Staff ibu mertua asyik datang nak ngorat aku. Depan suami aku pun dia berani kenyit mata, buat-buat terpegang tangan aku. Dia kata nak aku, sanggup jumpa bapak mertua

Aku sayang dia sebab dah anggap macam keluarga, sama – sama kerja. Kalau lalu depan dia, dia kenyit mata. Lepas tu buat flying kiss. Main mata. Semalam dia ajak aku lari, Dia suruh anak aku panggil dia papa. Dia kata. itu anak dia. Aku takut suami aku tahu…

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum. Aku isteri yang berusia 23 tahun. Dan mempunyai anak berusia 1 tahun. Aku bekerja bersama suami di kedai makan ibunya sudah hampir 4 tahun. Staf – staf ibunya juga semua dah lama kerja kat situ. Suami aku sangat peramah. Dia baik sangat dengan semua pekerja ibu.

Yang jadi masalahnya sekarang, aku sangat tak selesa dengan satu staf ibu. Dia memang baik. Baik sangat. Muka handsome. Cuma dia bukan w4rganegara sini je. Dia dari negara lain tapi dia Islam. Solat tak tinggal. Tapi dia sampai Malaysia, dia isap ais.

Aku pun tak tahu la ais ke isap gam ke d4dah ke jenis apa benda. Tapi yang aku tahu, dia isap benda tu. Aku dan ibu selalu nasihatkan dia. Yela sebab semua kat situ dah jadi macam family aku. Ibu jarang ada kat kedai. Jadi aku perlu nasihat dia.

Nak tengok dia sihat macam orang lain. Dia jadi macam tu pun pasal awek dia kahwin dengan lelaki lain. Dia sayang sangat kat perempuan tu. Sampai dia sanggup t0reh – t0reh tangan dia. Pernah sekali dia betul – betul menangis depan aku. Sayang betul dia kat budak tu.

Tapi aku pun tak tahu nak buat apa. Aku mampu nasihat je. Aku kata, u kat sini kenapa nak fikir dia lagi. U ada family. Kita semua satu family. Ada ibu. Sini ada kawan – kawan. Susah senang kita sama – sama. Kalau u isap benda tu u dapat apa. Aku tegur sebab aku sayang. Kita kan satu family. Tak nak u s4kit. Tak nak u susah.

Tapi maksud aku bukan sayang dia yang lebih – lebih. Satu family kan. Faham – faham jela sayang yang macam mana. Dia salah faham. Dia rasa aku ni betul – betul ambil berat pasal dia. Aku memang jenis macam tu. Aku ambil berat kat semua orang. Bukan dia je. Semua sama.

Sampai satu tahap dia cakap, apa – apa yang u cakap semua datang hidayah. Aku tak faham. Dia kata aku baik sangat. Dia puji – puji aku tu ini padahal aku biasa – biasa je tak macam yang dia sangka. Solat pun banyak tinggal. Tapi dia fikir aku ni baik sangat dengan dia. Selalu nasihat dia. Selalu jaga dia.

Dia kata muka aku, badan aku, cara aku jalan, cara aku cakap, semua sama macam ex dia. Suami aku dengan dia memang rapat. Dah macam adik beradik. Sebab tu aku susah hati sekarang ni. Hari demi hari dia makin berubah. Dia mula cakap “Saya mahu u. U satu orang je saya mahu.”

Aku tak layan. Tak pernah aku layan sebab aku ada suami. Sekarang ni aku selalu mengelak dari dia. Sebab nak jaga hati suami. Nak jaga hati dia. Nak jaga hati semua orang. Aku tak nak pasal dia semua jadi g4duh. Dia pekerja ibu. Aku hormat dia sebagai pekerja ibu dan macam abang aku. Aku isteri. Aku kena jaga hati suami.

Dari dulu sampai sekarang aku kena cari idea untuk tukar topik bila dia mula mengarut. Sekarang aku dah tak tahan. Aku serabut. Aku tak boleh buat kerja. Dia selalu buat – buat Ianggar bahu aku. Mana aku duduk, mana aku berdiri, kat situ la dia ada.

Kalau aku nak bagi dia kertas ke apa ke, dia mesti pegang tangan aku sambil ambil barang tu. Kalau lalu depan dia, dia kenyit mata. Lepas tu buat flying kiss. Main mata. Kadang – kadang depan suami aku pun dia berani buat semua tu. Aku rimas.

Aku takut suami tahu lepas tu berg4duh. Kalau borak ramai – ramai, dia suka tenung mata aku dalam – dalam. Semua staf nampak. Tapi aku selalu mengelak buat tak ada apa – apa jadi. Dia juga selalu datang depan muka aku. Lepas tu suruh aku tenung mata dia dalam dalam. Ya Allah jauhkanlah dia dari aku. Aku takut.

Semalam dia cakap nak lari jauh – jauh. U mahu ke tak mahu. Aku cakap mahu apa. Dia suruh aku ikut dia lari. Ya Allah. Aku kata aku isteri orang. H4ram. U nak m4ti ke. Dia kata dia tak peduli. Dia hentak meja. Ya Allah takutnya aku.

Semalam aku nak pergi tandas. Dia ikut aku. Sambil jalan tu dia kata “Will you marry me.” Macam mana la aku tak tension. Aku serabut. Mana pergi dia ada. Dengan anak aku pun sama. Dia suruh anak aku panggil dia papa. Kalau aku main dengan anak, nanti dia datang lepas tu peluk anak aku dia kata dia happy sangat ada anak dengan aku.

Aku cakap ni anak aku dengan suami aku. U tak boleh macam ni. Aku dah kahwin. Perempuan tak boleh kahwin empat macam lelaki. Dia jeling aku lepas tu terus jalan. Ya Allah. Apa aku nak buat ni. Hari ni dia buat lagi. Dia ugvt aku.

Kalau dia tak dapat aku, dia m4ti atau suami aku. Dia hentak meja lagi. Aku tak layan dia langsung. Aku diam. Aku takut. Tapi dia tetap kacau aku. Sampai kawan – kawan lain kepung aku tak bagi dia dekat. Boleh ke dia cakap dia sayang aku depan semua staf lain.

Dengan muka garang dan sangat serius. Sampai kawan aku yang lain tu cakap, dia dah kahwin. Mana boleh u kacau bini orang. Dia kata dia tak peduli. GiIa ke. Kalau u suruh jumpa bapa mertua u pun sekarang aku boleh pergi. Hentam pun hentam la u nak tengok ke.

Lepas tu dia hentak meja lagi lepas tu pergi. Dia tak tahu ke bapa mertua aku tu bos dia. Kenapa dia jadi macam ni. Str3ss la aku. Tadi dia civm tangan aku. Aku betul – betul tak perasan. Ya Allah terk3jut aku. Aku tengah makan. Dengan tangan masih belum cuci. Aku main telefon. Tiba – tiba dia datang dari belakang lepas tu civm tangan aku.

Ya Allah berd0sanya aku pada suami. Aku lempang muka dia. Tapi dia buat muka tak bersalah pun. Kalau aku duduk jauh – jauh dari dia, dia akan cakap kat kawan lain tu yang dia sayang sangat kat aku. Dalam otak ni cuma ada aku seorang je. Dia sanggup buat apa je. Yang penting aku ikut dia lari dari sini.

Dah 3 tahun dia tunggu aku dalam diam. Sekarang dia kata dah tak boleh tahan tunggu lagi. Ya Allah dia giIa ke aku yang nak giIa. Aku takut. Aku takut sangat nak cakap dengan suami. Suami aku baik sangat dengan dia. Baik sangat. Tak sampai hati.

Aku tak nak rosakkan hubungan kami semua ni. Minta pendapat ye semua. Maaf la kisah ni bukan pasal aku dan suami. Tapi ia akan jadi masalah dalam rumah tangga kami. Aku serabut tak tahu nak cerita kat siapa. Sekarang suami macam dah dapat hidu.

Kalau dia duduk sebelah aku je, cepat – cepat suami suruh dia bangun. Nanti dia terus buat muka belakang suami. Dia ugvt macam – macam la. Susah aku nak cakap. Yang rapat dengan aku je tahu dia macam mana. Dia memang sangat berani. Dia berani buat apa je. Aku tahu dia macam mana.

Boleh ke dia berlakon buat – buat baik depan semua orang. Habis kalau tiap – tiap hari dia kenyit mata kat aku. Lalu sebelah pun dia dok main mata. Berdiri belakang aku sambil civm bau aku. Sekelip mata je dia boleh ada belakang aku, tepi aku, depan muka aku. Aku ni kerja. Takkan 24 jam aku nak jaga – jaga.

Ya Allah berilah petunjuk. Macam mana la kalau kantoi nanti. Tolong la aku. Aku serabut sangat. Aku takut pasal dia ni la boleh buat rumah tangga aku rosak. Maafkan aku sebab cerita terlalu panjang. Sekian.

Ulasan pembaca:

Puter : Aku nak bagitahu ni. Kau tak payah nak tunjuk belas kasihan sangat la. Sebelum badan tergadai, baik kau suruh bapa mertua kau tu halau dia atau report polis. Gangguan s3ksual tu. Kau buta ke atau kau memang buat – buat buta. Pendatang tu. Macam – macam dia boleh buat apa apa kat kau.

Eira Afira : Kau ni bukan takut, macam dah jatuh seronok je. Kalau aku la, dah kena ter4jang jantan tu. Apa – apa pun cerita kat suami. Pergi m4mpus la hubungan dah macam family tu. Kalau kau tak cerita, mesti lelaki kau ingat kau ada skandal dengan jantan tu. Benda simple pun tak boleh nak fikir ke.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :