Mama nak kahwin dengan lelaki yang merupakan kawan arw4h abah yang jauh lagi muda. Suami orang, anak dia yang paling kecil, sama anak aku.. Lelaki tu kata dah lama sukakan mama, dari waktu arw4h ayah masih ada..
#Foto sekadar hiasan. Aku tak pernah menyangka di usia yang bakal menginjak 40 tahun ni aku menerima kehadiran ayah tiri, H. Selamat pengantin baru mama.. Awkw4rd, janggal, kekok. Setelah kem4tian abah, memang aku ada suarakan pada mama kalau dia nak kahwin lain silalah tapi biarlah aku dan adik – adik tahu siapakah gerangan jejaka pilihan tu.
Kerana aku tahu hidup mama pasti sunyi kerana anak – anak sudah besar dan masing – masing ada kehidupan sendiri. Tapi ketika itu mama cakap hatinya belum terbuka lagi untuk mencari pengganti. Seumur hidup dengan abah dulu pun betul – betul melelahkan dia.. dia ingin bebas sementara katanya, tidak terik4t.. serik barangkali.
Kini sudah 4 tahun abah pergi, Jun lalu mama telah menyuarakan hasrat hatinya untuk kahwin lain. Aku terk3jut, tapi nak juga tahu siapa lelaki tersebut. Rupanya dia merupakan kawan abah, berusia jauh lebih muda dari mama dan sudah mempunyai isteri dan anak – anak.
Yang bongsu mungkin sebaya anak aku. Otak aku tak dapat nak hadam perkara ini. Tapi mama cakap kalau anak – anak tak izinkan dia takkan teruskan. Mama cakap yang semua family H ni sudah well known about them dan mereka takkan halang. Cuma yang tinggal sekarang persetujuan dari anak – anak mama sahaja.
Jujur aku cakap, aku berat hati.. aku tak nak bagi mama kahwin lain.. kalau dia bujang, duda, datuk bercucu sekalipun memang akan aku pinangkan untuk mama tapi bukan suami orang. Kami bermesyuarat adik beradik (tanpa pengetahuan mama) dan semua memang berat hati nak bagi mama kahwin lagi.
Banyak hal yang kami risaukan.. banyak bukti di depan mata yang selalunya takkan berakhir dengan kebaikan pun hidup bermadu ni.. ke kami salah? Dalam masa yang sama pihak lelaki telah menyiapkan segala dokumen untuk permohonan poligami tapi pada kami adik beradik mama masih rahsiakan perkara ini.
Tak semua anak – anak mama cakap akan hal ini. Kerana mama sendiri maklum anak – anak mesti akan membantah. Tapi telah aku tanya kan hal ini pada mama, aku cakap aku nak berterus terang pada adik – adik akan niat mama ini tengok adik – adik cakap apa nanti.
Tapi mama membantah, mama cakap jangan. Mama cakap mama tak nak teruskan, banyak hati yang mama nak kena jaga. Maka legalah aku pada ketika itu. Hal ini pun berlalu dan kami teruskan hidup seperti biasa. Tapi hujung September lepas, kami mendapat perkhabaran yang mama telah selamat menikah di Siam.
Luluh hati aku.. kenapa mama bertindak sedemikian. Adik aku ramai ya, tapi aku namakan dia 7 la. Si 7 ni cakap dia tak sampai hati nak rahsiakan, dia cakap pada kami semua yang mama dah selamat menikah. Mama cakap pada si 7 ni samada 7 ni halang atau izinkan dia memang nak teruskan. Takde sape boleh halang dia, betapa nekadnya mama masa tu.
Si 7 inginkan penjelasan, mama cakap mama terasa hati dengan anak – anak. Mama sunyi, mama taknak nanti mama m4ti sorang – sorang. Macam – macam lagi mama cakap yang menampakkan yang mama frust dengan anak – anak membuatkan dia membuat keputusan untuk kahwin ni.
Kami sebagai anak – anak, tak tahulah mana silapnya.. derh4kakah kami? Hanya Allah yang tentukan. Mama cakap dia rindu waktu anak – anak masih kecil kerana dia rasa diperIukan. Sekarang ni anak – anak dah besar, ada kehidupan masing – masing. Tapi jujur aku cakap, kami tak pernah buang mama.
Ya, betul kami memang kadang – kadang sibuk dengan kehidupan sendiri. Tapi tak pernah kami tak tanya khabar mama. Mungkin tak semua lah anak – anak mama yang rajin tanya khabar. Tapi kami ada.. kami tak buang mama..
Ada masa terluang kami balik ke kampung.. raya tak pernah tak balik.. memang ada je yang ziarah mama even tak cukup berkumpul semua adik beradik kalau ada cuti terluang. Dulu mama cakap pada aku yang mama buat keputusan nak kahwin ni bukan sebab nafsu, tapi sebab mama nak peneman, peneman ke masjid.. peneman sunyi.. sekarang dah kahwin hilang ke sunyi mama?
Entahla aku sebenarnya tak tahu nak cakap nak explain macam mana lagi. Tapi, jujur aku buntu, aku sedih.. aku rasa nak marah.. emosi semua bercampur aduk. Selepas mama come clean dengan si 7, mama berterus terang pula dengan si 8.
Tapi ayat mama masih sama.. mama tak nak m4ti sorang – sorang nanti dan jangan cakap pada anak – anak yang lain sebab mama nak cakap sendiri. Tapi si 8 ni dah rakam awal – awal pengakuan mama. Maka kami semua dengarlah penjelasan mama.
Ya, mama menyalahkan anak – anak yang dia ibaratkan seperti tidak peduli akan dirinya yang memaksa dia bertindak kahwin ni. Mungkin betul, kamilah anak – anak derh4ka. Walaupun pahit untuk ditelan. Aku tak tahu kenapa aku tulis confession ni.
Tapi aku rasa sikit sebanyak akan rasa lega sesak di d4da ni. Aku masih tak sangka yang aku sudah ada ayah tiri, yang mungkin usianya tak jauh beza dari usia aku.Apa motif kau H? Aku rasa H ni psiko sebab mama ada cakap pada aku yang H ni cakap kat mama yang dia dah berkenan dengan mama sejak dari dia berkawan dengan abah lagi!
Meremang tengkuk aku bila mama gitau aku, tapi mama masa tu of course la happy dah orang berkenan kat dia, mesti hati berbunga – bunga riang. Tapi aku rasa creepy nya.. normal ke suka isteri orang weh? Dan kalau kau betul – betul ikhlas, tak boleh ke kau datang cara baik, mintak izin dengan kami, cakap niat murni kau tu untuk jadikan mama isteri kau.
Ini kami pun tak kenal kau H, kami langsung tak tahu latar belakang kau.. kami tak tahu motif kau H. Aku ada buat – buat tanya pada mama tentang permohonan poligami tempoh hari, mama cakap dah lulus. Aku tanya mama nak teruskan?
Dia cakap kalau dia fikir akan sikap anak – anak sekarang ni, dia nak je teruskan. Aku pun waktu tu terus terang dengan mama. Aku cakap aku tak sokong mama kahwin dengan H, tapi kalau dengan kahwin dengan H boleh buat mama bahagia, go on. Sebab in the end, aku pun nak mama bahagia, itu yang paling penting.
Tapi kalau pada masa akan datang, jadi apa – apa dekat mama, takde siapa nak jaga mama atau mama di buang sekalipun, datanglah pada aku, aku akan jaga mama, insyaAllah. Selamat pengantin baru mama.. moga mama bahagia.. and next raya will never be the same anymore.. – Mungkin Anak Derh4ka (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Zaidah Azt : Tak salah kalau di umur senja nak kawin. Buat peneman di kala tua. Tapi masalahnya lelaki jauh lebih muda, suami orang yang ada anak – anak masih kecil. Kahwin kat siam plak tu. Memang mengundang banyak masalah dikemudian hari. Tu yang anak – anak risau. Bukan risau sebab mak nak kahwin lain.
Liza Zainal : Masalahnya sekarang mak dia kahwin dengan suami orang dan suaminya pulak lebih muda dari mak dia dan ada anak – anak kecil.. itu yang anak – anak risaukan.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.