Lepas suami keluar penjara, aku pindah duduk dengan mak. Aku perasan, makanan selalu habis. Gula, beras, lauk takde. Anak aku cakap, ada dalam bilik opah

Lama kelamaan aku perasan mak mula sorok semua makanan dalam bilik dia. Beras tak ada. Gula tak ada. Lauk pun tak ada, katanya. Satu hari, anak aku bagitahu dalam bilik opah penuh makanan. Aku tersentak dan aku mula faham..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum min. Terima kasih kalau min sudi siarkan luahan aku ni. Aku tak tahu nak mengadu dekat siapa lagi. Selama ni aku cuma simpan dalam hati, senyum depan orang walaupun dalam hati ni Allah saja yang tahu macam mana s4kitnya.

Kadang – kadang aku tengok orang lain ada tempat berg4ntung bila susah, tapi aku macam tak ada sesiapa. Aku cuma nak meluah, sebab d4da aku dah terlalu sesak menanggung semua ni seorang diri. Aku ada lima orang adik beradik dan kami semuanya perempuan.

Masa aku tingkatan satu, mak dengan ayah bercerai. Sejak hari tu, hidup kami terus berubah. Ayah kahwin lain dan perlahan – lahan dia mula abaikan kami sekeluarga. Kami betul – betul terkapai – kapai. Mak pula macam dig4ntung tak bertali. Segala tanggungjawab jatuh atas bahu dia seorang.

Keadaan mak waktu tu memang teruk. Dia kemurungan, selalu termenung, menangis tanpa sebab, kadang – kadang bercakap seorang diri. Aku tahu semua tu berpunca daripada tr4uma sepanjang hidup dengan ayah yang memang panas baran. Sampai sekarang kalau teringat balik, aku masih boleh rasa takut yang pernah kami lalui dulu.

Nak makan pun susah. Ada hari kami makan hasil sumbangan jiran – jiran yang simpati dengan keadaan kami. Duit bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mak pun itulah yang banyak membantu kami meneruskan hidup. Pernah beberapa kali aku tengok mak menangis sebab tak tahu nak masak apa untuk kami.

Dalam rumah cuma ada beras sedikit dan telur beberapa biji. Kadang – kadang jiran datang hulur beras, minyak masak atau ikan. Aku memang tak akan lupa jasa mereka sampai bila – bila. Lepas aku habis ambil peperiksaan PMR, aku terus buat keputusan berhenti sekolah.

Ramai yang cakap rugi, tapi masa tu aku tak nampak pilihan lain. Aku nak bantu keluarga. Aku anak sulung. Aku tak sanggup tengok mak terus macam tu. Aku mula bekerja. Gaji tak besar, tapi cukuplah untuk beli beras, susu, lampin kalau perlu dan belanja sekolah adik – adik. Aku juga bawa mak pergi berubat.

Kadang – kadang duit gaji tinggal beberapa ringgit saja sebelum hujung bulan, tapi aku tetap cuba bertahan. Aku pernah jalan kaki balik kerja semata – mata nak jimat duit tambang supaya dapat beli ubat mak. Alhamdulillah, tak sampai setahun keadaan mak semakin pulih.

Aku rasa lega sangat bila tengok mak dah boleh senyum semula. Tak lama kemudian, mak dipertemukan jodoh dengan ayah tiri aku. Syukur sangat sebab ayah tiri aku seorang yang baik dan kuat pegangan agama. Dia banyak membimbing mak dan layan kami adik beradik macam anak sendiri.  Buat pertama kali selepas sekian lama, aku rasa rumah kami kembali ada kebahagiaan.

Tak lama selepas tu, aku pula berkahwin ketika umur baru 17 tahun. Aku fikir inilah permulaan hidup baru aku. Aku harap dapat bina keluarga yang bahagia dan tak ulang kisah silam mak dengan ayah. Alhamdulillah, Allah kurniakan aku empat orang anak yang menjadi penyeri hidup aku.

Malangnya, kebahagiaan tu tak lama. Satu hari aku dapat berita yang suami aku ditangkap polis sebab menghisap d4dah. Masa tu dunia aku rasa gelap. Aku kecewa sangat. Aku menangis berhari – hari. Aku marah, s4kit hati dan rasa dikhianati.

Aku pernah fikir nak berpisah, tapi setiap kali teringat macam mana pedihnya jadi anak daripada keluarga yang bercerai, aku terus batalkan niat tu. Aku tak nak anak – anak aku lalui apa yang aku pernah lalui. Lepas suami keluar dari penjara, aku buat keputusan berpindah ke rumah mak.

Aku harap dengan suasana baru dan kerja baru, suami aku boleh berubah. Syukur, sedikit demi sedikit dia memang berubah. Aku nampak usaha dia. Sebab tu aku terus beri peluang. Hampir dua tahun kami tinggal di sana. Tapi hidup kami memang susah.

Kami bekerja menoreh getah. Biasalah kerja macam tu. Kais pagi makan pagi. Kais petang belum tentu ada apa nak dimakan malam nanti. Kalau hujan beberapa hari berturut – turut, memang kami terus terputus pendapatan. Pernah kami cuma makan nasi dengan garam dan kicap. Anak – anak pula masih kecil. Bila mereka tanya kenapa lauk tak ada, hati aku memang luluh.

Kadang – kadang sebab dah betul – betul tak ada makanan, anak – anak aku pergi ke rumah mak nak tumpang makan. Pada mulanya tak ada masalah. Tapi lama kelamaan aku perasan mak mula sorok semua makanan dalam bilik dia. Beras tak ada. Gula tak ada. Lauk pun tak ada, katanya.

Tapi anak aku pernah cakap, “Mama, dalam bilik opah banyak makanan.” Masa anak aku cakap macam tu, aku terus diam. Aku faham apa yang berlaku. Aku tak sanggup nak berg4duh dengan mak. Mungkin dia ada sebab dia sendiri. Tapi sebagai anak, hati aku memang terluka.

Aku balik rumah malam tu sambil menangis. Anak – anak pula tak faham kenapa mama mereka asyik menangis. Akhirnya aku buat keputusan balik semula ke Johor. Aku fikir biarlah susah sendiri daripada terus rasa macam menyusahkan orang lain.

Kalau dengan ayah kandung pula, hubungan kami memang tak pernah rapat. Ayah dan mak tiri ada anak sendiri. Aku tak pernah kisah kalau mereka lebihkan anak mereka. Tapi ada satu kejadian yang sampai sekarang aku tak boleh lupa.

Masa tu anak mereka sedang makan makanan ringan. Anak aku tengok lalu minta sedikit. Bukan minta banyak pun. Tahu apa ayah aku buat? Dia campak makanan tu ke atas tanah. Anak – anak aku yang masih kecil kutip balik makanan tu dan makan.

Aku terkaku tengok depan mata. Lagi s4kit bila mak tiri dengan ayah sama – sama ketawa macam benda tu kelakar. Masa tu aku rasa harga diri aku dipijak. Aku peIuk anak – anak aku dan terus balik. Dalam perjalanan balik aku menangis sampai tak mampu bercakap. Anak aku siap tanya, “Mama, kenapa atuk buat macam tu? Kami buat salah ke?”

Sampai sekarang soalan tu masih terngiang – ngiang dalam kepala aku. Aku sedar aku susah. Kadang – kadang hidup aku memang macam pengemis. Tapi aku tak pernah minta harta mereka. Aku cuma nak layanan yang sama macam cucu – cucu lain.

Sekarang pun keadaan masih sama. Ayah lebihkan adik – adik aku yang berjaya dan ada duit. Aku pula macam tak wujud. Pernah satu hari ayah belikan helikopter mainan yang baru untuk anak – anak saud4ra aku. Cantik, siap boleh terbang.

Bila sampai dekat anak aku, dia bagi mainan yang dah rosak. Baling pun tak boleh, bateri pun dah tak ada, bahagian kipas dah tercabut. Anak aku tetap senyum dan cakap terima kasih sebab dia tak faham apa – apa lagi. Tapi aku sebagai mak, hati aku memang h4ncur.

Aku tahan air mata depan anak – anak. Bila balik rumah baru aku menangis puas – puas. Aku tahu mungkin ada yang akan cakap aku cemburu. Ya, memang aku cemburu. Aku s4kit hati. Bukan sebab aku nak harta atau duit mereka. Aku cuma nak anak – anak aku rasa mereka juga disayang seperti cucu yang lain.

Aku cuma nak dihargai sebagai anak yang pernah berk0rban untuk keluarga dulu. Aku berhenti sekolah demi keluarga. Aku bekerja demi keluarga. Aku jaga mak sampai pulih. Aku besarkan adik – adik bersama mak. Tapi akhirnya aku rasa macam semua peng0rbanan aku dipadam begitu saja.

Sampai hari ni, aku masih cuba bertahan. Aku masih berusaha cari rezeki yang halal bersama suami. Aku percaya Allah nampak segala usaha kami walaupun manusia tak nampak. Alhamdulillah, aku redha dengan apa yang berlaku. Aku cuma tak minta lebih. Aku cuma berharap suatu hari nanti akan ada insan yang menghargai apa yang pernah aku lakukan.

Kalau bukan manusia, cukuplah Allah tahu segala yang aku pendam selama ni. Terima kasih min sebab sudi baca luahan aku. Maaf kalau susunan cerita aku bercelaru. Hati aku terlalu penuh. Air mata ni dah lama aku tahan. Hari ni baru aku mampu luahkan semuanya. Assalamualaikum.

Ulasan Pembaca :

Firdaus Shakirin : Kita dilahirkan dalam keadaan susah, itu bukan salah kita. Tapi kalau kita m4ti dalam keadaan yang sama, itu salah kita sebab kita tak berusaha memperbaiki kehidupan kita. Apa yang sis lalui tu ialah ujian daripada Allah.

Berhenti meminta ehsan daripada sesiapa pun. Berdiri atas kaki sendiri mulai hari ni. InsyaAllah, nikmat Allah tu terlalu banyak untuk h4mba Nya. Yang paling penting, jaga hubungan sis dengan DIA. Akhir sekali sis, kalau anak – anak sis tak ada mainan nak bermain, mesej peribadi saya. Saya bagi RM20, sis pergi kedai ECO dan beli 10 mainan untuk mereka. Mainan baru, elok, tak patah dan tak rosak.

Homeopathy Lyn : Cerita kita lebih kurang saja, cuma situasi berbeza. Saya amat memahami nasib awak sebab saya sendiri alami perkara yang hampir sama dalam keluarga dan adik beradik saya. Peng0rbanan tak dihargai, malah dibalas dengan perkara yang meny4kitkan hati. Nak buat macam mana, susah senang kita kena teruskan hidup. Cuba cari kerja yang lain. Suami macam mana, kerja tak? Semoga Allah murahkan rezeki awak sekeluarga. Amin.

Rainiza Hj Adnan : Kuatnya awak dik. Hebatnya awak. Kekuatan dalaman yang Allah anugerahkan kepada awak memang sangat hebat. Hanya orang – orang yang istimewa macam awak saja dapat melalui semua ujian tu. Mulai hari ni jangan lagi mengharapkan bantuan daripada sesiapa. Mintalah daripada Allah.

Setiap ujian yang adik lalui, pahala pasti berlipat ganda. InsyaAllah, adik akan menjadi kaya di sana nanti daripada kami. Akak doakan adik terus kuat. Satu hari nanti pasti akan ada cahaya buat adik. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :