Ayah berubah, banyak ikut cakap ibu, ayah takut kalau nak cakap dengan anak-anak. Satu hari adik tunjuk gambar botol pelik dalam beg ibu

Dari kecil lagi aku dengan adik – adik perasan duit kami selalu hilang. Ayah sendiri pun pernah cakap duit dia pun ada yang hilang sebelum ni. Esoknya adik lelaki aku pula cerita dia ada nampak satu botol pelik dalam beg ibu. Dalam botol tu ada kayu – kayu kering dan..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Tolong hide profile aku ya. Aku nak luahkan masalah aku dan nak minta pendapat w4rga FB semua. Maaf sebab apa yang aku nak cerita ni bukan pasal rumah tangga tapi pasal keluarga sendiri yang aku pendam dah lama sangat.

Bukan niat aku nak buka aib sesiapa atau burukkan mak ayah sendiri. Aku cuma dah penat simpan semua benda sorang sorang sampai kadang – kadang rasa sesak d4da. Aku harap ada yang sudi bagi pandangan sebab aku sendiri dah tak tahu nak fikir macam mana dah.

Kisah ni sebenarnya dah lama, dari aku kecil sampailah sekarang yang umur aku dah masuk belasan tahun. Sejujurnya aku cakap, aku dengan adik beradik tak pernah rasa kasih sayang daripada ibu macam budak budak lain rasa. Sampai sekarang aku tertanya tanya apa sebenarnya yang jadi dekat ibu sampai dia jadi macam tu.

Ibu ni seorang peniaga dan memang ada pendapatan sendiri. Tapi dari aku kecil sampai sekarang, aku tak pernah nampak duit ibu pergi dekat rumah atau dekat kami adik beradik. Duit makan, duit sekolah, duit baju, duit barang dapur semua ayah yang keluar.

Yang peliknya duit ibu sentiasa tak ada. Kalau tanya mesti ada je alasan dia. Kadang – kadang aku pun tertanya tanya duit tu pergi mana sedangkan belanja rumah semua ayah yang tanggung. Dari kecil lagi aku dengan adik – adik perasan duit kami selalu hilang.

Masa mula – mula tu kami ingat kami yang lupa letak mana. Tapi bila dah jadi banyak kali, memang susah nak cakap tu kebetulan. Aku pernah simpan duit raya dalam sampul, lepas tu tiba – tiba hilang. Puas aku cari satu rumah memang tak jumpa. Bila tanya ibu, aku pula kena marah sebab kononnya cuai simpan duit sendiri.

Adik aku pun pernah kena benda yang sama. Duit dia kumpul sikit – sikit nak beli barang sekolah pun boleh hilang macam tu je. Sampai dia menangis sebab penat kumpul lama – lama. Ayah sendiri pun pernah cakap duit dia pun ada yang hilang sebelum ni.

Tapi benda tu habis macam tu je sebab tak ada siapa berani nak cakap lebih – lebih. Kami semua diam walaupun dalam hati masing – masing ada syak sendiri. Selain pasal duit, ibu memang tak berapa suka dekat nenek iaitu mak kepada ayah.

Aku tak tahu apa puncanya tapi memang dari dulu lagi hubungan mereka tak berapa elok. Ada je benda yang tak kena dekat mata ibu. Ibu ni jenis suka cerita benda buruk pasal nenek dekat ayah. Kadang – kadang benda kecil je tapi bila sampai dekat ayah jadi macam besar sangat. Ada masa aku rasa macam ibu sengaja nak bagi ayah marah dekat nenek.

Ayah pula memang lebih jaga hati ibu daripada hati nenek sendiri. Kalau nenek tegur ibu walaupun elok – elok, nanti ibu pergi mengadu dekat ayah. Lepas tu nenek pula yang kena marah. Aku pernah tengok sendiri ayah tengking nenek sebab ibu terasa hati dengan teguran dia.

Sedangkan nenek bukannya cakap kasar pun. Masa tu memang aku rasa sedih sangat sebab neneklah yang banyak jaga kami masa kecil. Kalau nak ikutkan, masa kami kecil memang nenek yang banyak uruskan kami. Nenek yang masakkan, nenek yang mandikan, nenek yang teman kalau s4kit. Sebab terus terang aku cakap, cara ibu jaga kami memang tak macam ibu orang lain.

Bagi ayah pula, ibu ni macam sempurna. Apa ibu cakap semua betul. Walaupun kadang – kadang ayah sendiri tahu per4ngai sebenar ibu macam mana, tetap juga ayah akan bela ibu. Dulu ayah tak macam ni. Dulu kalau aku cerita apa – apa dekat dia, dia masih dengar dan cuba faham.

Tapi sejak aku sambung belajar dan duduk jauh dari rumah, ayah dah banyak berubah. Dulu kalau ada apa – apa jadi dekat rumah, aku akan Whatsapp ayah dan cerita semuanya dekat dia. Tapi nak cerita pun kena sembunyi – sembunyi sebab ibu memang tak suka tengok aku atau adik – adik dengan ayah bersembang. Ibu macam tak suka anak – anak rapat dengan ayah, macam cemburu.

Kalau dia nampak kami sembang, mesti dia tanya apa yang kami bincangkan. Kadang – kadang sampai berulang kali dia tanya benda yang sama. Sampai aku sendiri rasa rimas dan malas nak bercakap. Aku selalu pesan dekat ayah jangan kurang ajar dekat nenek sebab kesian dekat dia.

Nenek dah banyak tolong jaga kami masa kecil sebab terus terang aku cakap, ibu memang tak jaga kami macam mana seorang ibu sepatutnya jaga anak. Masa tu ayah masih boleh terima apa yang aku cakap walaupun kadang – kadang dia tak setuju. Tapi sekarang lain dah. Sekarang kalau aku buka mulut sikit pun aku dianggap meIawan.

Masa kecil dulu ibu pernah biarkan aku jatuh dan menangis sendiri. Ada satu benda yang sampai sekarang aku tak boleh lupa. Aku rasa benda tu memang akan kekal dalam kepala aku sampai bila – bila. Aku pernah kena pukuI sampai bibir lebam dan berd4rah sebab tertumpahkan cili yang dah siap dikisar dalam peti sejuk. Masa tu umur aku baru dua atau tiga tahun. Bayangkan budak sekecil tu tapi dah kena macam tu.

Sampai sekarang aku masih ingat rasa takut masa tu. Aku masih ingat macam mana aku menangis dan cari nenek sebab nak dipeIuk. Kadang – kadang aku tertanya tanya kenapa aku tak pernah rasa selamat dengan ibu sendiri. Aku tengok kawan – kawan lain rapat dengan mak mereka.

Kalau ada masalah mereka cari mak. Kalau sedih mereka peIuk mak. Aku pula dari kecil lebih banyak simpan sendiri. Bulan sembilan tahun lepas pula jadi satu lagi benda yang buat aku kecil hati dengan ayah. Hari tu aku tak dapat hidupkan motosikal guna kaki sebab badan aku memang kecil dan susah nak buat benda tu.

Tapi ayah marah aku macam aku buat salah besar. Dia tengking aku depan orang lain dan cakap aku tak ada kesungguhan nak belajar. Padahal aku dah cuba banyak kali. Aku bukan tak nak belajar. Aku boleh tunggang motosikal tu, cuma masalahnya dekat bahagian nak hidupkan enjin je. Lagi dia marah, lagi aku jadi panik dan makin tak boleh buat.

Nenek cuba masuk campur dan tegur cara ayah cakap dengan aku. Tapi ayah terus tengking nenek dan suruh nenek diam sebab kononnya nenek tak tahu apa – apa. Aku nampak muka nenek terus berubah masa tu. Lepas kejadian tu, ibu pula macam tambah minyak dalam api.

Aku tak tahu apa yang dia cakap dekat ayah tapi lepas tu ayah makin dingin dengan aku. Sampai satu hari ayah pernah cakap aku ni anak derh4ka. Bila dengar perkataan tu memang aku rasa h4ncur sangat. Aku menangis dalam bilik sorang – sorang sebab aku tak rasa aku buat benda yang layak dipanggil derh4ka. Aku cuma tak boleh hidupkan motosikal tu je.

Esoknya adik lelaki aku pula cerita dia ada nampak satu botol pelik dalam beg ibu. Masa tu aku tak fikir bukan – bukan lagi. Tapi aku tetap suruh dia ambil gambar sebab aku rasa pelik. Bila balik kerja, adik perempuan tunjuk gambar botol tu dekat aku.

Memang aku terk3jut sebab dalam botol tu ada kayu kayu kering dan beberapa benda yang aku sendiri tak pasti apa dia. Adik aku cakap masa dia pegang botol tu, tiba – tiba bulu roma dia berdiri. Aku tak tahu sama ada dia takut atau memang dia rasa sesuatu. Aku pun tak berani nak buat andaian sendiri.

Aku cuba cari dekat Google pasal botol tu dan apa yang aku jumpa memang buat aku lagi takut. Sebab rupanya hampir sama dengan botol yang orang kata digunakan untuk tujuan tertentu termasuk nak tundukkan seseorang. Tapi aku tak berani nak tuduh ibu buat benda macam tu. Aku takut kalau aku salah sangka. Cuma dalam masa yang sama aku memang tak boleh buang rasa pelik tu.

Sampai sekarang gambar botol tu masih ada dalam telefon aku. Aku sendiri tak tahu nak rujuk dekat siapa atau nak tanya siapa pasal benda ni. Nak cerita dekat orang pun takut orang ingat aku merepek. Aku pernah cerita dekat datuk pasal benda tu.

Datuk cakap mungkin tu botol tarik pelanggan sebab ibu meniaga. Aku cuba terima penjelasan tu walaupun dalam hati masih tak sedap. Yang buat aku lagi pelik, ibu sendiri pernah tanya apa maksud botol tarik pelanggan. Dari situ aku rasa macam dia sendiri pun tak tahu pasal benda tu. Sebab tu aku jadi lagi keliru.

Satu lagi benda yang buat aku risau, sejak gambar botol tu ada dalam telefon aku, aku jadi senang s4kit. Selalu demam, badan cepat letih dan tak bermaya. Aku tak tahu sama ada kebetulan atau aku yang terlalu fikir bukan – bukan. Sampai sekarang aku masih keliru dan buntu.

Aku sayang keluarga aku walaupun banyak benda yang berlaku sepanjang hidup aku. Tapi dalam masa yang sama aku penat sangat nak simpan semua benda ni sorang – sorang. Aku cuma nak tahu, apa yang aku rasa ni normal ke atau sebenarnya aku je yang terlalu fikir lebih – lebih. Kalau ada yang pernah lalui benda macam ni atau ada pandangan, aku memang hargai sangat kalau sudi kongsi.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :