Lama aku dan suami tunggu zuriat. Saat aku mengandung, suami bersumpah atas nama Tuhan sayangkan wanita lain dan ceraikan aku

Akhirnya aku memberanikan diri hubungi perempuan itu. Aku tanya sama ada suami aku masih mencari dia atau tidak. Akhirnya berpakat. Sebab kami sama – sama jadi m4ngsa penipuan suami. Alangkah sedihnya bila suami melafazkan cerai kepada aku. Dengan tenang dia bersumpah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku kini sedang mengandung anak pertama selepas hampir dua tahun menunggu bersama suami. Dua tahun yang penuh harapan, penuh doa, dan penuh air mata yang aku simpan sendiri. Akhirnya Allah makbulkan doa aku.

Saat aku tahu aku hamil, hati aku benar – benar luluh. Bukan sebab sedih, tapi sebab terlalu bersyukur. Alhamdulillah, sekarang kandungan aku dah masuk sepuluh minggu. Walaupun aku mengalami alahan yang sangat teruk, munt4h hampir setiap hari, badan lemah, kepala pening, aku tetap rasa gembira dan seronok melalui pengalaman manis ini.

Aku tahu masih ramai lagi wanita di luar sana yang sedang menanti rezeki seperti ini. Jadi setiap kali aku rasa penat, aku pujuk diri sendiri. Ini rezeki. Ini amanah. Hari Raya yang lalu jadi tarikh keramat dalam hidup aku. Ketika takbir raya bergema, aku dapat keputusan ujian kehamilan yang positif.

Aku pandang strip itu lama – lama, tangan aku menggigil. Dua garis. Aku diam sekejap sebab aku sendiri tak percaya. Saat aku dah tak mengharap apa – apa, Allah beri aku rezeki ini. Ketika itu kandungan aku dah pun berusia lima minggu.

Perasaan aku masa tu bahagia bukan kepalang. Aku senyum sorang – sorang dalam bilik air, sambil menangis perlahan. Dalam hati aku cakap, Ya Allah, akhirnya. Aku terus niat nak buat k3jutan untuk suami. Aku tulis nota kecil dan tampal dekat cermin. “I can’t wait to see you daddy!”

Aku letakkan sekali alat ujian kehamilan yang menunjukkan dua garis itu. Lepas tu aku buat – buat tidur. Suami aku bila balik kerja memang akan terus ke cermin itu setiap hari. Tak lama lepas tu, aku dengar suara teresak – esak. Aku bangun perlahan – lahan. Rupanya suami menangis sebab terlalu gembira.

Aku terus peIuk dia. Aku pun menangis dalam peIukan dia. Saat itu aku rasa, inilah kebahagiaan yang aku tunggu selama ini. Dua minggu selepas hari paling bahagia dalam hidup aku, perasaan aku mula tak sedap. Aku terjaga pukuI empat pagi.

Jantung aku berdegup laju tanpa sebab. Entah kenapa aku rasa nak tengok telefon suami. Biasanya telefon dia akan letak atas meja tepi katil. Tapi malam tu tak ada. Rupanya dia sorok dalam sarung bantal. Mungkin Allah nak tolong aku. Aku berjaya buka kata laluan telefon tanpa suami terjaga.

Dengan tangan menggigil, aku buka satu persatu. Alangkah terk3jutnya aku bila jumpa perbualan WhatsApp suami dengan perempuan lain. Ada gambar mereka berdua. Ada ayat – ayat manis. Ada janji – janji. Aku rasa dunia aku runtuh. Tangan aku menggigil, d4da aku sesak.

Kenapa suami buat aku macam ini. Kenapa ketika aku sedang mengandung anak dia. Segala tanda yang aku perasan sebelum ini terus terjawab. Suami selalu keluar lepak, balik pukuI dua tiga pagi. Sedangkan dia tahu aku hamil dan tinggal seorang diri di rumah. Bila di rumah pula, dia kerap masuk tandas lama – lama dengan telefon.

Bila kantoi curang, suami langsung tak jelaskan apa – apa. Tak ada pujuk, tak ada penjelasan. Dia keluar dari rumah kelamin dan tinggalkan aku sorang – sorang. Aku duduk atas katil sambil menangis, tangan pegang perut. Aku tertanya – tanya apa salah aku, apa d0sa aku sampai diuji macam ini.

Aku rujuk keluarga mertua dengan harapan masalah kami dapat diselesaikan secara baik. Aku masih percaya perkahwinan ini boleh diselamatkan. Tapi sampai ke sudah, mereka diam membisu. Tak ada khabar, tak ada usaha. Aku pula memilih untuk berdiam diri. Mungkin aku dan suami perIukan masa, itu yang aku pujuk diri sendiri.

Setiap hari aku buat solat istikharah. Aku mohon petunjuk daripada Allah. Aku minta ditenangkan hati. Tiga minggu berlalu. Tak ada satu panggiIan pun daripada suami. Tak ada mesej. Tak ada khabar. Dia tak pernah balik tengok aku walaupun aku sedang mengandung.

Akhirnya aku memberanikan diri hubungi perempuan itu. Aku gelarkan dia Aina. Aku tanya sama ada suami aku masih mencari dia atau tidak. Ya Allah, Allah uji aku lagi. Rupanya suami masih berhubung dengan Aina. Suami merayu dan memujuk Aina sebab tak beritahu yang dia sebenarnya dah berkahwin.

Suami siap hantar bunga, pergi jumpa Aina, menangis dan merayu minta dimaafkan. Aku dan Aina akhirnya berpakat. Sebab kami sama – sama jadi m4ngsa penipuan suami. Alangkah sedihnya bila suami melafazkan cerai kepada aku. Dengan tenang dia bersumpah atas nama Allah yang dia sayangkan Aina dan sanggup ceraikan aku walaupun aku sedang membawa amanah Allah dalam rahim aku.

Aku pegang perut aku kuat – kuat malam itu. Aku menang tanpa suara. Aku rasa perit yang tak mampu digambarkan dengan kata – kata. Tapi aku tahu, Allah pilih aku sebab Allah tahu aku mampu. Aku pergi ke pejabat agama untuk pengesahan lafaz cerai.

Dan cerai itu telah pun berlaku. Aku ke mahkamah syariah untuk urusan seterusnya. Langkah aku berat, tapi aku kuatkan diri. Aku mohon doa daripada semua pembaca. Doakan aku tabah dan kuat untuk menghadapi hari – hari yang mendatang.

Allah hadiahkan aku anugerah yang tidak ternilai pada waktu yang tepat. Aku percaya ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. Aku redha dan aku ikhlas terima ujian ini. Doakan anak aku sentiasa sihat. Biarlah dia membesar sebagai bukti bahawa ibunya pernah diuji, tapi tak pernah menyerah.

Komen netizen :

Zaza Rahman : Bertabahlah sayang. Mungkin Allah sayangkan awak nak awak keluar dari masalah ini yang mungkin akan membawa kepada masalah – masalah lain di kemudian hari.. PergiIah sayang.. pergiIah mencari bahagia. Sis doakan awak sentiasa tabah, berfikiran positif, jaga anugerah Allah itu dengan penuh kasih sayang. Semoga urusan awak dipermudahkan.

Jerry TheTikus : Sabar kak, kak kena kuat untuk baby tu, pasti ada hikmah atas apa yang jadi. Tabahkan dan kuatkan hati. Saya percaya kak akan bahagia nanti, semoga baby dan akak sihat dan baby jadi anak yang soleh nanti. Allah tak akan uji kak kalau akak tak kuat. Mungkin DIA nak bagi akak yang terbaik nanti.

Raja Emma : Doa orang yang teran1aya Allah swt makbulkan tanpa hisab. Semoga awak terus kuat demi anak dalam kandungan tu. Pedulikan bekas suami awak dengan betina tu kalau andai kata si jantan tu merayu – rayu satu hari nanti. Jangan pandang belakang, orang macam tu walaupun dia insan yang pernah awak sayang tapi dalam keadaan awak yang tengah mengandung ni dia buat awak macam tu memang tak akan seIamat hidupnya dunia akh1rat. Kuatkan semangat ye.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :