
Ahad, berlaku satu kejadian yang buat aku rasa macam dalam mimpi ngeri. Mak aku dah tak tahan. Mak aku minta cerai. Tapi reaksi bapak aku? Dia meng4muk. Dia capai segala barang depan mata. Aku dengar mak menjerit. Bapak aku berlari ke arah dapur nak ambil sesuatu.
#Foto sekadar hiasan. Aku berumur 23 tahun dan merupakan anak sulung daripada 4 orang adik-beradik. Mak aku seorang yang selalu jadi sumber kekuatan aku. Dari aku kecil sampai besar, dia tak pernah lelah bagi aku semangat. Adik-adik aku pun sama.
Walaupun kami selalu bergaduh macam dalam WWE, tapi dalam hati masing – masing, sayang itu tetap ada. Cuma, aku ada satu Iuka yang sampai sekarang belum sembuh – Iuka dengan bapak aku sendiri. Dia tergolong dalam kategori “jantan keparat” yang kalau orang luar dengar kisah aku, mesti dorang ingat aku tengah reka cerita. Tapi tak, ini kisah benar.
Bapak aku jenis panas baran. Pandai berhutang, pandai menipu, dan paling tak boleh terima, dia kaki pukuI. Masa aku kecil dulu umur 8 tahun, mak aku bercerai dengan dia sebab dia ada perempuan lain. Nafkah tak pernah bagi, yang dia tinggalkan cuma hutang piutang yang sampai sekarang membelenggu hidup kami.
Lepas bercerai, dia hilang macam angin. Langsung tak ambil tahu pasal kami adik beradik. Tapi bila aku umur 18 tahun, tiba – tiba dia datang balik dalam hidup kami. Masa tu aku dah boleh fikir. Aku dan adik – adik lain semua tak setuju mak aku terima dia balik.
Tapi mak aku tetap juga percaya dia boleh berubah. Katanya, manusia boleh berubah. Kami diam, walaupun hati kami tak redha. Seminggu sebelum mereka bernikah semula, bapak aku sempat naik tangan dekat mak aku sebab dia cemburu dengan kisah silam mak masa mak masih janda.
Cemburu yang tak masuk akal. Tapi sebab mak aku sayang sangat, dia tetap teruskan juga pernikahan. Masa akad nikah, dia siap berjanji tak akan naik tangan lagi, sambil junjung al-Quran. Tapi semua tu janji kosong. Bayangkan lepas bapak pergi, kami bahagia walaupun hidup susah.
Tapi bila dia datang balik, rumah macam ner4ka semula. Sentiasa panas, kami anak – anak pun sentiasa takut bila dia ada dekat rumah. Sekarang aku dah 24 tahun. Dalam masa tak sampai 5 tahun, per4ngai dia kembali macam dulu. Nafkah tak bagi, panas baran makin menjadi – jadi, kereta atas nama mak aku pun tak dibayar sampai kena tarik balik.
Mak aku tak tahu bawa kereta, tapi kereta tu bapak aku yang guna. Dia langgar segala janji. Dan yang paling menyayat hati, dua minggu lepas, hari Ahad, berlaku satu kejadian yang buat aku rasa macam dalam mimpi ngeri. Mak aku dah tak tahan. Mak aku minta cerai. Tapi reaksi bapak aku?
Dia meng4muk. Dia capai segala barang depan mata, nak ser4ng mak aku. Masa tu mak aku tengah dalam bilik, aku dengar dia menjerit. Aku lari masuk, nampak bapak aku tengah ke arah dapur nak ambil barang. Mak aku dengan muka takut, lari peIuk aku sambil menangis – nangis. Aku cuba bercakap elok – elok, tapi bila aku naikkan suara sikit, bapak aku terus Iempang aku depan mak aku.
Mak tarik aku, minta aku diam. Dia tak mahu aku jadi m4ngsa. Tapi masa tu, hati aku pecah. Pecah sebab bapak aku sendiri sanggup cakap, “Aku sanggup bvnvh korang semua. Aku tak kisah masuk lokap.” Dia ugvt nak halau aku dari rumah, walhal yang dia guna duit kami, rumah pun mak aku yang tanggung.
Kalau korang tanya kenapa tak buat laporan polis, jawabnya: mak aku takut. Dia takut kalau buat laporan, bapak aku akan datang kacau tempat kerja mak, aibkan mak, atau lebih teruk, bertindak giIa. Mak aku sanggup tanggung semua ni demi lindungi kami adik beradik.
Sekarang ni, bapak aku jarang balik rumah. Duit belanja? Tak bagi. Bil api, air, internet, semua mak aku yang kena bayar. Loan bank pun atas nama mak aku. Kereta yang dia tak bayar tu, mak aku terp4ksa sambung bayar walaupun dia langsung tak pegang kunci.
Aku tak duduk saja. Aku usaha. Aku buat bisnes kecil – kecilan. Aku jual kek, aku buat kuih frozen, aku jual online apa yang aku mampu. Aku kumpul duit sikit – sikit, aku hulur dekat mak. Tapi dalam hati aku tetap tertanya, sampai bila mak aku nak tanggung semua ni?
Paling meny4kitkan, mak aku pernah kena ser4ngan jantung ringan masa tengah kerja. Doktor kata sebab tekanan emosi. Masa aku tahu tu, aku menangis senyap – senyap dalam tandas. Aku peIuk mak masa tu, aku janji aku akan jaga dia. Tapi aku manusia biasa. Kadang – kadang aku pun lelah.
Pernah sekali aku termenung dalam gelap, fikir nak lari dari rumah. Tapi bila aku pandang mak dan adik – adik aku tidur, aku tahu aku tak sanggup. Aku tak boleh tinggal mereka. Aku kena kuat, walau aku sendiri rasa macam dah tak ada harapan.
Kadang – kadang aku doa dalam sujud, minta Allah ambil semua beban ni. Tapi lepas tu aku sedar, kalau bukan aku yang lindungi keluarga aku, siapa lagi? Buat masa sekarang, aku cuma mampu bertahan. Tapi aku tahu satu hari nanti, akan tiba juga titik noktahnya.
Dan bila hari tu datang, aku nak mak aku bebas dari semua Iuka. Aku nak tengok dia senyum tanpa takut. Aku nak dia hidup dengan tenang, walau aku terp4ksa hilang diri aku untuk bahagiakan dia. – sis hopeless, tapi masih bertahan.
Komen netizen :
Siti Hajar Marjani : Saya rasa sis patut call talian nur ataupon sis belajar pertahankan diri macam siIat atau taekwando untuk kepentingan keluarga sis. Sila bercerai, maaf mungkin agak kasar tapi saya rasa ini dah melebih. Dan itu satu peny4kit yang sangat bah4ya. Sis report polis.
Ulfa Humairah : Allah, hebatnya sis boleh bersabar sampai sekrang. Sis pergi buat report polis sebelum tu kumpul bukti dan saksi yang ada supaya ayah awak boleh di tahan serta merta. Kalau tak nanti ayah ada peluang nak buat kacau dekat tempat kerja mak awak.
Selepas report pergi mahkamah failkan cerai, inshaaAllah boleh sebab ayah sampai nak ced3rakan mak dan anak – anak. Saya sangat – sangat berharap moga Allah Iindungi sis dan family sentiasa. Semoga ayah sis dapat hidayah secepat mungkin..
To Wan : Eeyyy.. Aku pulak yang panas baca benda ni. Ambik kisah dia jadi pngajaran untuk kita orang laki. Tuhan bagi kekuatan bukan untuk pukuI perempuan. Tapi untuk Iindungi perempuan. Jangan salah guna kekuatan yang kita ada. Tapi geram je aku dengan bapak ko ni. Kalau betul paiIang tak yah ler par4ng mak ko, perempuan insan yang lemah. Pergi cari Iawan yang sama kuat.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.