Lepas suami lafaz talak, dia bawak anak pergi tidur rumah skandal. Depan anak mereka berasmara. Kali ni, suami lafaz talak 3

Semalam saya menerima panggiIan dari suami, saya ingatkan semuanya akan selesai. Dalam talian, saya dengar suara suami, panggil perempuan tu. “Yang… yang..” Perempuan jawab.. “Ye yang..” Sambil dua – dua gelakkan saya..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. saya berusia 30++ tahun. Saya text untuk meluahkan perasaan dan minta pendapat yang lain. Mohon pandangan yang murni sahaja. Saya dan suami telah berkahwin pada umur saya 27 tahun.

Dikurniakan sepasang anak. Anak sulung berumur 5 tahun. Manakala yang bongsu berumur 6 bulan. Suami saya sudah saya kenal selama hampir 12 tahun. Saya telah diceraikan taIak 1 secara tidak sengaja dan tanpa niat oleh suami beberapa bulan selepas berkahwin dan kami rujuk semula beberapa minit selepas lafaz.

Pada 19/8/2025 saya telah diceraikan taIak 2 melalui applikasi whatsapp, “aku ceraikan kau taIak satu”. Terus meninggaIkan rumah dan rujuk semula seminggu selepas itu. Pada 31/8/2025 suami telah melafazkan, “aku ceraikan kau” dan terus meninggaIkan rumah sekali lagi.

Kalau ikutkan sudah taIak 3 tapi suami kata semua taIak tak sah sebab taIak jatuh atas desakan saya meminta cerai. Dia tiada niat menceraikan. Punca taIak 2 dan taIak 3 jatuh atas sebab suami ada perempuan lain. Baru saja bermula beberapa bulan dan mencapai kIimaks apabila saya mendesak dia menceraikan saya setelah kami rujuk taIak 2.

Dia meninggaIkan rumah dengan membawa anak sulung sekali keluar bersama. Dia pulang ke rumah esoknya dan saya bertanya kepada anak, “pergi mana?” Anak jawab, “rumah mommy.” Anak jugak menceritakan pada saya yang suami dan perempuan tu tidur sekatil, berpeIukan sambil bercivm mulut.

Setelah mendengar apa yang anak ceritakan, saya meng4mok dan terus mintak cerai. Maka jatuhlah taIak ketiga. Semalam saya menerima panggiIan dari suami, saya ingat untuk selesaikan kes ke mahkamah sebab saya tak ada ic copy dia tapi dia call, panggil perempuan tu. “Yang… yang..” Perempuan jawab.. “Ye yang..” Sambil dua – dua gelakkan saya.

Saya rasa murung sejak dari awal bulan, bertambah murung bila suami buat macam ni. Saya menangis, saya minta kekuatan kepada Allah. Alhamdulillah, Allah beri kekuatan untuk saya failkan kes ni ke mahkamah. Sebut kes pada 25hb Oct 2025.

Pada malam semalam, saya minta dia balik untuk hantar kad pengenalan anak sebab saya jenis pelupa, dia yang pegang ic anak.. anak demam nak bawak pergi kIinik.. Saya jugak kena pass copy sebut kes mahkamah untuk dia dan dia kena tandatangan borang penerimaan.

Saya tunggu suami dia bawah blok dengan anak sulung sambil bertanya, “ini kereta mommy”? Anak kata bukan, sampai ada satu kereta gen 2 berlalu, anak kata. “ini kereta mommy”. Saya nampak suami keluar dari arah kereta dan saya telah pergi ke kereta perempuan berkenaan. Ya, perempuan tu ada dalam kereta. Saya telah menvmbuk cermin depan dan cermin driver sampai r3tak sambil memegang pen untuk suami tandatangan borang.

Saya jadi marah sebab tergamak suami bawak dia datang sini, sedangkan niat hati saya nak bawak anak sekali bersama – sama suami ke kIinik. Perempuan itu beralih dari tempat duduk penumpang ke tempat pemandu, dia start engine dan berlalu, sambil saya mengejar dari belakang dan suami mengejar kereta itu dan terjun masuk ke dalam kereta berlalu pergi dengan lintang pukang kerana amvkkan saya.

Saya cakap terus terang kalau suami terus peIuk saya dan anak malam tadi masa tengah meng4mok dan suruh perempuan tu pergi balik, mungkin saya boleh lagi maafkan dia. Ingatkan dah lafaz taIak, suami pergi balik rumah mak ke ape tapi rupanya menetap, bermanja – manja dekat rumah perempuan tu.

Dia masih lagi suami saya selagi taIak tak sah kat mahkamah, s4kitnya hati saya memikirkan. Allah je yang tahu, tergamak dia berlalu tinggalkan saya dan anak di bawah blok semalam. Dia memilih perempuan tu dari isteri dan anaknya.

Soalan saya, saya tak tahu macam mana nak keluar dari masalah ni. Saya murung, sedih depr3ssion. Suami kata, dia tak nak tandatangan borang cerai dan tak nak lafaz kat mahkamah sebab dia masih sayangkan anak – anak dia. Mungkin dia akan menipu juga di mahkamah.

Tipulah saya kata kalau tak sayang dia lagi, susah nak move on tapi dia dah pilih jalan dia. Saya tak nafikan, dia seorang ayah yang baik, dia jaga lebih baik dari saya dan anak – anak pun lebih sayangkan dia tapi ape yang dia buat sejak sebulan ni, abaikan anak, tinggalkan kami sampai pagi baru balik dan aks i- aksi drama terjun kereta yang berlaku, saya tak boleh terima. Saya dah murung sejak awal bulan, saya turun berat yang banyak dan sekarang saya masih lagi murung, cuma tak seteruk ketika kena taIak 2.

Saya tak tau apa nak buat kalau talak tak sah. 50% suruh patah balik dan rujuk, 50% lagi kata move on. Apa pun keputvsan dekat tangan saya. Bukan senang nak jadi ibu tunggal, umur muda 32 tahun. Anak yang kecik baru 6 bulan, saya buntu. Sekian.

Komen netizen :

Shida Samsudin : Kalaulah taIak tu boleh sesuka hati laki puan je harini tentukan sah ke tidak, dah tentu – tentu tak ada orang susah payah turun naik mahkamah untuk sahkan perceraian. Puan, sampah memang sesuai dengan sampah. Move on. TaIak 3 dah tu, entah taIak 1 dan 2 tu disahkan di mahkamah ke tidak tu. Saya doakan puan kuat. Kalau tak kuat, hantar anak – anak balik kampung, jangan tinggal dengan anak – anak semata.

LadyMiharbi Azizeh : Pendapat saya yang sudah melalui lebih d4hsyat lagi dari ini untuk Puan teruskan perjalanan kehidupan tanpa suami. Setiap kali teringatkan dia, ingatlah segala kejahatan yang dia lakukan. Memang kita akan hidup dalam sedih dan murung seketika, tetapi hidup bersamanya akan menjadikan Puan lagi mend3rita. Dia tidak hanya akan curang sekarang tapi akan curang dan curang.

Ingatlah dia tidak menghorm4ti puan kerana dia tidak lagi mencintai Puan. Kalau ada perasaan cinta dia tidak akan melakukan itu semua kepada Puan dan anak – anak. Jangan Puan rujuk lagi, pergi cari kerja dan move on. Kalaulah 8 tahun lepas saya tak move on dan hanya jadi surirumah, saya tak akan berada di mana saya berada sekarang. Masa itu singkat.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :