteri dia. Aku pikir dalam – dalam, buat solat hajat dan istiharah. Petunjuknya hati aku lebih ke arah Bob daripada Ali.

Aku nekad aku balik kampung mintak mak call mak Ali untuk batalkan perkahwinan. Mak aku yang tak tahu apa – apa memang terk3jut lah, aku pun cerita lah perangai Ali bagai kat mak aku. Mak aku pun call lah terangkan semuanya dan aku pun terus terang pada mak Ali tentang perangai anak dia. Memang terdiam mak dia masa tu dan setuju untuk putuskan pertunangan kami. Y

e mesti korang nampak macam tak ikut adat tapi keadaan masa tu macam teruk sangat dan aku tak nak tengok dah muka Ali. Ali merayu mintak maaf pada aku dan berjanji untuk berubah. Aku cakap sampai bila – bila aku takkan maafkan dia sebab dia dah d3ra mentaI aku dan gunakan ‘denda’ dia untuk joli. Aku mintak dia ganti balik duit aku tapi dia suruh aku jual cincin tunang aku. Dia cakap boleh dapat 1k bila jual, aku pun pergi lah jual tengok – tengok dapat RM320 je beb. Aku tuntut jugak duit aku tapi dia tetap tak nak bayar.

Dan selepas 4 bulan kes tu, aku pun selamat bernikah dengan Bob iaitu suami aku sekarang. Alhamdulillah Allah hadiahkan aku suami yang sangat baik, taat pada agama, tak pernah tinggikan suara pada aku dan sangat mengambil berat tentang nafkah aku. Dan sekarang pun kami dah dikurniakan cahaya mata yang sangat comel. Aku memang sangat bersyukur Allah gantikan orang yang terbaik menjadi suami aku.

Ali? Lantak lah aku tak nak ambil tahu pasal dia tapi ntah kenapa aku masih teringat dengan siksaan m4ki hamun dia pada aku dan belum 1sen pun lagi dia ganti duit aku.

Nasihat aku pada korang kalau dah dapat tunang macam ni baik mintak petunjuk Allah sebab kita nak kahwin bukan sehari tapi selama-lamanya. Perkahwinan bukan satu perjvdian. Kau tak cuba kau tak tahu. Memang aku kenal suami aku hanya 2 minggu dah ajak kahwin, tapi mungkin yang janggal pada kita tu lah adalah yang terbaik untuk kita. Wallahualam.. Yang penting petunjuk dan keredhaan dari Allah lah yang patut kita minta. – Hawa