Lepas 2 hari ‘bersama’, suami jumpa keluarga mertua. Balik je rumah, dia suruh aku kemas barang ‘halau’ balik rumah mak aku

Suami aku baik giIa. Sikit pun tak ada salah dia dekat aku. Tapi apa salah aku sebenarnya. Baru 2 hari lepas kami bersama, tiba – tiba dia halau aku keluar suruh balik rumah keluarga aku. Dia halau aku lepas dia keluar sama dengan keluarga mertua. Mesti ada yang dorang sorokkan..

#Foto sekadar hiasan. Ni kisah benar aku. Usia aku lewat 20-an. Bekerja bahagian pendidikan. Baru tahun lepas aku diceraikan atas alasan “Tiada kesefahaman” sedangkan baru 2 hari sebelum tu dia ‘bersama’ aku. Alasan yang aku tak boleh terima langsung tapi aku setuju.

Tak nak f1ght di mahkamah pun sebab walaupun aku f1ght, akan datang jadi sama juga. Aku dan K kenal dari keluarga. K atas aku setahun. Kenal sebab family – family kenalkan. Singkat je kenal sebab tahu dia baik dari family kan.

Tengok family K baik. First jumpa dengan family. Second jumpa lepas 8 bulan masa K ajak bertunang. Aku terima sebab K anak yang baik. Walaupun kerja dia tak tetap masa tu, aku terima sebab tahu K berusaha jadi lebih baik.

Family aku pun terima sebab K cakap elok – elok dia nak kukuhkan diri. Walaupun aku jenis perempuan yang jaga maru4h diri, aku masih terima walaupun K mengaku dia pernah terIanjur sebelum ni. Cuma bagi aku, tak apa selagi K dah berubah.

K kata dia tak pernah tinggal solat. Walaupun lepas terIanjur tu, dia menyesal menangis – nangis lepas tu. Kata dia la. Lepas setahun, kami berkahwin. Aku bahagia. K lelaki yang baik. Solat tak pernah tinggal. Bila ada masa, dia jadi imam aku. Ajak mengaji.

Aku tak nampak kurang K sikit pun. Cuma sikit – sikit K mula ceritakan kehidupan dia. Pada 3 bulan pertama, aku dapat tahu K pernah ada anak luar nikah tapi dia minta perempuan tu gugurkan. Aku terk3jut. Sebab selama ni K tak pernah cakap.

Tapi dalam merajuk aku pun, aku tahu tak patut sebab hal lama. Tu lama – lama tahu perbuatan K pernah bersama bekas – bekas kekasih dia. Tak pernah miss s3x fon, video s3x. Walaupun dengan bekas kekasih dia yang muda baru lepas SPM dia pernah couple dulu pun, dia pernah buat macam tu.

Tapi atas alasan DIA NAK BERUBAH DAN DAH BERUBAH, aku lupakan. Tapi lama – lama aku perasan aku agak ins3cure sejak tu. Bila aku check history phone K, penuh laman dewasa walaupun malam yang sama kami baru bersama.

Aku kata kalau tak puas atau apa – apa, bagitahu. Tapi alasan K. DIA DAH TERBIASA TENGOK walaupun dia puas. Nanti dia berhenti la tengok. Seb0doh – b0doh perempuan, tak ada siapa pun rela suami dia tengok badan perempuan lain kan walaupun perempuan tu dia tak kenal.

Cuba kalau kita perempuan tengok badan lelaki lain, kalau suami tak jeles memang something wrong la kan. Dan K masih solat macam biasa. Tak tinggal solat. Sampai satu tahap aku check mesej – mesej lama facebook dia, penuh dengan mesej tak senonoh dekat ramai gadis.

Aku mesej sorang – sorang pakai facebook aku mintak maaf atas perbuatan dia. Bila aku cakap dekat H, dia kata benda lama. Jangan ungkit. Dan aku pun turut je. Diam. Sikit pun tak pernah bagitahu sesiapa. Aku mengaku aku betul – betul sanggup berk0rban jadi isteri solehah.

Pindah negeri, habiskan elaun kerja yang lama dekat negeri asal, pindah ikut dia. Bila pindah tak dapat kerja pula. Duduk dengan family dia sedangkan ada je rumah sendiri. Alasan kena temankan family dia sedangkan family dia ramai je kat rumah tu.

Jenis family mertua biasa la. Dengan kita cakap elok – elok. Kata kita menantu yang baik. Tapi bila sesama dorang, ada je benda bukan – bukan kita kena. Tapi aku diamkan. Adat menumpang. Busuk ke wangi ke, jadi isu. Aku pun buat macam orang menumpang la.

Masakkan untuk dorang, basuhkan baju walaupun ada je bujang dalam rumah tu, sidaikan baju semua. Kemas rumah. Takpe lah penat sikit. Sanggup jaga bila suami s4kit (dia senang dapat s4kit sikit), masakkan dia bila 2 – 3 pagi dia lapar sedangkan lauk ada je.

Dia nak makan meggi ke apa ke. Masakkan la. Keperluan batin dia walaupun benda aku tak pernah cuba, dia ajar bukan – bukan. Aku turutkan sebab isterikan. Ikut je la apa suami nak. Aku bukan mengungkit tau. Cuma rasa sebak bila semua yang aku buat ni nampak tak berbaloi pun bagi dia.

Sampai satu hari, K kata dia nak keluar kejap dengan family, tinggalkan aku dekat rumah. Bila K balik. Dia kata, kemas baju, balik rumah mak abah awak. Perghh wey. Hahahaha orang b0doh je yang tak nangis. Apa salah aku kena tiba – tiba ni.

Tapi aku terus jadi tawar hati. Aku kemas. K. Kau baik giIa. Sikit pun tak ada salah kau dekat aku. Tapi apa salah aku sebenarnya. Kenapa tak bincang dengan aku dulu. Aku balik juga sebab orang dah halau kan. Family aku beng4ng giIa.

Aku cakap tak apa. Orang dah taknak. Dia pun tak ada pukuI – pukuI aku. Dia pulangkan aku sempurna tubuh badan. Lepas 1 minggu, aku dapat surat cerai atas alasan tiada kesefahaman. Aku call mahkamah. Kata aku jauh.

Tak dapat datang tarikh lafaz taIak. Jadi aku setuju je dengan semua apa yang diputuuskan. Pegawai tu kata tak nak tuntut apa – apa nafkah ke. Aku kata tak ada. Kami tak ada anak dan aku dah dapat kerja aku balik. Lagipun dia dah taknak. Aku tak nak p4ksa.

Sekarang pun sejujurnya aku dah move on lepas 2 bulan kami pisah dulu. Cuma aku terfikir, aku terima kesilapan dia dari sebelum kahwin. Aku terima kekurangan dia. Cerita hal dalam kain aku taknak mention sebab aib dia aib aku juga.

Sekarang aku dapat kerja aku semula, aku pun dah move on, ada orang lain terima aku. Cuma tu la. K baik. Solat tak tinggal, semua elok. Tak pernah duakan aku selama mana pengetahuan aku tapi apa salah aku kena halau macam tu je?

Aku tahu adik beradik kau follow page ni. Aku harap mereka baca sebab bila family kau pun tak halang apa – apa bila kau halau aku lepas korang keluar sama, maksudnya ada something yang korang sorokkan. Apa – apa pun thanks ye K sebab jaga aku setahun lebih dulu.

Aku cuma nak tegaskan. Sebaik mana lelaki tu jaga solat, belum tentu dia suami yang baik. Kalau ada salah isteri korang, bincang la. Please bincang okay. – Nur (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Kasbul Ain : Salam. Pendapat saya puan patut bersyukur sebab satu baIa Allah telah dikeluarkan dari jiwa puan. Lelaki yang taksub dengan blue film walaupun tak tinggal solat, di kepala mereka setiap hari sentiasa berkeinginan.

Amat bah4ya jika mereka ada dalam kalangan anak – anak perempuan or lelaki. Jiwa isteri tak akan tenteram sebab tak tahu apa peristiwa akan berlaku dengan anak – anak perempuan. Walaupun solat, ibadat mereka memang sia – sia.

Ni keterangan guru saya. Jiwa mereka kacau dan bila bersama mereka, adegan yang sama seperti film yang mereka tontonan. Now soalannya… apakah mereka beri nafkah batin pada isteri or hanya melepaskan gian s3x saja. Apakah bersama tu satu ibadat or sama seperti melakukan dengan bukan isteri. So puan its good u no longer isteri dia. Allah sayangkan kamu dan lepas kamu dari bebanan soalan di atas.

Halimah Awi : Tahniah! Anda tak lerai dek jantan dayus. Ok la tu. Pengalaman pahit yang adakalanya diberi Allah untuk naikkan darjat anda. Bukan mengh1na diri sendiri dan merasakn diri rendah dan tak sempurna. Allah bagi banyak jalan untuk mencapai yang terbaik.

Dimasa akan datang, tolong jangan pikir jantan yang solat bersongkok haji berjanggut tu baik. Sekali lagi bila orang dok tengok video Iucah dan terlanjur berkali – kali. Sila undur diri. Jangan bela biawak idup sepanjang kehidupan yang sementara ini. Selalu doa agar Allah bimbing kehidupan kita dunia dan akhir4t.

Masriani Mohamed : Saya rasa confessor kena faham. Ada banyak jenis solat. Bukan solat wajib atau sunat tu. Tapi jenis orang yang solat. Ada yang solat nak menunjuk, ada orang solat nak cover pandangan orang lain, ada orang solat kerana terp4ksa, ada orang solat kerana takutkan Allah.

Orang yang solat kerana takutkan Allah inilah yang boleh mencegah daripada perkara keji dan mungkar. Jenis – jenis lain.. hmm… jangan heran kalau masih buat maksi4t walaupun solat.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.