
Esoknya aku call perempuan tu. Aku menangis – nangis. Aku tanya kenapa call husband aku sampai banyak kali. Perempuan tu kata takde apa – apa. Aku tanya balik, kalau takde apa – apa, kenapa call? Perempuan tu cakap dia pun dah kahwin. Ada anak 3…
#Foto sekadar hiasan. Selamat pagi Admin. Aku tak tau nak luahkan dekat mana lagi. Macam ni. Minggu lepas hari Selasa aku ada terdengar husband aku bercakap dalam telefon dengan tak tau siapa. Gaya macam perempuan. Ok lah, aku diamkan sebab aku tak nak tuduh melulu tanpa bukti.
Selang beberapa hari lepas tu, hari Khamis aku masuk bilik. Aku ternampak telefon husband dalam keadaan silent, tapi nombor yang sama banyak kali call masuk. Aku cuba angkat, tapi kedengaran suara perempuan macam manja – manja, ghairah, meminta – minta.
Aku angkat, aku senyap. Kali kedua aku angkat, perempuan tu senyap. Lepas tu call lagi dan call lagi. Aku masih boleh diam lagi. Aku cuba baring sebelah husband. Pandang wajah dia sambil air mata menitis. Last agaknya hati ni dah tak boleh nak tahan lagi.
Rasa kecewa meratapi diri. Aku kejut husband. Nombor tu sentiasa call tak berhenti – henti. Aku cakap ada call. Husband ambik telefon, tengok terus letak bawah bantal. Nasib aku dah ambik awal – awal nombor perempuan tu. Aku save dalam telefon aku. Aku buka WhatsApp. Aku dapat gambar perempuan tu. Aku kejut husband.
Aku tanya husband baik – baik siapa yang call sampai banyak kali. Husband kata tak tau. Ok, aku diam lagi. Aku tahan hati daripada terus menangis. Kali kedua aku kejut husband. Aku tunjuk nombor telefon perempuan tu. Husband kata tak tau. Ok, aku masih boleh diam lagi.
Kali ketiga aku rasa macam nak hilang sabar. Aku tunjuk gambar perempuan tu. Husband kata takde siapa. Cuma budak Muar sahaja. Ok lah, aku tahan diri daripada hilang sabar. Aku tanya ada apa dia call sampai banyak kali dari jam 11.15 malam sampailah jam 12.30 pagi. Husband kata tak tau. Sebab tu dia malas nak angkat.
Lagi sekali aku tahan sabar daripada terus marah. Aku minta telefon husband. Dia tak bagi. Aku merayu nak telefon husband juga. Tetap tak bagi. Aku tanya kenapa tak nak bagi. Husband kata takde apa yang penting pun. Aku cakap kalau tak penting kenapa tak nak bagi.
Sampailah aku dah tak boleh nak tahan lagi. Air mata ni terus mencurah – curah jatuh membasahi pipi. Husband masih tak nak bagi juga. Aku tanya lagi. Kalau tak penting, takde apa – apa, kenapa tak nak bagi. Husband kata dia cuma kawan sahaja.
Aku tanya balik, kawan apa call banyak kali sampai tengah malam. Husband kata tak tau. Aku masih tak boleh sabar Admin. Mana taknya, aku tengah sarat mengandung. Kandungan aku 6 bulan. Aku merayu banyak kali dengan cara baik. Aku tak nak guna cara kasar sebab aku sendiri pun tak sihat. Kerap masuk hospital. Tambah air masuk darah.
Last aku bertengkar dengan husband dalam rumah. Husband suruh aku diam. Aku kata aku boleh diam, tapi tolong bagi telefon dekat aku. Husband masih keras kepala. Sampailah husband bawa aku keluar. Kononnya kata kita bincang dekat luar. Dekat luar dia akan bagi apa yang aku nak.
Ok, aku ikut. Dalam kereta dia tanya apa yang aku nak. Aku kata aku nak telefon. Sebab mulut ni tak pernah berhenti nakkan telefon husband. Husband tak bagi juga. Aku mengamuk. Dengan hujan dekat luar. Aku dah bosan. Aku turun kereta. Aku balik jalan kaki sambil menangis – nangis sampai aku pengsan tengah jalan.
ALLAH. Perit sangat rasanya. Bila aku sedar aku dah dalam kereta. Husband cuba explain siapa perempuan tu. Aku tak nak dengar. Setakat explain tapi takde bukti, tak sahkan. Nak explain pakai mulut, suruhlah siapa – siapa pun. Orang gila pun boleh cakap macam tu. KAWAN. KAWAN. KAWAN.
Perempuan tu bekas teman wanita husband berbelas tahun dulu. Tapi kenapa call sampai tengah malam banyak kali kalau betul kawan? Why? Esoknya aku call perempuan tu. Aku menangis – nangis. Aku tanya kenapa call husband aku sampai banyak kali.
Perempuan tu kata takde apa – apa. Aku tanya balik, kalau takde apa – apa, kenapa call? Perempuan tu cakap dia pun dah kahwin. Ada anak 3. Kalau dah kahwin, ada anak 3, kenapa call husband aku tengah tengah malam sampai banyak kali? Dia boleh cakap just kawan. Bodohlah kalau aku nak percaya.
Sampai hari ni husband aku masih tipu aku pasal perempuan tu. Cakap tak call lah, tak WhatsApp lah, tak VC lah, apa lah. Erti kawan walaupun ex, kena VC dan voice call ke Admin? Wajib ke macam tu? Aku harap sangat Tuhan bagi aku petunjuk. Aku dah tak tau nak cakap apa. Aku kecewa sangat. Hati ni perit sangat Admin.
Komen Netizen :
Farahin Arif : Sabar lah sis. I feel you sis. Semoga sis kuatkan semangat, tabah dan tetap bersabar. Insya-Allah, satu hari nanti Allah akan bagi petunjuk dekat sis. Doa orang atau isteri yang teraniaya takde hijab. Allah akan kabulkan juga akhirnya.
Shyra Amin : Arghhhhh, sakitnya hati. Laki kalau jenis curang ni, alasan dia tu kadang – kadang tunjuk diri dia tu bodoh bebal. Macam – macam lah alasan dia akan reka. Tup tup nanti dia ungkit segala kelemahan kita. Kita ni gitu, kita ni gini. Ending dia bahagia dengan betina yang disondol.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.