Lelaki tu bagi rambutan, aku perasan dekat pemegang tu berminyak, bau minyak attar. Esoknya rasa sesak nafas

Asal saya pejam mata je, nampak muka lelaki tu. saya dah meracau dan tiba – tiba saya cakap saya nak kahwin dengan mamat tu. Malam tu saya dah nak buka pintu nak pergi rumah dia. Saya nak kahwin jugak…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Saya kat sini nak cerita pasal sih1r pengasih. Saya dulu selalu dengar orang cerita pastu tengok citer kat tv je. Jadi saya anggap macam tak real sangat. Tapi tak sangka kena batang hidung saya.

Mula – mula ada sorang makcik ni rekeman jodoh kat saya. Entahlah saya pun masa tu silap juga ikut cakap makcik ni sebab saya memang kenal makcik tu. Jadi kitorang jumpalah kat restoran. Tapi lepas saya empat mata dengan laki tu, saya rasa tak boleh serasilah. Maka saya fikir saya memang tak boleh nak kahwin dengan dia.

Tapi makcik tu dah bagi no telefon saya kat dia. Hari – hari memang dia kacau saya. Saya baIas pun acuh tak acuh je dan saya pun terus terang cakap saya tak boleh nak bercinta dengan dia. Tapi dia tak paham bahasa. Ada juga dia ajak saya keluar tapi kami tak pernah keluar pun.

Salah satu sebab saya tolak, dia ni tak educated dan saya rasa kami tidak sekufu. Saya pernah tukar no telefon tapi dia datang kat tempat kerja saya pula. Str3ss betul. Tiba satu malam ni dia datang rumah saya hantar buah rambutan.

Masa tu saya penat sangat, so saya tak cakap banyak saya ambik je buah tu. And then saya masuk bilik terus baring. Masa tu saya perasan tiba – tiba ada bau wangi. Saya cari juga punca bau tu. Pastu tak lama adik saya tanya kenapa buah rambutan ni bau bedak.

Pastu baru saya perasan tangan saya penuh minyak macam minyak atar. Rupanya kat pemegang plastic buah tu penuh dengan minyak wangi. Risau gak saya napa pula macam ni. Saya cepat – cepat basuh tangan. Saya pun pikir takde apa – apa lah ni kot.

Masa tu saya baru balik kerja dan nampak mamat tu ada tunggu kat luar. Saya benci betul tengok. Saya pergi kat dia dan saya cakap jelaskan yang sebenar saya takde hati dengan dia. Petang tu macam pukuI 5 lebih tu saya dah rasa abnormal.

D4da saya rasa sempit susah nak nafas. Macam orang s4kit asma pulak. D4da sempit ni berterusan sampai malam. Tepat pukuI 12 malam something horror berlaku. Rumah saya masa tu dah tutup lampu dah. Saya rasa resah gelisah dah dan tertido.

Bila saya tido mamat tu datang nak buat benda tak elok dekat saya. Saya macam kaku tak boleh bergerak. Saya terjaga ingat mimpi la. Tapi lepas tu bukan asal saya tido, tapi asal saya pejam mata dia datang muka sebijik mamat tu dan dia cuba buat benda tu.

Saya meIawan juga tapi saya macam dah takde kudrat. Lepas tu saya takut dah nak pejam mata. Mata ngantuk tapi saya takut nak tido. Saya pindah tempat tido kat ruang tamu dengan adik lelaki saya tapi jauh lah jarak kami. Pun sama asal pejam mata mamat tu datang juga.

Saya menangis sampai lah adik saya sedar. Entahlah masa tu saya dah meracau dan tiba – tiba saya cakap saya nak kahwin dengan mamat tu. Malam tu saya dah nak buka pintu nak pergi rumah dia. Nasib adik saya halang.

Saya meIawan juga mulut saya cakap saya nak kahwin, tapi lepastu saya cakap balik saya tak nak kahwin dengan awak, then macam ada yang buat saya cakap nak, nak, nak. So lepastu saya tahu dah ada something kat badan saya ni yang force saya ni.

Saya dah tergiIa – giIa kat mamat tu. Saya nak kahwin dengan dia. Macam orang giIa dah saya masa tu. Dengan penat mengantuk. Adik lelaki saya call abang saya tengah malam tu. Masa tu saya dah kat depan pintu dan nak keluar sangat dah. Kemudian abang saya sampai.

Tapi serius wei masa abang saya sampai tu muka abang saya tukar jadi muka mamat tu. Saya ingat mamat tu yang sampai tapi bukan sebenarnya tu abang saya. Lepas tu abang saya bawa saya jumpa sorang pakcik ni. Pakcik ni ubat lah saya.

Pakcik tu bawa air pastu dia ada baca ayat Al-Quran dia suruh saya minum, saya tak mahu. Saya tenung je muka pakcik tu. Lepas tu pakcik tu p4ksa saya minum, masa tu saya cekik pakcik tu. Pastu saya pun tak ingat apa pakcik buat kat saya sedar – sedar dah terbaring dah.

Bila dah sedar pakcik tu suruh saya sebut nama saya, mengucap dan baca ayat Kursi. Pakcik tu cakap saya ni kena b0moh orang asli. Bila dah balik rumah ingat dah ok. Pun sama asal saya pejam mata dia datang sampailah waktu siang dah.

Saya penat giler mata mengantuk tapi saya takut nak tido nanti mamat tu datang nak r*gol. Adik saya taburlah garam kasar di sekitar rumah saya, only then baru takde gangguan dah. Baru boleh tido selepas seharian tak tidur.

Ini lah pengalaman saya kena sih1r. Tapi pakcik yang merawat saya tu cakap tak payah lah nak baIas apa – apa dekat penyih1r tu. Biarlah Allah yang baIas. Lepas dari tu mamat tu tak pernah kacau saya. Kalau jumpa saya pun dia macam dah segan – segan dah dia yang mengelak dari saya.

Lama dah pun kisah ni tahun 2014 dulu. Sekarang saya pun dah berkahwin dengan pilihan hati saya tak yah guna b0moh. Saya jeling – jeling, intai – intai je. Hihi. Alhamdulillah terus ke jinjang pelamin.. – Rosalinda aymor (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Scarynya baca.. ada orang tak percaya tapi benda ni memang ada. Syukur alhamdulillah confessor dapat melepaskan diri dari lelaki tu. Kisah jiran saya pulak lebih kurang gini gaklah. Memang dia reject mamat tu, lagipun kita tengok memang tak sekufu.

Ntah camne, tiba – tiba dia jadi giIa sangat dengan mamat tu sampai berlari pergi rumah mamat tu dengan berkaki ayam. Tak dapat tengok mamat tu, dapat tengok bumbung rumah pun jadilah. Tak dan nak berubat, mereka dikahwinkan juga sebab mamat tu dah mengandungkan dia. Parents terp4ksa redho.

La ni dah 5 anak, cuma rasa kesian kat dia terp4ksa kerja kuat sebab husband suka hati nak kerja ataupun tak. Semoga cerita – cerita ni menjadi pengajaran supaya kita sentiasa alert akan perkembangan orang keliling kita dan diri sendiri juga. Kalau nampak lain maciam, eloklah pergi berubat tapi kena pilih juga cara rawatan tu macamana sebab takut ada yang menambah lagi.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.