Selama ni mertua layan aku sangat baik, aku pun sayang mertua. Sehinggalah aku sakit berterusan. 4 orang ustaz bagitahu, bapak mertua sihir aku

Aku nampak benda – benda yang bapak mertua hantar pada aku. Benda tu ada dalam rumah aku dari mula pintu masuk sampaila ke ruang tamu. Aku dah jumpa 4 orang perubat, ustaz pun ada ya. Semua cakap benda sama…

#Foto sekadar hiasan. Terima kasih admin siarkan cerita aku. Kisahnya macam ni. Mertua aku ni baik sangat layan aku. Memang aku sayang sangat kat dorang. Salah satunya yang paling aku ingat, masa aku baru dapat baby dua tahun lepas. Anak aku baru beberapa bulan masa tu.

Aku kat rumah mertua dan kebetulan ada kenduri kahwin jiran. Semua pergi kenduri kecuali aku. Takkan nak bawak anak kecik panas – panas terik. Tengah aku leka scroll FB, mak mertua aku balik kelam kabut masuk rumah bawak lauk pauk dari kenduri.

Dia cakap takut aku lapar. Terus dia keluarkan lauk letak dalam pinggan. Siap ada nasi dan dessert. Perfecto for lunch! Terima kasih mak. Tapi yang buatkan aku mula berkira nak balik rumah mertua adalah berpunca dari suami aku. Dari awal kawin dia terlalu berkira nak balik rumah parents aku.

Sampaikan ada beberapa kali dia ajak balik rumah mak dia je. Tak balik pun rumah parents aku. Banyak kali jugak jadi. Kalau balik rumah family aku pun nampak dengan ketara riak muka tak suka. Masam je muka sambil main fon non stop.

Memang aku tak berkenan dengan sikap dia. Kenapa tak boleh sayang parents aku macam aku sayang parents dia? Tak adil! Masalah tu berlarutan agak lama sampai la laki aku slowly berubah sebab mulut puaka aku suka perli dia bila nak balik kampung.

Alhamdulillah berubah sikit. Maafkan aku husband! Habis part tu semuanya seakan akan kembali tenang dan mendapat nafas baru. Tapi timbul pulak masalah lain. Yang ni buatkan aku betul – betul tak suka nak balik rumah mertua.

Sampaikan aku menyumpah dalam hati tiap kali kena balik sana. Malam tu aku berubat sebab aku sakit. Banyak gangguan aku kena. Bila bercerita dengan orang yang ada kelebihan, mereka cakap ada orang buat aku. Orang terdekat. Mereka tahu. Tapi taknak bagitau aku. Biar aku tahu sendiri.

Aku taknak cerita detail aku berubat macam mana. Nanti dah jadi cerita seram pulak. Semasa proses berubat hati aku sakit, kecewa dan sedih sangat. Macam orang putus cinta. Bila aku dapat tahu orang yang buat aku tu adalah bapak mertua aku sendiri. Aku sayang dia. Kenapa dia sakiti aku. Aku buat salah apa dekat dia?

Aku nampak semasa proses berubat tu orang tua tu marah seperti menyumpah aku dan menangis dengan teruk sekali. Seolah – olah dia sedih dan geram sangat kenapa aku ganggu rancangan dia. Aku tak tahu kenapa dia buat macam tu. Tak suka aku kawin dengan anak dia ke? Bukan aku yang nak. Anak dia yang nak sangat kawin dengan aku.

Aku tak pernah cakap kasar dengan mertua aku. Aku layan baik sangat. Dia dah buat aku lama rupanya. Cuma aku yang tak tahu. Allah bukak mata aku bagi nampak semua supaya lebih berhati – hati. Macam mana aku nak elak kes macam ni?

Nak bagitau laki aku? Sampai mati dia takkan percaya kalau aku cerita. Tah tah ditamparnya aku kalau aku bagitau semua tu. Hati aku betul betul kosong dan benci kat mertua aku. Jalan kedua untuk elak adalah bercerai. Kalau la keluarga dia ada saka. Habisla rosak keturunan aku kena gangguan saka dia. Kenapa aku cakap macam ni? Sebab bapak mertua aku sakit.

Nak jalan laju pun tak boleh. Mustahil dia pergi jumpa bomoh melainkan dia sendiri yang buat aku macam tu. Dia pun memang ada ilmu boleh ubat orang. Besar betul dugaan aku. Lepas kes tu aku lebih memilih untuk kurangkan bercakap bila balik sana.

Hati aku dah tawar pahit macam kau buat teh pekat tapi takde gula. Nak telan pun tak boleh. Nak bersalaman pun aku tak suka tau tak. Tolong doakan aku dapat bebas dari seksaan ni. Ada masa orang tua tu akan buat lagi aku. Walaupun sakit teruk. Tetap taknak bertaubat. Dia tak jahat.

Tapi dalam diam buat macam tu. Aku tak mengharapkan perpisahan dengan laki aku. Aku ada anak. Tapi kalau Allah tentukan sesuatu terjadi untuk selamatkan aku dan anak aku, aku terima. Maaf terlalu panjang. Lama sangat aku pendam.

Aku nak cerita pada sesiapa pun tak mampu. Kalau la laki aku lebih pentingkan aku lebih dari family dia, rasanya aku akan lebih tenang untuk bercerita semua ni. Terima kasih sekali lagi admin sebab siarkan kisah aku haritu. Kalau ada yang baca kes kena sihir dengan bapak mertua haritu, kali ni aku nak bagi pencerahan sikit. Terima kasih pada yang mendoakan aku dan bagi kata – kata positive.

Aku baca ramai yang salah faham dan buat andaian sendiri. Dalam text tu takde pun aku sebut aku jumpa bomoh. Aku Islam takkan la aku nak jumpa bomoh nak rosakkan agama aku. Dah jelas bomoh tu guna ilmu hitam. Aku jumpa perubat Islam la.

Bukan setakat Darul Syifa je perubat Islam yang kita ada. Ramai lagi. Kalau jenis biasa berubat dia faham apa yang aku sampaikan ni. Ada yang komen adakah aku nampak jembalang pada muka mertua aku? Ya aku nampak. Aku nampak benda – benda yang dia hantar pada aku.

Benda tu ada dalam rumah aku dari mula pintu masuk sampaila ke ruang tamu. Laki aku takde ke masa berubat? Ada kat sebelah aku. Ilmu orang lain – lain. Lain cara belajar lain cara berubatnya. Ni aku taknak ulas panjang. Nanti kantoi siapa aku.

Sebab ada orang yang tahu pasal ni. Dan aku dah jumpa 4 orang perubat, ustaz pun ada ya. Semua cakap benda sama. Kenapa aku nak nafikan lagi. Aku tak boleh nak maafkan mertua aku. Sebab aku tak sangka sekejam tu dia buat aku dalam diam.

Tapi aku cuma mengharapkan dia bertaubat sebelum dia dijemput ajal. Dan mintak maaf pada aku. Owh ye. Malam sebelum aku berubat tu, aku ada minta tolong sorang ustaz supaya tengok apa ada pada aku. Dan dia buangkan. Tapi dia tak dapat buang semua. Malam tu jugak mertua aku sakit teruk. Bukan sekali ye jadi macam tu. Tapi banyak kali. Tiap kali aku berubat dia sakit teruk dan minta anak dia balik jumpa dia. Sekian. Sampai sini jela aku cerita kisah ni.

Komen Netizen:

Ema Sani : Allah… Sebab percaya pada kata kata bomoh sampai timbul persepsi buruk pada mertua sendiri sedangkan mereka layan awak baik baik je. Sakit tu ujian Tuhan. Banyakkan berdoa dan berzikir. Minta pada Allah. Pada saya kalau jumpa bomoh ni tak pernah lagi dia kata sakit biasa takde orang buat. Tapi bila tanya siapa buat takkan dia bagitau pun. Minta tolong selain Allah itulah dapatNya. Jangan mudah percaya. Kalau betul pun berubat diri sendiri dan pulihkan diri. Takut semua tu hasutan syaitan.

Widuri Manja : Sis, saya pernah dengar ceramah, kalau mengubat guna ilmu hitam ni, selalu setan setan ni akan menyerupai orang yang kita rapat untuk memporak peranda kehidupan kita. Pernah terjadi pada kawan saya yang dia dok ternampak muka jiran sebelah rumah dia padahal mereka baik je. Tapi sebabkan dia tahu dan ustaz pun pernah cakap benda yang sama, jadi dia bersangka baik je. Syaitan ni memang boleh menyerupai sesiapa untuk bagi umat sesat. Better sis pergi berubat cara Islam.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :