Terk3jut tengok result d4rah isteri. Saya ni kerja doktor tapi dia langsung tak nak dengar nasihat saya

Kadang – kadang saya sengaja tak nak buat kerja rumah yang simple – simple tu untuk bagi isteri buat. Bagi saya, itu ladang pahala isteri saya untuk dia tuai. Kalau semua benda saya buat, takde apa yang dia boleh buat untuk tambah pahala sampingan. Apa yang saya tak cukup lagi untuk jadi suami mithali?

#Foto sekadar hiasan. Salam kepada sahabat pembaca sekalian, dan Salam Ramadan al-Mubarak. Saya macam kebiasaan lelaki di ruangan FB ni yang kebanyakannya hanya membaca luahan atau membaca komen baIas daripada pembaca dan pengikut tegar. Nak ikut komen juga tapi segan.

Jarang – jarang ada luahan daripada kaum Adam, dan saya juga berfikir banyak kali juga sebelum memutuskan untuk menulisan luahan saya di sini. Dalam penulisan ini, saya ingin bertanyakan beberapa persoalan yang kerap kali berlegar dalam kepala saya.

Saya tak pasti kalau kebanyakan suami juga ada persoalan yang sama sebab persoalan yang timbul ni berg4ntung kepada jenis pasangan yang kita nikahi. Lain orang, lain per4ngainya. Lain perempuan, 5 – 10 jugak identitinya.

Sebelum itu, saya berumur 30, seorang pegawai perubatan dengan tempoh khidmat 4 tahun (3 tahun di hospitaI dan 1 tahun di KK , athletic size, kulit sawo matang, rambut hitam lurus berombak paras dahi.) Manakala isteri saya muda 3 tahun, seorang jururawat terlatih di badan kerajaan juga.

Kami masih dalam fasa awal rumahtangga dengan usia perkahwinan lebih kurang 3 tahun. ALHAMDULILLAH, rezeki kami isteri saya sedang mengandung anak sulung kami pada trimester pertama. Kami merancang untuk mendapatkan cahaya mata pertama kami tahun ini setelah menempuhi beberapa waktu yang agak membataskan masa dan perancangan untuk kami sebelum ini.

Hubungan kami baik – baik sahaja, tiada masalah. Sebagai seorang suami, saya yakin banyak c4baran yang perlu saya tempuhi lagi – lagi pada awal perkahwinan dan awal kandungan isteri saya. Persoalan utama saya:

Mood isteri saya agak tak stabil. Kadang – kadang manja yang amat sangat sampai kalau saya balik dari kerja tu, dia akan ajak baring – baring sambil peIuk saya kuat – kuat. Kadang – kadang, tengah happy mood tu, tiba – tiba bad mood bila ada benda yang saya tak setuju sambil – sambil kami bercerita hal masing – masing.

Lagi – lagi kalau saya oncall atau istilah saya guna dalam ni ‘outstation’, lagi banyak mood swing yang saya kena hadap. Saya bertugas agak jauh daripada rumah saya, dalam 100km pergi dan 100km balik. Jadi, bila tiba waktu saya oncall, saya perlu bertugas 8 hari 7 malam berturut – turut sebelum saya dapat pulang ke rumah, disebabkan rumah saya yang jauh tu, saya tak boleh pulang dalam tempoh oncall.

Kes kec3masan kita tak tahu bila boleh jadi. Dalam tempoh saya oncall ni, isteri saya akan balik kampung, kebetulan rumah mertua saya dekat dengan rumah kami. Alhamdulillah, selalu dapat lauk pauk. Macam tak payah masak.

Okay sambung, bila saya balik oncall tu, lagi manja lah jadinya. Saya okay je bila dia manja – manja ni, yang tak bestnya, tiba – tiba jadi bad mood. Mulalah cakap seorang – seorang, suami saya tak sayang saya dah, suami saya marah saya.

Oh ya. Saya jenis yang akan sentiasa buat sesuatu bila ada masa lapang. Keluar kerja pukuI 6, balik kerja sampai rumah pukuI 6.30. Lepas balik, saya luang masa dengan isteri saya dalam 10 – 15 min, kemudian saya workout, home workout je.

Dalam 30 – 40min sampai maghrib, solat berjemaah, kemudian makan malam, kemudian solat isyak, lepas solat kami baca al-mulk. Lepas tu saya akan set masa me-time saya sekitar 9 – 11 malam, saya buat hobi saya. Sebelum tidur, kami bonding dulu, baru tidur.

Bagi saya, dia saje cari perhatian lebih sebab lama tak jumpa, ke ada maksud lain yang saya tak faham? Oh ya, sepanjang kami berjauhan, kami akan video call, kadang – kadang saya yang akan call, kadang – kadang dia.

Kebiasaannya, saya yang call sebab saya tahu waktu bila kes tak banyak datang. Selari dengan persoalan pertama saya, memang mood perempuan ni senang sangat ke berubah bila mengandung ni? Saya sebagai pegawai perubatan semestinya saya tahu hormon – hormon agak tak seimbang.

Memang semua wanita mengandung macam ni ke atau 50 – 50? Atau sebenarnya benda ni adalah salah satu cara nak cari perhatian dan jadikan mengandung dan hormon ni sebagai alasan untuk mengaburi mata para suami?

Ada perempuan mengandung yang saya tengok tak mood swing sangatlah, ada yang m0ody. Ini semua berdasarkan pemerhatian saya dekat KKIA la. Saya kan pegawai perubatan. Ataupun pes4kit – pes4kit saya ni yang behave depan saya, tapi dekat rumah jadi singa jugak dengan suami, tu saya tak tahu la kan. Haha..

Persoalan: Apa yang saya tak cukup lagi untuk jadi suami mithali? Dalam hidup saya ni ada matlamat, ada checklist. Dan saya akan kejar checklist tu sampai dapat. Sebab apa saya tanyakan perkara ni? Sebab saya nak jadi yang terbaik untuk isteri saya, saya tak nak dia tak seronok nikahi saya.

Dan bila isteri saya sebut ‘Suami saya tak sayang saya’ dan lain – lain, saya jadi berfikir juga. Dan ya, saya ambil tu sebagai ayat nak minta perhatian. Perspektif saya, saya dah bagi apa yang saya termampu. Saya bukanlah sempurna tapi saya nak jadi contoh terbaik. Lelaki idaman.

Saya bukan per0kok, bukan kaki lepak keluar malam, seorang yang penyabar, periang, sentiasa positif, sentiasa mengutamakan kesihatan, aktif, makan minum saya kira kalori (isteri saya selalu sakat saya, abang tak boleh minum ni, beli ni, semua kalori, haha)

Kerja rumah kebanyakan saya buat, memasak jarang lah sebab selalu dapat lauk, tapi kalau boring, saya akan masak atau ajak makan luar, kedai pilihan isteri saya banyak yang hipsturrr, saya pula suka western style. Kadang – kadang saya sengaja tak nak buat kerja rumah yang simple – simple tu untuk dia buat.

Bagi saya, itu ladang pahala isteri saya untuk dia tuai. Kalau semua benda saya buat, takde apa yang dia boleh buat untuk tambah pahala sampingan. Kami selalu jalan – jalan sekitar Malaysia, check in hotel mahal, tu pun isteri saya pilih, saya jenis berjimat daripada dulu.

Saya tak kisah sebab tu duit dia. Dan saya selalu ingatkan dia untuk berjimat. Nafkah saya bagi, biasanya saya bagi RM100 seminggu, kadang – kadang 200, jarang – jarang 300 – 500. Saya tak kedekut, mudah memberi, saya tak kisah sebab saya percaya ada ganjaran yang ALLAH akan ganti.

Apa yang isteri saya nak, saya bagi. Oh, kami masih menyewa, tengah cari tempat betul – betul untuk settle down. Sewa dan bil semua saya bayar, kecuali kereta isteri saya. Kereta saya habis bayar dah. Nafkah batin pun cukup.

Rukun Islam saya tak pernah culas, pantang tu. Kebanyakan saya solat berjemaah di surau, kalau tak sempat ke surau, saya ajak berjemaah sekali di rumah. Saya selalu baca alquran lepas subuh dan maghrib, ALHAMDULILLAH, isteri saya dah nampak nak mengaji juga, walaupun dia senyap – senyap, saya tahu. Dulu tak nampak pun.

Dengan segala peribadi saya ni, buat saya fikir, saya kurang dekat mana? perhatian ke? saya rasa ketegasan. Tapi nak tegas macam mana kalau isteri saya mudah sangat merajuk. Pernah tarik muka kat saya lepas saya tegur keras sikit.

Tapi hati perempuan ni, sekejap je saya tawan balik. Haha, cuma tak nak la berlarutan, kosong hati. Akhir sekali, kurang terima pendapat dan nasihat. Jenuh dah nasihat. Contoh mudah, makan sayur. Haha. Sebab apa? Sebab dia ni iron deficiency an4emia, kurang d4rah merah kerana kurang zat besi.

Jenis tak minat makan sayur, penat dah nasihat. Buat buku pink tu, Hb 9.5. Dah cakap kat dia, makan sayur, takkan nak makan malt0fer je sepanjang hidup. Saya gelak je baca buku pink, appointment kena jumpa diietitian sebab an4emia ni.

Ni husband dia ni doktor, dia tak nak dengar pun cakap. Ubat munt4h, demam pun dia tak makan. Penat nasihat. Sekian, terima kasih sudi baca entah apa – apa saya bebelkan ni. – Karamah (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Atikah Marzuki : TT bernasib baik laa isteri nak manja – manja. Mau isteri TT dapat alah mengandung macam saya, sengsara hidup TT. Bukan setakat manja, nak tengok, nak dekat, nak apa – apa sekali pun semua belum tentu dapat.

Hahaha siap lost connection from outside world lagi. Masuk trimester 2 ke atas, dah okay. Tak salah isteri nak manja – manja dengan suami. Manja la puas – puas nanti baby dah keluar, jangan cakap “isteriku dah berubah macam singa”. Hahaha maaf TT.

Azie Zah Nulsarahagetsuh : Membahagiakan isteri pun dapat pahala dokter. Itula ladang pahala dokter, yang dokter kene kejar. Elakkan isteri tido dalam tangisan atau kelaparan sebab kecewa dengan suami. Dah kawen buat cara dah kawen.

Jangan terbawa – bawa sifat bujang tu lagi. Isteri tu sedang menghadapi bukan saje physi0l0gical changes, malah dia kene terima segala perubahan dalam hidup dia. Tak boleh ke dokter sebagai suami, support perasaan dia dan cuba memahami dia. Maaf saya sedang dalam pantang. Em0si baca luahan dokter. Moga Allah beri an kebahagiaan buat kalian.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.