Mak aku terlalu sayangkan anak tiri. Setiap kali ayah belikan aku hadiah, mak akan ambik bagi dekat kakak tiri aku yang OKU

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Aku pelik kenapa mak sanggup jaga anak tiri, dah la OKU. Mak sampai lupakan aku anak kandung mak. 2 bulan kakak tiri aku dalam hospital, sorang pun tak tahu, mak aku hanyalah mak tiri. Sehinggalah mak kandung kakak aku datang buat kecoh dekat hospital, malukan mak..

#Foto sekadar hiasan / AI. Kisah yang ingin aku aku kongsikan ialah tentang seorang insan teristimewa dalam hidup aku, ibu. Ibu aku merupakan seorang ibu tiri yang sanggup menjaga kedua – dua orang anak tirinya dan salah seorang merupakan anak syndr0me d0wn. Kelebihan yang ada pada Ibu aku adalah kasih sayangnya pada anak tiri melebihi anak kandung.

Aku merupakan anak yang sangat disayangi oleh ayah berbanding adik beradikku yang lain. Setiap kali bila ayah terp4ksa kerja luar, pasti akan ada hadiah untuk aku namun semua itu tidak pernah sampai ke tangan aku. Ya, ayah aku sedikit pilih kasih dan hanya membelikan untuk aku sahaja.

Setiap hadiah yang dibeli pasti akan diambil oleh Ibu dan diberikan kepada kakakku. Kata Ibu, takut kakak aku terasa hati. Begitulah yang terjadi, demi menjaga hati anak tiri, Ibu selalu pinggirkan perasaan aku sebagai anak kandungnya. Namun bukan itu yang aku ingin kongsikan tapi tentang arw4h kakakku yang syndr0me d0wn, Kak Nor.

Ibu tak pernah mengeIuh menjaganya malah segala perhatian seolah – olah hanya untuk arw4h Kak nor sahaja. Mungkin sesekali Ibu hilang sabar menjaga arw4h Kak nor tapi setiap kali melihat ayah melepaskan geram kepada arw4h Kak Nor pasti ibu akan menangis.

Arw4h Kak Nor merupakan seorang yang sangat aktif dan agak sukar untuk dikawal. Ibu jarang sekali merungut walaupun aku sentiasa naik angin dengannya yang seolah – olah banyak menyusahkan ibu. Kemuncak yang menjadikan aku kagum dengan Ibu, saat 2 tahun sebelum pemergian arw4h Kak nor.

Waktu itu tahap kesihatan Kak Nor sem4kin teruk dan perlu mendapatkan rawatan 2 bulan sekali. Walaupun ayah sibuk bekerja, Ibu tidak pernah melepaskan tanggungjawabnya ke atas Kak nor meskipun waktu itu Ibu terp4ksa bawa Kak Nor ke hospitaI menaiki Bas.

Setiap Kali pulang ke rumah, Ibu pasti riang bercerita tentang Kak nor ketika sepanjang perjalanan. Aku pada waktu itu sejujurnya mengaku bahawa malu untuk berada di tempat awam bersama Kak nor tapi bukan itu yang ibu rasa. 5 tahun lepas, kesihatan Kak Nor sem4kin teruk dan akhirnya Kak Nor terIantar s4kit.

Aku ketika itu sedang sibuk dengan kuIiah tidak mampu membantu ibu untuk menjaga Kak nor. Bayangkan ketika terIantar s4kit, berat Kak Nor dua kali ganda dari Ibu dan Ibu hanya menguruskannya sendirian. Akhirnya, Kak Nor terp4ksa ditahan di hospitaI.

Beberapa kali dia k0ma sepanjang 2 bulan di hospitaI. 2 bulan itu juga Ibu tak pernah tidur di rumah. Tempat tidur Ibu ialah di bawah katil Kak nor. Aku pernah tawarkan diri untuk menjaga Kak Nor tapi Ibu tak harap. Oh ya, ibu aku merupakan seorang peniaga sarapan pagi.

Selama 2 bulan Ibu akan pulang ke rumah pukuI 3 pagi untuk sediakan barang jualan dan akan bergegas ke hospitaI setelah habis hasil jualan pada pukuI 12 tengahari. Keadaan di rumah dibantu oleh seorang Mak Cik aku. Sepanjang menjaganya, tak ada seorang doktor mahupun nurse yang tahu bahawa ibu hanyalah Ibu tiri kepada Kak Nor sehinggalah keadaan menjadi kecoh apabila ibu kandung Kak Nor datang ke hospitaI dan membuta tuIi memarahi Ibu.

Ibu tetap tenang waktu itu, sedikitpun tak meIenting walaupun aku tahu Ibu malu diperlakukan begitu. Allah maha Adil, semua orang yang berada di ward ternyata begitu kagum dengan Ibu kerana menjaga anak tiri lebih dari anak sendiri.

Setelah 2 bulan mend3rita, akhirnya Kak Nor kembali ke pangkuan Pencipta. Ibu merupakan orang yang paling terkesan dengan pemergian Kak Nor. Sepanjang seminggu Ibu akan terk3jut pada pukuI 1 pagi dan bergegas ke dapur untuk membancuh susu.

Katanya takut Kak Nor lapar. Aku menangis. Mungkin ibu lupa bahawa Kak Nor dah takde. Setelah Kak Nor tiada, barulah Ibu mula fokuskan kepada kami adik – beradik dan geIisah hati Ibu ternyata belum berakhir. Ketika Ibu sedang sibuk menjaga arw4h Kak Nor, salah seorang adik aku telah diminta untuk dirujuk kepada pakar kanak – kanak tetapi masa Ibu sangat terhad sehingga terlupa tentang adik.

Namun semuanya terlambat. Ibu mula perasan bahawa adik mengalami kesukaran untuk membaca, menulis dan adik juga tidak dapat membezakan biru dengan hijau walaupun sudah berusia 13 tahun. Ibu mula teringat dengan surat yang diterima daripada pihak sekolah ketika adik darjah 4 dahulu.

Satu persatu masalah adik telah dinyatakan cuma ibu yang tak perasan. Sehingga sekarang ibu pasti akan meratap kesedihan melihat prestasi sekolah adik. Beberapa kali juga adik bertanya kepada Ibu kenapa dia tak pandai seperti orang lain?

Harus apa yang perlu Ibu jawab ketika dia perlu memilih antara anak kandung dan anak tiri. Ibu, maafkan aku andai dulu aku pernah membencimu kerana sikapmu yang sering melebihkan anak – anak tiri berbanding kami adik beradik. Tapi sekarang baru aku faham, sebaik mana pun Ibu tiri masih tetap dipandang jahat di mata masyarakat.  Jujur Ibu, tak mungkin aku mampu menjadi sepertimu andai takdirnya nanti aku perlu menjaga anak tiri. Terima Kasih Ibu kerana sudi menjaga dan menyayangi arw4h kak Nor. Semoga Allah menjaga Ibu. – anak ibu

Komen netizen :

Ismi Ayra : Sungguh mulia hati ibu confessor. Semoga Allah lapangkan urusan beliau dan keluarga. Dia tolong orang, pasti Allah akan tolong dia semula. Cuma bentuk pertolongan yang macam mana, itu kita tak tahu.

CahayaIndah Sinar : Sedihnya kisah ibu awak, mulianya sikap seorang ibu tiri. Hargailah dia sebaik mungkin. Bab adik tu tolonglah rujuk pakar, bawa dia ke sekolah khas bincang dengan guru di sekolah.

Sizuka Minami : Menangis saya membacanya. Semoga IBU kamu dikurniakan Allah kesihatan dan rezeki yang berkat. Serta anak – anak yang soleh solehah.

Diya Nudya : Mulianya hati ibu awak, semoga sentiasa di bawah Iindungan Allah. Sebenarnya susah zaman sekarang nak dapatkan mak tiri yang sanggup menerima anak tiri dengan hati ikhlas, yang sanggup bersengkang mata berk0rban untuk menjaga anak tiri. Lebih – lebih lagi di hospitaI dan memerlaukan perhatian yang banyak macam arw4h Kak Nor. Tak semua ibu tiri itu jahat, yang jahatnya hati – hati yang tidak bersih, bila ada hati yang yang bersih, semuanya akan baik.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5124 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.