5tahun kahwin hampir tiap2 hari g4duh dgn suami, sehinggalah buat pertama kali dia pukuI saya

Kami gado besar dan akhirnya dia pukuI saya buat pertama kalinya. Sampai di rumah, dia sapukan minyak kat Iuka3 saya. Dia menangis dan mintak maaf. Tapi saya pelik tengok m4kin lama suami m4kin berubah. Saya nekad tanya pada mak mertua. Akhirnya baru saya tahu, ketika mertua demam panas..

#Foto sekadar hiasan. Terpanggil untuk berkongsi pengalaman bila baca banyak kes cerai suami isteri sejak kebelakangan ni. Nama tipu saya, A. Berumahtangga, dan ada 3 orang cahayamata. Dah berkahwin 13 tahun. Umur lewat 30-an.

Apa yang ingin saya kongsikan ni sebenarnya kisah saya dan suami lebih kurang 8 tahun dulu. Kenal suami dari zaman sekolah, tak pernah bercinta, hanya kawan sekolah. Tup tup jumpa balik. Masa tu saya heartbr0ken, dia pon bercerai, duda anak sorang, kami akhirnya berkahwin.

Yer, kami sebaya. Masa tu memang saya tak fikir panjang, ye lah sebab kecewa, tengok dia okay, saya pon bagitahu ayah, saya nak kahwin, ayah setuju dan kami pon kahwin. Little did I know that he is actually baran sangat and to make it worst, dia mentaI t0rtured saya teruk sangat.

Suami tak pukuI saya, tapi setiap hari dia mengungkit segala kisah silam saya, hari – hari kami berg4duh. Silap saya, saya ceritakan segalanya kepada dia. Masa tu saya jujur, dia pon nampak baik, boleh terima segala buruk baik saya.

Betapa naïf nya saya waktu sebelum kahwin tu. Apa yang saya kenal dan nampak sebelum kahwin hanyalah wayang, senang cerita. Hari – hari saya berendam airmata. Sebulan lepas kawin, saya berpindah jauh dari keluarga sebab mengikut dia bertugas.

Dan ya, memang jauh tempat tinggal kami, dalam 16 jam perjalanan. Siapa yang faham, faham lah. Lima bulan berkahwin, dengan izin Allah saya mengandung, bukan sekali, tetapi tiga kali semuanya selang setahun lebih kurang.

Semuanya gugur tanpa sebab. Sedih bila dikenangkan diri dan hidup saya masa tu, hanya Allah yang tahu. Kurang lebih lima tahun saya berkahwin tidak dikurniakan anak. Tapi dari mula berkahwin, anak tiri yang saya anggap macam anak kandung, tinggal bersama dan kami jaga, dari usia dia setahun lebih.

Saya tak bekerja, memang saya lah yang sepenuhnya menjaga dia. Tak pernah saya rasa dia anak tiri saya. Wallahi. Makan, pakai, hantar amik sekolah, segalanya dengan saya. Dia penghibur peneman saya masa tu. Hubungan kami suami isteri masih sama memang berg4duh, dari sekecik – kecik hal, akan jadi berkait – kait dan sampai mengungkit.

Penat perit bila nak ingat semula. Kesian anak tiri saya, zaman kanak – kanak dia hidup tengok mak ayah berg4duh. Sampai satu tahap saya malas untuk bercerita dengan sesiapa pon hatta kakak saya sendiri. Dan anak saya seakan faham apa yang berlaku dalam rumah kami.

Per4ngai suami masih sama, depan orang he is the most charming guy. Tapi, yang hidup dengan dia tahu lah macam mana. Dan ya, mak dia tahu per4ngai dia dan mak dia takut dengan dia. Dan ya, saya memang mintak diceraikan setiap kali berg4duh jika dia bencikan saya.

Jangan siksa saya, dia atau pon saya berhak untuk hidup bahagia. Dia memang tak kan ceraikan saya, pada saya sebab dia takut nanti orang akan pandang dia yang bermasalah sebab ni dah rumahtangga kedua untuk dia.

Kalau nak cerita bab berg4duh sahaja, memang saya kena buat confession lain. Sebab banyak sangat. Cukup lah pembaca tahu yang suami saya ni Mr Perfectionist, tak boleh salah, semua kena ada logik akal, semua kena sains, kena academic, kena bagus etc.

Memang str3ss kehidupan masa tu. Sampailah kemuncaknya tahun 2012. Ramadan 2012, MIL akan ke Mekah, untuk umrah, berpuasa dan berhari raya di sana. Dua hari sebelum ramadan, kami sekeluarga hantar MIL ke airport dan saya masih ingat moment tu.

Di airport, saya fikir inilah ikhtiar terakhir sebelum saya betul – betul menyerah kalah dalam perkahwinan ni. Saya tak boleh tulis di rumah, dia akan tahu dan nanti akan jadi g4duh, meleret – leret ke isu yang takde kaitan.

Saya pernah menulis diari, dia baca dan kami g4duh. Dan akhirnya segalanya saya p3ndam dalam hati, dan akhirnya lupa sendiri. Moment di airport tu, fully submission I would say. Saya berlari pergi pinjam pen di kaunter info, mintak kertas sikit, masa pon dah suntuk, saya tulis doa yang saya nak MIL bacakan masa di sana nanti.

Segala yang terfikir, terluah terlintas di minda saya tulis di kertas tu. Saya tulis segala doa saya khusus untuk suami saya di kaunter Info tu dengan juraian airmata. Ya, hanya doa untuk suami. Takde pon doa nak anak ke apa.

Saya fikir, ada sebab kenapa saya masih belum dikurniakan anak masa tu. Doa say, saya mintak Allah kurniakan saya suami yang baik, yang tak baran, yang bertolak ansur, yang membimbing saya, yang betul – betul sayangkan saya dan yang penting suami yang membahagiakan saya.

Ya Allah, saya nak suami betul – betul berubah. Ya Allah, kau tahu apa segala yang terbuka di hati aku. Kau makbulkan lah segala doa – doa aku, walaupon tak sempat saya tulis di kertas tu. Sesudah bersalam, saya peIuk MIL, saya bagi dia kertas tu, saya bisik kat dia mintak dia bacakan doa – doa tu di sana.

15 hari ramadan, kami g4duh besar, walaupon punca dari hal kecik je, dia akhirnya pukuI saya. Itu lah kali pertama dan harapnya yang terakhir. Kebetulan malam tu, sepupu saya ajak berbuka puasa di rumah dia, saya amik peluang tu, pergi rumah dia bersama suami dan ceritakan segalanya kepada sepupu saya.

Dia yang berpangkat kakak dan lebih tua dari kami, menasihati suami, dan suami hanya tunduk mendengar. Dalam kereta masa balik ke rumah, kami diam seribu bahasa. Sampai di rumah, dia sapukan minyak kat Iuka – Iuka saya. Dia menangis, dan mintak maaf.

Kehidupan diteruskan seperti biasa, dengan saya kembali ke rumah kami, jauh dari keluarga sekali lagi. Dan kali ni ternyata suami betul – betul berubah menjadi suami seperti doa – doa saya yang dibacakan MIL di Mekah. 180 degree perubahan!

Saya perlahan – lahan sedar perubahan dia. Perubahan yang perlahan, tapi saya senang dan bahagia. Tiada lagi ungkit mengungkit, baran marah. Dan yang paling nyata, dia sem4kin dekat dengan agama. Alhamdulillah.

Akhirnya, tahun 2013, saya dikurniakan cahayamata. Dipendekkan cerita, tahun 2014 saya tergerak hati untuk bertanyakan MIL pasal doa – doa saya. MIL bagitahu, malam ke 15 ramadan dia di sana, dia demam teruk. Tapi dia tetap bacakan doa – doa saya sebab dia tahu anak lelakinya macam mana.

Sampai h4ncur kertas doa tu dia baca untuk kebahagiaan rumahtangga kami. Terima kasih Mak. Alhamdulillah, Berkat doa yang mak baca di sana lapan tahun lepas, saya dapat suami yang cukup baik. Baik dari segala segi.

Pendek kata, dia memang husband material yang semua wanita inginkan. Dari segi rupa, pekerjaaan, segala – galanya. Saya bersyukur sangat. Berg4duh selisih pendapat hal kecik – kecik semua tu, lumrah asam garam rumahtangga

. Saya boleh terima. الحمد لله. Semua itu mematangkan kami. Semoga j0doh yang baik Ini berkekalan. Saya juga doakan pembaca semua dikurniakan rumahtangga yang baik berkekalan hingga ke Syurga Allah. Pastikan kita betul – betul mintak pada Allah, sebelum menyerah kalah. Maaf jika ayat susunan jalan cerita berterabur. Terima kasih sudi membaca. – Mrs A (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Amira Abdullah : Hanya Allah saja yang boleh mengubah seseorang. Saya sendiri mengalami dan masih sehingga ke hari ini hidup dengan seorang suami yang baran dan tidak tahu menghargai saya sehingga kahwin lagi seorang.

Sampai hari ni saya masih berdoa kepada Allah, semoga dapat kebahagiaan daripada seorang suami yang memiliki ciri – ciri seorang suami mithali.

Jainatunain Alang Hussin : Alhamdullillah.. yang penting puan tak benci suami puan dan puan masih sayang dia, sebab tu puan bersungguh nak MIL doakan utk suami. Kalau tak memang ceIaka hidup dengan lelaki yang suka bertekak dan berg4duh ni, dah pernah hadap, dan sudah saya tinggalkan. Kita hidup nak tenang dan bahagia sebab bukan sehari dua nak hidup bersama, tapi berpuluh tahun jika diizinkan tuhan.

Rusnani Ismail : Alhamdulilah, semoga puan terus bahagia. Tentang doa di mekah tu, saya pun ada pengalaman, saya masih belum dikurniakan anak walaupun setelah 4 tahun kahwin, macam – macam ikhtiar saya lakukan.

Satu hari mak kawan nak mengerjakan umrah, ada sorang kawan lain, syorkan kepada saya untuk menulis doa supaya mak kawan tu dapat baca kat mekah dan selitkan kertas doa tu kat masjid di sana. Alhamdulilah Allah bagi rezeki saya mengandung selepas tu.

Nafisah Said : Alhamdulillah. Mengadu kepada sepupu orang yang suaminya segan, si suami tidak sangka si isterinya mengadu. Dia malu dan insaf beriringan pula dengan doa ibu kandungnya di tanah suci buat anak kandungnya sendiri. Agar menjadi suami yang baik beriman ahli syurga bukan suami dari ner4ka.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.