Adik bongsu masih sekolah tapi ayah abaikan dia. Baru – baru ni aku gadai barang kemas sebab nak belikan adik baju baru. Masa tu baru aku tahu, selama ni adik cuma ada 3 seluar, 4 helai tshirt, tracksuit takde, calculator takde. Patutlah adik malas pergi sekolah..
#Foto sekadar hiasan. Hai. Straight to the point. Aku anak ketiga dari lima orang adik beradik. 4 orang dah berkahwin, tinggal si bongsu belum lagi sebab baru habis sekolah. Baru kehilangan emak 2 tahun lepas akibat kovit, masih ada ayah tapi ibarat tiada dan ayah baru setahun kahwin baru. Jadinya kami ada mak tiri.
Dari awal mak aku meninggaI, ayah aku tak kerja. Alasan risaukan adik – adik aku dekat rumah, masa tu adik no 4 tak kahwin lagi (perempuan) dan yang bongsu (lelaki) masih sekolah menengah. Alasannya macam tu lah, semangat hilang, risaukan anak – anak dekat rumah.
Tapi kebanyakan masa, dia akan pergi perjumpaan group berhari – hari tak balik (group cari jodoh). Jujurnya kami tak pernah kesah ayah nak kahwin dengan siapa, sebab tahu mesti dia sunyi walaupun baru 2 – 3 bulan arw4h mak meninggaI, kubvr pun merah lagi.
Panjang, tapi aku cuba pendekkan. Dia akan selalu membebel segala kesalahan adik – adik aku pada aku. Tapi dia sendiri tak tegur depan – depan. Dan ayah masih tak kerja. Tapi asyik perjumpaan sana, perjumpaan sini.
Tuptup surat lelong rumah (6 bulan tertunggak) pun sampai. Dia minta tolong adik aku yang perempuan untuk bayarkan dulu, kiranya dia pinjam duit adik aku (5k). Adik aku bagi, sebab kami memang sayangkan rumah tu sebab banyak kenangan.
Lepastu ayah aku kata, hujung bulan dia akan bayar, sebabnya masatu kwsp dia dah boleh keluarkan sepenuhnya. Ohh lupa, mak aku meninggaI umur 55 tahun, jadinya kwsp mak aku pun boleh keluarkan separuh. Mak aku keluarkan sikit je sebab lebih tu dia simpan nak bawak pergi umrah katanya.
Tapi tak sempat sebab dia dah takde. Jadi balance dalam kwsp ada dalam 10k. Masa ayah aku dah bayar duit dekat adik aku tu, bermakna kwsp dia pun dah keluarlah. Lepastu aku tanya, “kwsp mama bila boleh keluar yah? Sebab untuk adik tu kena simpankan sikit sebab adik nak sambung belajar nanti”.
Ayah aku cakap, “mana ada dah. Dah habis buat bayar hutang”. Maknanya ayah dah keluarkan kwsp mama dan habiskan tanpa pengetahuan kami semua. Sampailah dia pun berkahwin dengan mak tiri. Kami 5 beradik siap datang meraikan pernikahan dia.
Mak tiri ada anak 3 orang, tapi tiga – tiga tak tunjuk muka langsung masa hari pernikahan. Selang sebulan mereka menikah, ayah kata nak buat kenduri sikit supaya orang tahu dia dah menikah. Kami sebagai anak iyakan aje.
Janji ayah bahagia. Dia order katering untuk 200 pax, tambah dia masak lagi, siap dengan kad kahwin bagai. Lepastu siap minta akak aku buatkan pelamin. Hari kejadian, aku datang la. Terk3jut aku sed4ra mara tanya “betul ke adik awak nak tunang?”.
Aku terus tanya adik aku, adik aku kata, “mana ada… kan dah setuju takyah tunang, nak nikah terus. Makcik (mak tiri) tu yang mandai – mandai cakap orang nak tunang”. Dan di hari kejadian jugak, dia beria – ria minta jumpa bakal mertua adik aku, kau tahu dia cakap apa, “saya nak sekarang akak pegi beli cincin, bawak datang sini dan tunangkan diorang berdua”.
Aku naik hangin ler ape lagi. Dia orang baru, baru sebulan jadi mak tiri, kenapa dia beria nak aturkan itu ini sedangkan urusan adik aku tu aku dengan akak aku dah uruskan dari awal. Dah bagitahu ayah dah pun. Tapi mase tu ayah aku diam je tengok aku berangin dengan bini dia.
Start dari tu, mak tiri asyik cari pasal dengan adik – adik aku. Sampai adik aku dah kahwin pun cari pasal. Majlis adik aku tak habis lagi, dia dah ajak ayah aku balik. Kami mulanya layan dia elok je, tapi sebab mulut dia suka memburukkan dan membawang hal anak beranak kami dengan jiran – jiran (aku dengar sendiri), memang masing – masing layan seperti angin yang berlalu je.
Oh ye, ayah aku jarang sekali bagi duit dekat adik aku lagi – lagi yang masih sekolah tu. Aku, akak aku dan pakcik aku yang akan hulur sikit – sikit dekat dia untuk beli apa patut. Tuang minyak moto, beli baju, kami semua tanggung.
Ayah? Kalau bagi pun RM20 macamtu. Agaknya duit dah habis, dia start buat wiring. Masa awal mama meninggaI ayah minta gelang tangan mama. Ayah kata nak simpan untuk guna kot – kot adik nak belajar nanti takde duit ke.
Rupanya, diam – diam ayah pajakkan gelang tu dan buat badal haji untuk mama. Lepastu dia minta tolong pakcik aku pulak untuk t3buskan. Lepas dari tu, senyap pasal gelang. Itu gelang kesayangan arw4h, mama dulu hari – hari pakai. Dan mulut ayah kekal “takda duit” itu je disebut bila jumpa.
Kitorang jadi tertanya – tanya, mana pergi duit kwsp dia? Mana pergi kwsp mama? Takkan 10k habis bayar hutang? Tapi bank – bank segala masih cari jugak, ayah masih tertunggak hutang sana sini jugak. Sampailah harini, adik aku nak sambung belajar, tapi duit takda.
Aku cakap “takpe, belajar je, mama dulu ade tinggalkan duit dekat akak ni”. Tapi sebenarnya aku tipu. Takda duit apa – apa pun. Tapi sebab aku kenangkan amanah mama pada aku, aku nekad nak hantar adik aku belajar. Dari dia duduk rumah, mak tiri asyik tuduh dia amik d4dah, dia m4buk, dia kikis duit ayah, baik dia pergi belajar.
Makan, tempat tinggal semua ada. Kawan – kawan pun ada jadinya dia tak sunyi dan bosan. So haritu aku amik cuti, aku hantar pajak gelang tangan untuk beli barang – barang adik aku. Masa tu baru aku tahu, selama ni dia cuma ada 3 seluar jeans, 4 helai tshirt yang betul ngam dengan badan dia, seluar tracksuit takde, calculator takde, tali pinggang pun n4zak.
Aku macam termenung, patutlah dia asyik ponteng masa sekolah dulu. Seluar tracksuit pun takda, calculator takda.. macam mana nak belajar? Dan aku tertanya lagi, kalau iyalah kedekut sangat pun, kwsp mama tu takkan tak hulur langsung dekat adik sikit? Adik tu bawah tanggungan lagi kot.
Masa aku bagitahu ayah adik dapat sambung belajar, awal – awal dia dah cakap dia takda modal. Lepastu sekarang ni minta kami adik beradik tolong pinjamkan dia 2k ataupun bayarkan rumah yang tertunggak 4 bulan. Kami semua macam nak menangis rasa.
Kami ni roadtax kete moto, nak m4ti. Anak – anak nak sekolah. Support adik belajar pulak. Sekarang ayah pulak minta. Bila aku tanya gelang mama yang dulu ayah pegang tu mana? Pajakkan lah dulu, nanti share – share t3bus balik.
Dia terus jawab “tak boleh tolong tak apalah”. Aku tak tahu nak tolong ke tak. Tapi aku sayang betul rumah tu. Ni baru – baru ni aku tengok FB mak tiri kena sp4m dengan orang tuntut hutang. Gaya macam ahl0ng. Haihhh aku tak tahu lah kenapa dengan bapak aku ni.
Akak aku kata, Tuhan baIas lah tu sebab dia tak amanah masa dapat duit kwsp mama. Lepastu tanggungan dia ni dia lepas tangan macam tu je. Kesian betul aku tengok adik aku yang bongsu tu. Padahal budak tu diam je tak kacau orang, buat hal sendiri. Bukan main sedap mak tiri mengata macam – macam.
Pernah abang aku dah tak sabar, abang aku sound lah, dia m4ki kan abang aku. B4bi siaI semua dia sebut. M4kin hangin lah abang aku. Sikit lagi nak bertumbvk, nasib ada yang tolong pegangkan abang aku. Entalah…. Kitorang ni nak tolong pun, kiteorang dah tersepit sendiri pun tak berduit sangat. Kalau korang, korang tolong tak ayah korang? – Nur (Bukan nama sebenar)
Sambungan.. Aku baca semua komen. Jujurnya aku menangis baca komen korang. Sebabnya yang komen tu semua sama macam apa yang aku fikirkan selama ni. Cumanya aku tak tahu betul atau tak cara aku. Betul atau tak keputusan aku.
Tapi lepas baca komen – komen tu semua, aku tahu dah apa yang perlu aku buat lepas ni. Tapi aku terangkan sikit pasal rumah.. Rumah tu dibeli atas 2 nama iaitu nama ayah dan mama. Jadinya bila mama dah takda, bahagian mama yang 50% tu jatuh pada kami 5 beradik. Dan 50% lagi adalah nama ayah.
Basically, kalau ayah meninggaI percent untuk anak lelaki dia lagi besar. Tapi bini dia awal – awal dah cakap dekat semua tu rumah dia nanti. Aku gelakkan jelah. Sebab nak berhujah dengan orang biol ni kadang – kadang penat dan buang masa.
Tapi itulah, ayah pun dari awal mama meninggaI sibuk nak jual rumah. So sekarang ni aku takkan pujuk adik beradik untuk tolong ayah lah. Kalau kena lelong, lelong lah. Betullah korang cakap, kadang – kadang kenangan tu tersemat di hati je.
Ini kan, baru bab rumah. Belum bab kereta yang dah atas nama adik aku, tapi bini dia sakan guna kereta, pakej siap sorokkan kunci tak bagi adik – adik aku pakai. Tapi aku tak heran, pelik pun tak. Anak dia sendiri pun tak suka dia, dia nak balik tido rumah anak dia pun anak dia taknak bukak pintu.
So faham sendirilah betul ke tak betul mak tiri aku ni. Bab EPF arw4h mama pulak… Betul, bagi aku 10k tu tak banyak pun. Tapi ayah aku keluarkan tak bagitahu kami, sedangkan sepatutnya EPF tu difaraidkan. Korang jangan salah anggap, aku tak harap duit arw4h tu.
Aku cuma s4kit hati ayah aku menidakkan hak adik aku, lagi – lagi adik aku masih bawah tanggungan. Selang setahun, EPF ayah aku pulak keluar (umur 60). Gaji ayah aku mase kerja dulu paling cikai 5 – 6k, paling – paling busuk 4k++. Dah kerja dalam 23 tahun. Rasa – rasa berapa banyak EPF dia?
Aku nak highlightkan, yang aku tak harap pun duit bapak aku tu. Tak nak tahu pun berapa. Yang aku tekankan, beribu riban, ape salah ketepikan seribu dua untuk anak yang masih bawah tanggungan. Lagipun memang dah tahu anak tu nanti sambung belajar.
Ini dah lah makan pakai diabaikan. Duit arw4h yang sepatutnya difaraidkan dan utamakan untuk yang berhak, dinafikan haknya. Mungkin sebab tu rezeki ayah sempit agaknya. Baru berapa hari aku hantar adik daftar masuk belajar.
Ye betul, aku daftarkan dia belajar dekat ILP. Yuran murah, asrama ada, makan terjaga. 15 minit jarak dari rumah aku, senang aku nak uruskan dia. Aku tak sangup dah tengok adik aku terbiar dan diabaikan. Dia tak pernah bersuara, tak pernah luah apa – apa. Dia pendam. Sebab dia pun jenis tak banyak cakap.
Masa hantar tu, aku sedih kenangkan nasib adik aku. Orang lain, mak ayah yang hantar. Adik aku, m4ti mak je. Tapi dah macam yatim piatu. Sikit pun ayah aku tak tanya pasal adik aku. Dah petang – petang, akak aku suruh hantar gambar adik dekat ayah.
Ayah aku tak baIas walau sepatah. Baiklah, cukuplah. Aku pun tawar hati dah… Aku peIuk civm adik sebelum balik, aku teringat dulu mama peIuk civm aku kalau aku nak balik asrama. Tak pernah sangka, adik aku akan lalui benda ni semua.
SPM adik aku teruk. Tapi aku tak salahkan dia. Sebab kelengkapan untuk dia sekolah tu takda. Calculator takde, tracksuit takde, baju koko takde, seluar sekolah senteng dan banyak lagi. Masa adik aku nak mula sekolah untuk sesi SPM 2022 pun, bukan ayah yang belikan baju dan barang sekolah.
Aku hulur sikit, lebihnya pakcik aku belikan. Budak bermasalah di sekolah ni kadang – kadang sebab ada masalah keluarga macam ni lah. Ni lah adik aku salah satu contohnya. Aku sebagai akak pun, aku silap. Sebab terlepas pandang.
Pulak masa 2022 tu aku baru je dapat anak perrama. Jadinya aku tersangat sibuk uruskan keluarga kecil aku. Ni sekarang aku dah kerja. Puas jugak memujuk suami aku untuk izinkan kerja. G4duh pun ada. Hehe. Tapi alhamdulillah, dia memahami.. Dia izinkan untuk aku kerja untuk tanggung adik belajar.
Suami aku takat tanggung aku dengan anak, mampulah. Kalau aku nak minta duit untuk bagi pada adik aku, aku sendiri tahu kewangan suami aku takat mana. Sebab tu aku nekad untuk kerja. Nekad jugak hantar anak ke taska.
Walau aku nangis sama waktu anak menangis kena tinggal dekat taska. Hehe. Mungkin mak – mak faham. Aku jenis, aku akan bagitau adik beradik aku keperluan kewangan ke apa untuk adik. Tapi aku cuma bagitahu je. Kau rasa nak tolong, kau tolong.
Sebab aku pun faham kewangan adik beradik aku macam mana. Sebab tu aku kena kerja. Kena usaha cari duit lebih untuk topup mana kurang. Terima kasih ye ada yang komen suruh PM. Tapi… Aku cuma perIukan satu je. DOA.
Korang doakan rezeki aku dimurahkan supaya dapat beri keselesaan pada adik dan anak aku. Doakan aku sihat, supaya aku boleh kerja. Allah yang beri rezeki, kerja tu sebagai usaha aku untuk dapatkan rezeki dari Allah.
Doakan adik aku jadi orang yang berjaya dunia akhirat dan tak berd3ndam. Sebab aku selalu cakap, biar orang buat kita, kita jangan buat orang. Nak ingat apa orang buat, ingat jelah.. Tapi jangan d3ndam. Sebab ini juga pesanan arw4h mama pada aku dari dulu.
Doakan juga anak aku happy dekat taska dan dia sihat selalu supaya aku pun tenang nak mencari rezeki. Terima kasih korang yang komen berikan pendapat. Aku nangis tau, nangis sebab terharu. Doakan aku. Doakan adik aku. Doakan keluarga aku ye. Mudahan doa yang baik – baik berbalik pada korang. Aamiin. – Nur (Bukan nama sebenar)
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.