
Aku tegur bapak tiri sebab dia bawa bibik masuk rumah, hidup macam suami isteri. MaIangnya, kami dihalau keluar dari rumah emak sendiri. Dia tukar semua kunci. Kami tak boleh masuk langsung. Baju sekolah adik – adik, buku, beg, semua h4ngus jadi abu. Aku terp4ksa pinjam baju kawan adik aku untuk dia pakai ke sekolah. Tak cukup lagi, bapak tiri upah g4ngster..
#Foto sekadar hiasan / AI. Salam sejahtera. Nama aku AN, umur 24 tahun. Ini kisah hidup aku… 7 September 2024 – Hari yang tak akan aku lupakan. Aku dan tiga orang adik aku kehilangan emak, insan paling kami cintai. Emak meninggaI dunia pada umur 44 tahun akibat peny4kit Non-Hodgkin Lymphoma.
S4kit tu datang secara tiba – tiba, dan cuma sebulan je emak bertahan sebelum dijemput Ilahi. Segalanya terasa terlalu cepat. Aku masih boleh ingat lagi malam terakhir tu, bila aku genggam tangan emak yang m4kin sejuk, tapi masih sempat senyum dan bisikkan, “Jaga adik – adik.” Ayat tu terngiang sampai sekarang.
15 Disember 2024 – Belum pun reda rasa rindu pada emak, datang lagi ujian berat. Pada hari ke-100 pemergian emak, kami dapat khabar duka yang ayah pula pergi meninggaIkan kami. Rasa perit tu sukar nak digambarkan. Baru nak belajar berdiri, kami jatuh semula.
Allahu, hanya Tuhan tahu macam mana hati kami waktu tu. Sedih kehilangan emak pun masih tak terubat, datang pula kehilangan ayah. Air mata dah kering, tapi hati tetap basah dengan rindu. Aku nak throwback sikit supaya pembaca faham..
2018 – Tahun yang mengubah segalanya. Tahun tu arw4h emak dan arw4h ayah bercerai. Aku berumur 14 tahun masa tu. Aku tinggal dengan ayah, manakala dua orang adik ikut emak. Umur aku 15 tahun, emak berkahwin dengan seorang lelaki yang juga kenalan ayah sendiri. Ya, dia lah punca kenapa rumah tangga emak ayah musn4h.
2020 – Emak melahirkan anak dengan suami barunya. Jadi, aku dapat adik baru, sebapa lain emak. Bapa tiri aku orang berpelajaran dan berjawatan tinggi. Pada awalnya, aku ingat dia baik. Dia jaga dua orang adik aku macam anak sendiri. Tak lama selepas adik baru lahir, dia hadiahkan emak sebuah rumah besar dan cantik, rumah nama bersama. Waktu tu kami fikir emak akhirnya bahagia.
Januari 2025 – Selepas emak dan ayah pergi, kami empat beradik tinggal bersama bapa tiri. Dia janji nak jaga kami sampai akhir hayat. Aku percaya janji tu. Tapi rupa – rupanya, panas yang aku sangka sampai ke petang, hujan di tengah hari.
Di sinilah segalanya bermula. Bapa tiri aku berkenalan dengan seorang pembantu rumah Indonesia, maid kepada jiran dua lorong dari rumah kami. Lepas kenal dengan maid tu, dia berubah 360 darjah. Dia mula benci kami, mula jauhi kami.
Puncanya sebab kami membantah bila dia bawa maid tu tidur dan tinggal serumah tanpa ik4tan sah. Kami tak nak bersubahat dengan d0sa. Disebabkan tu, kami dihalau keluar dari rumah emak sendiri. Dia tukar semua kunci. Kami tak boleh masuk langsung, tak boleh ambil barang – barang peribadi termasuk pakaian arw4h emak. Aku cuma mampu tengok dari jauh rumah tu, rumah yang penuh kenangan, tapi kini bukan milik kami lagi.
Februari 2025 – Kami mulakan hidup baru di kedai arw4h emak dengan duit RM300 sahaja. Premis tu dulu tempat emak berniaga, dan sekarang tempat kami berlindung. Aku guna duit tu sebaik mungkin untuk sara hidup dan beli keperluan sekolah adik – adik.
Tapi ujian tak berhenti di situ. Dia upah g4ngster Melayu untuk ugvt kami, ganggu kami, malah viralkan kad pengenalan adik kedua aku dalam kumpulan WhatsApp. Dia h1na kami dengan panggiIan anak h4ram dan bermacam – macam lagi kata kesat.
Aku masih ingat malam tu, masa aku buka mesej ugvtan tu, tangan aku menggigil, adik – adik menangis sebab takut. Kereta yang dia pernah bagi kami guna pun diambil balik dengan cara kasar. Baju sekolah adik – adik dibakar. Buku, beg, semua h4ngus jadi abu. Aku terp4ksa pinjam baju kawan adik aku untuk dia pakai ke sekolah.
Adik bongsu kami, anak kandung dia sendiri, langsung dia abaikan. Akulah yang jaga dia sampai sekarang. Pada dia, aku ni emak dan kakak sekali. Umur dia masa tu baru tujuh tahun, kecil lagi, tapi dah nampak macam mana manusia boleh berubah sekelip mata.
Dalam setiap solat, air mata aku tak pernah berhenti. Aku minta petunjuk, aku minta kekuatan. Pernah aku berdoa, “Ya Allah, kalau kami tergolong dalam orang terani4ya, tunjukkanlah kekuasaan-Mu.” Aku serah semua pada Allah sebab dah tak ada daya.
Mac 2025 – Doa aku tak lama dimakbulkan. Dia ditangkap khalwat dengan maid tu dalam rumah sendiri. Lepas kejadian tu, dia nak jual rumah yang dulu dibeli untuk emak. Mungkin malu dengan jiran – jiran. Separuh rumah tu hak emak, separuh lagi hak dia.
Aku terus ke pejabat tanah untuk “kaviet” rumah tu supaya dia tak boleh jual tanpa kebenaran kami. Sampai sekarang rumah tu masih kosong. Setiap kali aku ziarah kubvr emak, mata aku mesti terpandangkan rumah tu. Rumah yang dulu penuh tawa dan kasih sayang, kini sunyi, hanya dinding batu yang menyimpan kenangan.
Sekarang.. Mungkin sebab doa orang terani4ya tak pernah dibiarkan, Allah balas perbuatan dia satu – satu. Sepatutnya dia dinaikkan pangkat dan diberi kepercayaan untuk uruskan projek jutaan ringgit di Banting, tapi semua tu ditarik balik. Gaji tak naik, pangkat tak dapat, projek pun diberi pada orang lain.
Kereta – kereta yang dia ambil dari kami semua ditarik bank. Hutang dia m4kin menimbun. Nama dia disenaraihitamkan. Dia pinjam duit sana sini sampai hilang maruah. Maid Indonesia yang dulu jadi rebutan hati pun hilang entah ke mana.
Sekarang dia hidup menyewa bilik kecil, duit sentiasa tak cukup. Dari hidup mewah, kini hidupnya porak – peranda. Kami adik beradik pula, alhamdulillah, m4kin tenang. Walaupun masih tinggal di premis perniagaan arw4h emak, Allah bagi rezeki yang mencurah.
Aku teruskan perniagaan emak dan hasilnya aku guna untuk sara adik – adik. Adik kedua aku pun dah ada perniagaan kecil – kecilan di car boot sales untuk bantu tambah pendapatan. Kami kongsi semua hasil bersama. Susah senang kami lalui sama – sama.
Walaupun kami tak ada emak dan ayah untuk berpaut, tapi kami masih ada Allah untuk kami berlindung. Aku percaya doa anak yatim dan orang yang terani4ya tak pernah disia – siakan. Jadikan kisah aku ni sebagai pengajaran. Kasihani anak yatim macam mana kita sayang ibu bapa sendiri. Dalam Al-Quran pun dah jelas, balasan bagi orang yang menzaIimi anak yatim itu bukan kisah dongeng.
Doakan kami adik beradik supaya satu hari nanti, kami boleh “menghalalkan” semua perbuatan dia. Walaupun s4kit dan perit, insyaAllah akan tiba masa untuk kami benar – benar maafkan dia. – Si Yatim Piatu
Komen Netizen :
Naliza Aliz : Sedih dengar cerita pengakuan ini. Harapan aku agar amanah yang Allah pertanggungjawabkan kepada aku untuk menjaga amanah arw4h adik aku, tak aku sia – siakan. Doa aku agar diberi keberkatan umur, kemurahan rezeki dan kekuatan semangat dalam menjaga anak – anak buah aku yang seramai empat orang yang telah kehilangan tempat bermanja. Aku lah yang akan menjaga mereka sebaik mungkin. Semoga ada rahmat Allah menanti mereka berempat.
Ruziana Sidek :
Subhanallah, Maha Suci Allah. Syukur hidup tuan tanah dan adik – adik sem4kin indah. Semoga kalian sentiasa dalam lindungan rahmat dan kasih sayang-Nya, aamiin. Cuma cubalah maafkan ayah tiri kamu tu. Mungkin segala kejahatan yang pernah berlaku dulu di luar kawalan dirinya sebab ayah tiri kamu nampak baik dan sangat bertanggungjawab pada asalnya.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.