Suami aku banyak duit tapi nafkah tak pernah bagi. Bil, komitmen rumah aku bayar. Aku cek duit suami ada 120k dalam bank. Setiap bulan curi 200

Dalam keadaan terdesak, aku mula ambil duit suami secara senyap-senyap. Aku ambil bukan untuk bermewah. Duit itulah aku guna bila pergi pasar raya, beli ais krim untuk anak-anak. Perasaan bersalah memang ada. Sebelum tidur, aku minta maaf pada dia dalam hati.

Assalamualaikum semua pembaca. Admin tolong hide profile aku ya.

Aku nak minta pendapat semua sebab isu ni betul-betul buat aku rasa bersalah dan tak tenang sejak kebelakangan ni. Aku seorang isteri dan ibu. Aku tak bekerja tetap. Aku hanya menjahit dan menjual secara online dari rumah. Pendapatan aku tak menentu, selalunya tak sampai RM500 sebulan pun. Duit itulah yang aku gunakan untuk beli barang-barang kecil dan keperluan harian setakat mampu.

Masalahnya, suami aku tak pernah bagi duit belanja. Dari awal kahwin sampai sekarang, duit untuk keperluan anak, duit rumah, duit sewa, bil air dan bil elektrik, semua aku yang fikirkan. Nafkah sebagai isteri pun memang tak ada. Aku redha. Aku selalu pujuk diri sendiri, mungkin sebab itu dia tak bagi. Aku cuba faham dan bertahan.

Suami aku berniaga. Dia bukan orang susah. Malah aku tahu duit dalam akaun bank dia ada lebih RM120,000. Hutang pun tak banyak, cuma rumah sahaja. Tapi walaupun begitu, duit di tangan aku langsung tak ada. RM1 pun tak pernah dia hulur. Semua perbelanjaan dapur memang dia beli, tapi duit untuk aku pegang sendiri memang tak pernah wujud.

Dengan pendapatan kecil aku tu, memang tak cukup langsung untuk tampung semua keperluan. Sewa rumah, bil-bil, barang sekolah anak, barang dapur tambahan, semua perlukan duit. Dalam keadaan terdesak, aku mula ambil duit perniagaan suami secara senyap-senyap. Aku ambil bukan untuk bermewah. Aku ambil untuk bayar sewa, bayar bil, beli barang keperluan anak dan rumah.

Setiap kali ambil, perasaan bersalah memang ada. Aku takut. Aku tak pernah berani bagitahu. Kadang sebelum tidur, aku minta maaf pada dia dalam hati. Aku minta dia halalkan semuanya walaupun aku tak beritahu apa sebenarnya yang aku buat. Dalam setiap solat, aku minta Allah ampunkan dosa aku. Aku tahu apa yang aku buat tu salah dari segi kejujuran. Tapi aku juga tak tahu nak buat apa lagi.

Yang buat aku makin tertekan, suami aku sangka semua perbelanjaan tu aku guna duit aku sendiri. Pernah satu masa, dia rugi dalam jualan. Masa tu aku menangis sorang-sorang. Aku rasa sangat bersalah. Aku terfikir, mungkin sebab aku ambil duit dia, sebab itulah rezeki dia jadi sempit. Sejak itu, hati aku langsung tak tenang.

Dalam masa yang sama, aku simpan satu lagi perasaan yang lama aku pendam. Suami aku ni terlalu rajin bekerja sampai abaikan anak dan isteri. Masa cuti sekolah pun dia tetap pergi kerja dan buat lebih masa. Sepanjang lima tahun berkahwin, kami tak pernah sekali pun pergi bercuti jauh. Tak pernah makan angin macam keluarga lain. Anak-anak aku tak pernah merasa naik kereta jalan jauh, tidur hotel atau mandi kolam renang.

Aku bukan minta hidup mewah. Aku cuma teringin rasa keluar rumah, tukar angin, cipta kenangan dengan anak-anak. Tapi setiap kali aku suarakan, dia akan cakap kerja lagi penting. Aku hanya duduk di rumah, ulang rutin yang sama setiap hari. Lama-lama aku rasa bosan, sunyi dan kosong.

Aku pernah minta izin nak kerja luar rumah. Dia tak bagi. Katanya biar aku duduk rumah jaga anak. Tapi dalam masa yang sama, aku tak diberi duit langsung. Semua keperluan perlu aku fikir sendiri. Anak-anak kalau minta ais krim, jajan kecil, aku terpaksa fikir banyak kali sebab duit aku memang tak ada.

Disebabkan itu, bila aku tahu nombor pin bank dia, aku mula ambil duit dari akaun dia tanpa dia tahu. Sebulan dalam RM200 sahaja. Aku ambil bukan selalu. Duit itulah aku guna bila pergi pasar raya, beli ais krim untuk anak-anak, beli jajan, dan kadang beli sedikit barang untuk diri aku sendiri seperti penjagaan kulit. Aku juga manusia. Aku juga ada keperluan.

Setiap kali aku ambil duit tu, perasaan bersalah tetap datang. Aku selalu tanya diri sendiri, berdosakah aku sebagai isteri? Aku ke isteri yang tak bersyukur? Tapi bila aku tengok keadaan aku sendiri, duduk rumah tanpa duit, tanpa perhatian, tanpa rehat, aku rasa aku juga teraniaya dalam diam.

Aku tak pernah bersuara besar. Aku tak pernah melawan. Aku hanya pendam semua dalam hati. Aku cuma mahu hidup yang sederhana dan tenang. Aku mahu suami faham tanggungjawab dia, bukan sekadar kerja dan kumpul duit dalam bank. Aku mahu rasa dihargai sebagai isteri dan ibu.

Sekarang ni aku makin tak tenang. Setiap malam aku fikir benda yang sama. Antara rasa bersalah, rasa takut, dan rasa penat. Aku cuma nak tahu pendapat semua. Dalam keadaan macam aku ni, adakah aku berdosa? Atau sebenarnya aku cuma seorang isteri yang terlalu lama bersabar sampai terpaksa buat sesuatu yang aku sendiri tak rela.

Maaf kalau ayat aku terabur. Terima kasih pada yang sudi membaca sampai habis.

Kongsi Artikel Ini :