
Bini baru ayah minta 500k untuk bukak saloon yang akhirnya lingkup. Ayah dah takde duit, hutang banyak, betina tu mula mengamuk. Selang beberapa minggu, pada hujung minggu ayah nak balik rumah bini baru, dia kantoi curang dengan seorang Dato’
#Foto sekadar hiasan / AI. Salam Admin. Tolong hide profil aku. Ini kisah mengenai ayah aku yang dikhianati perempuan sundal yang hampir musnahkan keluarga aku dan membuat mak aku depression. Kejadian berlaku sekitar tahun 2010 sewaktu aku hanya darjah 6.
Aku berada di dalam rumah lepak seperti biasa di hujung minggu sebagai kanak – kanak yang masih tak mengenal erti kehidupan. Sedang aku bersantai di atas katil, secara tiba – tiba aku berasa tak sedap hati, dan waktu tu aku ternampak mak ayah aku sedang bertengkar.
Fast forward a few days, baru aku tahu bahawa ayah telah memadukan mak dengan perempuan sundal yang aku akan namakan sebagai Si B dalam kisah aku ni. Mereka berkenalan semasa ayah ditukarkan tempat perkhidmatan ke Kedah dan kami sekeluarga masih berjauhan dengan ayah dan menetap di Selangor.
Si B ni telah mengambil kesempatan menggoda ayah kerana tahu ayah seorang yang naif dan mudah terkena pujuk rayu seseorang dengan mengadu bahawa dia hidup susah dan perlu pertolongan. Akhirnya keputusan ayah untuk menolong pada mulanya berakhir kepada pernikahan tersembunyi di Thailand.
Aku sebagai seorang kanak – kanak meneruskan kehidupan seperti biasa kerana masih kecil dan tak tahu apa impak kejadian tersebut dalam keluarga aku di masa hadapan. Di sinilah titik permulaan sengsara keluarga aku. Kehidupan keluarga aku sepanjang ayah berkahwin dengan Si B adalah sangat malang dan menyedihkan.
Pagi – pagi sewaktu aku bersama adik beradik yang lain hendak ke sekolah, mak ayah akan selalu bertengkar dan hingga ke satu tahap abang aku sudah tak mampu menahan kemarahan melihat mak ayah bertengkar. Abang aku telah menumbuk cermin tingkap dan ke sekolah dengan tangannya yang berdarah.
Ayah sangat tak adil sewaktu bermadu, hujung minggu sahaja dia akan ke rumah Si B dan ni berterusan selama beberapa tahun. Yang paling menyedihkan nafkah wang diberikan dilebihkan ke Si B dan tinggallah mak bersusah payah mencari wang lebih untuk menyara kami adik beradik.
Selama ayah bermadu, dia seolah telah terkena ubat pengasih dan tak mampu berfikir secara rasional. Hidupnya hanya untuk Si B sahaja dan kami sekeluarga dilayan endah tak endah. Apabila ditegur ayah akan marah – marah kerana mempersoalkan keputusannya untuk bermadu.
Keluarga aku porak peranda, abang aku berubah dan selalu menjauhkan diri dengan keluarga kerana tak mahu melihat kesedihan mak aku. Pernah mak sudah tak tahan lagi dengan nasibnya, mak telah cuba membunuh ayah aku dengan menghayun pisau ke arah ayah. Tapi nasib baik, kami adik beradik sempat menghentikan mak dari percubaan tersebut.
Sepanjang ayah berpoligami, kewangan ayah sangat sempit, Si B sentiasa meminta wang yang banyak daripada ayah dan untuk keluarga kami hanya sedikit sahaja yang diberi. Si B semestinya seorang pisau cukur dan ayah telah banyak berhutang untuk memberi wang kepadanya. Sehingga gaji ayah yang mencecah RM7000 masih tak cukup untuk berlaku adik kepada kedua – dua isteri.
Si B telah memaksa ayah untuk meminjam wang untuk membuka bisnes salon dengan memaksa ayah meminta wang ganjaran persaraan awal sebanyak RM200,000 daripada RM500,000. Wang RM200,000 akan dibayar oleh ayah menggunakan duit pencen ayah selepas ayah bersara.
Dan akhirnya bisnes salon tersebut telah bankrupt dan ayah terpaksa menanggung kerugian yang telah dilakukan Si B. Fast forward a few years, ayah sedang menanggung hutang yang banyak dan tak mampu memberi wang yang banyak kepada Si B seperti dulu. Si B ni pun apa lagi, mengamuklah dia tak dapat duit dah.
Selang beberapa minggu, pada hujung minggu ayah nak ke rumah Si B, Si B ni kantoi curang dengan seorang Dato’. Haa kau, memang dah sah nampak Si B ni pisau cukur. Pada mulanya ayah berat untuk menceraikan Si B, tetapi atas desakan Si B mahu bercerai kerana mahu berkahwin dengan Dato’ tersebut ayah aku akhirnya menceraikan juga Si B.
Dalam tempoh eddah selepas perceraian, sepatutnya seorang wanita tak boleh keluar dengan lelaki lain kan? Tapi tak, Si B ni selamba je keluar dengan Dato’ tu. Eh tak guna perempuan macam ni. (Kehidupan ayah selepas bercerai dengan Si B)
Keluarga kami selepas ayah bercerai dengan Si B kembali pulih kerana ayah seperti telah sedar dari kesilapannya. Tetapi ayah selepas bercerai dengan Si B telah mempunyai hutang yang banyak yang telah dilakukan Si B. Even selepas bersara dan dapat baki wang ganjaran RM300,000 pun masih tak mencukupi untuk membayar hutang ayah.
Di samping duit pencen ayah yang akan ditolak sebanyak RM3500 selama 3 tahun untuk membayar semula wang ganjaran pendahuluan RM200,000 yang diberikan kepada Si B. Hingga sekarang ayah sangat runsing memikirkan wang untuk meneruskan kehidupan selepas bersara. You guys nak tahu apa yang worse?
Si B ni masih hubungi ayah minta wang nafkah sebanyak RM500 setiap bulan. Eh banyak cantik, dia pulak nak tetapkan berapa banyak nafkah kena bagi, dah la curang, nusyuz, langgar eddah. Lagi runsinglah ayah memikir pasal duit yang tak pernah cukup.
Apa perempuan macam ni kita gelar ek? Akhirnya mak juga yang terpaksa bersengkang mata bekerja menjahit baju, membuat kuih untuk tampung perbelanjaan ayah yang tak cukup. Itu pun bila mak tanya kenapa bagi banyak sangat duit ke Si B ni ayah tetap akan marah mak dan cakap jangan campur urusan mereka.
Eh dah cerai pun ayah ni still degil nak backup perempuan sundal tu. Why? I never know. So kat sini aku nak tanya pendapat, perempuan kahwin ada anak bersama suami, dan nusyuz, cerai, layak demand nafkah untuk anak ke? Dan berapa? Jika layak, senanglah dorang, kahwin lain buat anak, nusyuz, cerai lepastu demand nafkah, dan ulang sampai bila – bila. Eh macam buat sewa rumah pulak.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.