Sebab saya nak cerai, suami larikan anak umur 5 bulan dan bagi dekat keluarga angkat dlm keadaan comot, hanyir

Ada h4mba Allah call saya bagitau lokasi anak saya, dia kata anak saya teah diserahkan kepada satu keluarga angkat. Saya terus ke rumah tersebut. Saya jumpa anak saya, saya peIuk, menangis. Keluarga angkat bagitahu yang suami cakap, mak kandung dah tak nak jaga. Dia serahkan anak dalam keadaan yang comot, busuk, hanyir..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Maaf menganggu ye pembaca semua. Selama hari ni just baca post orang lain, banyak info, ilmu saya dapat. Tapi hari ni kita plak nak post, nak minta pendapat kawan – kawan dalam ni.

Saya merupakan ibu kepada 3 orang cahaya mata. Yang sulong adalah anak hasil perkahwinan pertama saya, manakala 2 orang lagi perkahwinan terkini. Ok, diringkaskan cerita, perkahwinan pertama saya sangat – sangat tak bahagia, hanya mampu bertahan setahun 3 bulan saja.

Bekas suami suami seorang yang panas baran, tidak bertanggungjawab dan juga pen4gih. Masa anak kami berusia 4 bulan, saya kumpulkan segala kekuatan untuk keluar dari rumah kami. Bekas suami memang marah dan tak mahu berpisah tapi saya dah tak sanggup hidup dengan dia.

Segala benda saya yang tanggung, dih1na lagi, semua duit saya dia ambil tanpa pengetahuan saya. Koleksi duit lama saya juga dia jual. Bila dia tanya, memang takde pengakuan yang keluar, dia asyik jawab tak tahu, padahal dalam rumah tu, kami je yang ada.

Keluarga dia pastilah menangkan dia. Jadi nak dijadikan cerita, dia marah saya tuntut fasakh, dia datang jumpa anak kami di rumah saya, kemudian dia larikan anak kami yang ketika itu berusia 5 bulan. Dia sorok dari saya, dia hanya bagi jumpa bila dia ajak saya berjumpa dengannya.

Bayangkan anak masih kecil, dia uji saya sebegini. Dipendekkan cerita, ada h4mba Allah call saya bagitau lokasi anak saya, dia kata anak saya teah diserahkan kepada satu keluarga angkat. H4ncur luluh hati saya, tanpa membuang masa, saya terus ke rumah tersebut.

Saya jumpa anak saya, saya peIuk, menangis. Keluarga angkat bagitahu yang bekas suami cakap, mak kandung dah tak nak jaga. Dia menipu! Dia serahkan anak dalam keadaan yang comot, busuk, hanyir.. Bila bekas suami dapat tahu saya dah tahu lokasi anak, dia meng4mok, marah – marah.

Mujur keluarga angkat anak saya sejenis yang memahami dan baik. Mereka cuba meIindungi anak saya daripada benda tak baik. Mereka minta kami selesaikan dengan cara baik, sementara tu mereka akan jaga anak saya dengan baik.

Dengan kuasa Allah, doa saya Allah makbulkan. Bekas suami saya serahkan anak pada saya secara tiba – tiba, dia cakap dia nak kerja dekat satu tempat. Dia tak mau keluarga angkat tu jaga anak kami lagi, jadi dia serahkan anak kepada saya.

Allah je tahu bagaimana rasa hati ni. Saya syukur sangat. Sepanjang anak di tangan dia dan keluarga angkat, saya memang layan bekas suami dengan sangat baik, keluar makan dan sebagainya hanya dengan niat nak dapatkan anak tu semula.

Sikit pun tak ada niat untuk berbaik semula dengan dia. Bila dapat anak balik, memang saya jaga dia baik – baik. 2 bulan kami terpisah, pastilah saya tak mahu perkara tu berulang lagi. Sepanjang tu bekas suami saya muncul bagaikan chipsmore, kadang – kadang muncul, nak jumpa anak tengah – tengah malam.

Nak saya datang ke sekian – sekian tempat yang dia tentukan. Pada mulanya memang saya ikutkan je sebab tak mahu berg4duh. Bila keluarga saya tahu mereka marahkan saya, mereka risau jika pisang berbuah dua kali. Maka saya plak yang demand dengan bekas suami, tentulah bekas suami jadi aggresif, marah dan m4ki hamun keluarga saya di rumah keluarga saya.

Bila jadi kes polis, dia terus senyap tanpa berita. Alhamdulillah saya bahagia membesarkan anak saya sorang – sorang. Walaupun agak menc4bar, tapi saya kuat demi anak. Bekas suami tak pernah bagi nafkah, bertanya khabar pun jarang sekali tapi saya ok je, saya bahagia tanpa m4kian dari dia.

Selang beberapa tahun, baru dia nak jumpa anak, bila saya tak bagi, dia m4ki saya macam – macam. Saya abaikan. Setelah 6 tahun solo, saya bertemu dengan suami sekarang. Alhamdulillah suami sangat sayangkan anak saya.

Keluarga suami pun sangat baik. Mereka terima kami 2 beranak dengan baik. Layanan mereka pada kami, masyaAllah, saya sangat terharu. Mesranya mereka pada kami, hingga saya tak rasa kekok langsung. Keluarga bekas suami saya pun tak layan saya seperti itu.

Masa raya baru ni, ketika tengah seronok beraya di kampung suami, saya dapat mesej dari bekas suami yang dia nak berjumpa dengan anak saya. Suami saya minta saya tanyakan pada bekas suami, di mana dan bila mahu berjumpa? Kami akan bawakan.

Tapi bekas suami bagitau nak bawak anak saya beraya dengan family dia, nanti dia akan hantar anak pulang. Terus saya cakap tak boleh! Saya tr4uma dengan kehilangan yang dulu walaupun anak saya kini dah 9 tahun, bagi saya, dia masih tak pandai jaga diri di luar.

Saya takut kalau dia disorokkan semula, lagipun anak saya sendiri takut dengan ayahnya. Bagi dia ayah terlalu asing. Dia pernah ternampak dokumen – dokumen mahkamah dalam file saya, dia ternampak gambar saya yang berd4rah dibibir gara – gara bekas suami tolak saya.

Sejak dari tu, anak saya jadi tak suka dengan ayah dia walaupun saya dah terangkan. Saya bagitau ni masalah ayah dengan mama saja tapi ayah dengan abang takde masalah, ayah sayangkan abang. Dia hanya mendiamkan diri.

Anak saya pernah tanya suami saya sekarang ni, “abi, boleh tak kalau abang nak tukar bin abang kepada nama abi?? sebab abang kan anak abi?” Suami saya rasa sangat sebak, terus peIuk anak saya. Suami saya dah pujuk dan jelaskan dekat anak saya hal ni, alhamdulillah anak dah faham dan redha dengan ujian ni.

Lagipun sehingga kini, suami saya la yang menanggung segala perbelanjaan anak saya, makan minum, mainan, mereka siap keluar memancing bersama. Hubungan mereka sangat rapat walaupun anak saya sekadar anak tirinya.

Manakala bekas suami masih menggangu saya, ugvt saya dia akan ambil anak saya semula. Tiba – tiba saya teringat, lawyer yang handle kes fasakh saya dulu pernah bagitau, jika saya berkahwin lain, gugur hak penjagaan anak pada saya, benarkah kawan – kawan??

Tapi bekas suami saya bukanlah suami dan ayah yang baik, pernah dipenjarakan, nafkah tak pernah bagi, layakkah dia?? Dan tidak bolehkah saya menjaga anak saya?? Tolong share pendapat kawan – kawan. Saya tak lena tido fikirkan hal ni, kesian kat anak, menjadi m4ngsa dalam hal ni.

Andai saja bekas suami memahami dan matang seperti bekas suami Nora Danish, InshaAllah anak saya pun bahagia di sisi ayah dan mama dia sekarang. Tapi sebaliknya sekarang ni, saya buntu dan sedih..

Komen Warganet :

Anisah Abdullah : Ikut bacaan dan apa yang saya tahu, anak akan diberi pada jagaan ibu sehingga umur 18 tahun. Selepas itu mahkhamah akan tanya pada anak samada nak ikut ibu atau ayah sebab dah matang buat keputvsan sendiri.

Nurul Heliana Mohd Hilmi : Kalau kahwin lain pun tak jatuh hak jagaan anak ke ayah pon kecuali kes – kes terpencil contohnya si ibu pen4gih, s4kit jiwa dan sewaktu dengannya. Jangan risau puan. Untuk kepastian tanya pada yang lebih arif. F1ght untuk anak. Semoga urusan puan dipermudahkan.

Siti Hajarratul Najwa : Bekas suami suami ada rekod masuk penjara. Penagih lagi. Panas baran. Takkan dapat hak jagaan kat dia. Mesej – mesej dia yang m4ki puan ss dan simpan buat bukti kalau bekas suami pergi buat tuntutan mahkamah.

Anak pon taknak kat dia. Mimpi disiang hari ja la bekas suami tu. Ambik pon bukan dia nak bela. Saja nak bagi s4kit hati ja. Sis pergi buat tuntutan lagi la sis. Kalau nak jumpa bersyarat. Kena ada sis dan suami. Tak boleh bawak pergi mana – mana sebab pernah sorok anak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.