Mak tipu kata ayah benci aku sampai letak binti Abdullah, bila aku tanya mak tipu buat kali kedua

Lepas aku jumpa segala bukti, aku tanya ibu tentang ayah kandung aku. Ibu menangis bagitahu yang dia kena r0goI dengan anak boss warga Pakistan. Dia nak jaga perasaan aku, tak nak aku down sebab tu dia tipu. Aku terima jawapan ibu. Tapi kakak datang bagitahu aku, ibu tipu. Kakak bagitahu hal sebenar yang buat aku terIuka..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku seorang perempuan yang dah berkahwin dengan seorang incredible man dan ada seorang anak lelaki super saiya. Aku anak luar nikah hasil hubungan terlarang ibu dan seorang lelaki warga Pakistan.

Aku tak pasti lah macam mana berlaku, yang aku tahu masa tu ibu janda ditinggalkan suami dan sebulan lepas tu kem4tian anak lelaki. Apa yang aku boleh fikir dia manusia yang khilaf dinodai tipu daya sy4itan sewaktu hilang arah kehidupan.

Cuma part yang aku kecewa, terIuka dan pedih sangat aku ditipu. Sepanjang kehidupan aku, aku begitu sanjung ibu aku. Aku sangat menjadikan dia idola sebab aku rasa dia yang paling sayangkan aku dekat dunia ni. Jadi sebagai seorang ibu, dia takkan s4kitkan aku.

Dari kecik aku diberitahu yang ayah kakak aku (suami pertama ibu) tu adalah ayah kandung aku. Tapi nama aku tak ber binti kan dia sebab ayah tak nak mengaku aku ni anak dia. Aku naif sangat, bila siapa – siapa tanya tu jawapan aku.

Aku bencikan ayah dari kecik sampai habis umur aku 16 tahun. Padahal sebenarnya dia bukan bapak aku pun. Rahsia ni ibu simpan elok je. Kakak pun tak pernah bagitahu aku apa – apa. Kakak selalu jugak jumpa dengan ayah.

Masa tu aku mesti menangis fikir kenapa ayah tak nak jumpa aku? Bayangkan masa umur aku 8 tahun, aku curi – curi ambil nombor telefon ayah aku, lepas tu jalan kaki sejauh 2 batu sebab nak pergi public phone semata – mata nak dengar suara ayah.

Bila dia angkat fon, aku senyap je, aku cuma nak dengar suara ayah aku. Aku suka kemas rumah, setiap bulan aku akan kemas rumah dan alih – alih perabot rumah aku. Kuasa Allah, satu hari tu aku tengah alihkan almari berlaci dekat bilik ibu aku macam mana ntah tersalah step laci tu semua terkeluar dan memunt4hkan macam – macam surat dan dokumen.

Aku kemas satu – satu sampai terjumpa surat cerai ibu. Tarikh cerai tu beza 3 tahun dari tarikh lahir aku. Dekat situ aku dah tahu aku ditipu dan malam tu kuasa Allah jugak, ibu tengah tengok forum perdana. Memang setiap minggu tu rancangan favourite dia.

Setepek dekat dahi, tajuk dia “kenapa aku Bin / binti Abdullah”. Sebenarnya aku ni tak macam budak – budak perempuan lain sebaya aku, mungkin sebab cara aku dibesarkan kot. Alhamdulillah aku tak tahu kenapa tapi pemikiran aku memang agak matang dari kecik.

Aku tak cepat em0. Aku boleh handle situasi tu. Kadang – kadang kakak aku yang jarak umur 12 tahun dengan aku pun minta pandangan aku. Jadi, satu hari tu aku kumpul segala kekuatan yang ada untuk tanya ibu. Dengan setenang – tenangnya aku tanya.

Aku sayang sangat dekat ibu, aku tak nak dia salah faham dengan pertanyaan aku, aku tak nak hati dia tergur1s. Jawapan ibu (sambil menangis) dia dir0goI dengan anak majikan dia. Warga Pakistan. Aku tak berapa terkezut sebab ramai orang tanya aku, aku ni kacukan ke? Arab ke? (mungkin sebab hidung kot).

Kemudian aku tanya ibu kenapa tipu sebab aku terkilan sangat sebab dari aku umur 6 tahun sampai 16 tahun aku simpan gambar ayah kakak aku bawah bantal. Sebelum tidur mesti aku usap – usap muka dia aku cari part mana muka aku sama dengan dia.

Lepas tu aku civm gambar tu semua. Kecewa sangat part tu. Ibu kata ibu tak nak aku sedih, ibu tak nak aku rasa down dengan status aku. Jadi aku faham, sikit pun aku tak marah ibu dan aku tak tanya lebih lanjut pun. Aku tak nak Iuka dekat hati dia bertambah.

Sejak dari hari tu, aku nekad untuk lupakan ayah aku. Dia tak patut dikenang. Aku dari air m4ni manusia per4ngai binatang. Aku jijik dengan sebahagian diri aku tapi aku s4kit sangat, aku kecewa sangat bila aku tahu ibu tipu aku lagi. Kakak yang cerita kan ni.

Sebenarnya aku daripada hubungan suka sama suka antara ibu dengan ayah kandung aku. Bukan dir0goI sepertimana yang ibu kata. Ayah aku muda 10 tahun dari ibu. Memang anak majikan ibu dan diorang ditangkap berkhalwat.

Kakak cakap masa tu dia pun ibu abaikan, ibu tengah dilamun cinta dengan ayah aku. Tu yang buat kakak aku benci ayah kandung aku dan tak nak ingat dah hal tu. Lepas kejadian tu, dua – dua masuk lokap. Kes ibu ni jadi headline suratkhabar.

Kakak kata dia sampai tak nak keluar rumah sebab malu. Dahlah ayah dia dah ada bini baru, ibu plak buat per4ngai macam tu. Dia kata dia tertekan sangat dengan keadaan tu kalau boleh dia tak nak cerita dekat aku tapi dia kesian tengok aku kena tipu buat kali kedua.

Tapi tulah salute dekat kakak sikit pun dia tak berd3ndam dengan ibu. Pasal ayah kandung aku, lepas keluar lokap diorang satu family balik negara diorang. Last sebelum dia balik, kakak cakap dia ada request nak jumpa aku tapi ibu tak bawak dan sampai sekarang aku tak pernah tahu dan tak pernah tengok ayah kandung aku.

Dari lepas SPM sampai sekarang aku ada menyimpan hasrat nak cari ayah aku. Aku tahu status aku dengan dia. Mesti ada yang kata better tak payah sebab dari segi hukvm dia bukan ayah aku. Tapi aku sump4h aku dapat tengok dari jauh pun cukuplah.

Hari – hari aku rindukan ayah aku tapi aku tak dapat gambarkan pun muka dia. Kadang – kadang aku terasa ada orang tengah ingatkan aku, dan rasanya sayu sangat. Tolong, kalau ada siapa boleh komen macam mana aku nak cari dia.

Aku tak ada satu detail pun pasal dia. Tak tahu nak mulakan perjalanan ni macam mana. Kejadian ni pun dah 24 tahun yang lepas. Terima kasih – Yme

Komen Warganet :

Fiza Haliem : Hai TT, mesti peritkan rasa rindu pada orang yang kita tak kenal, tak pernah jumpa. Saya faham apa yang awak lalui sebab saya pun rindu ibu saya yang saya tak pernah jumpa dan kenal. Tapi apa yang boleh kita buat, doakan yang terbaik untuk mereka.

Semoga Allah ampunkan d0sa ibu awak dan juga ayah kandung awak walaupun dari segi nasab awak dan dia tiada ik4tan tapi hakik4t ada ik4tan dalam jiwa.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?