
Suami dapat bonus 9k pun langsung tak bagi aku. Terbongkar dia dah buat dua loan bank tapi suami boleh berlakon macam dia sengkek sangat – sangat. Sepandai – pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Dia buat kereta dia dari buruk sampai merecik hawauu.
#Foto sekadar hiasan. Salam min, tq tolong siarkan. Aku mempunyai seorang suami yang tak pernah curang dengan aku, membantu buat kerja rumah dan mengambil berat hal keluarga. Masalah suami aku adalah dia suka berbohong demi kereta kesayangan dia. Dia beli kereta Toyota lama katanya sebab dia tak mahu bayar bulanan.
Aku PJJ dengan husband selama 1 tahun setengah dan pindah disebabkan kami telah membeli rumah. Malangnya dia tak dapat tukar dan setelah tunggu selama 1 tahun setengah, maka kami membuat keputusan untuk terus menetap bersama dan pindah semula dengan suami.
Aku berhenti kerja disebabkan anak kerap masuk wad dan anak agak kritikal pada masa itu. Aku sanggup korban kerjaya banker demi anak. Nafkah dia memang amat jarang, hanya sesekali sekiranya dia dapat bonus dan aku minta untuk kegunaan aku dan anak.
Dulu bila aku bekerja memang aku tak pernah minta nafkah dengan dia kerana aku faham aku punya pendapatan sendiri. Suami aku membuat loan masa mula – mula berkahwin, dan gaji pertama dia RM2300 setelah tolak loan, tinggal gaji bersih RM1800. Gaji aku pada masa itu RM3k lebih. Jadi aku yang banyak support keluarga.
Aku tak pernah kisah semua tu asalkan dia sayangkan aku dan keluarga. Tapi bila gaduh tu ungkit – ungkit manja biasa la kan, sebab akan timbul rasa tidak adil bila nafkah pun dia jarang nak bagi. Setelah 4 tahun kahwin, gaji dia sekarang naik menjadi RM3300.
Aku tak pernah sangka selama PJJ, dia dah buat loan di 2 bank lain dan dalam masa yang sama dia berlakon sengkek sangat – sangat. Dan selama PJJ jugaklah dia mengadu tiada duit, aku yang tak bekerja hanya dengan biz online sambil menjaga anak di rumah, aku guna duit itu untuk support keluarga, makan pakai aku anak, pampers serta susu anak.
Biz online naik turun, kadang kala aku hanya mendapat RM200 untuk seminggu dan dengan duit biz aku tu la aku bank in kepada dia untuk balik setiap minggu. Sedangkan gaji dia mencecah RM3k lebih sebulan. Tiap kali balik duit aku juga digunakan untuk membeli makan dan minum kami sekeluarga.
Nafkah memang tak pernah bagi cuma bila dia mendapat bonus dia memang akan hulur kepada aku. Bagi aku itu dah besar rahmat dan aku tak pernah minta lebih dari itu. Dia dapat bonus hampir RM9k baru – baru ini dan dengan duit itulah katanya untuk bayar hutang dan duit pindah untuk kami menetap sekali.
Sedangkan gelang nikah aku RM1600 yang digadai dia cakap tak mampu untuk tebus lagi sebab fikirkan benda yang wajib dulu. Aku faham, aku cakap nanti ada duit kita pergi tebus. Sepandai – pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.
Selama 1 tahun setengah dia tipu aku kaw – kaw. Patut selama ni duit gaji tak pernah cukup, bukan sahaja habis bayar hutang tapi dia buat kereta dia dari buruk sampai merecik hawauu. Dia beli kereta Toyota lama tu dengan harga RM7k, tapi dia tipu dan cakap hanya RM5k, itupun dengan bonus dia, dan dia skip untuk beri aku bonus tika itu sebab ingin beli kereta.
Sekarang baru terbongkar dia dah habiskan lebih dari 10k untuk buat balik kereta tu. Dia buat cat baru RM3.5k, tukar timing belt blacktop, sport spring Sparco, spoiler bodykit RM300, bodykit, interior parts seat dan dashboard RM2500, grounding 6 point, rim sport garage RM700, penapis filter HKS RM300, Mines adjustable hi low Toyota RM900, ECU rechip RM300, Arospeed ori Japan RM700, hantar bengkel RM1.8k semualah dan banyak lagi.
Macam mana aku tahu? Aku dapat trace WhatsApp – WhatsApp belian barang – barang kereta yang dia achieved dalam HP dia. Patut aku pelik sebab sejak dari pindah dia belanja makan sangat – sangat mewah, katanya dapat duit komisyen jual kereta.
Rupanya – rupanya dia baru buat loan ketiga sebanyak RM18k, bonus yang RM9k pun aku tak tahu pergi ke mana. Masalahnya kenapa perlu dia tipu?? Aku bekerja sebagai banker, berapa total komisyen dan gaji aku dapat semua aku cerita dengan dia.
Apa aku beli, apa aku pakai semua dia tahu. Sebab bagi aku ekonomi keluarga harus dibincang bersama. Kalau aku tak pernah tuntut nafkah bulanan yang sememangnya WAJIB dia bagi, dan aku tak pernah soal bonus dan wang ringgit yang dia ada. Acc bank dia juga aku tak pernah ambil tahu password. Tapi acc bank aku dia tahu password.
Even aku beli beg harga RM10 sehingga RM100 pun dia tahu dan kami berbincang. Kalau dia tak bagi aku beli barang, aku takkan beli. Tapi kenapa dia boleh beli barang – barang kereta yang 10k lebih dan dia tak pernah berbincang dengan aku malah sorok dari pengetahuan aku.
Aku frust sangat – sangat. Aku sayang dan cinta dia sepenuh hati tapi aku ditipu hidup – hidup oleh suami sendiri. Dia lebih pentingkan kereta kesayangan dia dari nafkah isteri dan anak. Aib dia selama 4 tahun kahwin yang tak pernah cukup duit aku tak pernah cerita even pada ibu aku sendiri dan keluarga mentua.
Disebabkan tak tahan tension dan sekarang 2 malam dah aku lari dari rumah bersama anak. Kami tinggal di hotel. Untuk aku tenangkan hati dan perasaan supaya aku dapat berfikir secara rasional. Aku tak boleh nak maafkan apa yang dia dah buat. Aku cinta dan sayang dia.
Aku jujur, setia walau ramai yang pernah try aku sebab aku ada rupa paras menarik tapi semua aku ceritakan pada dia. Aku percayakan dia tapi kenapa tergamak dia tipu aku hidup – hidup. Apa yang aku perlu buat, minta pendapat dan komen yang membina dari anda semua. P/S: Alhamdulillah aku baru dapat berita gembira, akan kembali bekerjaya sebagai banker pada Isnin nanti. Doakan aku dan anak bahagia walau apa pun yang terjadi selepas ini.
Komen Netizen:
Firdaus Shakirin : Pandangan dari seorang lelaki, kalau disuarakan “hajat – hajat” dia tu, dia mungkin tak dapat “kelulusan” isteri. Dia minat kereta, kecenderungan ke arah tu kuat, tapi dia tak bijak. Itu je la, dia sepatutnya modify, buat sikit – sikit ikut kemampuan yang ada dan bukannya buat loan, tambah komitmen semata – mata untuk menjadikan kereta merecik hawau lahanat lahabau.
Kini, dia terbeban dengan minatnya, dia kantoi dengan penipuannya. Sekarang benda dah jadi, apa yang boleh awak buat ialah tanya dia, macam mana dia nak bayar balik semua loan – loan yang dia buat? Dan dalam masa yang sama, awak nak hak awak, nafkah – nafkah awak yang tertunggak.
Then awak bakal bekerja, jadi to be clear dengan dia, cakap kat dia, jangan rasa selesa, jangan ambil mudah, sebab awak bekerja bukan untuk membayar hutang – hutang dia. Dia yang cari pasal, maka dia yang setelkan. Setel macam tu dulu, then balik la kalau masih diperlukan.
Miza Hafiza : Kebanyakan perempuan sejak zaman tok nenek dulu mula ambil alih tanggungjawab suami atas belas ehsan dan ingin ringankan beban suami dan benda yang sepatutnya bersifat sementara menjadi adat dan beralih ke tanggungjawab isteri.
Menjadikan perempuan semakin terbeban selepas kahwin dan lelaki semakin senang lenang, gilakan hobi dan minat, abaikan tanggungjawab yang wajib. Bila isteri bersuara dikatakan mengungkit maka selamanya isteri dikatakan derhaka dan suami tu baik walaupun tanggungjawab ke laut. Sebab dari dulu takde orang sebut suami derhaka, jadi ayat tu menjadikan lelaki bebas dari tanggungjawab yang wajib. Apapun jika isteri tidak redha maka menjawablah suami itu di sana nanti.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.