Bila suami keluar rumah anak akan menangis macam kena hist3ria sambil cakap, “ayah datang, ayah datang.” Anak saya akan tidur sambil nangis bila ayah dia tak ada sekali dalam bilik dengan kami. Saya keliru apa yang saya patut pilih..
#Foto sekadar hiasan. Sekarang tengah hangat isu penceraian artis dan instafamous. Sekiranya aku pun ada pendapatan yang besar setanding dengan isteri – isteri itu pasti aku tak kan menunggu lagi untuk failkan permohonan cerai.
Usia perkahwinan bakal menginjak ke 5 tahun perkahwinan dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur 3 tahun. Tapi suami sejak dah bertukar kerja di kampung (kerja kerajaan) waktu kerja 8-5, dia banyak habiskan masa di luar dengan kawan berbanding di rumah.
Dulu kami PJJ dia bekerja di kilang kereta. Hidup di sana memang kerja kerja kerja sahaja. Tapi sekurangnya setiap malam dari jam 9.00 malam sampai suami tidur dia akan video call saya dan anak. Terubat sikit rasa rindu berjauhan tu.
Tapi sekarang bila dah duduk sebumbung barulah nampak per4ngai sebenar dia. Suami mula kerja di kilang kereta dari umur 27 tahun sehingga umur 33 tahun. Sekarang suami berumur 35 tahun. Jadi sebelum suami keluar dari kampung, bekerja di sana saya kira dah cukup masa dia untuk bersama – sama dengan kawan – kawan kampungnya.
Saya memang tak pernah tahu tentang sikap suami yang suka keluar malam sama ada melepak atau kadang – kadang mungkin nak join konvoi malam – malam. Dulu anak masih kecil jadi suami tak keluar malam sangat.
Semenjak anak mencecah 2 tahun suami dah kurang sangat nak layan anak. Lebih suka tengok telefon di rumah atau keluar. Masalah kian meruncing bila semalam (Rabu malam) suami nak keluar jam 10 malam. Tapi malam sebelum tu dari hari Ahad malam suami dah keluar setiap malam, sekali keluar dalam 2 jam paling sekejap.
Bila suami keluar, saya dan anak akan tinggal di rumah ibu suami. Ibu suami memang suka bermain dengan anak kami. Ayah dan mak mertua saya memang baik, alhamdulillah. Saya memberi kelonggaran kepada suami dari segi itu.
Saya tak nak suami terbiasa meninggaIkan kami di rumah sampai pukuI 1-2 pagi. Jika suami keluar dan kami di rumah suami akan balik sekitar waktu itu. Kalau saya ikut sekali ke rumah ibu nya dan suami keluar suami akan balik paling lewat jam 11.30 malam, ambil kami di sana dan pukuI 12 malam kami dah boleh tidur. Suami akan balik awal sebab ayah dan mak mertua akan tidur waktu sebegitu.
Semalam kami tak keluar dan saya ingat bolehlah kami duduk bersama sama tengok tv atau lepak kat bilik dengan anak ke sama – sama tapi akhirnya jam 10 malam suami tetap jugak nak keluar. Bila saya usik, nak keluar kemaslah rumah dulu atau nanti balik kemaslah. Dia akan cakap tengoklah tengoklah. Macam tu sahaja.
Jadi disebabkan semalam saya ajak lepak kat bilik sama – sama dia memang tengok fon sahaja tanpa tengok anak. Kiranya suami protes sebab saya cakap tak payah keluar malam ni. Keluarlah esok pulak. Kesian dekat anak yang nak perhatian dia.
Dulu suami memang rapat dengan anak, sekarang suami macam lupa semua tu. Sangat lebihkan kawan – kawan. Anak tak berapa rapat dengan saya tapi semalam bila ayah dia tak pedulikan dia dan marah – marah dia saya jadi sedih sangat.
Anak yang tak pernah nak memb0ntoti saya bila ayah dia ada tiba – tiba nak ikut saya pergi bersiap untuk tidur. Saya minta suami tak keluar supaya kami dapat sama – sama di rumah, ada quality time. Bila saya cakap, “janganla lepak, keluarlah esok”, tiba – tiba dia buat per4ngai macam tu.
Bila suami keluar rumah anak akan menangis macam kena histeria sambil cakap, “ayah datang, ayah datang.” Maksud anak saya maksudnya ayah akan datang balik, ayah keluar kejap je. Tapi sebenarnya ayah dia keluar lama. Kadang – kadang sampai pukuI 3 pagi pun pernah.
Anak saya akan tidur sambil nangis bila ayah dia tak ada sekali dalam bilik dengan kami. Sedih saya tengok. Jadi sekarang ni saya keliru apa yang saya patut pilih.
A) Suami di rumah, tapi tengok handphone kerja rumah semua pun tak buat tapi nafkah bagi macam biasa.
B) Suami keluar pergi kerja, balik jam 5 petang, pergi lepak dengan baju kerja sampai maghrib balik pukuI 7, pukuI 9 keluar lagi sampai 1 pagi hampir setiap jari dan bagi nafkah macam biasa. Kerja rumah kadang buat kadang tak. Kalau basuh baju pun basuh baju dia je.
2 – 2 keadaan ini anak akan menangis. Menangis bila suami di rumah tak hiraukan dia atau menangis sebab ayah tinggalkan dia di rumah. Nafkah yang suami bagi setiap bulan, bayaran rumah beli 1600 (kawasan sini memang mahal), 300 susu pampers anak, 50 duit bil.
Yang lain semua saya akan cukupkan sebab gaji suami dah tinggal RM500 untuk kegunaan dia. Saya tahu mungkin ada yang cakap takkan lah sebab macam ni je nak bercerai. Saya tak tahu macam mana nak tangani sikap suami yang asyik nak menangkan kawan dia sahaja.
Suami ni di umur 35 tahun ni sangat suka kalau kawan dia mintak tolong dengan dia. Dia akan sampai dulu. Tapi kalau dia nak mintak tolong dengan kawan dia tak pernah. Alasan dia tak nak susahkan kawan. Tapi kalau kawan susahkan dia takpe.
Kalau kawan pinjam barang sampai rosak dia diam je, kalau isteri buat barang dia rosak dia tuntut saya ganti. Suami tak suka nampak hebat di mata anak dan isteri tapi suka nampak hebat dan hero di mata kawan – kawan lepak dia. Kawan suami semua lelaki memang takda yang perempuan.
Saya pernah cakap sekali, andaik4ta satu hari Allah tu nak tunjuk Allah tu bagi kamu eksiden kamu rasa sapa yang akan jaga kamu masa tu. Kawan kamu ke? Dia marah betul. Dia cakap kalau saya tak nak jaga dia hantar dia ke rumah mak ayah dia. Mak ayah dan adik beradik dia boleh jagakan dia.
Saya sebenarnya nak dia nampak. Berkawan tu boleh, tapi tak kan lah setiap hari nak kena nampak muka kawan tu. Tak kan lah setiap malam sampai Sabtu Ahad pun nak kena tengok kawan jugak. Saya ada suami tapi bila suami selalu keluar malam – malam saya rasa hidup macam janda bezanya masih ada nafkah tanggungan dari suami.
Sekarang saya mengandung anak kedua 3 bulan. Ya tahu, bising – bising kat suami tapi mengandung jugak. Saya tak boleh tolak sebab suami masih lagi bagi nafkah macam biasa dan saya percaya pada rezeki Allah. Keturunan saya sangat susah ada rezeki anak, bila Allah bagi tanpa perlu buat rawatan hospitaI saya sangat bersyukur.
Di akhir coretan saya berdoa semoga Allah lorongkan saya untuk pendapatan tambahan supaya saya boleh tutup loan rumah yang saya buat untuk mak dan ayah saya. Kemudian bolehlah menanggung kehidupan ini sebagai ibu tunggal sekiranya saya dah tak tahan bersuamikan lelaki yang menjandakan isteri setiap malam tanpa perlindungan, tanpa belaian, tanpa kasih sayang setiap malam. – Miss Keliru (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Shayna : Buatlah jadual waktu melepak dia tu. Buat deal hari apa sekian – sekian, kena balik pukuI berapa like max 12 tengah malam ke. S4kit hati tu memanglah tapi cubalah bertoleransi dan cari jalan tengah. Nak tegah at all nanti dia mer0yan pulak.
Payah jenis lelaki tak puas hidup bujang ni. Tak ada common sense pulak tu kat anak bini. Moga baby dah lahir nanti dia kembali normal tolong jaga anak semula. Jangan tambah anak lagi yer. Cukuplah 2 tu kalau suami jenis macam tu. All the best..
Nurul Fae Hj Khairuddin : Anak masih 1, ikut je dia lepak. Senang tak payah masak malam. Order saja dan makan kenyang – kenyang. Dah kenyang sound je depan kawan – kawan, jom la balik.. Nanti dia serik la tu. Duduk kedai duit habis hari – hari kena belanja dinner. Hari sabtu ahad sebelum dia celik mata, awak ajak dia keluar dulu.
Syaznie Syazniee : Saya ada kawan macam ini juga. Bebel memang tak dilayan. Tetapi suami dia kaki game. Memang ada macam tiada sebab kaki game, lepas itu dia pasang game juga, setiap hari main game. Suami dia tidak tahan tengok isteri ikut jejak langkah dia, dia pun buang game. Jadi awak boleh ikut jejak langkah dia, tiap malam awak keluar juga melepak. Anak awak tinggal dekat mak dia rumah dekat kan.. tengok berapa lama dia boleh tahan.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.