Rumah memang atas nama arw4h isteri. Masa tu memang kami buat perjanjian untuk bayar bersama. Aku pun ada buat pinjaman puluh ribu untuk ubahsuai dan beli barang rumah. Lepas arw4h meninggaI, aku besarkan dapur supaya senang nanti nak buat rewang kalau ada j0doh kahwin lain. Tiba – tiba mertua tuntut hak..
#Foto sekadar hiasan. Nama aku Ali (bukan nama sebenar). Aku adalah seorang duda. Isteri aku meninggaI dunia 2 tahun yang lepas disebabkan k4nser. Dia disahkan menghidapi peny4kit itu hanya sebulan selepas kami berkahwin.
Setelah disahkan k4nser Rahim, Doktor membuat keputvsan untuk membuat pembed4han buang rahim. Maka kami tiadalah dikurniakan cahaya mata. Beberapa bulan selepas berkahwin, kami telah sepakat untuk membeli sebuah rumah.
Sebelum dapat rumah itu, kami menumpang di rumah mentua aku dan sesekali di rumah orang tua aku. Masa tu mak aku ada lagi. Mak aku meninggaI dunia pada Mei 2017. Rumah yang kami beli itu adalah atas nama arw4h isteri aku.
Kami rancang untuk letak nama dia sepenuhnya dan bayaran bulanan kami akan bayar bersama. Lagipun gaji arw4h isteri aku jauh lebih besar daripada gaji aku. Mengikut kelayakan pinjaman perumahan pun, gaji isteri aku sudah layak memohon rumah itu tanpa perlu menggandingkannya dengan kelayakan yang aku ada.
Maka sebab itu, kami guna kelayakan arw4h isteri aku sahaja. Kami cadang, kelayakan aku itu boleh kami simpan untuk beli rumah lain di masa akan datang jika ada rezeki. Berhabis duit juga kami suami isteri untuk dapatkan rumah baru itu.
Excited sangat perasaan masa nak dapat rumah tu. Rumah itu pula cantik dan baru dibina di kawasan perumahan baharu. Kedudukannya pula sangat strategik dan berdekatan dengan office aku. Aku sangat gembira bila kami dapat beli rumah itu.
Aku siap buat loan peribadi berpuluh ribu untuk buat sedikit pengubahsuaian dan beli barang kelengkapan rumah. Semua yang aku buat itu adalah untuk membahagiakan isteri aku. Sebab aku tahu dia tak hidup lama dah. Doktor dah bagi hint masa tu yang dia hanya dapat bertahan kurang dari 5 tahun.
Maka aku pun berusaha demi membahagiakannya dalam menghabiskan sisa hidupnya. Itu sahaja niat aku. Aku nak lihat dia kecapi bahagia. Aku senang hati dan gembira bila lihat dia teruja masuk ke rumah baru kami. Macam – macam dia beli untuk kelengkapan rumah.
Sayu juga hati aku masa tu. Walupun dia masih s4kit, namun dia bersemangat dalam menghiasi rumah. Kami berdua sahaja yang bertungkus lumus menghiasi rumah itu berpandukan ilham arw4h isteri aku yang dia dapat daripada perkongsian di laman facebook dan juga instagram.
Cantik sangat rumah itu kami hias. Hari demi hari kami lalui, kesihatannya sem4kin merosot. Doktor berpendapat yang dia akan pergi tidak lama lagi dan meminta saya bersedia dalam apa jua kemungkinan. Ya betul. Selepas 2 tahun kami tinggal di rumah itu, akhirnya dia pergi bertemu Ilahi.
Maka tinggallah aku seorang diri. Umum mengetahui bahawa jika si m4ti meninggaIkan hutang pinjaman perumahan, maka pihak insuran akan membayar baki hutang si m4ti sepenuhnya. Oleh kerana rumah itu penamanya adalah arw4h isteri aku sepenuhnya, maka langsailah sudah hutang rumah tersebut dan tidak perlu lagi buat pembayaran selepas itu.
Senang cerita dapat free lah rumah tu. Cuma perlu tukar hak milik sahaja. Tiada lagi bayaran bulanan. Hanya perlu bayar bil utiliti sahaja. Kisah ini bermula selepas arw4h isteri aku meninggaI dunia. Beberapa hari sebelum dia pergi, ibu dan bapa mentua aku bersama adik – adik ipar aku memang sudah tidur di rumah kami.
Dan selepas sahaja isteri aku meninggaI dunia, mereka terus menetap di rumah kami itu dan tidak pulang ke rumah mereka semula. Aku sedikit pelik juga, namun aku masih lagi husnuzon. Mungkin mereka masih rindu pada arw4h anak sulung mereka dan rumah itu tempat mereka melepaskn rindu. Mungkin begitu.
Namun selepas beberapa hari, bulan dan kini sudah 2 tahun, mereka terus menetap di situ. Aku jadi kurang selesa. Yalah, aku ada adik ipar perempuan. Cuba kalian bayangkan, selesa kah begitu? Kalau isteri aku masih ada, aku okay sahaja tiada masalah.
Tetapi isteri aku sudah tiada lagi. Ada gap sudah antara kami. Tetap akan rasa lain bila tinggal bersatu bumbung. Jadi aku pun segera percepatkan urusan pembahagian harta pusaka arw4h isteri aku di Mahkamah Syariah mengikut sistem faraid.
Harapan aku agar bila selesai pembahagian harta pusaka nanti, mereka akan berangkat pulanglah kembali ke rumah mereka semula. Dan bolehlah aku memulakan kehidupan yang baharu. Begitu harapan aku. Aku dapat duit pamp4san arw4h isteri aku daripada bank, sebahagian daripadanya aku agihkan kepada seluruh ahli keluarga arw4h isteri aku.
Tiada terkecuali. Ibu dan bapa mentua aku termasuk adik – adik ipar aku. Selebihnya aku buat ubahsuai rumah. Sebab aku selalu ingat kata – kata arw4h isteri aku dahulu. “Nanti kalau ada duit sikit kan bang, kita kasi besarlah dapur rumah ni. Senang sikit sayang memasak” katanya.
Jadi aku habiskanlah sebahagian lagi duit pamp4san tersebut untuk memenuhi kemahuan arw4h isteri aku dahulu. Di samping itu juga, mudahlah untuk aku buat kenduri – kend4ra nanti. Manalah tahu j0doh aku sampai kelak senanglah buat majlis, dapur sudah besar dan selesa untuk merewang. Gituh.
Selesai kerja – kerja pengubahsuaian, maka besarlah sudah rumah kami itu. Selesalah sedikit untuk buat kerja – kerja di dapur. Berpuluh ribu juga aku habiskan duit pamp4san itu untuk ubahsuai. Ada baki sedikit aku sedekah lah kepada pusat tahfiz.
Berbalik kepada faraid tadi, ahli w4ris kepada arw4h isteri aku ialah aku sendiri, bapa mentua dan ibu mentua aku. Kami bertiga sahaja. Pada awalnya, aku telah meminta persetujuan daripada ibu dan bapa mentua aku untuk menandatangani persetujuan menyerahkan hak pemilikan rumah kepada nama aku sepenuhnya.
Aku telah bagi penjelasan pada mereka yang kami membeli rumah tersebut selepas kami berkahwin. Maka ianya adalah harta sepencarian. Dan mereka bersetuju. Tetapi apabila tiba hari kami bertiga perlu menandatangani borang persetujuan tersebut, ibu dan bapa mentua aku telah berubah fikiran.
Mereka tidak mahu menandatanganinya dan mahukan hak pada rumah kami itu. Aku jadi bungkam. Tak tahu mau bagaimana. Aku ingin terangkan yang rumah itu hanya kami suami isteri sahaja yang layak mendapatkannya. Tetapi aku takut mereka terkilan dan berkecil hati.
Aku jadi bingung. Padahal pada awalnya mereka sudah bersetuju. Tetapi akhirnya segalanya berubah. Mereka tidak mahu aku memiliki rumah itu sepenuhnya. Kenapalah begitu? Betullah kata orang harta itu boleh memecah beIahkan.
Ya baru aku tahu kebenarannya. Namun aku tetap usaha agar aku sentiasa menjaga hubungan dengan mereka. Aku elakkan agar tidak bermasam muka walaupun selepas itu mereka bermasam muka pada aku. Aku biarkan sahaja.
Lama – lama, semuanya kembali seperti sediakala. Kami tidak lagi bercakap tentang hal tersebut sehinggalah ke hari ini. Dan sehingga kini setelah lebih 2 tahun, mereka masih lagi tinggal di rumah itu. Siap beli katil baharu dan sofa baharu di rumah itu untuk kegunaan mereka tanpa meminta persetujuan daripada aku.
Sem4kin jelas yang mereka akan tinggal menetap di situ selama – lamanya. Rumah milik mereka sendiri telah dibiarkan kosong. Aku tidak tahu untuk tujuan apa ianya dikosongkan begitu dan mengangkut semua barang – barang ke rumah kediaman milik aku dan arw4h isteri.
Secara jujurnya aku memang terkilan dengan tindakan mereka. S4kit hati pun ada. Sepertinya mereka sudah tidak mahu menghorm4ti aku langsung. Mungkin mereka beranggapan bahawa rumah itu atas nama arw4h anak sulung mereka, maka rumah itu hak milik arw4h dan mereka berhak mew4risinya.
Mungkin mereka lupa beberapa perkara. Memang betul rumah itu atas nama arw4h isteri aku sepenuhnya. Tetapi kami membayarnya bersama – sama. Dari mula keluarkan duit booking, sehinggalah duit bayaran bulanan kami sama – sama membayarnya.
Malah jika dikira, aku lebih banyak keluarkan duit untuk rumah itu. Aku siap buat loan peribadi lagi. Berpuluh ribu aku pinjam dengan bank dan sehingga kini masih lagi membayarnya walaupun rumah itu sudah pun settle bayaran.
Di mana keadilan untuk aku? Jadi aku buat keputvsan buat sementara waktu ini, aku yang keluar daripada rumah itu. Aku menumpang dahulu di rumah bapa aku. Aku perlu mencari keselesaan hidup. Bukan mahu memutvskan tali persaud4raan.
Tetapi aku mahu menjaga hati aku agar terhindar daripada kebencian. Aku sangat sayang pada arw4h isteri aku. Jika kami berbaIah hanya kerana harta, kesian pada arw4h isteri aku ‘di sana’. Aku hanya bertawakal pada Allah. Jika memang ada rezeki aku di situ, Allah tetap akan jaga hak aku.
Namun jika bukan rezeki aku untuk mendapatkan rumah itu, aku hanya inginkan bahagian aku dibayar sahaja. Tak mengapa jika aku perlu mengalah untuk kebaikan, namun hak tetap hak. Aku mahu hak aku dikembalikan. Itu sahaja.
Lagipun telah banyak peng0rbanan aku untuk memiliki rumah itu. Duit berpuluh ribu aku habis. Bukan jumlah yang sedikit. Aku besarkan rumah itu juga adalah untuk keselesaan aku di masa hadapan. Bukan untuk keselesaan mereka.
Sebaliknya mereka pula berperasan begitu. Apalah nasib aku. Sudah jatuh ditimpa tangga. Islam telah menetapkan bahagian masing – masing melalui hukum faraid. Jadi aku berharap jangan ada yang mengatakan aku ini adalah orang yang giIa harta.
Tidak. Rumah itu adalah harta aku dan arw4h isteri. Tiada yang berhak selain kami. Aku masih lagi hidup, kenapa mahu ambil hak orang yang masih hidup? Aku boleh sahaja mengupah peguam untuk mendapatkan hak pemilikan rumah itu sepenuhnya. Boleh sahaja.
Tetapi jika sudah sampai ke tahap itu, hubungan kami pasti akan terjejas. Itu yang aku elakkan sebenarnya. Ramai yang push aku supaya uruskannya secepat mungkin. Termasuklah jiran tetangga. Tetapi aku tidak tahu mahu jawab apa.
Mereka juga berasa hairan kenapa keluarga arw4h isteri aku masih tinggal di rumah kami itu. Aku cuma jawab rumah mereka sedang di renovate. Sengaja aku buat – buat alasan itu demi menjaga maru4h mereka. Padahal sudah lebih 2 tahun namun mereka masih lagi menetap di situ.
Takkanlah buat renovation rumah pun sampai 2 tahun lamanya kan? Nampak sangat yang mereka akan terus menetap di rumah itu. Soalnya bagaimana aku mahu membina masa depan aku? Jika aku mendirikan rumahtangga kelak bagaimana?
Takkan lah selama – lamanya aku hidup membujang sahaja tanpa pasangan hidup. Aku juga inginkan hidup berpasangan dan bahagia. Aku juga mahu ada keluarga, mahu ada isteri dan anak. Kalau hal ini berterusan dan mereka tidak beri kerjasama macam mana aku mahu bina masa depan?
Jadi nasihat aku kepada para pembaca semua, jika kalian ada membeli harta samada rumah ataupun kereta bersama pasangan ingatlah perkara ini :
Buatlah wasi4t. Saya ulangi buatlah wasi4t selepas membeli harta tersebut. Buat permohonan hibah di Mahkamah dan letakkan nama pasangan sepenuhnya. Tak susah pun prosesnya. Pergi sahaja ke Mahkamah Syariah dan berbincanglah pada mereka. Uruskan secepatnya.
Jangan tunggu lama – lama. AjaI tidak menunggu kita. Tetapi kitalah yang kena menunggu ajaI dan buat persiapan sebaiknya. Faham ke faham? Jangan jadi macam aku. Sudah isteri meninggaI dunia, baru terfikir pasal ini. Kenapa kami tidak buat wasi4t dahulu.
Akhirnya kini, aku terkapai – kapai bagai tiada hala tuju. Menanti ihsan pada insan yang belum pasti mengasihani diri aku. Mohon semua pembaca, doakan agar aku kuat menghadapi ujian ini. Aku percaya semua ini ada hikmahnya, ada pengajaran disebaliknya.
Buat kalian pula, ambillah ikhtibar daripada kisah aku ini. Jangan buat main hukvm Allah. Dan jangan sesekali mengkhi4nati orang lain. Biar hak kita diambil, namun jangan sesekali mengambil hak orang lain. Semoga ianya bermanfaat buat kalian. Sekian. – Ali (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Laura Julius : Eh upah la peguam, bukan tunggu saja macam tu, kalau keluarga beIah isteri macam tu, dah pijak kepala dah macam tu. Takkan la biar dorang buat macam tu selamanya. Tuntut la hak sendiri, buat apa fikir perasaan dorang sedangkan dorang tak pernah pikir perasaan u sebagai suami yang lebih berhak pada rumah tu.
Cik Kiah Pekasam : Lebih baik dijual jer rumah tu. Tuntut harta sepencarian dan kos yang tt sudah keluarkn untuk ubahsuai rumah tu. Bahagikan bahagian w4ris yang sepatutnya yang dapat. Bina keluarga baru dan teruskn hidup.
Selepas solat hari – hari tu sedekahkanlah alfatihah dan yassin buat arw4h isteri. Jangan pening – pening nak pert4hankn sangat rumah tu. Kiriman fatihah dan yassin tu lah bukti cinta sebenarnya.
Juitaa Mohd Ali : Kenapa masih buat renovation selepas isteri meningga? Berterus terang dan berbincang disertai peguam. Mungkin mereka fikir, rumah anak mereka so mereka berhak. Kalau susah sangat, tt keluar dari rumah tu. Minta gantirugi yang dah buat renovation tu.
Zanna Abdullah : Bagus juga confession tt ni. Buat kita semua sedar kepentingan hibah dan wasi4t. Apa yang tt hadapi ni semoga ada jalan keluar yang baik lah ye. Yang penting niat tu telus in shaa Allah dipermudahkan.
Sarah Ahmad : Bila kau dah luahkan kat sini, maknanya ko dah tak boleh nk ikhlaskan hati dengan keadaan sekarang, so cara terbaik. Settle kan dengan peguam. Biar berbicara guna fakta dan bukan em0si. Itu jalan terbaik. Nak kira masam muka ke apa, bab – bab harta ni memang akan jadi.
Tengok la diri kau, diorang dok situ pon ko dah terasa hati juga, so pusing ikut mana pon jadi benda sama gak. p/s: tu yang komen sound fishy ke apa toksah layan, benda tak jadi kat diri memang fikir macam tu.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.