Lepas kahwin, suami hanya bagi nafkah batin 3 bulan sekali. Dia mengaku ada masalah batin tapi bila aku tanya bekas isteri dia, katanya semua ok!

Dalam edah, suami masih duduk dekat rumah aku. Kononnya supaya boleh berbaik tapi dia buat rumah aku macam hotel. Aku susah betul nak halau dia keluar. Aku terjumpa resit sewa kereta Vellfire atas nama Aida. Bekas kekasih suami, 5 tahun dulu…

#Foto sekadar hiasan. Tolong hide kan identiti aku ye Min. Kisah aku bersama suami aku dulu. Aku kuatkan diri untuk menulis kisah aku sendiri walaupun sekarang masih dalam proses untuk aku melupakan apa yang telah berlaku. Aku telah berkahwin untuk kali kedua pada akhir tahun 2019.

Aku berkahwin dengan duda yang telah dua kali bercerai. Pada awal perkahwinan, tiga bulan pertama suami telah kantoi ada perempuan lain. Itu pun kantoi disebabkan telefon bimbit tertinggal di rumah sewaktu dia pergi kerja. Sepanjang perkahwinan kami, aku tak dibenarkan langsung untuk sentuh telefon bimbit dia. Jadi aku pun turutkan.

Pada hari telefon bimbit dia tertinggal, aku telah masukkan sim kad telefon bimbit aku untuk baca mesej yang ada sebab sim kad dia ada pin code. Ternyata bila aku baca, h4ncur luluh hati ni bila siap ada panggiIan baby dan sayang dalam mesej tu.

Nama perempuan tu Aida. Aku memang syak Aida tu masih menjalinkan hubungan dengan suami aku sehingga sekarang. Suami aku siap backup si Aida tu, katanya Aida adalah orang yang dia kenal sebelum aku. Kenapa tak kahwin dengan Aida?

Ketika peristiwa tu terjadi, aku masih sabar dan bersedia memaafkan apa yang berlaku. Mungkin bagi aku tu adalah dugaan di awal perkahwinan. Setelah peristiwa tersebut, suami katanya tak berhubung lagi dengan Aida. Tapi beberapa bulan selepas tu kantoi lagi pasal telefon bimbit juga.

Tiba – tiba ada telefon bimbit lain tanpa pengetahuan aku bergetar di bawah seat kereta aku masa aku berhenti untuk keluar makan malam bersama dia. Muka dia memang cuak, tapi aku tak melenting. Aku cool je sebab aku tak nak kena Iempang dengan dia nanti.

Aku masih sabar dan terus memaafkan lagi sehingga aku mengandung dan lahirlah seorang puteri hasil daripada perkahwinan kami. Aku fikir dia akan berubah, ternyata tanggapan aku salah. Asyik kantoi je dengan handphone lain yang aku memang tak tahu langsung nombor tersebut. Dah berapa banyak handphone dia ada aku tak tahu.

Dah lah semua perbelanjaan rumah dan belanja seperti kelengkapan baju anak, kos perubatan dan bersalin semuanya aku yang tanggung. Selama kami berkahwin, aku yang menanggung semua perbelanjaan. Aku perlu tanggung juga dua orang anak dengan bekas suami yang pertama kerana bekas suami pertama langsung tak bagi nafkah untuk anak – anak aku.

Alhamdulillah, rezeki sentiasa melimpah ruah untuk anak – anak walhal aku bukannya kerja makan gaji. Aku kerja sendiri. Sebelum aku mengandungkan anak dengan suami kedua aku, aku selalu dipukuI dan disep4k ter4jang sehingga aku mengalami keguguran sebanyak dua kali. Aku masih sabar dan memaafkan dia.

Pada Mei 2025 aku telah failkan kes penceraian sebab aku tak tahan lagi ditipu dan diperb0dohkan apatah lagi dipukuI. Dia bersetuju dan jatuhlah talak satu pada hari tersebut di mahkamah. Kami bercerai atas alasan nafkah batin.

Memang dia dengan aku tiga bulan sekali barulah bersama. Katanya ada masalah batin, tapi aku dapat tahu cerita sebaliknya daripada ex wife dia. Aku pun tak tahu apa tujuan dia berkahwin dengan aku. Pada tempoh edah, dia masih tinggal bersama katanya mungkin kami akan rujuk kembali. Aku pun benarkan dia tinggal bersama.

Dalam tempoh edah, aku masih lagi menunggu dan mengharap dia kembali rujuk kepada aku. Ternyata tak ada respon malah dia buat rumah aku seperti hotel. Dan untuk kali terakhirnya dia kantoi lagi pasal telefon bimbit kedua yang aku memang tak tahu nombor tersebut.

Kali ni memang kecewa. Aku telan segalanya disebabkan anak aku baru berumur tiga tahun dan sangat rapat dengan papanya. Dalam tempoh edah tak ada pun perubahan, mungkin sekejap dua minggu pertama je berubah dan kata sayang dekat aku. Tapi sebenarnya tak ada pun, dia gunakan rumah aku untuk dia berteduh. Keluar pagi – pagi dan balik tengah malam hanya untuk tempat tidur sahaja.

Tiga bulan sudah berlalu. Aku kena kuat dan terp4ksa halau dia dari rumah aku. Agak susah juga untuk aku keluarkan dia dari rumah aku. Dia siap berjanji lagi dengan aku. Katanya kami duduk asing dulu selama setahun, nanti kami bernikah semula. Dia ingat nikah kahwin cerai ni boleh dipermainkan.

Aku cakap tak nak. Cukuplah apa yang telah dia buat terhadap aku. Ternyata dia suka berfoya – foya dengan perempuan dekat luar. Jadi disebabkan tu, bila aku minta untuk bersama dia akan beri seribu alasan. Takkan tiga atau empat bulan sekali baru nak bersama. Itulah hakikatnya sepanjang perkahwinan kami.

Setelah bercerai, aku terjumpa resit sewa kereta Vellfire atas nama Aida. Ternyata selama lebih lima tahun perkahwinan aku ditipu hidup – hidup. Mereka masih menjalinkan hubungan. Aku bersemuka dengan suami dan bertanyakan siapa yang dia sayang. Dia jawab Aida.

Masa berkahwin dengan aku dia langsung tak ada perasaan cinta dan sayang. H4ncur luluh hati ni. Semangat aku hilang kerana mendengar penjelasannya. Selama lima tahun berkahwin tak ada langsung perasaan sayang dan dia hanya minta maaf sahaja pada aku atas perbuatannya. Sedih memang sedih. Sekarang aku masih dalam proses pemulihan semangat.

Hati ni masih kecewa dan sedih tapi aku kena kuat demi anak – anak. Sampai bila harus diperb0dohkan. Aku ada kerjaya aku sendiri dan insyaAllah boleh sara anak – anak. Semasa dengan dia pun aku yang tanggung semua. Cuma susu dan pampers anak dia yang tanggung dan bayaran babysitter. Itu pun kadang – kadang aku juga yang kena top up sebab katanya nak bayar semula tapi jangan harap.

Yang lain lain seperti baju, botol susu dan kasut semua aku yang support. Baju dia pun aku yang belikan. Sayang memang sayang tapi apakan daya orang tak appreciate kita. Aku cuba untuk redha dengan ketentuan Allah. Tolong doakan aku ye sahabat semua.

Ulasan pembaca :

Mohd Hanis : Puan, redha dan sabar atas ujian ni. Mudah – mudahan akan lebih bahagia dikecapi pada masa akan datang. Move forw4rd. Mudah – mudahan dengan meluahkan ni habis sudah cerita yang lepas dan fokus kepada kehidupan baru.

Fokus kepada pendidikan anak – anak agar mendapat ilmu agama secukupnya. Bila bersedia untuk dipimpin semula, dipersilakan cari agar jumpa suami yang lebih bertanggungjawab dan mampu menunjukkan arah bagaimana ke syurga Allah yang kekal abadi.

Sufi Ana : Dah – dah lah tu sis. Sampai tahap mana lagi awak nak jantan tu pijak maruah awak? Sampai dia mengaku sayangkan perempuan lain, buat rumah macam hotel dan berpuluh kali menipu awak, awak masih mengharap lagi? Selama ni pun awak tanggung segalanya. Batin pun tiga empat bulan sekali. Ternyata awak boleh hidup tanpa dia. Cukuplah diperb0dohkan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :