Saya tr4uma dari kecil. Satu hari suami nampak saya meracau. Dia jadi takut dan ceraikan saya

Suami nampak episod meracau saya depan mata dia, dia bertambah takut dengan saya. Paling sadis, ia sampai ke pengetahuan mertua saya, saya dicop kurang beriman dan tidak ingat tuhan. Ketika itulah suami dan ibunya sepakat..

#Foto sekadar hiasan. Salam warga FB, admin tolong hide profile. Selalunya saya follow confession org lain. Hari ini saya buat confession untuk diri sendiri. Sebagai pengajaran pada orang yang mungkin sedang melalui situasi yang sama, di luar sana.

Saya cuba untuk ringkaskan, maaf kalau panjang sangat. Saya Wahida, kahwin dengan pilihan hati saya, Faiz pada 2006. Tempoh kenal yang singkat tapi kami putvskan untuk berkahwin atas dasar percaya dan masing – masing sudah ready.

Keluarga Faiz terk3jut dengan keputvsan untuk berkahwin yang dianggap terburu – buru. Tapi dia berjaya yakinkan yang dia bersedia. Kami pun berkahwin. Saya dan Faiz mempunyai 1 persamaan, ibubapa kami bercerai dan berkahwin lain.

Jadi dua – dua dari br0ken family dan masing – masing ada sejarah, tr4uma masa kecil. Saya, alhamdulillah walaupun ibu ayah bercerai, ibu saya penyayang. Kami adik beradik boleh berkongsi apa – apa dengan ibu. Cuma, ibu saya juga ada sejarah hitam masa mula – mula.

Ibu kerap pukuI, m4ki hamun dan macam – macam lagi. Tapi ibu saya pulih dari masa ke semasa. Saya pula, saya kira saya membesar tanpa ayah, dengan keadaan yang extr3me, jadi saya tidak ada pilihan lain selain menjadi kuat.

Saya terlalu kuat, dominan, terlalu berdikari. Ini lah sifat yang membentuk saya dari kecil. Hampir semua benda saya boleh selesaikan sendiri. Adik – adik dan ibu juga boleh berg4ntung harap pada saya. Tapi saya sering terganggu em0si dan kadangkala tidak mampu kawal diri, em0si secara berlebihan.

Faiz, berlainan kesnya. Dia membesar dengan ibu yang tidak tunjukkan rasa sayang. Selalu dimarahi. Bonding kelarga Faiz biasa – biasa sahaja. Mereka membesar tidak rapat satu sama lain. Masing – masing dengan hal sendiri.

Faiz tidak suka atau takut jika dimarahi. Dia akan terus teringat semua kisah d3raan mentaInya sewaktu kecil. Faiz berkahwin dengan harapan dia dapat keluar dari tr4umanya. Harap perkahwinannya bawa bahagia. Dia lelaki yang baik.

Tidak pernah meninggi suara ataupun berkasar selama saya kenal dia. Sedikit info tentang Faiz, dia sangat ramah, rajin dan komited di tempat kerja. Tapi berat tuIang dan berkira di rumah. Dia suka orang luar nampak usaha dan kerja kerasnya.

Dia harap saya sentiasa menyokong, sentiasa faham kerjaya dan hobi (gamesnya). Bila dia tak kerja, dia akan busy dengan hobinya. Saya isteri yang berkerja, bila orang luar yang nampak pada mata kasar. Saya macam high maintenance dari penampilan.

Tapi sebenarnya 90% barangan saya bundle, duit saya sendiri. Saya tak pernah meminta – minta dengan suami. Malahan saya tolong itu ini. Mungkin sebab ni jugak la suami ambil mudah bab nafkah. Hubungan saya dengan keluarga Faiz, biasa sahaja.

Saya bukan pilihan keluarga. Faiz pula sendiri tidak terlalu rapat dengan keluarganya. Kami tinggal berdikari di negeri lain. Ada masa kami balik ke kampung, tapi Faiz sendiri tidak akan selesa untuk stay lama di kampungnya.

Perkahwinan kami mulanya okey, cuma berg4duh biasa. Asam garam rumahtanggakan? Lama kelamaan, perg4duhan kecil. Selalu menjadi besar. Sebab? Tidak dihandle dengan baik. Kami tidak duduk berbincang. Faiz orangnya tidak suka berhadapan dengan konflik, dia suka lari dari konflik.

Saya pula terlalu dominan, setiap kali saya bawa berbincang, Faiz akan menjadi lagi takut. Akhirnya kami berdua h4nyut dengan perasaan masing – masing. Masing – masing memendam rasa. Pernah satu masa, saya terlalu str3ss, saya rasa seperti tidak berguna.

Tiada orang yang ada untuk saya bila saya perlu. Tapi bila orang lain perlu saya, saya selalu ada untuk orang lain. Saya rasa kecewa, marah, sedih, tidak dihargai, diabaikan. Faiz nampak episode meracau saya depan mata dia, dia bertambah takut dengan saya.

Rupanya, masa tu saya dapat tahu saya mengandung. Kami masih jalani kehidupan seperti biasa. Faiz pula masih tidak boleh lupa apa yang pernah jadi. Paling sadis, episode hitam saya itu juga sampai ke pengetahuan mertua saya, saya dicop kurang beriman dan tidak ingat tuhan.

Hubungan saya dan keluarga mertua bertambah dingin. Saya menjauhkan diri sebab malu dengan kejadian sebelum ini. Saya pernah usulkan pada Faiz, untuk tolong saya atasi masalah pengurusan em0si dengan merujuk pada yang lebih pakar.

Tapi dia sepakat dengan ibunya, yang saya cuma perlu ingat tuhan dan tidak benarkan sy4itan control diri. Hmm. Nasihat saya, wanita di luar sana. Yang mengalami situasi selalu berp3rang dengan perasaan atau em0si yang meIampau sehingga hilang kew4rasan akal, menced3rakan diri, silalah rujuk pada yang pakar.

MentaIl health juga s4kit yang perlu di rawat. Bukannya hanya dinasihatkan untuk solat dan baca quran. Percayalah orang yang berpandangan begini sama sekali tidak membantu malah tambah memburukkan keadaan. Hari berlalu, saya selamat melahirkan anak yang cukup sempurna sifatnya.

Saya dan suami berazam untuk memberikan yang terbaik untuk anak kami. Tapi tidak semua yang dirancang berjalan dengan baik. Kami diuji lagi, selepas melahirkan anak, saya bertambah tidak stabil dari segi em0si. Selalu marah, sentiasa penat, sedih, mood swing yang meIampau.

Saya bekerja, menjaga anak, menguruskan rumah tangga sendirian. Saya rasa itu juga salah satu sebab. Faiz jenis lelaki yang baik tapi dia tidak biasa membantu di rumah. Dan silap saya, awal perkahwinan saya manjakan dia.

Semua dari A-Z saya yang buat. Jadi dia sudah terbiasa, sampai ada anak. Masih mengharap saya buat A-Z. Dia akan buat jika saya meminta tolong, tapi ikut mood dia. Dia sangat tak suka jaga anak. Alasannya, tak reti. saya selalu kecil hati.

Semua asalnya tak reti tapi yang membezakan adalah usaha. Faiz tak nak usaha belajar, dia cuma berharap anak cepat besar. Bila besar baru dia tolong jaga, dah senang kalau besar katanya. hmm Tapi lumrah wanita, selalu kalah dengan em0sinya.

Bila balik kerja, saya berper4ng uruskan anak dan rumah. Saya kecewa dan lagi marah bila Faiz buat tak tahu. Saya memang tak dapat sembunyikan perasaan. Memang akan nampak muka masam, buat kerja dengan ganas. Faiz akan buat tak tahu apapun yang dia dengar dan nampak.

Nasihat saya lagi, suami, jika sayang pada isteri, tolong lah ALERT. Tidak dapat bantu buat semua kerja, sekurang – kurangnya tolong ringankan, tolong tengokkan anak. Main dengan anak. Tanya isteri ada apa – apa yang perlu dibantu?

Ataupun peluklah isteri. Beritahu dia jangan gopoh gapah buat semua. Biarkan dulu, rehat dulu. Nanti kita buat sama – sama. Sebab kadang – kadang isteri cuma perlu perhatian. Seharian sama – sama keluar mencari kecukupan keluarga.

Isteri pun keluar bekerja untuk membantu meringankan beban suami. Jadi tidak salah untuk sama – sama urus tadbirkan rumahtangga. Ini tidak, letakkan semua di bahu isteri bila isteri gagal menguruskan em0sinya. Suami cop isteri derh4ka sebab tidak hormat pada suami. Membentak suami. Allahurabi.

Isteri, saya nasihatkan jika sayang keluarga. Cuba slowtalk denganĀ  suami, kalau nasib baik, suami akan endahkan. Nasib tak baik, suami masih sama. Doa lah pada Allah. Allah juga sebaik – baik tempat mengadu, minta Dia bagi kesed4ran pada suami.

Jangan jadi macam saya, saya hanyut dengan em0si, saya lupa doa bersungguh – sungguh untuk Allah bagi kesed4ran pada suami. Akhirnya, perkara kecil yang menjadi besar ini telah memakan diri kami berdua. Suami, sudahpun menceraikan saya.

Kami berg4duh biasa, tiada yang serius. Tiada orang ketiga, tiada kes p4rah. Cuma tidak sefahaman. Siapa yang menjadi m4ngsa? Anak kesayangan kami yang baru berusia setahun. S4kit. Tuhan sahaja yang tahu, tapi saya mesti kuat demi anak.

Saya bersyukur Allah bagi saya hadiah yang tidak ternilai untuk saya teruskan hidup dengan kuat. Saya, sudah biasa diuji dengan ujian yang d4hsyat – d4hsyat. Alhamdulillah, maksudnya Allah ‘nampak’ saya. Sebab itu saya selalu di uji.

Kesimpulan cerita, saya simpulkan dalam bentuk point untuk pembaca :

1. Suami, apapun alasannya. Kamu ialah KETUA keluarga. Bersiap lah dari segala segi. Rumahtangga tidak ada yang 24/7 bahagia. Bacul ketua, h4ncur rumahtangga. Isteri cuma mahukan perhatian dan disayangi. Bila dia diberikan 2 ini, dia akan berikan seluruh kehidupannya untuk berbakti pada kamu.

2. Isteri, apapun alasannya. Selagi tidak meIanggar agama. Suamimu syurgamu. Patuhlah! Hormatlah! Ini yang para isteri selalu terlepas pandang. Jangan biarkan em0si kawal kita hingga hilang hormat pada suami. Suami cuma perlu dihorm4ti, bila dia rasa dihorm4ti, dia akan menyayangi.

3. Komunikasi. Selalulah solat jemaah bersama, wajib curi masa untuk solat jemaah. Saya rasa waktu lepas solat berjemaah itu adalah masa yang paling tepat untuk berbincang apa – apa masalah rumahtangga. Sebab keduanya dalam wuduk dan tenang. Kami tidak ada peluang ini, saya cuba untuk semai. Tapi suami tak suka berjemaah. Leceh katanya. jangan ulangi.

4. Jangan abaikan isteri yang kepenatan. Itu lah punca segala masalah. Mak nenek sy4itan akan mudah h4ncur kan keharmonian rumahtangga melalui ibu rumahtangga.

5. Anak! Fikirkan anak dalam apa juga keputvsan. Dalam kes saya, suami dahuIukan diri dia dulu. Dia nekad tidak mahu memberikan peluang kerana dia sudah tidak boleh tahan dengan em0si saya. Dia pilih untuk berpisah dan sanggup untuk berpisah dengan anak yang baru setahun.

6. Sayangi diri. Ibu – ibu yang sama situasi dengan saya. Tolong, kalau orang sekeliling termasuk suami tidak faham dan cuma tahu menghukvm. Tolong bantu diri sendiri, dapatkan bantuan rawatan. Jangan k0rbankan diri. Jangan ambil hati dengan manusia yang suruh kita baca quran banyak, dia tiada ilmu. Dia tidak tahu mentaI health itu peny4kit yang perlu rawatan

7. Bersiaplah. Lagi – lagi para isteri. Kita tidak akan tahu ujian rumahtangga. Berpegang pada prinsip, setiap yang berkahwin pasti akan bercerai, cerai hidup ataupun m4ti. Cepat mahupun lambat. Isteri mesti bersedia. Kalau jatuh sekalipun, masih mampu bangun semula.

8. Expectation kiIIs. Baik lelaki mahupun perempuan, masuklah ke alam rumahtangga tanpa expectations yang menggunung. Lumrahnya manusia tidak ada yang sempurna, kahwin untuk melengkapi satu sama lain. Terima baik buruk pasangan dengan berlapang d4da.

9. Bermaru4hlah. Bila diceraikan (kecuali dengan alasan yang tidak boleh dimaafkan, curang contohnya ) cuba untuk reflect dan berdamai. Tapi jika pasangan kamu tidak berganjak sikit pun dari keputvsannya, maka cukuplah. Simpan harga diri. Tidak perlu pujuk rayu lagi. Melangkahlah dengan penuh maru4h. Bangkit.

10. Beradablah. Suami, macam mana kamu ambil isterimu dari keluarganya. Maka sekiranya satu hari kamu hilang rasa, tidak mahu meneruskan perkahwinan dengan alasan kamu sendiri, maka pulangkan lah isterimu ke pangkuan keluarganya dengan beradab. Jangan buat seperti kain buruk, buang macam tu.

Saya dibuang seperti sampah, diceraikan di luar mahkamah. Tanpa diberitahu keluarga. Tanpa apa – apa perbincangan. Tapi tidak mengapa, saya redha. Mungkin ini ujian Allah untuk jadikan saya lebih baik lepas ni. Tolong doakan saya kuat untuk membesarkan anak saya.

InsyaAllah, ada yang lebih baik untuk saya dan anak. Untuk percaya pada lelaki semula? Moga Allah urus tadbir semuanya. Kalau dari hati saya buat masa ini, saya serik. Tidak semua yang berjanji bulan bintang sebelum kahwin akan bertahan. People do change. Love, Wonder mom.

Komen Warganet :

Harsya Is : Penulisan yang sangat baik dan tenang bila baca. Dan betul, pada saya, bermaru4hlah. A f0rce relationship wont go anywhere. Jika telah dibawa ke mahkamah, maka cukuplah. Semoga sis tabah dan dipermudahkan segala urusan.

Manja Roseli : Saya membaca sehingga habis dan memahami setiap perkataan dan luahan yang dicatitkan. Untuk puan.. Semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik dan permudahkan segala urusan… Aamiin ya rabb..

Saya yakin tiada kebetulan di dalam dunia ini. Seperti yang ustaz ebit lew katakan. Kadang – kadang kita akan bertemu dengan orang yang salah sebelum kita temui orang yang betul – betul menyayangi kita kerana Allah.

Ain Siti : Puaskan…? Bila dapat luah melalui tulisan. Kadang – kadang kita perlu ruang untuk meluah. Dan ruang itu menjadi peluang untuk kita bangkit meski bukan yang sempurna tetapi pasti mencuba terbaik. Bangga dengan ketabahan sis dan anak yang bru setahun. Semoga mendapat kehidupan yang lebih baik dan bahagia. Dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan sis dan anak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.