Depan keluarga mertua, suami m4ki, tengking saya siap ugvt nak naik tangan.Saya diam, tahan airmata. Tak habis lagi, dalam kereta suami sambung mencarut

Sepanjang anak saya tiga bulan, semua saya yang uruskan anak sebab saya suri rumah. Mandikan anak saya buat, tukar pampers anak saya juga, anak terjaga malam saya yang bangun. Saya suruh suami belajar mandikan anak, tukar pampers anak tapi dia tak nak. Dia boleh cakap, kalau dia buat semua tu baik dia buka rumah pengasuh je…

#Foto sekadar hiasan. Salam min, tolong hide profil saya ya. Saya dah tak tahu nak cerita dekat siapa, hampir giIa saya dibuatnya bila saya pendam, tak ada cerita apa – apa dekat orang terdekat. Saya baru setahun kahwin, dan saya ada seorang baby perempuan umur baru tiga bulan. Saya nak meluah, min, pasal sikap husband dekat saya.

Masa dia dapat tahu saya pregnant memang dia happy, sampai lah waktu tu usia kandungan saya lima bulan, saya dapat tahu dia kantoi curang min, tiga perempuan dia chat nak ajak keluar. Kecewa saya, min. Tiga hari saya tak bercakap dengan dia, dia pun diam je min, tak ada nak minta maaf atau apa, sampai lah saya yang mulakan dulu perbualan, baru lah dia minta maaf semua.

Dan lepas je saya bersalin, saya berpantang dekat rumah mak saya. Setiap kali kawan dia datang, dia cerita dekat kawan – kawannya seolah – olah dia betul – betul hargai saya, padahal tidak. Apa yang dia cakap, tak sama dengan apa yang dia cakap depan kawan – kawan dia.

Waktu saya pantang, dia ada lah tolong sikit macam buatkan susu anak waktu siang sahaja, kalau waktu malam, saya lah yang bangun buat. Saya suruh dia belajar mandikan anak, tukar pampers anak tapi dia tak nak, min. Dia boleh cakap, kalau dia buat semua tu baik dia buka rumah pengasuh je. R3muk hati saya dengar bila dia cakap macam tu.

Lepas tu, dia ni suka cakap kasar dengan saya. Dia layan saya macam orang luar, min. Kitorang tak ada panggiIan manja macam pasangan yang lain, dia cuma panggil saya nak, i, u atau kau, aku je, min. Dia juga kadang – kadang bila saya tak faham apa yang dia cakap, mesti dia akan caci m4ki saya.

Kadang – kadang depan kawan – kawan ye pun dia pernah m4ki saya, sedih min. Bila dia bercakap dengan kawan – kawan tempat kerja dia, lembut je, tapi dengan saya dia cakap kasar macam tu, sampai saya pun kadang – kadang cakap kasar dengan dia.

Saya pernah cakap dengan dia, tolong jangan layan saya macam kawan – kawan kau, tapi dia tak peduli pun, min. Lagi dia berdiam diri sampai dua tiga hari, selagi saya tak tegur dulu, selagi tu lah dia diam. Dan yang paling meny4kitkan hati, dia tak ada minta maaf langsung, dia buat seolah – olah saya yang salah, dan saya yang kena minta maaf dekat dia.

Masa saya tanya lagi, tak boleh ke nak layan saya elok – elok, dia cakap, dengan kau aku tak boleh nak cakap elok – elok. Masa tu Tuhan je tahu betapa peritnya apa yang dia cakap. Lepas tu, sepanjang anak saya tiga bulan, semua saya yang uruskan anak saya sebab saya suri rumah.

Mandikan anak saya, tukar pampers anak saya, anak terjaga malam saya yang bangun, husband saya just buat susu, itu pun jarang – jarang, itu pun kadang – kadang saya yang suruh. Dia tak nak buat semua benda tu sebab dia bagi alasan dia kerja. Penat balik kerja semua, padahal time dia cuti pun dia tak tolong saya apa – apa pun, min.

Pernah dalam pantang, biasa lah emosi masa tu tak berapa nak stabil, ada salah faham sikit, dia cakap dekat saya, saya jaga lah dulu anak tu, nanti dah besar baru dia yang jaga. Masa tu min hampir mer0yan saya. Saya tak tahu sampai hati dia cakap macam tu dekat saya, saya dalam pantang, padahal sebelum saya bersalin, dia yang terlalu excited selalu tanya bila baby nak keluar. Saya ingat dia akan tolong saya lah, rupanya takda, min.

Pernah kejadian kitorang balik kampung ayah mertua saya. Kami baru balik dari Pulau Pinang, singgah makan. Dan time tu baby saya tidur, umur dia baru dua bulan. Kebetulan adik ipar ayah mertua saya offer nak bawa baby saya balik sebab memang dia nampak baby saya tidur, dan waktu tu dah malam.

Saya pun tanpa fikir panjang bagi dekat adik ipar ayah mertua saya sebab saya kesiankan anak saya waktu tu. Dan dia minta nak bawa balik rumah dia, waktu tu pun ada husband saya, dan dia cakap boleh bawa baby saya balik. Oh by the way kami stay rumah adik ayah mertua saya.

Lepas tu time nak buat susu bagi dekat makciknya, husband cakap dia risau, takut jadi apa – apa. Lepas tu saya cakap lah, tak ada apa lah, dan dia cakap tawakal. Lepas tu kami pun order makan, bila makanan sampai, saya tengok dia macam tak ada semangat, makan pun slow. Lepas tu saya pun cakap, ha jom lah balik, jom balik.

Lepas tu dia marah saya, min, dia cakap “kau tutup mulut kau tu sebelum aku Iempang muka kau, baik kau diam sebelum aku t4mpar kau. “Dia cakap tu depan mak ayah mertua saya dan dengan family adik bongsu ayah mertua saya. Malu saya, min.

Saya ade pergi dekat kereta sekejap, saya tak tahu apa yang dia cakap mula – mula, tapi masa saya sampai dekat meja makan kami tadi yang saya cuma dengar dia cakap, “kalau jadi apa – apa dengan anak aku macam mana? Itu anak aku tu, kalau bini aku boleh tukar lagi.” Masa tu air mata nak jatuh dah, tapi saya tahan je.

Dalam kereta dia tib a- tiba m4ki saya, dia kata “b4bi, pandai main tapi bagi anak aku dekat orang lain, kalau orang tu dengki dengan family aku, kalau dia buat benda tak elok dekat anak aku macam mana.” Allah, sebab saya bagi baby saya dekat adik ipar ayah mertua saya pun sebab saya percaya dekat dia, lagi pun adik iparnya tu orang baik min, kira orang alim lah, sebab tu saya bagi dekat dia.

Dan saya pun menjawab lah, “tak payah nak acah – acah lah, selama ni aku yang jaga anak aku sendiri, kau ada tolong? Takda.” Dia terus diam, min. Dah sampai rumahnya, saya terus tengok anak saya, elok je anak saya tidur lena, tak ada apa – apa pun. Dan macam biasa dia hanya diam, tak minta maaf atau apa.

Tapi tindakan saya bagi baby saya dekat orang tu, salah ka? Sepatutnya saya ikut je makciknya balik sekali, time tu pun saya fikir, saya ni macam mak tak guna, main bagi je anak saya sendiri dekat orang. Lepas tu, saya ni tak pernah nak rasa sweet – sweet atau manja – manja bila dekat luar, memang lah orang kata jangan menunjuk sangat, tapi masalahnya saya tak pernah dapat langsung macam tu, saya hanya dapat dekat rumah dalam bilik bila berdua, itu pun sweet – sweet sebab nak tu je, min.

Saya kadang – kadang fikir, betul ke saya ni isteri dia, kenapa dia buat saya macam entah lah. Saya pernah nak cuba sweet – sweet dengan dia, saya cuma nak jalan pegang tangan dengan dia je min, dia kata tak yah lah malu orang tengok. Ya Allah padahal dah kahwin tapi dia malu sebab nanti orang tengok.

Lepas dari tu saya macam dah tak berani nak pegang tangan dia, sampai macam tu sekali. Kadang – kadang jealous tengok pasangan lain, sampai saya macam tak mengharapkan semua tu dah min, saya macam tengok orang lain macam tu, saya happy.

Tapi dia kadang – kadang memang baik dengan saya, apa yang saya nak mesti dia belikan, tapi tu lah tu pun kadang – kadang je, kalau dalam mood dia. Kalau time tu dia takda mood ke apa, dia cakap saya ni menyusahkan dia. Saya tak boleh nak teka mood dia, dia ni anggap saya ni sebagai apa, dia sayang lagi ke dekat saya.

Lepas tu, dia ada nak beli kereta baru, dan dia cakap dekat saya macam ni, bila saya dah kerja, tolong dia bayar kereta tu sama. Saya cakap kalau kereta tu atas nama saya, saya nak lah, dia cakap asal pula nak buat atas nama kau, kalau kau lari ikut jantan lain, kau bawa sekali kete aku, mana boleh, kau kalau nak lari ikut jantan, pergi, biar jantan tu yang bagi kau.

Saya tak tahu kenapa dia cakap macam tu, padahal saya tak pernah terfikir nak curang, melainkan dia yang curang dulu. Semua harta dia ada, memang dia cakap memang takkan letak nama saya, andaik4ta dia yang m4ti dulu, hartanya tu saya tak tahu pergi dekat siapa, tapi yang pasti saya lah yang terkontang – kanting nanti. Tapi saya tak peduli pun pasal benda tu, saya tak berharap pun apa – apa dari dia.

Maaf lah min kalau agak panjang, ini lah luahan saya. Sebenarnya ada lagi, tapi cukup lah sampai sini sahaja. Tambahan: Sejak beberapa minggu lepas situasi sem4kin kritikal. Pernah satu malam baby saya demam panas, sawan dan saya telefon suami minta tolong bawa ke klinik, dia jawab dia penat dan suruh saya tunggu esok pagi.

Saya panik, bawa baby ke klinik sendiri lewat malam itu juga dengan bantuan jiran. Doktor cakap kalau lewat lagi mungkin bah4ya. Selepas kejadian itu, suami hanya cakap maaf sekali sahaja dan lepas tu macam biasa balik ke sikap lama. Saya rasa sangat keseorangan.

Saya mula fikir tentang keselamatan anak dan mental saya. Saya mula simpan nota tentang semua perkara yang berlaku, siapa datang ke rumah, siapa jaga baby bila dia tak ada, sebagai bukti kalau satu hari perlu buat keputusan besar. Sekali lagi, terima kasih min sebab sudi baca. Saya cuma nak luah dan harap dapat nasihat dari orang luar.

Komen Netizen :

Irene Jasmine : Toksiknya. Depan orang buat carring. Per4ngai sebenar hanya isteri je yang tau. Ada ciri – ciri narsis. Awak muda lagi ni kan. Anak pun masih kecik. Awak keje jangan keluar satu sen pun untuk dia. Dia bleh beli kete baru maksudnya mampu lah tu. Duit awak simpan dekat saving yang dia tak tau. Apa – apa jadi kemudian hari awak tak terkontang kanting. Pelik sangat laki awak ni. Semoga dia berubah la satu hari nanti.

Lisa Fairylah : Boleh jadi batu api. Rasanya suami sis tu kalau jumpa perempuan lain mesti senang – senang je tinggalkan sis.. sebab dalam pikiran dia. Dia boleh tukar bini dan bini boleh tinggalkan dia kahwin lain. Dalam fikiran dia takdepun pikir nak hidup tua bersama isteri.

Dan second dalam jalan cite sis ni. Suami sis jenis penakut dengan kenyataan.. bila sis cakap tu kenyataan yang dia tak boleh sangkal dia senyap. Jadi bila suami tu s4kitkan hati sis bagi je kenyataan jujur walaupun time tu dia buat macam silent treatment sis buat je cakap macam biasa cakap pasal anak buat mcm tak perasan yang dia silent treatment. Orang silent treatment kalah pada orang takde common sense. Orang talde common sense tak sedarpun orang tu nak silent treatment ke merajuk.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :