
Bekas suami aku jenis g4ntung kunci kereta dekat pinggang. Masa dia tengah bincang dengan polis, otak aku dah t4rget nak tarik kunci kereta. Sepantas kilat, aku tarik kunci kereta terus lari masuk kereta, kunci!
#Foto sekadar hiasan. Part 2 >> Dulu bekas suami selalu sc4m aku, sekarang aku baIas d3ndam sampai dia giIa. Aku akan mulakan misi penjarakan bekas suami. Aku rasa ni finale part, tu pun sebab ada orang privately message tanya apa ending merdeka seorang isteri.
Aku buat pecahan sikit dan confession ni pendek je aku rasa. Pertama ramai nak tahu kisah kereta bezza, kedua bab nafkah anak dan isu – isu lain. KISAH KERETA BEZZA. Aku pendekkan. Sejak lepas divorce memang bekas aku rembat bezza tu.
Sungguh – sungguh punya rembat sampai geran dan kunci pendua dia ambil. Aku dan keluarga memang nak bagi je bezza tu dekat dia, sebab selama beli dia yang bayar. Aku cuma penama dan ayah aku penjamin. Benda jadi isu bila dia tak bayar berbulan – bulan sampai nama aku dan ayah aku kena ccris.
Dan bertambah masalah lagi, saman pada tahun 2022, 2023 dan 2024 yang dia bawa laju pun dia tak bayar sesen pun. Aku semak di apps JPJ, ada la 900 saman bawa laju ni. Satu hari tu, ayah aku accident. Alhamdulillah, ayah aku selamat cuma kereta 4×4 ayah aku total loss (kereta buat kerja 4×4 tu).
So bila ayah aku nak submit loan beli kereta, jadi tak lepas sebab nama dah ccris. Kena settlekan tunggakkan bezza dulu. Berbuih kami suruh dia bayar, tapi dia palau gitu je, yelah buat t4hik atas nama orang kan. Bukan tu je, sekali mak pak dia per4ngai sama, kami call buat – buat pekak tak angkat.
Lama juga isu kena ccris ni sampai bank duk ligan aku dan ayah aku. Bank turun nak tarik dan dia sembunyi kereta. Dua kali bank turun cari, tapi tak jumpa hoi. Satu hari, aku bangun tahajud, ntah macam mana dapat satu ilham dan kekuatan aku nak settlekan juga isu bezza ni.
Report polis ada la dekat 2 – 3 kali dah buat sampai aku bagitau lawyer kenapa polis tak ambil action bila saya cakap kereta saya kena curi. Semua peguam declare dia curi, tapi polis cakap tak. Polis cakap sebab dia ada kunci rumah masa dia ambil kereta tu, so tak kira jen4yah.
Berbalik pada kisah ilham tahajud tadi, haritu aku memang tekad sungguh, aku nak settle kan juga bab bezza ni. Lama dah aku aim dia, mana dia kerja, sapa boss dia dan sapa kawan – kawan dia. So lepas subuh pagi tu, berbekalkan nasihat peguam begini “kalau pi balai polis A depa tak mau ambil kes, pi pula balai B, kalau B tak mau ambil kes, pi balai C.. beribu balai polis ada dalam malaysia ni”.
Lebih kurang begini kata peguam, sebab definisi mencuri tu adalah bilamana kita ambil yang bukan hak kita. So pagi tu aku pegi balai polis yang terdekat dulu, aku cerita kes aku, termasuk kes dah buat report di balai sekian sekian tapi diorang taknak ambil action.
Rezeki aku, balai polis tu macam ok pegawai dia, dia bagi suggestion minta tolong balai polis berdekatan tempat kerja ex aku untuk escort pi ambil kereta. Sebab dah tau kereta ada di mana. Tapi sebelum pegawai tu jadi baik, aku dah psycho dia, aku cakap gini “Puan, saya ni penjawat awam, kami kalau ada orang tak puas hati boleh buat aduan dalam e-aduan, kalau polis ada tak saluran untuk buat aduan?”.
Memang dalam hati aku masatu aku tekad nak buat aduan ke pihak atasan kalau balai polis tu takmau layan kes aku, sekali balai polis yang lama tu aku nak buat aduan juga, biar h4ncur KPI depa. Haha. Pastu pegawai tu cakap “ada, puan boleh buat aduan di SIAP”.
Lepas aku tanya macam tu, pegawai tu ambil serius weih kes aku, dia terus call balai aku buat report dulu dan pegawai di balai lama tu personally pantau kes aku. So, ayuh. Lepas pegawai tu cadangkan kami pegi balai terdekat minta polis eskort, kami pun pegi lah cari balai terdekat.
Tapi maIangnya respond masa tu “puan pegi dulu tempat kerja dia, kalau berlaku perg4duhan baru call kami, kami akan sampai. Kalau takde perg4duhan kami tak boleh eskort”. Ok baik. Bertenang fikir strategi. Aku tau, ex aku lembuit lutut bab polis ni, dia duk jadi strong sebab puaka pak dia je selama ni.
Kalau dia sendiri hadap, dia tak berani mana. Masa tu aku pi dengan adik lelaki aku. Dalam perjalanan nak ke tempat kerja ex aku, aku dapat idea, aku cakap dekat adik aku, satgi sampai sana aku masuk panggil ex aku untuk jumpa, dan adik aku terus call polis bagitau kami tengah berg4duh. Berlakon la kata tengah berg4duh giIa – giIa dah. Hiks.
Pastu elok sampai di tempat kerja, adik aku terus call polis buat cemas, macam dengan kami tengah Iawan angkat p4rang dah. Padahal ex aku tak keluar lagi. So, sementara polis nak sampai, aku just cakap skali je dengan ex aku, “mai kunci bezza”.
Dia buat keras tak mau bagi. So, takpe, aku rilex – rilex tunggu polis datang. Sebab plan aku once dengan siren polis aku akan buat meng4muk marah – marah. Nak tunjuk yang kami tengah berg4duh. Dan satu hal ya, ex aku ni jenis suka g4ntung kunci kereta dekat tali pinggang.
So, aku dah aim dari jauh, benda ni boleh settle. Then, sampai ja polis terus aku buat tinggi – tinggi suara marah ex aku. Aku saja cakap kuat – kuat nak bagi kawan – kawan dia dengar yang dia tak bayar kereta aku. Pastu polis tu panggil la kami bertiga (ex, aku dan adik aku) untuk berbincang.
Kedudukkan masa tu, aku berhadapan ex aku, adik aku sebeIah kiri ex aku, dua polis sebeIah kanan ex aku. Polis tu tanya ex aku apa kes ni, nak settle macam mana… lebih kurang macam tu soalan. Tapi aku tak berapa jelas sangat, sebab otak aku duk fokus kunci kereta yang dig4ntung tu.
Lalu, sepantas kilat, dengan penuh pantas dan tuntas, aku telah merabut kunci kereta aku yang dig4ntung di pinggang ex aku. Ya, aku ragut dan rabut. Kejadian berlalu kurang sesaat dan semua orang blur sebab terk3jut dengan kepantasan dan ketangkasan aku. Adik aku blur tengok kak dia ragut kunci, polis blur dan ex aku blur.
Lepas aku ragut kunci terus aku lari masuk kereta. Aku lock kereta, start enjin, buka aircond full untuk sejukkan hati. Hahaha. Ikut hati nak reverse blah terus, tapi tak boleh sebab adik aku dah blocked kereta bezza tu dengan kereta adik aku. Sebab awal tu kami expect dia akan bawa lari lagi, tu kami blocked siap – siap.
Polis tu cuba pujuk aku untuk keluar bincang juga, aku just cakap dari dalam kereta (buka cermin sikit) “apa pun jadi, saya takkan keluar, ni kereta saya, dalam dokumen nama saya”. Pastu polis tu pun cakap dekat ex aku, yang depa takleh buat apa dah, sebab tu kereta aku secara undang – undang. Memang kalau ambil, dikira mencuri.
Dipendekkan, aku suruh adik aku reverse kereta, dan aku terus meluncur laju ke highway untuk buat report polis yang aku dah dapat kereta aku. Aku tinggal je adik aku settlekan bekas abang ipar dia dan dua polis tu. HAHAHA, balik rumah makan hamun la juga aku ni sebab tinggal dia settle depa sorang – sorang. HAHAHA.
So, lepas buat report polis yang proper, polis pun cakap kalau dia ambil dikira mencuri boleh masuk “dalam”. Sebab dia masih ada kunci pendua. So, tak must4hil dia nak datang curi. Pastu kan h4ngpa, lepas aku curi kereta sendiri tu, ada perkara aneh berlaku.
Pakcik sudin (ex aku punya bapak) yang g4ngster tu, tibahhh tau pula call ayah aku. Dah la call, pastu cakap penuh kesopanan. Tak macam kebiasaan weih. Kami sampai pikiaq, dia ni sedang berjuang dengan sakaratulm4ut ka, tiba jadi boleh cakap elok – elok. Duk expect dia akan mai rumah m4ki sedas dua dah.
Pak dia call tanya macam mana nak ambil balik kereta tu, aduhai muka tak malu sungguh orang kata. Pastu ayah aku cakap bayar la perabis, pastu tukar nama terus. Sudin expect bayar tunggakkan ja, tapi ayah aku tekankan bukan bayar tunggakkan saja, tapi bayar lumpsum. Ada 27k lagi. Termasuk saman around 28k. Settle hat ni, baru tukar nama.
Pastu pak dia duk buat soseh – soseh apa ntah, pastu ayah aku cakap “ni saya tak tuntut hutang anak bang din dekat saya lagi, ada 15k dia hutang saya”. Elok ayah aku cakap pasal hutang anak dia terus talian tiada dalam perkhidmatan (dia letak terus) HAHAHA
So, malam tu ex aku dan abang dia mai jumpa ayah aku untuk ambil barang dia yang penuh kereta tu. Kami syak dia ni buat kereta tu macam rumah bergerak a.k.a tido dalam kereta. Sebab penuh kain baju, kasut dan lain – lain keperluan hidup. Masa depa mai malam tu pun, depa jadi baik. Tibahhhh.
Abang dia pun diam ja tak cakap sepatah. Ayah aku ja bagi w4rning dan depa angguk – angguk. Last ayah aku cakap, masa bagi dekat hampa sampai bank call nak tarik ja, once bank call nak tarik, kami jual. Dipendekkan lagi, akhirnya bank call menuntut hutang dan dengan sukacitanya kami melepaskan bezza itu untuk clearkan ccris. Begitulah kisah pengakhiran bezza tu. Taktau menyayat hati ke idok.
SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN (SPP). Hari jatuh talak dulu, peguam aku dah settlekan siap – siap bab bayaran nafkah anak untuk diperintahkan. Atas persetujuan dan kew4rasan, seorang anak RM400. Memang sampai dia m4ti la orang cakap 400 ni je. Aku pun dah malas juga nak buat ubah perintah.
Konsep aku sekarang, ko bayar je 400 seorang anak, tak cukup aku tampung. Tapi tu lah kan, jenis dah biasa hidup tengok bapak sendiri bergoyang lato – lato hidup atas duit bini, ex aku pun saling tak ke mana. Dia culas membayar. Awal divorce dulu langsung tak bayar, berbulan juga.
Lepastu aku meng4muk, dia bayar la ikut dan dia orang kedah kata. So, jumlah tunggakkan untuk tahun 2024 hampir 10k. Aku tau dah, kalau dibiar memang dia takkan bayar, macam dia tak bayar hutang mak ayah aku. Sesen pun dia takde rasa malu untuk bayar hutang mak ayah aku.
So, aku decide untuk daftar kes under BSK dah proceed saman penghutang penghakiman. Misi aku betul – betul nak penjarakan bekas suami incase dia berkeras tak mau bayar hutang, sebab dia tak percaya legal di malaysia boleh bawa sampai tahap tu. Tu aku tekad dengan misi aku.
Walaupun kelihatan buat penat dan buang masa, tapi aku rasa takde yang sia – sia kepenatan ini. Yalah anak aku semua kecil – kecil lagi. Mereka perIukan kehidupan yang selesa untuk membesar. Panjang lagi game SPP ni, tapi setakat ni je lah aku kongsi. Mohon doa, bulan depan naik court, mudahan kes settle dengan aman. Aamiin. – WAFDA (Bukan nama sebenar)
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.