
Aku buka Instagram suami. Banyak chat gatal dia dengan perempuan lain. Aku baru tahu dia peminum, pernah main dengan perempuan, pernah kerja dekat kelab. Chat tu sebelum kami kahwin, aku tetap s4kit hati. Walaupun aku pernah terlanjur, aku tak pernah sentuh ar4k, tak masuk kelab malam.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Ni Facebook fake aku, dekat Facebook real selalu juga aku membawang dekat komen. Kali ni aku nak kongsi kisah aku pula. Ceritanya begini. Aku baru berkahwin dengan suami hampir 7 bulan.
Aku pada asalnya berjodoh dengan orang lain, akan tetapi bakal suami aku ketika tu ditangkap basah sebulan sebelum kami bernikah. Aku memang terduduk dan tak terkata apa – apa pada ketika tu. Kecoh habis dekat kawan – kawan semua sebab kami pasangan couple yang popular sebab bercinta dengan kawan rapat sendiri sejak sekolah menengah.
Kawan – kawan ada datang rumah jumpa aku, pujuk dan tenangkan aku. Sampailah satu hari ni, kawan baik aku datang rumah bawa tunang dia bersama kawan kepada tunang dia. Kami bersembang macam biasa dan esok malam tu tiba – tiba dia telefon aku. Dia dapat nombor telefon daripada kawan baik aku katanya.
Dia kata dia dah jatuh cinta pandang pertama dengan aku dan sudi menggantikan tempat bakal suami aku. Aku pada mulanya nak menolak sebab baru kenal, tetapi setelah berbincang dengan keluarga, aku pilih untuk menerima dia demi menjaga maruah keluarga.
Jadi tepat pada 23/11/2025, kami pun bernikah. Pada malam pertama, aku terus terang yang aku dah tak suci sebab pernah terlanjur dengan bakal suami sebelum ni. Dia mencivm aku dan mengatakan dia terima aku seadanya. Kehidupan kami bahagia sekejap. Maklumlah baru kahwin kan.
Sampai awal May ni, satu demi satu benda Allah tunjuk dekat aku. Aku sebelum ni tak pernah periksa telefon bimbit dia. Bila aku periksa, aku tak sangka pula yang dia ni ramai kawan perempuan. Aku baca satu persatu chat dia. Baru aku tahu dia ada dua puluh orang kawan rapat perempuan di dunia sebenar.
Belum masuk lagi kawan dalam alam maya. Adik angkat dan kakak angkat pun ada. Sembang biasa sahaja, cuma kadang – kadang ada terselit sedikit ayat Iucah macam bergurau senda. Sebagai isteri, siapa yang tak cemburu kan? Aku buka Instagram dia pula.
Banyak chat gatal dia dengan perempuan lain. Aku juga baru tahu dia seorang peminum. Dia pernah main dengan perempuan lain sebelum ni dan pernah bekerja di kelab malam. Walaupun chat tu semua bertarikh April tahun lepas, aku tetap s4kit hati.
Walaupun aku tak d4ra, aku tak pernah sentuh ar4k atau masuk kelab malam. Aku menangis sepuas – puasnya. Lepas tu aku berg4duh dengan dia pasal semua ni. Dia kata memang dia ramai kawan perempuan. Dia minta aku tak cemburu sebab mereka hanya kawan sahaja.
Aku menjerit dan tanya kalau sekadar kawan biasa, kenapa dia hantar gambar anu sendiri dekat kawan perempuan dengan alasan bergurau? Kenapa chat dia penuh dengan ayat Iucah? Dia tak mengaku. Bila aku bising pasal Instagram dia pula, dia kata akaun Instagram dia pernah digodam sebelum ni.
Aku jadi geram lalu ambil keputusan untuk tidur di hotel selama seminggu. Sepanjang tempoh tu puas dia pujuk aku macam – macam. Dia cuba lembutkan hati aku dan buat aku cair dengan dia. Tapi aku masih keras hati. Oh ya, sepanjang tempoh tu aku ada pergi berurut dengan seorang makcik ni.
Aku memang pelanggan tetap dia sebab setiap bulan mesti berurut dengan dia. Masa berurut tu dia kata aku mengandung. Aku terk3jut juga. Aku periksa dengan kit ujian kehamilan dan keputusannya positif. Lepas tu aku balik ke hotel dan fikir betul – betul.
Akhirnya aku ambil keputusan untuk kembali kepada suami aku. Gembira dia masa tu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Cuma pada waktu malam, dia meminta benda tu tetapi aku tolak. Aku beri alasan aku tak ada mood sebab masih teringat peristiwa hari tu. Aku cakap aku balik pun sebab mengandung sahaja.
Tapi dia masih tak mengalah. Dia terus dan terus cuba menawan hati aku. Sampailah malam tadi, tiba – tiba kawan dia yang paling rapat telefon aku dan ser4ng aku. Dia kata aku ni perempuan tak berguna sebab buat suami aku macam tu.
Katanya suami aku sayangkan aku tetapi aku mempermainkan perasaan dia. Kami bertekak, tetapi mulut kawan dia memang pedas juga. Aku benar – benar tersentap. Aku hanya mampu jerit, “Betina tak malu! Dah tahu selalu kena abaikan dengan teman lelaki sendiri, masih nak kacau laki orang. Ajak pula laki aku jadi skandal kau!”
Lepas tu aku terus m4tikan talian. Kemudian aku ser4ng suami aku dan kami berg4duh besar. Suami aku pula membela perempuan tu dan kata aku ni cemburu buta. Sekarang ni aku memandu jauh dari tempat aku dan menumpang di rumah kawan aku. Aku dah tak tahan dengan per4ngai suami aku. Anak ni nanti aku ikhtiar untuk gugurkan dan aku nak tuntut cerai. Dan aku nak pesan dekat semua perempuan di sini…
JANGANLAH KAMU KACAU SUAMI ORANG WALAUPUN SEKADAR SEBAGAI KAWAN. SEDANGKAN AKU SENDIRI MENYEKAT KAWAN AKU YANG DAH BERKAHWIN DEKAT WHATSAPP. KALAU FACEBOOK AKU UNFOLLOW SAHAJA. TAK KISAHLAH TEMAN LELAKI ORANG, TUNANG ORANG ATAU SUAMI ORANG, KALAU DAH ADA PASANGAN, JANGAN DIGANGGU!
Ulasan Pembaca :
Safarina Samsudin : Baru tujuh bulan kahwin dah buat per4ngai macam ni dik. Minum arak tu h1na sangat ke? Terlanjur tu tak h4ram ke? Sama sahaja d0sa besar. Dia selamatkan maruah kau dik. Lepas tu sepatutnya kau pula yang goda hati dia.
Pikat jiwa dia supaya dia boleh lupakan perempuan – perempuan tu. Usahakan dulu rumah tangga tu. Barulah nak merajuk ke, nak marah ke atau apa – apa pun. Pernah tak fikir semua ni mungkin kifarah sebab kau terlalu murah pada lelaki sebelum ni? Muhasabah diri dulu dik. Barulah kau berhak menghukvm orang lain.
Hida Yah Kahar : Maaf sis. Sis dah ada d0sa berz1na, jangan tambah d0sa dengan gugurkan anak pula. Anak tu hasil daripada perhubungan yang halal. Memanglah sekarang sis rasa benci sebab tu d4rah daging suami. Tapi tu tetap anak sis. Nanti bila sampai tua, sis akan menyesal dan akan selalu teringatkan anak yang tak berd0sa tu. Percayalah sis.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.