#Foto sekadar hiasan
Saya telah berkahwin selama 3 tahun dan telah mengenali suami saya selama 6 tahun. Suami merupakan seorang lelaki yang baik, bertanggungjawab dan sentiasa menyediakan keperluan saya. Namun, semua itu berubah apabila beliau mula bermain permainan PUBG.
Semuanya bermula apabila saya diposting ke pedalaman dan bekerja sebagai seorang guru. Disebabkan risau akan keselamatan saya, suami berhenti bekerja sebagai technician dan mengikut saya ke pedalaman.
Pada mulanya, beliau agak sukar menyesuaikan diri kerana di pedalaman, beliau tidak mempunyai kerja. Beliau sering merungut kebosanan serta malu apabila hanya saya seorang bekerja menyara kami berdua.
Pernah sekali beliau mengambil keputusan untuk bekerja kembali di tempat beliau memandangkan saya tidak mempunyai banyak masalah di pedalaman, tetapi apabila rumah jiran kami dimasuki pencvri, beliau memadamkan niat untuk tinggalkan saya berseorangan di pedalaman. Kerana kasihan melihat keadaan suami yang kebosanan apabila saya ke sekolah untuk mengajar, saya mengambil pakej wifi dengan ku0ta yang besar untuk beliau meIayari internet dimasa lapang.
Pada mulanya, semua berjalan seperti biasa. Suami merupakan seorang yang sangat mengambil berat. Suami menyediakan makanan apabila saya kembali dari sekolah, dan menyediakan pakaian untuk saya sebelum pergi ke sekolah.
Pendek kata, suami lah yang melakukan kerja – kerja di rumah yang sepatutnya dibuat oleh seorang isteri. Satu hari, beliau memuat turun permainan PUBG setelah di ajak oleh sepupu beliau. Ketika itulah perangai beliau berubah sedikit demi sedikit.
Daripada suami yang penyayang kepada suami yang panas baran. Beliau sering berteri4k ketika bermain permainan tersebut serta menghent4k tangan, kaki serta marah apabila beliau tidak berjaya menyelesaikan misi.
Pernah juga beliau membawa saya bermain permainan tersebut, dan sebagai seorang isteri, saya cuba untuk menyokong beliau asalkan beliau gembira. Saya mencuba permainan tersebut, namun tidak berkekalan kerana konsep permainannya yang gan4s dan bahasa yang dituturkan oleh pemain lain tidak berpatutan. Pada suatu hari, suami diajak bermain permainan PUBG secara berkumpulan bersama rakan sepupu suami. Saya menyedari terdapat seorang pemain wanita kerana saya terdengar melalui percakapan mereka.
Saya bertanya kepada suami, adakah beliau mengenali pemain wanita tersebut, dan beliau menjawab tidak kenal dan hanya mengatakan wanita tersebut rakan kepada sepupu suami. Pada mulanya, saya agak janggal kerana suami memakai earphone, dan saya cuba mendengar perbualan mereka melalui earphone tersebut dan ternyata suara wanita itu agak manja dan kedengaran seperti suara yang gedik.
Saya cuba untuk tidak menghiraukan perasaan saya kerana tidak ingin berg4duh dengan suami. Tetapi hari demi hari, saya melihat suami saya kerap bermain PUBG bersama wanita tersebut. Dan apabila saya bercakap dengan suami, beliau akan mem4tikan fungsi ‘mic’ di game tersebut. Saya mula curiga dan berasa tidak sedap hati. Saya meminta suami untuk membuka fungsi ‘mic’ di game tersebut walaupun saya tengah bercakap kerana itu merupakan satu petunjuk bahawa saya merupakan isteri beliau.
Oleh kerana tidak ingin berg4duh, beliau turutkan saja. Namun, apabila saya seringkali bertanyakan suami, ‘pemain ******** tu juga ke? kenapa selalu sangat main dengan dia, tak ada pemain lelaki ke?”, suami mentertawakan saya dan saya juga turut mendengar suara ketawa wanita dari headphone tersebut. Saya pendamkan saja perasaan saya kerana tidak ingin berg4duh. Lagipun suami seringkali mengatakan itu hanyalah rakan di alam permainan.
Satu hari saya disahkan mengandung. Saya dan suami berasa sangat gembira kerana itulah cahaya mata yang ditunggu – tunggu setelah sekian lama. Saya juga membuat permohonan pindah dari pedalaman agar suami dapat bekerja. Saya berharap dengan bayi yang bakal lahir dan suami bekerja, beliau dapat mengurangkan masa bermain permainan PUBG. Saya juga meminta beliau untuk kurangkan bermain PUBG bersama pemain wanita tersebut. Tetapi beliau memarahi saya kerana tidak ‘sp0rting’.
Saya menegaskan bahawa saya bukanlah meIarang suami bermain PUBG, tetapi meIarang beliau bermain bersama pemain wanita tersebut. Suami menurut kata kerana tidak ingin berg4duh memandangkan keadaan saya yang sedang berbadan dua.
Selepas itu, suami bermain PUBG hanya dengan sepupu dan rakan lelaki yang lain. Walaupun beliau masih tidak berubah dengan sikap baran ketika bermain PUBG, saya bersyukur kerana suami tidak lagi bermain dengan pemain wanita tersebut.
Bak kata orang, disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Satu hari, ketika berada di sekolah, saya terlupa satu barang yang perlu saya kembalikan kepada rakan guru. Memandangkan terIanjur berjanji, saya pulang ke rumah untuk mengambil barang tersebut memandangkan jarak dari sekolah ke rumah tidaklah jauh sangat. Sesampainya saya di rumah, saya terdengar suami berbual sambil ketawa dan dari perbualan tersebut, saya tahu suami sedang bermain PUBG.
Apabila saya buka pintu rumah, suami terk3jut hinggakan telefon yang ada ditangannya terlepas. Suami cuba untuk mengambil telefon tersebut dan cuba untuk mem4tikan PUBG namun saya sempat melihat nama pemain yang bermain bersama beliau. Dan nama pemain itu adalah wanita tersebut. Saya berasa sangat marah dan terkilan kerana tidak sangka suami masih bermain bersama wanita itu di PUBG. Walaupun ia kedengaran lucu, namun ia boleh jadi punca keretakan rumahtangga. Saya bertanya kepada suami kenapa masih bermain dengan wanita itu?
Suami meninggikan suara dan bertanya semula, ‘kenapa saya tak boleh bermain dengan kawan saya sendiri?” Saya menjawab, saya cemburu kerana apabila beliau berbual dan bergurau dengan wanita itu di PUBG, sepertinya mereka sedang bertelefon, cuma platformnya adalah PUBG. Suami mula marah dan berteri4k. Beliau katakan bahawa beliau tidak mempunyai kebebasan.
Saya katakan bahawa saya tidak pernah meIarang beliau bermain PUBG, namun bukan dengan wanita itu. Saya menegaskan lagi bergurau bermain berduaan dalam PUBG memang tidak nampak di mata masyarakat, tapi bunyinya tidak sesuai untuk suami orang bergurau senda apa lagi suara wanita tersebut bermanja – manja dengan beliau.
Kerana tidak tahan saya bercakap, suami menarik rambut saya dan menjatuhkan saya ke lantai. Beliau menolak kepala saya ke lantai dan menekannya dengan keras. Saya hanya mampu menangis dan memegang perut saya kerana risau jika terjadi apa – apa terhadap zuriat kami. Beliau berteri4k dan mengatakan saya tidak memberinya kebebasan. Apa kebebasan lagi yang suami minta? Saya tidak pernah meIarang suami bermain PUBG.
Apabila saya menjawab, suami menghent4kkan kepala saya ke lantai. Saya tidak dapat berfikir benda lain, melainkan kem4tian di tangan orang yang paling saya sayangi. Apabila suami menarik rambut untuk bercakap dengan saya, saya rasa kes4kitan yang amat sangat. Saya tidak pernah sangka suami akan buat begini terhadap saya kerana sepanjang perkahwinan kami, suami tidak pernah memukuI saya. Dan beliau mengatakan jika saya berani bercakap tentang PUBG lagi, beliau akan ceraikan saya.
Kemudian, suami berdiri dan menuju ke dalam bilik sambil mengambil telefon, mengunci diri sendiri di dalam bilik tersebut. Saya tidak mampu buat apa – apa melainkan menangis teresak – esak. Saya ters3ntak, terk3jut dan tr4uma. Perkataan ‘cerai’ terngiang – ngiang dikepala saya. Sp0ntan saya memegang perut memikirkan tentang nasib anak ini jika kami bercerai. Sedih tidak terkata apabila perangai suami berubah hanya kerana PUBG.
Selepas perg4duhan itu, saya mengambil alternatif untuk berdiam diri. Tetapi pada masa yang sama, saya bersedia andai suami ingin membawa haluan masing – masing. Saya wanita yang bekerjaya, kuat dan mampu berdiri sendiri andai suami pergi bersama wanita lain.
Kepada suamiku,
Tidak pernah terdetik dihati sayang untuk abang bertindak begini. Jauh di sudut hati, sayang sangat sayangkan abang. Abang lelaki yang baik, cuma abang terpengaruh dengan mainan dunia. Sayang cuba untuk mengubah abang, tapi apakan daya jika kekerasan yang abang gunakan, sayang tidak boleh meIawan. Sayang sentiasa berdoa semoga abang berubah dan kembali seperti yang dulu.
Kepada bakal / suami – suami gamers di luar sana,
Rendahkanlah eg0 anda seandainya isteri meminta anda untuk berhenti / kurangkan bermain PUBG, Mobile Legend dan seangkatan. Mungkin kerana isteri anda nampak perubahan sikap anda yang anda tidak sedari. Fahamilah bahawa syurga akhirat itu lebih bernilai daripada syurga dunia. Ada insan yang lebih perlukan anda di dunia realiti berbanding dunia alam maya.
Kepada wanita games di luar sana,
Saya tidak salahkan anda jika tujuan anda hanya ingin mengisi hari anda dengan bermain game. Namun, fahamilah sempadan anda di antara suami orang walaupun hanya di alam maya. Dan cubalah bercakap menggunakan suara formal untuk berkomunikasi kerana saya juga wanita, tahu membezakan suara formal dan suara manja. Dan ingatlah andaik4ta ada wanita yang berniat buruk, karma itu wujud. Apa yang dibina dengan airmata, tidak akan berkekalan.
– Laila
Komen Warganet :
Nabilah Zaki
Maaf puan, bukan saya nak judge puan, tapi in the first place kenapa puan setuju bila suami nak berhenti kerja dan ikut puan berpindah? Dan membiarkan suami tak bekerja untuk beberapa ketika, hmm maaf cakap puan, itu bukan tindakan yang bijak. Konteks masalah puan ni lebih besar daripada pubg semata. Maybe suami puan sengaja cari alasan menggunakan pubg untuk menutup masalah lain.
Nor Haslinda Mohd Mahidin
Permulaan kegan4san kepada sang isteri. Suami yang baik tidak akan sesekali mengas4ri seorang isteri. Hanya kerana Pubg dan wanita lain. Sila berfikir secara waras wahai isteri di luar sana.
Hazirah Hj Hamzah
Lelaki bila banyak sangat masa lapang, dia memang akan buat masalah. Sebab lelaki ni sifatnya sukakan cab4ran. Biar lelaki sibuk bekerja daripada ada masa lapang begini. Suami tugasnya menyara keluarga mencari nafkah. Bila tak bekerja, lain jadinya. Sepatutnya kena cari alternatif untuk keseIamatan. Tinggal di rumah bujang ke, jiran2 semua kawan sekerja ke.. Atau suruh juga suami cari kerja di kawasan tersebut. Sekarang ni dah m4kin gawat keadaannya. Si suami pun tak sedar yang isteri yang menanggung hidupnya. Ada hati nak cerai isteri lagi . Tak malukah hidup dengan duit isteri?
Faizal Faris
Orang lain pun main game jugak, just kena tahu limit la. Ket4gihan game ni sama je dengan ket4gihan benda lain, tak dapat akan jadi withdrawaI syndr0me, contohnya pemarah. Dapat game kembali leka dalam dunia dia.
Airie Zahkuan
Aku main ada la sehari dalam 4 jam, siang 2 jam malam 2 jam. Ok ja lagi anak bini tak terabai. Main pun selalu gerak solo tak main by team. Biasa main tutup mic tak borak melainkan kawan sekerja. Kena pandai bahagi masa rumah tangga dengan game.