Lepas cerai mak tinggalkan kami dengan ayah. Bila ayah meninggaI, mak datang bawa masalah. Anak lelaki mak suruh kami jaga mak str0ke

Lepas je mak dan ayah bercerai, mak terus kahwin lain tinggalkan kami. Arw4h ayah susah payah jaga kami sampai berjaya. Bila ayah meninggaI dunia, mak datang bawa masalah dengan dua anak lelaki baru..

#Foto sekadar hiasan. Hai aku seorang perempuan dah berkahwin dan mempunyai 2 cahaya mata yang comel. Alhamdulillah suami pon baik dan bertanggungjawab, walaupon kami bukan orang senang. Sejak melahirkan anak yang sulung aku terus berhenti kerja atas beberapa faktor tapi bukan ni yang aku nak cerita sebenarnya. Aku nak cerita pasal mak aku.

Ok sebelum tu nak cakap terima kasih dekat admin kalau cerita ni disiarkan dan aku perIukan pendapat pembaca semua apa aku perlu buat untuk hadap per4ngai mak aku ni. Harapnya tak dela kecaman sesungguhnya saya fragile huhuhuhu.

Ok aku cerita serba ringkas berkenaan mak aku, arw4h ayah. Mak aku bercerai masa aku darjah 1, aku ada 5 orang adik beradik dan aku anak ke 3. Hak penjagaan kami semua dapat kat ayah aku. Alhamdulilah arw4h ayah sangat baik jaga kami makan pakai semua cukup dialah mak dialah ayah.

Kami semua dia pastikan dapat sambung belajar ke menara gading sebelum dia meninggal dunia. Mak kami selepas bercerai terus kahwin baru dan mempunyai 2 orang anak lelaki. Kami lost contact dengan mak berbelas tahun sehinggalah arw4h ayah meninggaI baru dia munculkan diri.

Sejak dari tu kami sentiasa berhubung atau lawat mak kami di rumahnya, kami ingat selalu pesan arw4h ayah untuk menghorm4ti mak kami walaupon sebenarnya kami adik beradik tak rela. Kami dah besar dan ada yang sudah bekerja, setiap bulan kami adik beradik hulur duit untuk mak tapi mak atau anak – anaknya selalu minta lagi dan lagi.

4 tahun lepas mak dan keluarganya tekad untuk berpindah ke negeri di utara atas sebab ada kenalannya menjanjikan tanah dan rumah yang selesa. Kami adik beradik cuba pujuk mak untuk tidak berpindah tapi mak tak hiraukan nasihat kami dan mereka tetap berpindah ke sana.

Akhirnya mak ditipu dan terp4ksa menyewa rumah di sana dan pakcik (ayah tiri) yang memang panas baran dan tidak bekerja mula meng4muk dan jatuhkan talak pada mak berkali – kali. Mak dan anak – anaknya tekad pindah rumah. Tak pela sampai sini je saya cerita pasal tu kalau tak lagi panjang nanti.

Berbalik pasal mak, 1 hari kami dapat tahu mak kena minor str0k dan 2 anak lelaki mak asyik telefon kami adik beradik minta jaga mak di hospital dan minta duit dari kami untuk belanja sepanjang di hospital. Suami aku dapat tahu pasal ni terus mintak aku siap – siap untuk ke utara dan jaga mak di hospital.

Sepanjang di hospital aku dan kakak nombor 2 yang gilir – gilir jaga mak. Selepas mak dapat keluar dari hospital, aku dan suami tekad bawa mak balik selangor untuk aku jaga kebetulan aku memang surirumah. Mula – mula susah nak pujuk untuk mak ikut aku tapi disebabkan aku susah nak lawat mak dan aku beritahu sapa yang nak uruskan mak yang susah nak bergerak barulah mak nak ikut aku.

Kakak aku yang sulung siap buat jadual kami adik beradik giliran jaga mak setiap minggu pada sabtu dan ahad untuk aku rehat. Tapi anak – anak mak yang 2 orang tu langsung tak balik. Mak tak boleh makan hanya berg4ntung pada susu yang dimasukkan melalui tiub di hidung setiap 3 jam.

Susu mak mahal dan kakak yang sulung banyak belikan. Mak juga pakai pampers dan adik beradik lain belikan keperluan mak… aku cuma tolong jaga mak. Kami jaga mak dari mak tak boleh jalan sampai boleh jalan (bertongkat), mak tak boleh makan sampai mak boleh makan sendiri, mak pakai pampers sampai mak tak pakai pampers. Mak pon dah boleh ambil wudhu dan solat sendiri.

Bila mak dah sihat rupanya mak berhubung semula dengan pakcik seperti orang baru bercinta. Bila kami menjegah mak dating di rumah asbab tiada ik4tan dan tak manis, mak jual nama kami cakap kami tak suka pakcik datang ke rumah kami.

Mak mula serba tak kena dan moody. Mak asyik suruh kami hantar dia balik ke utara. Mak bahagia hari – hari video call dengan anaknya yang 2 orang tu. Bila habis video call mak moody semula. Mak tak lalu makan, risaukan 2 orang anaknya yang dah berusia 20-an tu dan cakap nak balik ke rumahnya.

Anak – anak yang dikasihkan langsung tidak jenguk mak di sini. Mak asyik cakap kesian anak 2 orang tu yang penat setiap hari bekerja nak bayar segala bil dan rumah sewa. Mak langsung tak tanya kesusahan kami adik beradik lagipun kami tak tunjukkan kesusahan kami pada mak.

Akhirnya kami adik beradik sepakat untuk menghantar mak balik. Sedihnya kenapa kami seperti tidak dianggap. Apa salah kami mak! Lepas ni korang rasa kami patut buat apa? Buat tak tahu atau masih ambil tahu? – Lala yang layu (Bukan nama sebenar)

Ulasan pembaca :

Zarina Zakaria : Wujud ye mak derh4ka macam ni. Ini dugaan untuk korang adik beradik. Korang anak – anak yang baik sebab tu Allah bagi dugaan macam ni. Susah nak bagi pendapat untuk kes macam korang ni. Kalau ikut hati memang nak suruh biarkan je mak tu. Lantak situ la dah gedik sangat nak balik utara. Tapi tu la… macam mana buruk pun tetap la jugak mak kandung. Korang adik beradik doa la banyak – banyak supaya Allah mudahkan urusan korang.

Nur Asriq Zarina Mohamad : Buat macam biasa. Hormat dan tanya khabar (call/msg saja) macam biasa. Transfer duit setakat mampu saja (kalau diminta lagi kata setakat tu saja mampu) Walaupun dibuang jangan kita membuang. Kurang – kurang ingatlah jasanya mengandung dan melahitkan tt. Biar Allah saja membalasnya (Allah tak pernah tidur). Tahniah arw4h ayah tt. Sangat bertanggungjawab dan berjaya didik tt dan adik beradik menjadi orang yang baik.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :