Saya menangis tengok ibu mertua comot dekat dapur. Kenapa mereka buat ibu macam tu?

Saya pun tidak perasan waktu bila ibu makan. Menangis saya lihat yang tinggal untuk ibu adalah baki pinggan dan cawan yang tak habis dikemas. Masa saya nak balik, ibu ucapkan satu ayat yang buat saya sedih. “Tak sempat ibu nak melawa di hari raya, macam bibik segalanya nak buat.”

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Selamat Hurry Raya semua pembaca! Lain macam kan raya tahun ni. Kelam kabut semua isi rumah dengar pengumuman raya. Macam saya, langsung tak bersedia apa. Saya isteri.

Perancangan asal hari ke 2 terakhir puasa tu nak balik ke rumah mertua selepas berbuka. Memang rutin saya sejak berkahwin hari terakhir puasa akan ada di rumah mertua sehingga 1 – 2 Syawal. Jadi siang hari terakhir puasa tu lah akan beli barang basah untuk dimasak waktu petang sebelum berbuka.

Tapi kali ini, balik rumah mertua dah pun malam raya. Mertua pun tak bersiap apa, ketawa kecil saja ibu menyambut saya balik. Terk3jut katanya. Mertua saya ini uzur. Kalau tidak ada yang membantu, memang tak berdaya lah dia untuk bersiap semuanya.

Sesampai saya di rumah mertua, ibu duduk atas lantai saja sambil mengelap perhiasan rumah. Itu sahaja yang terdaya. Suami terus lah masak nasi impit malam tu juga. Kami masih tak ada bayang rupa lauk raya. Cerita raya saya kali ini masih tak berubah seperti yang sebelumnya.

Tetapi kali ini lagi menyentuh jiwa saya tatkala hari raya disambut dalam keadaan ibu tak sempat menyediakan juadah raya. Mujurlah saya dan suami boleh masuk dapur. Selepas solat Aidilfitri baru lah kami sekeluarga dapat memasak.

Tak ada pun berbaju raya serba cantik. Ibu duduk atas lantai mengupas bawang. Duduk di sudut kebiasaannya. Ibu saya ni ada ramai anak. Tapi hanya suami saya yang rajin ke dapur. Saya pun tidak faham kenapa yang lain tidak minat untuk membantu.

Kami sekeluarga selesai masak lebih kurang pukuI 2 petang. 3 juadah yang kami masak. Bergilir saya dan suami menguruskan. Ibu pun sibuk juga. Ibu persiapakan bahan – bahan dan selebihnya kami masak. Ibu mengemas meja makan, hangat kan semula lauk berbuka semalam yang masih elok, ibu jugalah yang pergi menjemur kain, ibu jugalah yang mengemas rumah. Segalanya ibu.

Waktu berehat dalam bilik selepas memasak, saya menangis di hadapan suami sambil bertanya, “kenapa mereka buat ibu macam tu?”. Ibu saya comot saja, tapi anak – anak yang lain datang lawa berbaju raya. Sudahlah berbaju raya, tidak ada bawa baju basahan.

Macam mana nak bantu di dapur dengan berbaju raya. Ibu itu dah tua. Tapi tiada siapa yang perasaan ke? Segalanya ibu sediakan. Yang lain datang bagaikan tetamu. Tak ada yang duduk di tepi ibu untuk meringankan kerjanya.

Waktu pagi raya tu, hanya nasi impit dan sedikit lauk yang ibu tempah. Itu sahaja, tapi mereka yang pulang makan macam lauk penuh semeja. Meriah bunyinya, siap mengajak ibu makan walhal ibu sedang sibuk dan kami sedang masak lauk raya.

Apa salahnya jika datang lewat bawalah lauk. Ini datang dengan tangan kosong dan langsung tidak membantu. Letih, kami letih sangat. Tertidur selepas selesai masak. Saya pun tidak perasan waktu bila ibu makan. Sudahlah sibuk menyiapkan juadah raya.

Selesai masak yang lain makan. Ibu dah keletihan, tapi layan jugalah mereka yang ada. Menangis saya lihat cara masing – masing. Pendekkan cerita, hari raya pertama berakhir macam tu saja. Yang tinggal untuk ibu adalah baki pinggan dan cawan yang tak habis dikemas.

Saya mengeluh tengok. Cawan yang sedikit pun tidak dibasuh. Pinggan baki anak (cucu ibu) makan pun tak dibasuh. Semua harapkan ibu. Tak terbayang saya jika saya dan suami tidak pulang beraya. Cara ibu tak ada apa yang saya perlu betulkan.

Itulah ibu, pasti akan buat walaupun penat. Tetap juga masak, tetap juga terima kedatangan anak menantu yang lain. Saya tidak kata saya sempurna, tapi bukalah mata. Hanya beberapa jam sahaja ada di rumah ibu, bantu lah ibu.

Perbetulkanlah cara yang sudah terbiasa. Rumah ibu bukan hotel. Itu adalah rumah untuk kita rai ibu. Ibu akan persiapkan segalanya, dari bilik tidur hingga ke lauk pauk untuk semua. Tip top dengan kudrat nya yang tak seberapa.

Tapi kebanyakan waktu ibu tak terima layanan yang tip top bila mereka pulang. Katil bersepah dan meja tak habis berkemas. Masing – masing penat, saya faham. Saya pun bekerja, bukan suri rumah. Tapi ibu suri rumah. Segala benda ibu buat sendiri jika anak – anak tiada.

Jadi tak boleh ke sekali sekala ambil tanggungjawab ibu tu sementara ada di rumah. Pulanglah beraya lebih awal, jika tidak pun bawalah baju basahan supaya senang membantu di dapur. Saya setiap kali pulang ke kampung, waktu arw4h nenek saya masih ada dulu, semua orang sibuk.

Saya dari kecik memang hanya duduk di dapur. Tidur pun di dapur. Jadi bila meningkat dewasa, kita tahu apa yang perlu kita buat di dapur, dan nenek hanya duduk rehat perhati sahaja. Mudah kerja nenek bila ramai anak cucu balik.

Tapi tidak bagi ibu. Ibu lah yang paling penat, basah bajunya. Saya pun berbaju raya di pagi raya kalau di kampung, tapi selesai bergambar saya pakai lah tshirt basahan dengai kain baju kurung tu. Ambil tugas apa yang ada.

Mudahkan kerja semua orang, bukan hanya seorang bekerja untuk semua. Fikirlah, andai ibu tiada nanti pasti mereka akan rindu. Tiada siapa yang mew4risi air tangan ibu. Tiada siapa yang boleh ganti ibu. Cara ibu pada saya sangat istimewa.

Menyantun anak sehingga lupa dia lah permaisuri yang perlu disantuni anak – anak. Moga satu hari nanti terbukalah hati semua untuk membantu ibu. Hari terakhir, 2 syawal sebelum saya pulang, ibu ucapkan terima kasih pada saya dan suami kerana membantu.

Itu ucapan biasa saya dengar dari ibu. Dan ibu teruskan lagi ayatnya “tak sempat ibu nak melawa di hari raya, macam bibik segalanya nak buat”, sambil saya salam tangan ibu dan kucup pipi kiri dan kanannya. “Terima kasih ibu, saya pulang dulu ya. Nanti kami balik lagi jenguk ibu. Jaga diri”, kata saya. – – (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Bunga Cempaka : Menangis aku bace. Alhamdulillah kami adik beradik ramai bile balik kampung dah bahagi tugas masing – masing. Masak semua anak – anak perempuan buat. Mengemas luar dalam rumah anak – anak lelaki. My husband cek wiring betulkan lampu – lampu yang terbakar. Takde sape yang boleh duduk rilek. Kalau ade yang duduk rilek mase orang tengah sibuk – sibuk, nantikan lah jelingan m4ut.

Que Ashiela : Saya cadangkan untuk tahun hadapan dan seterusnya selagi ada umur ibu, pada hari raya bawalah ibu pergi bercuti dan berehat di mana – mana. Bagi ibu pakai pakaian raya yang paling cantik. Biarkan ibu berehat sepenuhnya. jangan difikirkan anak menantu yang tidak beradab itu.

Lily Albakri : Saya pun nasib begini. Lebih 20 tahun. Now rasa dah tua untuk jadi ‘orang harapan’. Dah tak larat untuk gembirakan semua orang. Badan pun dah tak sekuat dulu. Amik pendekatan untuk jarakkan diri dan encourage orang tua (mak ayah) bersuara kepada semua anak – anak dan cucu (semua dah remaja). Lebih baik orang tua bersuara daripada meletakkan atas kepala seorang sahaja anak yang boleh diharap.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.