Lepas kahwin baru, saya bagi anak-anak dekat abang ipar suruh jaga. Setiap kali saya lawat anak, mereka mengadu jadi m4ngsa..

Anak – anak bagitahu yang makanan mereka dicatu. Abang ipar tak bagi mereka makan selagi anak – anak dia belum makan. Apa yang lagi sedih, anak – anak saya difitnah. Bila saya nak ambil anak – anak, suami baru tak suka..

#Foto sekadar hiasan. Assalamaualaikum admin. Pertama kali saya ingin luahkan masalah di sini, harap admin sudi siarkan. Saya seorang janda dan mempunyai empat orang anak. Saya bercerai hidup kerana bekas suami malas bekerja dan tidak solat, hanya Islam di kad pengenalan. Suami saya juga pen4gih yang keluar masuk penjara.

Saya meminta cerai setelah bertemu pasangan hidup baharu, iaitu seorang duda dengan empat orang anak. Dia bekerja dalam sektor kerajaan dan tidak meninggaIkan solat. Saya merasakan beliau seperti pasangan yang sempurna dan ada masa depan yang cerah.

Perkahwinan pertama saya pada usia 18 tahun dan perkahwinan kedua pada usia 26 tahun. Ya, kedua – dua perkahwinan umur saya masih muda. Anak – anak tinggal bersama abang ipar, itu syarat bekas suami jika saya mahu bercerai.

Setelah berkahwin kali kedua, bekas suami hanya menunaikan tanggungjawab memberi nafkah sebanyak dua kali sahaja. Ini kerana saya mengambil anak – anak dari abang ipar, sesuatu yang suami baru saya tidak suka. Suami mengatakan bahawa orang lain senang membuat anak tetapi mengapa dia perlu susah untuk membelanya.

Saya tetap berkeras mengambil anak – anak kerana biras tidak menyukai mereka. Saya kesian dekat anak – anak. Saya bekerja di kilang, dan pada hari cuti, saya melawat anak – anak. Pada cuti sekolah pula, saya mengambil mereka untuk tinggal bersama saya.

Anak – anak menceritakan bahawa walaupun biras tidak memukuI mereka tapi dia sering memfitnah mereka kepada abang ipar sehingga mereka dipukuI oleh abang ipar. Mereka juga makan secara catuan, hanya diberikan satu cawan nasi dan tidak dibenarkan tambah, serta hanya makan selepas anak – anak mereka sendiri makan.

Duit sekolah pula tidak diberikan dan mereka disuruh membawa bekal dari rumah. Hal ini yang membuatkan saya mengambil anak – anak untuk saya jaga sendiri kerana saya juga bekerja. Saya mampu besarkan anak – anak sendiri.

Sejak itu, mulalah episod pengiraan setiap perbelanjaan. Saya menanggung 100% sendiri semua perbelanjaan rumah seperti bil, barang dapur, sewa rumah, keperluan anak – anak bersama bekas suami, serta dua orang anak hasil perkahwinan dengan suami sekarang, termasuk susu dan upah mengasuh.

Suami tidak mahu tinggal di kuarters kerana lebih suka mendapat elaun rumah. Setahun selepas perkahwinan, suami bersara, dan kebanyakan masa dihabiskan di kampung dengan alasan rindu pada kehidupan kampung, bersama ibu bapa serta anak – anaknya (anak tiri saya).

Perlu saya jelaskan, suami bercerai dengan bekas isterinya, dan anak – anaknya dijaga oleh ibu bapanya di kampung. Selama empat tahun tidak bekerja di kampung, suami hanya balik ke rumah kami dalam dua atau tiga hari setiap bulan dengan alasan tidak tahu hendak tinggal di rumah ketika isteri bekerja kerana bekas isterinya dulu seorang suri rumah.

Dia bosan, sunyi tak biasa bila saya pergi kerja tinggal dia sendirian. Suami membelanjakan wang pencen untuk menyara anak – anaknya, ibu bapa, dan adiknya (lelaki, yang sudah berkahwin) serta keluarganya. Ini termasuk 100% perbelanjaan mereka semua. Tiada pun untuk saya dan anak – anak kami.

Kalau tiada untuk anak – anak saya bersama bekas suami, itu saya faham. Tapi anak kami bersama pun, tak merasa. Apa yang paling meny4kitkan hati adalah suami tidak pernah memarahi anak – anaknya walaupun mereka melakukan kesalahan.

Tetapi, terhadap anak – anak saya, dia sering mem4ki hamun dengan kata – kata kasar, walaupun tidak pernah mengasari secara fizikal. Suami saya juga seorang yang kuat tidur. Satu peristiwa yang meny4kitkan hati dan tidak dapat saya lupakan ialah ketika anak saya berumur tujuh bulan.

Anak ini jika demam memang suka bermanja, dan perlu didodoi hingga pagi. Saya bekerja di kilang selama 12 jam, jadi pada jam 12 tengah malam, saya sudah sangat mengantuk. Saya meng3jutkan suami untuk meminta tolong menjaga anak agar saya dapat tidur sebentar, tetapi dia tidak menghiraukan.

Jam dua pagi, saya bangunkan lagi, dan dia tetap tidak peduli. Pada pukuI empat pagi, saya sudah tidak dapat menahan mengantuk lagi kerana pada jam lima pagi, saya perlu memasak sebelum pergi kerja. Saya k3jut suami sambil merayu, “Abang tolonglah jaga anak, Ida dapat tidur sejam pun jadilah, mengantuk sangat ni. Nanti pukuI enam nak pergi kerja.”

Suami bangun dan mem4ki saya, mengatakan pekerjaan saya lebih penting daripada anak. Kemudian dia menyambung tidur. Rasa mengantuk hilang begitu sahaja, dan air mata saya berlinangan. Pada jam lima, anak pun sudah tidak meragam.

Saya meneruskan rutin memasak seperti biasa dan pada jam enam, saya keluar rumah untuk menunggu bas kilang. Banyak lagi cerita derita kehidupan saya bersama suami yang pentingkan diri ini. Dah masuk waktu Asar, saya berhenti di sini. InsyaAllah, saya sambung episod seterusnya. – Ida (bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Fatimah tiem : Sebab tu lah saya yang dah bercerai, ibu tunggal sanggup untuk tak kahwin. Biarlah perkahwinan pertama membuatkan saya takut untuk berkahwin. Inilah yang saya risaukan, perkahwinan yang baru pun dapat suami tak guna. Lebih baik la hidup sendiri dengan anak – anak, bebas nak buat apa – apa. Tapi sebab awak memang dah kahwinkan, sabar jelah. Fokus besarkan anak – anak. Tak perlu harap suami tu.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.