
Aku dibuIi macam – macam oleh mak mertua. Mak mertua akan cakap, dia dulu semua boleh buat sendiri tak perlu orang tolong. Belakang aku, suami dan mak mertua mengata, mengutuk aku. Satu hari, aku tegur suami sebab mesej sorok – sorok dengan mak mertua..
#Foto sekadar hiasan. Kisah perkenalan aku dan suami. Dilema suami narsistik atau psiko. Aku kenal suami aku masa sekolah tingkatan 4. Kami tak pernah jumpa atau bercakap pun, cuma nampak dari jauh je. Dia mula bagi surat dekat aku. Aku ni seorang muslimah yang susah nak suka atau berkawan dengan lelaki.
Lepas SPM, suami aku bagi surat dan cakap dia sangat sayangkan aku dan niat dia memang nak serius dengan aku. Mula – mula memang susah aku nak bagi peluang. Tapi dari apa yang aku nampak, dia selalu pergi surau. Selalu nampak dia pakai kopiah dan nampak rapat dengan mak dia. Semua ciri – ciri baik tu memang sangat ketara.
Lepas tu, aku sambung belajar dekat universiti, suami aku pula dekat matrikulasi. Masa tu nampak dia agak sosiaI dengan kawan – kawan dia. Aku cakap aku tak nak ada apa – apa hubungan sebab aku nak fokus dekat pelajaran. Tapi dia mula ugvt aku bila masa aku belajar ada orang datang merisik aku.
Dia cakap sebab aku dah berkawan dengan dia, maksudnya aku kena kahwin dengan dia juga. Hari demi hari aku terikut dan terpedaya dengan kata – kata dia. Aku tolak tiga orang yang datang merisik aku yang semuanya terdiri daripada orang – orang yang baik.
Lepas tu dia p4ksa mak ayah dia datang merisik aku walaupun keluarga dia tak berapa berminat dengan aku sebab aku ni seorang muslimah. Keluarga dia lebih berminat dengan orang yang moden. Tak sampai seminggu lepas kahwin, mak dia mula telefon dan cakap suami aku dah berubah.
Katanya dulu hari – hari telefon, sekarang dah tak lagi. Setiap minggu mak ayah dia akan datang dan aku rasa macam dibuIi buat macam – macam kerja walaupun aku dah mula mengandung dan alahan. Aku dibuIi macam – macam oleh mak mertua aku.
Bila aku minta bantuan daripada suami aku, mak dia akan cakap, “Mama dulu mengandung semua tu mama buat.” Macam sengaja nak kenakan aku. Tapi bila anak perempuan dia mengandung, dia suruh suami anak dia layan macam permaisuri.
Masa tu cuma Allah je yang tahu perasaan aku sebab bila aku cakap aku penat atau tak mampu, suami aku lebih dengar cakap mak dia. Sampailah aku bersalin dan anak umur enam bulan, dalam pantang pun aku minta tolong pun susah. Mak dia akan cakap, “Mama dulu buat sendiri je, tak susahkan suami.”
Macam dia nak gambarkan yang dia sempurna sangat. Sampailah segala kekurangan tu suami aku nampak dekat aku. Sampai satu masa dia kenakan aku sampai suami aku marah dan pukuI tangan aku sampai lebam. Lepas tu mak dia buat macam rasa bersalah. Hakikatnya bila suami aku tak ada, dia ketawa sinis dekat aku.
Lepas kejadian tu aku pindah balik ke kampung aku. Tiba – tiba suami aku ikut balik juga dan tinggalkan kerja dia. Setahun setengah dia tak bekerja dan aku tanggung semua bila aku dah mula kerja semula. Aku ingat bila dia ikut ke sini dia akan berubah. Rupanya dia cuma ikut je, tapi dekat belakang aku dia cakap macam – macam pasal aku dan bergosip dengan mak dia. Aku sedih sangat.
Aku sara dia dan anak , tapi macam tu sekali dia buat dekat aku. Lepas tu aku bersabar dan terus lalui kehidupan bertahun – tahun. Aku ingat aku, suami dan anak dah bahagia. Tapi bila aku doa supaya Allah tunjukkan mana yang benar dan mana yang batil, Allah tunjuk satu per satu benda yang dia tipu aku.
Daripada duit sampailah apa yang dia cakap dekat belakang aku bersama mak dia. Aku sedih. Bila aku lahirkan anak kedua, suami aku berhenti kerja buat kali kedua. Dua tahun setengah dia tak bekerja. Aku bantu dia makan minum dan semua perbelanjaan sepanjang dia tak bekerja tu.
Allah bagi aku rezeki lebih melalui bisnes. Allah bagi aku rezeki untuk bayar semuanya sendiri. Suami aku teringin motosikal dan dia tak pernah ada apa – apa atas nama dia sebab dia blacklist. Aku gadai gelang aku dan belikan dia motosikal secara tunai.
Masa tu dia cakap dekat aku, “Keluarga abang semua tak boleh percaya. Abang tak kerja semua hilang.” Tapi akhirnya aku jumpa mesej yang dekat belakang aku dia cakap macam – macam dengan mak dia. Mak dia pula selalu ajar dia macam mana nak buat jahat dekat aku.
Aku memang terkilan. Macam tu k3jamnya suami dan mak mertua aku. Sampai satu masa aku s4kit dan aku tegur dia, mesej apa dekat mak sampai kena sorok – sorok. Dia terus t4mpar aku dalam kereta. Menitis air mata aku. Depan anak – anak aku kena t4mpar sampai bibir aku berd4rah.
Aku menangis. Sampailah aku berdoa supaya Allah cabut rasa sayang aku dekat suami aku. Aku penat sepuluh tahun hidup diperb0dohkan oleh suami sendiri. Bila isteri jujur dan sayang, macam tu balasan yang dia bagi. Allah kemudian cabut rasa sayang aku dekat dia.
Sekarang kami tinggal berasingan macam g4ntung tak bertali. Tapi dia sesekali datang untuk melepaskan nafsu dia, lepas tu dia balik rumah mak ayah dia. Minggu lepas dia balik. Lepas makan, dalam kereta anak bising dan dia terus pukuI anak. Kaki anak berbekas dan ada kesan d4rah sikit. Tu memang cukup buat hati aku h4ncur.
Manusia yang sangat k3jam, tapi sangat baik dekat depan orang ramai. Aku tak mampu nak buat apa – apa, cuma aku akan teruskan proses dekat Mahkamah Syariah minggu depan. Mungkin aku akan hantar borang. Begitulah dugaan dan malangnya hidup aku sebab percayakan seorang suami yang sangat k3jam.
Aku berharap ada yang boleh tolong bagi pandangan atau doakan aku kuat untuk lalui hari – hari mendatang dan keluar daripada suami aku yang k3jam ni. Aku dah penat sabar dengan per4ngai narsistik dan psiko dia.
Ulasan Pembaca :
Akma Idin : Dah baca. Sepuluh tahun bertahan, memang bukan tempoh yang sekejap. Tapi pada aku puan dah buat yang terbaik berdasarkan kemampuan dan keadaan yang puan lalui masa tu. Ramai orang mudah bercakap bila mereka tak berada di tempat kita.
Bila seseorang berada dalam hubungan yang penuh manipulasi, ugvtan emosi dan harapan bahawa pasangan akan berubah, kadang – kadang memang susah untuk keluar daripada situasi tu. Apa pun semoga Allah bagi jalan keluar yang terbaik untuk puan dan mudahkan segala urusan puan selepas ni.
RaniaRos RaniaRos : Aku tak rasa dia b0doh. Kadang – kadang perasaan sayang pada pasangan buat seseorang sanggup bertahan lebih lama daripada yang sepatutnya. Sebab tu dia sampai berdoa supaya Allah cabut rasa sayang tu daripada hati dia.
Mungkin selama ni dia masih berharap suaminya akan berubah dan kembali menjadi orang yang dia kenal dahulu. Sekarang mungkin Allah dah beri kekuatan untuk dia melangkah keluar daripada kehidupan tu. Semoga dia terus tabah dan dipermudahkan segala urusan selepas ni.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.