Aku terlanjur masa bercinta, tiba-tiba teman lelaki tinggalkan aku. Aku dapat tahu dia dah kahwin 3 tahun, tiba-tiba dia datang ajak jadi skandal

Sekeliling aku memandang aku wanita mulia yang jaga batas aurat dan agama. Aku tidak tinggal solat. Aku menutup aurat sempurna. Tapi aku tidak mampu tinggalkan dia. Tinggal kan hubungan h4ram kami. Lepas setahun, teman lelaki berubah dah ada perempuan lain dan buang aku macam sampah. Dulu dia janji nak bertanggungjawab..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum kepada admin dan pembaca sekalian. Terima kasih sekiranya luahan ini disiarkan. Peringatan kepada kaum hawa. Semoga kisah aku ini dijadikan iktibar untuk korang. 11 tahun lepas, ketika di awal alam universiti aku berkenalan dengan seorang lelaki di media sosiaI.

Bertemu atas minat yang sama. Aku dan dia saling bertukar nombor dan berterusan sampai lah kami membuat keputusan untuk bercinta. Hubungan cinta kami berterusan selama 3 tahun. Namun kerana jarak jauh. Kami berjumpa hanya 4 kali.

Dan dalam tempoh 4 kali tersebut, kami telah melakukan perbuatan maksi4t. Namun Alhamdulillah (aku sangat bersyukur ya Allah), kami tidaklah sampai berz1na. Selepas tahun kedua, aku perasan dia mulai berubah. Dan benarlah, ada orang ketiga.

Dia diberi kata dua oleh kekasih barunya, pilih aku atau dia (kekasih baru). Dia pilih yang baru. Perpisahan kami terjadi pada hari kem4tian abang aku. Berpisah melalui mesej sahaja dan dia tidak mengetahui hal kem4tian abang aku. Aku terima perpisahan itu dan tidak merayu. (Sebab rasa malu dan terh1na).

Begitulah hubungan h4ram senang dibuang. Dan aku sebagai perempuan tak mampu nak buat apa sebab dah dia tak mahu takkan nak dip4ksa. Sebenarnya sepanjang perkenalan kami, aku tertekan dan rasa terh1na. Maruah aku dicarik – carik.

Ya, aku tidak pernah memberitahu sesiapa mengenai kami. Sekeliling aku memandang aku wanita mulia yang jaga batas aurat dan agama. Tapi kami berdua tahu apa yang kami buat. Setiap kali aku ucapkan kegusaran aku. Dia meyakinkan aku bahawa akan berkahwin dengan aku, akan bertanggungjawab atas apa yang kami dah lakukan bersama.

Bayangkan dalam hidup penuh maksi4t. Aku tidak tinggal solat. Aku menutup aurat sempurna. Tapi aku tidak mampu tinggalkan dia. Tinggalkan hubungan h4ram kami. Aku rasa aku bertopeng. Oleh kerana amat menyintainya, aku berdoa pada Allah, untuk bantu kami keluar dari kemaksi4tan. Itu aku doa hari – hari. Dan Allah tahu yang terbaik. Kami tiada jodoh.

Dia bahagia dengan kekasih barunya sedangkan aku struggle dengan emosi aku. Aku rasa seperti sampah dibuang dan dih1na. Aku kurang makan. Rasa macam dah tak nak hidup tu memang kuat. Tapi aku tahu hukvm agama. Aku menangis hari – hari. Sampai family aku risau. Tapi mereka tidak tahu, apa yang telah aku buat.

Untuk move on, aku ambil masa 6 tahun. Dan dalam tempoh tersebut aku disahkan ada depr3ssion dan anxiety disorder oleh doktor dan perIukan rawatan setiap bulan. Hari – hari aku berdoa agar Allah tutup aib aku, supaya tiada siapa tahu kisah silam aku. Aku rasa kotor dan jijik dengan diri aku sendiri.

Bila ada jejaka yang datang mendekati dengan niat untuk menikahi, aku tolak dengan baik. Alasanku ialah aku belum bersedia. Namun yang sebenarnya, aku rasa aku tidak layak dengan mereka yang bagus, suci dan baik. Aku h1na. Semua di sekeliling aku memandang aku anak yang baik, h4mba yang Solehah, wanita yang jaga maruah. Namun yang sebenarnya, hanya aku yang tahu.

Dia dah kahwin. Tapi bukan dengan kekasihnya, dengan orang lain. Wajah isterinya manis, dan nampak baik. 3 tahun selepas perkahwinannya, dia hubungi aku. Meluah perasaan, cuba mengimbau kembali kisah cinta kami yang dulu. Aku terIuka.

Sehari semalaman aku menangis, rupanya aku masih cintakan dia. Dalam masa yang sama, aku teringat kembali kes4kitan lalu. Dibuang tanpa penjelasan dan betapa mendalamnya kesan cinta h4ram itu dimasa lalu. Aku jelas. Dia bukan untuk aku. Aku mampu berfikir w4ras.

Tidak sanggup aku meIukan hati perempuan lain dengan merosakkan rumahtangga. Dan aku tak ingin bersuamikan dia. Lalu aku buat cerita, beritahu yang aku dah berpunya dan bakal melangsungkan perkahwinan. Tapi dia masih tetap menghubungi aku.

Dia yakin tiada siapa dapat gantikan dirinya dalam hati aku. Dia kata dia kenal aku. Dia kata dia cinta pertama aku. Dia kata aku tidak akan dapat melupakannya. Aku sedar bila dia beritahu begitu. Dia anggap bila dia datang, merayu kepada aku, aku akan buka tangan seluasnya untuknya. Dia yakin yang aku belum berkahwin sampai sekarang kerana dia.

Aku jelaskan kat dia yang aku dah lupakan segalanya dan dia tidak memberi kesan langsung kepada aku. Aku dah lama move on. Kemudian, aku diam tanpa balasan biarpun dia mesej berulang kali. Ya, akhirnya bila dia bosan, dia berhenti mengganggu aku. D0sa masa lalu aku. Masih tidak dapat dilupakan. Aku h4mba yang h1na dan kotor. Ketakutan aib yang dibawa sepanjang hayat. Biarlah aku sendiri.. – Faisah (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Fairuzk Ibrahim : Block dia kat semua social media termasuk whatsapp and phone. Awak ni.. Jangan save no dia. Buang semua memori pasal dia. If you still allow him to text you, awak mengundang baIa sebenarnya.

Siti Abdullah : Jaga diri sis. Jangan kalah dengan sedikit cinta dan rindukan pada kenangan bahagia dulu. Rasa berd0sa, s4kit lepas kena tinggal jauh lebih besarkan? Sis pun tahu dia cuma nak main – main. Dan lelaki macam tu bukan buat kat sis sorang je, ramai lagi perempuan lain dia try.

Dia tak berbaloi untuk dilayan. Cukup block dan move on. Selama sis masih rasa berd0sa itu maknanya hati sis masih hidup. Mungkin juga bentuk jagaan Allah kepada sis dari melakukan d0sa – d0sa yang jauh lebih besar. Good luck!

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :