Lepas nikah, suami minta balik duit hantaran sbb dia pinjam kawan. 20 tahun bertahan, akhirnya saya penat

Sudahlah duit hantaran suami minta balik, duit mas kahwin pun dia sapu. Saya bertahan selama 20 tahun, duit habis beratus ribu untuk suami, tapi ini yang suami baIas. Saya nekad nak jual rumah..

#Foto sekadar hiasan. Terima kasih admin jika tulisan ini disiarkan. Maaf tulisan agak panjang dan mungkin berterabur, kerana dah lama tak menulis. Salam perkenalan semua. Kenalkan, nama saya Bunga. Pemegang ijazah bidang agama di satu universiti terkemuka tempatan.

Suami pun sama. Anak 4. Berasal dari selatan tanah air. Usia perkahwinan dan mencecah 20 tahun lebih. Dalam usia perkahwinan begini, ikutkan telah menuju titik matang. Umur pun akhir 40 dan suami awal 50an. Hati sepatutnya dah tenang.

Anak – anak, semua di universiti. Yang bongsu, sedang menunggu keputvsan sambung belajar. Semua belajar agama dan tahfiz. Ingin mohon pandangan pembaca, memandangkan saya dah buntu, str3ss dengan masalah kewangan suami yang berpanjangan hingga kini.

Pendekkan cerita, saya isteri yang bekerja. Guru. Suami, dari awal perkahwinan kerja tak tetap. Kerja sendiri, sentiasa bertukar – tukar pekerjaan sampai sekarang. Saya ingat keadaan ini akan berubah. Saya bersabar daripada awal membantu segala kekurangan suami.

Mana – mana yang perlu, saya modalkan untuk mulakan pekerjaan baru dengan harapan ianya akan mengubah taraf hidup kami. Saya ikhlas bantu kekurangan sumber suami. Namun, gagal berterusan. Awal kahwin, saya dah bantu kongsi duit hantaran.

2k saya dan 2k suami. Masa tu dia kerja percetakan bersama rakan kongsinya. Selesai majlis, dia minta semula duit 2k yang diberi kepada saya atas alasan dia pun berhutang pada kawan. Bila saya bertegas, dia hanya kata ‘nak buat macam mana, itu aje yang ada’.

Saya rasa dah tertipu di awal perkahwinan. Duit mas kahwin, saya terp4ksa batalkan beli cincin kenangan kerana bantu beli katil untuk rumah sewa setelah 5 bulan tinggal bersama mertua yang terlalu cerewet dan semua yang dibuat salah. Hingga saya terkena migrain.

(Saya adalah seorang yang multi task boleh buat semua tugasan kerja rumah dengan cekap sehingga kawan – kawan panggil Liziqi Malaysia). Masa tu saya belum bekerja. Suami pula kerja. Masa saya banyak dihabiskan di rumah yang serba tak kena.

Jadi, kami terp4ksa ambil keputvsan berpindah. Adik beradik suami juga sokong keputvsan kami kerana katanya takut nanti terbuka semua aib ibunya. Daripada pandai buat kerja, saya telah berubah menjadi seorang yang penakut dan tak confident.

Mana taknya, sampai tahap susun pinggan pun mak mertua susun balik. Dan banyak lagi. Bukan nak cerita keburukan mertua, cuma nak cerita itu sebab kami berpindah. Buat pengetahuan pembaca, saya adalah menantu pilihan mertua tapi mertua sejenis yang tak boleh duduk lama – lama, nanti dia jemu.

Macam tu la berlaku antara dia dan adik beradiknya. Bila dekat busuk, bila jauh wangi. Macam – macamlah dengar cerita yang negatif bila dah lama tinggal bersama. Gelang emas simple batal air sembahyang, suami kata hilang dari poket kerana saya terp4ksa tanggalkan semasa berada di wad untuk bersalin. Menangis tak berair mata.

Dia berjanji untuk ganti, tapi saya tak pernah dan tak berani meletakkan harapan yang tinggi. Memang tak berganti sampai sekarang pun. Nafkah zahir suami memang tak lepas. Pakaian raya saya, anak – anak dan suami setahun sekali pun saya yang beli.

Pakaian dalam saya dan anak perempuan pun saya beli. Kadang – kadang, tak tergamak tengok dah terlalu lusuh. Makan kami suami beli ala kadar. Alhamdulillah, saya dan anak – anak tak merungut. Syukur adanya. Kadang – kadang belanja barang dapur pun tak cukup. Suami gaji seminggu sekali.

Ibarat kais pagi makan tengahari. Teringin sesekali makan sedap, beli sendiri. Perbelanjaan bersalin, bil hospitaI, rawatan dalam pantang semua saya bayar kerana niat membantu sebab dia sentiasa dalam kesesakan. Tak pernah ada duit lebih.

Tempat tinggal, alhamdulillah. Ada rumah sendiri. Dulu beli masa zaman ekonomi cantik sikit. Harga rm132k. Rumah ni nama berdua sebab gaji suami tak cukup kukuh untuk loan tersebut. Part bayar rumah dan yang berkaitan, suami yang bayar.

Saya bayar part saya, kereta, pinjaman peribadi bantu suami, bil – bil air, elektrik dan maintainance rumah di kampung tinggalan orang tua. Seminggu sekali kami balik bersihkan dan kemas. Sejam perjalanan dari rumah yang kami tinggal bekerja sekarang.

Dalam saya banyak top up bayaran – bayaran besar seperti kereta rosak 2 ribu, 6 ribu… ribu – ribu lah, suami masih minta bantu benda – benda kecil seperti isi minyak balik kampung, tol dan lain – lain. Yang menjadi masalah, suami selalu tak menjaga komitmen bayaran bulanan.

Dia culas. Biarkan bil macam tu saja. Rumah pernah hampir dilelong. Tunggakan banyak. Bil air, letrik pun sama. Hampir kena p0tong. Sayalah yang bantu bayarkan hutang – hutang yang ada dalam keadaan saya juga ada komitmen sendiri.

Ibarat kata, tutup lubang sana, sini berlubang. Berulang kali. Saya rimas. Str3ss. Lelah. Walaupun dah pesan pada suami, jangan suka tangguh bayar. Tapi dia buat juga. Suruh cari kerja tambahan, supaya tak mengharapkan satu gaji, tak mahu juga.

Hinggalah berlarutan lebih 20 tahun masih dengan masalah yang sama. Sedangkan saya berh3mpas pulas, buat macam – macam. Meniaga macam – macam. Alhdmdulillah, ada saja hasilnya walaupun saya penat. S4kit. Rezeki tak pernah putvs.

Pernah menjadi dropshipper emas, pada masa yang sama niat untuk menyimpan untuk kesesakan kewangan. Alhamdulillah, dengan emas yang dikumpul dapat dijadikan modal pusingan di rahnu untuk keperluan hidup.

Pernah meniaga kerepek, ambil order dan jual. Syukur sangat. Berjaya. Suami pun cuba juga, dia ambil dalam jumlah yang banyak sebagaimana saya buat. Bezanya dia tak ambil order terlebih dahulu. Walaupun saya dah nasihat, beli sikit – sikit dulu.

Tapi dia tak dengar kata, akhirnya membazir begitu saja. Pernah berdua buat biz yang sama, suami tak nampak hasil. Tapi saya berjaya bawa dia pergi haji, renovation rumah dan upgrade kereta yang lebih selesa untuk kegunaan bersama.

Suami pernah berniaga di Pahang. Buat benda besar iaitu restoran. Saya halang kerana kos dan jauh. Dia tetap teruskan kerana modal kawan dah beri. Akhirnya gagal dan dia menanggung muflis dan membayar esolvensi hingga kini.

Banyak perkara yang saya nasihatkan agar tidak memilih pekerjaan tertentu, termasuk ibu saya nasihatkan. Tapi dia tetap berdegil. Sudahnya, saya yang menanggung kos kegagalannya. Sedih bukan kepalang. Hanya Allah tempat mengadu.

Sejak awal perkahwinan, memang kami amalkan tahajud dan bangun malam hingga kini. Tapi, saya tak tahu kenapa tak nampak jalan keluar bab yang ini. Baru ni, surat mahkamah pula sampai, suami tak bayar maintainance rumah.

Akaun saya disekat. Menyebabkan saya s4kit em0si dan fizikaI menanggung semua ini. Dulu pernah janji, nak bayar personal loan untuk top up mana – mana kekurangan, akhirnya saya bayar sendiri. Pernah janji bayar insuran takaful keluarga bersama, akhirnya bayar sendiri.

Dan saya telah berhentikan kerana kekangan kewangan yang kami hadapi. Kereta? Dari awal kahwin, saya yang beli. Bermula dari kereta buruk, kancil dan upgrade sikit – sikit ke kereta mpv semua saya yang beli dan bayar.

Bayar bulan, maintainance, rosak saya bayar. Kepala kena sentiasa ligat dan bersedia dengan wang ringgit hadapi masalah – masalah besar. Saya kena bijak menyimpan dan merancang kerana saya tau suami tak berduit hingga tahap duit kec3masan pun tiada.

Hidupnya penuh santai. Tiada kerisauan di hati. Sebab bila kec3masan, dia tau saya ada dan jika saya juga sempit, dia mesti berhutang. Bila saya tiada duit, saya kena usaha dan ikhtiar sendiri. Bila suami tak berduit, dia cari saya, cari pada maknya yang uzur terlantar atas katil, cari pada kakaknya tanpa ada rasa malu.

Tak pernah malu. Bagai tiada maru4h dan harga diri. Saya yang malu. Sepatutnya, selaku anak lelaki dialah perlu bantu orang tua. Ini tidak. Hutang banyak. Tapi hidupnya sentiasa macam tu. Tak terbayar. Saya belikan kereta untuknya 2 kali, tapi satu hampir jadi besi buruk sebab bila rosak dia tinggal.

Satu lagi waktu yg lain, kereta yang sedia ada untuk ambil dan hantar anak ke sekolah yang saya belikan, saya terp4ksa jual sebab dia tak tahu nak jaga maintainance. Terbiar. Sebab pada masa yang sama, dia memerIukan van untuk mengangkut murid – murid sekolah (kerja baru).

Saya modalkan beli dan modalkan tukar kepada gas supaya jimat minyak. Dia selalu mengadu, duit gaji habis pada minyak. Tapi, akhirnya dia tak dapat bayar bulan – bulan ansuran van tersebut dan akhirnya dijual dan dia bertukar kepada kerja yang lain lagi. Begitulah berulang.

Guna kereta pula lasak, bahu jalan pun selalu diIanggar. Saya yang tukang bayar bulanan dan kerosakan, hanya mampu pejamkan mata dan menangis dalam hati. Sesekali membebel tapi ada sahaja jawapannya. Dia yang bawa kemaIangan, saya yang kena repair. Alasan… tak ada duit.

Alasan jika rosak… standardla kereta dah lama. Motor? Saya pernah belikan motor arw4h ayah untuk kemudahan suami ke masjid atau ke kedai. Pakai tak lama, rosak sikit, dia tinggalkan macam tu aje. Sedih… Basikal? Ibu saya pernah belikan suami basikal lipat awal – awal kahwin kerana berjalan kaki ke tempat kerja yang tak berapa jauh.

Sudahnya, suami jual atau beri pada orang lain. Kalau sesekali ingin lapangkan hati, bercuti. Ketepikan sedikit duit gaji, bawa dia dan anak – anak. Sepenuhnya saya bayar. Jika ada part dia pun, makan. Itupun dia minta duit ibunya, minta duit anak – anak (duit raya dan duit baru belajar kerja part time).

Malunya saya. Itupun, saya masak juga masa bercuti. Tak pernah dalam sejarah hidup, dia ajak saya bercuti, merai dan lain – lain… seringkali, saya yang bawa dia dan bayar sepenuhnya. Bab s4kit, saya s4kit saya bayar bil rawatan.

Dia s4kit, saya juga yang bayar. Bab alat solek, saya jenis yang tak kisah. Murah pun tak apa janji ok dan serasi. Pernah, saya beli bedak compact eco 4 unit biasa saya beli, saya bayar, asing bakul. Tapi saya dah letih, teringin sesekali merasa dia bayarkan.

Bukan mahal pun, tak sampai rm10. Itu pun dia dah bising. Sedih teramat masa tu mengenang nasib diri dapat suami berkira. Sedangkan saya dah banyak peng0rbanan bayar macam – macam untuk bantu dia. Pendidikan anak – anak, semua saya tanggung sepanjang sekolah rendah.

Bila sekolah menengah, saya mahu rehat dan berikan part untuk dia sebahagiannya. Sedihnya, apa yang berlaku dia tangguh bayar hingga jadi hutang. Hinggalah saya terp4ksa bayarkan setelah bertahun anak saya tinggalkan bangku sekolah.

Sampai satu kes, anak lelaki tidak dibenarkan menyambung persekolahan kerana yuran terg4ntung selama 8 bulan. Semua di luar pengetahuan saya, kerana saya jaga part saya, tapi jika beri part pada dia pasti berlaku masalah.

Kadang – kadang ada masa, bukan tak mahu bantu, tapi saya dah penat. Biarlah berdikari sebagai suami. Itu yang berlaku hutang yang banyak. Saya m4kin nampak, dia mengambil kesempatan dengan caranya yang santai, senang hati sebab saya selalu bantu.

Baru – baru ini, saya sudah tak tahan, fizikaI menanggung str3ss dan masalah saraf menjadi – jadi. Saya mengadu pada doktor yang merawat. Ikutkan sejarah, saya pernah mengalami halusinasi . Saya perIukan kaunselor.

Doktor beri surat rujukan ke psik4tri untuk ke kaunseling. Tapi saya tangguh. Saya sedang merancang untuk ke pejabat agama. Saya merancang untuk jual rumah di kampung yang saya sayang dan lupakan semuanya.

Saya mahu tinggal dan habiskan sisa – sisa hidup saya di pondok warga emas (saya dah berurusan) supaya saya lebih tenang untuk beribadah dan mengakhiri hidup saya di sana, tanpa gangguan em0si yang berterusan daripada insan yang saya pernah sayangi.

Bantulah beri pandangan dan sokongan. Apakah yang perlu saya buat? Saya bertahan selama ini kerana saya ikhlas dan fikir orang lain lagi susah. Mohon jangan kecam. Terima kasih dan minta maaf jika tulisan saya menyinggung sesiapa. – Bunga (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Merida Adams : Kenapa masalah still ada walau tahajud dah buat. Sebab yang sunat dibuat, yang wajib dibuat tidak endah. Yang wajib di sini, suami gagal menyediakan nafkah wajib kepada akak dan akak pulak tidak redha akan hal ini. Tahajud buat juga pada masa yang sama kena usaha menjadi lebih baik dari semalam.

Jeera Jasme : Kak Bunga.. Hidup ni ada banyak pilihan tau. Kalau tanya netizen memang Kak Bunga dah tahu jawapan kot. Kak Bunga kena tahu yang paling berharga adalah kesihatan. Kalau dah menjejaskan kesihatan mentaI sendiri baiklah Kak Bunga pilih selamatkan diri Kak Bunga dulu.

Kalau Kak Bunga s4kit, takut masa tu dah terlambat. Kak Bunga nak teruskan perkahwinan ni pun, memang lama dah tak ikhlaskan. Bagi saya kan, percubaan suami ni nak berubah 5 tahun pertama tu. Kalau takde perubahan tak payahla ditunggu – tunggu.

Hari ni dia susahkan Kak Bunga, esok – esok anak – anak pulak jadi m4ngsa. Kita manusia ni, tak kira ape pun keadaan kita, kita ada hak untuk rasa bahagia, tapi bahagia dengan cara kita. Jangan ukur bahagia kita dengan hidup orang lain.

Jadi single bukan d0sa pun. Harap Kak Bunga buat keputvsan bijak dan tabah lalui semuanya. Beri diri sendiri rasa bahagia walaupun sekejap.

Fiqa ZA : Setelah 20 tahun akhirnya Puan lelah. Saya bersimpati atas nasib Puan. Saya ingin ingatkan adik – adik yang lain untuk ambil iktibar kisah ini. Dari awal kahwin, jangan cuba ambil alih tanggungjawab suami menafkahi isteri.

Bahananya sepanjang hayat.. suami akan take for granted jika isteri yang sanggup menanggung semua perbelanjaan padahal nafkah itu tanggungjawab suami. Sedari awal menikah bahkan sebelum menikah harus dijelaskan pada bakal suami apa nafkah yang diperIukan untuk mengelakkan issue di kemudian hari.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.