Maafkan aku isteriku. Aku terlambat jatuh cinta padamu seperti ini

Aku ingatkan hari arw4h isteri aku dikebvmikan adalah hari yang paling sedih, tetapi tidak sehingga tiba waktu aku terp4ksa uruskan anak – anak sendiri. Pagi itu aku beli sarapan untuk anak – anak. Sampai di rumah aku kekok tidak tahu dekat mana letaknya pinggan dan sudu. Selalu semua arw4h isteri yang buat, tapi aku selalu cakap dia tak buat apa dekat rumah..

#Foto sekadar hiasan. Asalamualaikum semua pembaca. Di rumah ini masih ramai tetamu setelah pulang dari tanah perkubvran, kepalaku masih sugul kerana tak mampu menahan sebak melihat jenaz4h isteriku dimasukkan ke liang Iahad. Aku tak mampu menahan airmata saat melihat anak – anak menangis menyaksikan orang – orang yang menimbus tanah ke tubuh ibu mereka. Lama aku diam di pemakaman, mengingat kembali saat isteriku masih ada dan aku ingat semua d0saku, kesalahanku, mulut kasarku, ketidakpedulianku, bahkan yang paling aku ingat ku sentiasa membiarkan dia sendirian menguruskan anak – anak dan rumahtangga.

Aku sangka saat diperkubvran arw4h isteriku adalah detik tersedih yang aku alami sepanjang hidupku, ternyata itu baru permulaan bagi kep3ritan ini. Banyak lagi kepiIuan – kepiIuan lain menanti yang akan membuatku jiwaku luluh tak bermaya.

Malam pun menjelma, setelah rumah ini kosong dari tetamu, anak – anak yang masih bingung seperti tidak mahu tidur tanpa ibunya. Mereka masih menangis sesenggukan. Aku hanya mampu memeIuk mereka tanpa mampu menyembunyikan kesedihan diwajahku. Puteri kecil kami yang berusia 5 tahun beberapa kali berlari ke bilik sambil memanggil ibunya. Sepertinya dia lupa bahawa ibunya telah tiada. Kemudian ia keluar lagi dengan wajah kecewa.

Malam berlalu tanpa aku dapat melelapkan mata walau sedetikpun. Aku memandang anak – anak yang tidur dengan gelisah. Sekali sekala terbangun dan anak lelaki pertama kami yang berusia 9 tahun ternyata menangis sambil menekapkan wajahnya dibantal. Adik lelakinya berusia 7 tahun sudah tertidur, namun sesekali mengigau memanggil ibunya. Sungguh aku tak tenang malam itu. Rasanya rumah ini sungguh suram dan sepi. Beberapa hari masih dengan suasana yang sama, masih ada kerabat yang datang membantu memasak dan menyapu rumah hingga hari ketiga. Masih banyak jiran tetangga yang memeIuk dan menguatkan semangat anak – anak kami.

Hingga tibalah hari yang membuatkan aku amat sedih. Iaitu hari ketika mereka memulai persekolahan. Pagi itu anakku semua sudah bangun, aku kebingungan, anak – anakku juga seperti tanpa arah mahu berbuat apa. Biasanya pagi kami selalu dibangunkan, disuruh mandi dan solat, disiapkan pakaian, dibuatkan sarapan dan kami bertolak ke destinasi dalam keadaan rapi dan perut yang sudah kenyang. Hari ini semua kami hanya diam. Aku menyuruh anak – anak melihat makanan di dapur tapi yang ada hanya bahan mentah. Rumah yang biasanya rapi nampak berselerakan.

Aku pergi membeli sarapan untuk kami berempat. Saat membayar aku terk3jut duit RM10 tanpa wang kembali. Padahal Selama ini aku memberi wang RM15 kepada arw4h isteriku untuk makan kami sampai malam dan kadang – kadang aku marah kalau dia minta duit tambahan. Aku bawa sarapan pulang dan anak – anak sudah menunggu di meja makan. Sudah jam 7.30 pagi biasanya mereka sudah di hantar ke sekolah, kesemuanya dihantar isteriku sendirian. Sementara aku baru pulang beli sarapan, sesampai di rumah. Dalam hati berkata ” kalau terlambat pasti semua paham kami baru kehilangan seorang isteri dan juga ibu.”

Ketika mahu menghidangkn makanan anak – anak tidak tahu di mana piring dan sendok, mengambilkan air dan di mana letak gelas. Kebiasaanya semuanya telah siap dihidangkan oleh arw4h isteri. Aku mak1n terasa gelisah waktu jam sudah menuju pukuI 8 pagi dan anak – anakku masih belum dihantar ke sekolah. Aku kini benar – benar telah kehiIangan tulang belakangku di dalam rumah kami. Inikah yang selama ini dilakukan isteriku? Mengapa aku selalu menganggap dia tak ada kerja. Selalu menganggap mudah pekerjaan seorang isteri dan juga ibu.

Aku masih kurang bersemangat di tempat kerja. Masih banyak kawan – kawan yang menghampiri mengucapkan takziah. Pengasuh menelefon bertanyakan bila mahu mengambil puteri kecil kami? Aku minta maaf dan memberitahu pukuI 12 aku akan pergi menjemput anakku. dan pukuI 12.45 tengah hari anakku yang nombr 2 juga menelefon minta dijemput kerana sudah tamat sesi persekolahan. Selama ini aku tak tau satu pun jadual mereka. Aku hanya bekerja dan tak peduli dengan itu semua. Anakku yg besar pulang jam 1.30 petang ertinya aku tak boleh kembali ke tempat kerja.

Sesampai di sekolah anakku, aku melihat di depan sekolah masih ada sisa kesan tomp0kkan dar4h saat isteriku kemaIangan 3 hari lalu yang serta merta mer4gut nyawanya saat menjemput anak sulung kami. Setibanya di rumah anak – anak nampak kelaparan, biasanya ada makanan telah siap di atas meja. Ternyata aku tak tau menguruskan waktu sehebat arw4h isteriku. Aku harus kedai lagi untuk pergi membeli makan tengahari. Begitu juga nantinya makan malam. Semuanya lebih RM20.

Aku berfikir ini baru 1 hari, bagaimana kalau 1 bulan. Gajiku tidak akan cukup untuk kami berempat. Malam ini anak – anakku juga mengingatkanku siang tadi mereka tidak pergi ngaji kerana tidak ada yang menghantarkan mereka ke tempat mengaji. Ya Allah, Indah sekali caramu menegurku.

Begitu kacaunya hidupku tanpa isteriku, kewangan mak1n mnyusut, anak – anak tak terurus, makanan kegemaranku tidak ada lagi. Rumah dan tanaman seperti hilang auranya kerana tak ada yang merawat dan membersihkan. Wanita – wanita di luar sana lebih cantik dari isteriku tapi mengapa aku terasa kaku dan tidak peduli..

Andai aku mampu menebus, apapun yang telah aku lakukan kepada isteriku selama ini aku ingin memperbaikinya. Aku ingin membantunya, menyayanginya sepenuh hati dan tak akan pernah berkata kasar. kepadanya. Dia begitu lelah dan penat setiap hari, tapi aku saat sampai dr tempat kerja di rumah aku masih sering membent4knya. Saat dia meminta tambahan belanja aku berkata kasar kepadanya. Dia yang saat aku jadikan isteriku reIa berpisah dengan anggota keluarganya, hidup susah payah dan bersederhana denganku.

Maafkan aku isteriku sayang, andai saja aku mampu menebus kesemua kesalahanku,.

Satu hari saja tanpamu kami seperti anak ayam kehilangan ibunya. BerseIerakan, bertaburan. Saat solat aku kembali menangis semahu – mahunya Andai aku mampu, aku ingin men3bus meski dengan nyawaku. Aku mahu dia yang hidup menjaga anak – anak dan biarlah aku yang menghadap-Mu Ya Allah,,

Inilah dug4an yang sangat berat bagiku apalagi bagi anak – anakku. Demikian doa tengah malamku. Aku tak kuat melihat pakaian anak – anak yang kusut tak terurus, makanan tiada siapa yang nak masak dan aku tak ingin melihat mereka kekurangan kasih sayang.

Jujur selama ini aku tak mendekati dengan anak – anak. Mereka selalu bersama ibunya. Aku hanyalah pergi kerja, balik, tidur dan kerja lagi. Aku tak tau apa – apa tentang urusan anak dan rumah. Isteriku, aku berdoa semoga penat lelah mu jadi ibadah, semoga semua yang kau lakukan untuk kami membawamu ke syurga, semoga engkau bahagia di sisi Ya Rahim.

Kali ini aku benar – benar menangis tersedu – sedu sambil membayangkan wajahmu. Kau yang tak pernah mengeluh dengan pekerjaanmu, kau yang tak pernah meminta sesuatu yang aku tak mampu membelinya. Kau yang menjalani semua ini dengan sabar dan aku merasa akhir – akhir ini jarang aku mmbeIaimu, memperhatikanmu, memberikan waktu untukmu. Jarang sekali bertanya bagaimana anak – anak kita, jarang bertanya bagaimana tentang hari – harimu.

Engkau ibu yang luar biasa bagi anak – anak ini. Semuanya terlihat saat engkau telah tiada, kini kemurungan selalu menyeIimuti wajah mereka. Mereka sering menangis, mereka sering salah memanggilmu setibanya di rumah balik dari sekolah. Mereka sering berlari ke bilik kita seolah – olah engkau masih ada. Kekasih hatiku Mengapa aku jatuh cinta lagi padamu, lebih dalam dari sebelumnya setelah engkau tiada.

Tidak akan ada yang mampu menggantikan tempatmu dihatiku, dijiwaku. Mengapa rasa cintaku padamu menggebu – gebu saat dirimu sudah berada di pusara.

Maafkan aku isteriku. Aku terlambat jatuh cinta padamu seperti ini.

Kitaran waktu tidak mampuku undur hanya doa & redhaku bersamamu sayang.

Buat lelaki bernama suami, pesanku hargailah kehidupan bersama keluargamu.. wang ringgit takkn pernah mampu mengisi kekosongan dan kesepian hatimu. Buat perempuan yang bernama isteri di luar sana, isteri yang tidak pernah leIah membahagiakan keluarganya. Semoga Allah merahm4ti semua isteri yang taat di dunia ini.

Komen Warganet :

Che Dah : Satu pengajaran yang baik dan hebat buat insan bernama suami. Sayu hati membaca bingkisan ini, hargailah isteri anda selagi dia masih ada, bila tiada kelak tak akan akan timbul penyesalan seperti ini. Jangan pandang remeh apa yang isteri lakukan di rumah walaupun tidak bekerja di pejabat seperti orang lain. Jika si suami mahu diri dihargai, mahu rasa diri disayangi dan dihorm4ti, ingatlah isteri sanggup berk0rban jiwa raga demi keluarga meskipun keperluannya jarang dipenuhi.

Ninie Shamshiaton : Salam takziah dari saya. Semoga encik lebih tabah dalam kehidupan dan menerima segala ujian dari Allah. Allah mengambil semula isteri encik mungkin DIA mahu menjentik hati encik tanggung peng0rbanan seorang isteri. Betapa Iuhurnya peng0rbanan itu, menguruskan rumahtangga. Jangan pernah lupa mendoakan kesejahteraan arw4h dalam tiap solatmu. Jaga amanah Allah itu sebaik mungkin. Andai satu hari nanti, Allah mempertemukan jod0h buat encik, hargailah dia. Semoga Allah permudahkan segala urusan encik dan anak – anak. Tabahkan hati, encik kena kuat demi anak – anak. Mereka perlukan semangat encik sebagai seorang ayah.

Norul Haida Cik Biey : Banyak pengajaran dari kisah ni yang tersembunyi di sebalik kisah ni. Latihlah anak – anak dari seusianya, dari mula memahami keadaan sekeliling, kerja rumah, kedudukan segala dalam rumah, uruskan diri sendiri. Ajar mereka dengan sebaiknya. Suami tolong ringankan tulang sama – sama membantu dan belajar menguruskan hal rumah dan anak – anak. Beginilah keadaan jika hanya isteri sahaja yang menanggung segalanya. Alfatihah, semoga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhir4t encik sekeluarga.

Yana Yana : Mengalir air mata baca kisah tt ni, salam takziah. Semoga redha dengan pemergian isteri. Hebat perancangan Allah, semoga tt tabah untuk hari – hari mendatang menjaga amanah yang ditinggalkn didiklah mereka dengan sebaik – baiknya.

Tauladan buat para – para suami di luar sana, hargailah isteri kamu semua, selagi masih ada sayangiIah mereka seperti mana kamu sayang ibu kamu kerana isteri kamu juga seorang ibu kepada anak – anak kamu. Luangkanlah masa mu bersama mereka sepuasnya. Kita tak tahu bila ajaI menjemput salah satu dari kita. Allah sedih pulak menaip panjang – panjang ni. Cukuplah sampai sini.

Maharani Kuala Lumpur : Masih ada berjuta suami di luar sana yang belum sedar apa aktiviti isteri. Bagaimana susahnya isteri bekerja sebagai surirumah tanpa cuti, mc. Diharap suami – suami bacalah perkongsian ini, bukan untuk manjakan isteri tapi cukup la sedikt bantuan dalam urusan rumahtangga seharian.