Lima tahun kahwin masih belum ada anak. Mak mentua mula desak tanya pasal anak dekat kami

#Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum semua. Aku nak share kisah hidup aku sebagai pengajaran dan iktibar pasangan yang berkahwin dan juga kepada ibu bapa mentua di luar sana. Lepas beberapa kali dipujuk adik aku agar berkongsi kisah ini agar dapat memberi semangat dan pengajaran kepada mereka yang senasib dengan aku.

Aku mendirikan rumahtangga dengan Atif (bukan nama sebenar) sebaik sahaja tamat pengajian. Kami berkahwin atas dasar cinta. 2 tahun pertama perkahwinan kami masa dalam fasa bulan madu. Tetapi biasalah mulut – mulut orang sekeliling mula bertanya ‘bila nak ada anak?’.

Pada mulanya aku dan Atif sama – sama tidak kisah kerana fokus kami masih pada kerjaya kami. Walaupun rezeki anak masih tidak kunjung tiba tetapi Alhamdulillah kami masing – masing mampu membeli rumah dan kereta yang agak selesa.

KonfIik bermula apabila mak mentua aku sudah mula mempersoalkan tentang zuriat kepada aku. Untuk makluman semua, Atif merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga. Atif mempunyai 5 orang adik beradik dan dia anak yang ke 3.

Jadi mungkin disebabkan adik beradik perempuan Atif yang lain sudah berkeluarga dan mempunyai zuriat masing – masing maka Mak mentua aku sudah mula bising dan mendesak Atif untuk mendapatkan zuriat.

Pada tahun ke 4 perkahwinan, aku sudah pun memulakan rawatan kesuburan. Menurut doktor kami suami isteri tiada masalah kesuburan. Tapi doktor ada menyarankan kaedah IUI kepada kami suami isteri. Berita tersebut terus sahaja Atif sampaikan pada mak mentuaku. Perkara tersebut pun menjadi isu buat mak mentuaku kerana merasakan aku tidak seperti anak – anak perempuannya yang subur.

Kecil hati aku bila mendengar kata – kata mak mentuaku sampai begitu sekali. Sepatutnya seorang perempuan lebih memahami perasaan perempuan lain bila berkaitan hal begini. Siapa yang tidak menginginkan zuriat? Tapi zuriat itukan salah satu rezeki Allah. Siapa kita nak mempersoalkan rezeki Allah.

Aku sedikit berjauh hati dengan mak mentuaku. Hubungan kami suami isteri sedikit sebanyak turut terkesan. Mujur ada orang tua aku yang banyak memberi sokongan dan nasihat supaya bersabar. Kesabaran aku teruji saat mak mentuaku sendiri yang mencadangkan Atif beristeri lagi agar dia dapat menimang cucu dari anak lelaki tunggalnya.

Ya Allah, sampainya hati mak mentua aku cakap begitu di depan aku. Atif sekadar mentertawakan kata – kata maknya itu mungkin memikirkan itu hanya gurauan semata – mata tetapi tidak bagi aku. Balik sahaja dari rumah mentua, aku menangis sepuas hati. Sepanjang malam aku tidak tidur memikirkan kata – kata mentuaku. Aku ingat lagi bermula pada malam itu lah aku doa dan mohon pada Allah, berikanlah apa yang terbaik untuk aku dari sisiNya.

Tepat ulangtahun 5 tahun perkahwinan aku dan Atif, kami bercerai secara baik. Banyak perkara yang terjadi tapi aku tidak mahu membuka 4ib mana – mana pihak.

Sewaktu kali terakhir aku menyalam tangan Atif waktu itu aku dah ikhlas dan redha dengan segala – galanya. Aku ingatkan aku akan menangis tetapi tiada setitis pun airmata mengalir dari mataku. Cuma mungkin hujan lebat pada hari itu menangisi perpisahan kami berdua.

Masuk tahun ini sudah 4 tahun sejak penceraian yang lalu. Dug4an sebagai seorang Janda juga sangat hebat. Tapi aku bukanlah seorang perempuan yang akan membina kebahagiaan atas air mata orang lain. Aku juga tidak mahu memegang title penyond0l.

Allah itu maha baik. Syukur Ya Allah.

Dia temukan aku dengan Amar. Terima kasih Ya Allah untuk segala rezeki dan nikmat yang Kau berikan. Sebelum aku menerima pinangan Amar, aku berterus terang kepada Amar dan keluarganya yang mungkin aku tidak dapat memberikan zuriat kepada Amar jika dia tetap ingin berkahwin denganku. Tidak semena – mena Ibu Amar memeIuk aku pada waktu itu. Aku masih ingat kata – kata dan hangatnya peIukan Ibu sehingga ke hari ini.

Alhamdulillah aku dan Amar sudah pun hampir 10 bulan bernikah. Doakan aku dipermudahkan urusan bersalin nanti. Aku bersyukur dengan segala ujian dan nikmat yang Allah berikan pada aku. Buat Ibu, terima kasih sebab menerima Tya yang serba kekurangan dalam keluarga Ibu. Terima kasih untuk doa – doa ibu dan terima kasih sebab besarkan Amar.

Amar, kita bercinta sampai syurga ya.

Fyi, Atif juga bahagia dengan isteri dan anak – anaknya. I pray for your happiness, always.

Pengajarannya di sini, kadang – kadang kita putvs asa sampai rasa kenapa Allah tak makbulkan doa aku ni. Allah Maha Mendengar. Allah tahu apa yang kita perlukan dan bukan apa yang kita inginkan. Sabar seems to be the hard3st word. Tapi kuncinya memang sabarlah. ALLAH MAHA BAIK.

P/s : Cantiknya pelangi selepas hujan 🙂

– Nian di hati (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Husna Iffah

Tenangnya baca… Setenang air yang mengalir lembut. Alhamdulillah, tahniah kepada puan. Semoga puan dan suami menjadi ibu bapa yang mithali serta memperoleh anak – anak yang soleh solehah lagi bijaksana. Aameen!!! Sentiasa bersangka baik terhadap Allah kerana itulah Dia dalam hidup Kita.

Chuya Shams

Alhamdulillah semoga kalian kekal bahagia hingga ke syurga. Semoga kita pembaca juga kekal bahagia hingga ke syurga. Sekiranya ada antara kita sedang didug4, takpa. Teruskan dan inshaallah kita semua akan mendapat kemanisan akhirnya. Kuatkan hati, jalan terus. Berserah kepadaNya. الله sentiasa ada bersama kita.

Yarntz Nabihan

Alhamdulillah..bahagia akhirnya tapi pelik betoi manusia ni..sebuk dengan rumah tangga org. Sikit – sikit nak suruh menikah lain yang belum tentu menjanjikan bahagia. Saya penah kena jugak, mak sed4ra suami syorkan agar suami kawen dengan ex gf dengan alasan budak tu baik, sedangkan saya tengah sarat hamil anak ke 2 masa tu dan bawa dia jalan – jalan lagi sebab suami kerja. Mungkin bagi dia saya tak cukup baik, entah la, mulut manusia. Mentua dan parents kita baik tapi belum tentu saud4ra mara mereka baik.

Ana Tajul

Ya perancangan Allah memang terbaik, semoga bahagia hingga ke jannah, bila berpisah Secara baik dan dapat menerima apa yang berlaku. Secara positif, saya yakin puan adalah orang yang sangat Iuhur budinya. Semoga puan di dlm Rahmat Allah selalu,apa yg berlaku pasti ada hikmah yang tersendiri, kerana kita insan yang tak hadapi tapi Allah mudahkan jalan urusan hidup puan.

Azizah Hasnahanom Hamid

Sebenarnya jod0h rezeki ajaI itu rahsia Allah, hanya kita selalu membuat pilihan tanpa bertanya pada tuan pemilik kita melalui solat taubat, istikarah dan kurang keyakinan terhadapNya. Kita sering mengikut apa yang kita rasa dan nilai sendiri. Maka jadilah salah pilihan dan perlu diperbetulkan cara yang Allah sediakan. Dunia ini Allah yang punya, yang berhak mutlak ke atas segala isinya.